Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

Buat muslimah: Berjaga-jaga di Alam Maya!

Assalamualaikum w.b.t

Post saya kali ini ditujukan khasnya buat kaum sejenis saya, iaitu muslimah.


*ehsan google

Muslimah. Atau perempuan. Atau lebih lembut digelar akhowat (^^,)

Bila kita sebut perkataaan perempuan, 
Apa yang kita bayangkan? Kelembutan. Sensitif. Warna pink (mungkin??). Emm, apa lagi ye...Manja...Sukakan perhatian....

Manakala apabila kita sebut perkataan muslimah, 
Apa yang kita bayangkan? Sama dengan perempuan; kelembutan. sensitif. warna pink (mungkin??), Manja...Sukakan perhatian.... Tutup aurat. Islam. Jaga maruah.

Berbeza bukan dua perkataan ini?
Muslimah semestinya ialah perempuan, tetapi perempuan belum tentu merupakan muslimah.
Anda dapat tak point saya ini?

Anda mahu jadi 'perempuan' sahaja atau 'muslimah' atau kedua-duanya sekali? Muhasabahlah diri anda.


Muslimah, saya amat memahami kalian

Kenapa? Sebab saya juga merupakan seorang muslimah.
Saya amat memahami kalian yang sangat sukakan perhatian,
Kalian yang manja,
Kalian yang sensitif,
Yelah, dah nama pun wanita kannn...

Tetapi,
Biar sedahaga mana pun kalian terhadap perhatian manusia,
Biar semanja mana pun kalian,
Atau biar sensitif mana pun kalian,

Adakalanya kita perlu bijak memilih dan membezakan.
Memilih dan membezakan dengan siapa kita perlu bermanja, meraih perhatian, dan merajuk (mungkin??)

Saya faham sifat kalian yang sangat sukakan perhatian
Tidak hairanlah begitu ramai di kalangan muslimah yang mempamerkan gambar-gambar di laman-laman sosial. Dengan pelbagai gaya. ada yang buat peace, ada yang angkat kening, ada yang menjelir lidah. Bahkan ada yang memuncungkan bibir. Dan paling saya terkejut, ada yang terlompat-lompat sewaktu bergambar.

Wah, kalian memang berpotensi untuk menjadi model la,=p

Tapi.....Kita kena ingat....Wanita solehah itu tidak dipandang dan tidak dipandang..Emm, anda ada berapa orang friends ye di facebook? 100? 200? 500? atau...1000?? Bayangkan betapa ramainya yang melihat gambar anda.

Dan kalau anda privatekan gambar tersebut untuk tontonan rakan perempuan je...tapi cuba bayangkan...Kalau rakan perempuan anda melihat gambar anda dalam FB sewaktu dia di ruang tamu di rumahnya, dan kebetulan pula pada waktu itu terdapat ahli keluarga (bapa/adik lelaki/abang) rakan anda di situ....Ha, kan free je mereka dapat lihat gambar manja anda?


Saya pernah jadi seperti kalian

Muslimah yang saya sayangi kerana Allah,

Saya amat memahami kalian.Kerana dulu saya pun pernah menjadi seperti kalian juga. Seronok kan upload gambar banyak-banyak? Kadang-kadang sampai berpuluhan album. Lepas tu mengharapkan orang like dan komen.

Tapi Allah itu maha penyayang

Dia datangkan kepada saya seorang sahabat yang tidak meletakkan gambar di laman sosial. Kalau letak pun, gambar itu beramai-ramai dan wajahnya hanya sebesar mancis sahaja. Dia juga sering menerangkan kepada saya secara 'general' keburukan-keburukan meletakkan gambar di laman sosial.

"Kalau letak gambar kat facebook, semua orang boleh tengok...eee...malunya.....kalaupun tutup aurat, ingat orang lelaki takde nafsu ke tengok perempuan bertutup litup?"

"Tau tak...sekarang ni......gambar-gambar perempuan di FB mereka edit.....menjadi macam rupa-rupa.....ada yang asalnya bertutup elok, tapi diedit menjadi pakai bikini sahaja *nauzubillah*"

"Eee....letak gambar dengan lidah terjelir...lompat-lompat.....tak malu ke ramai orang tengok?"

"Gambar-gambar kita tu, boleh datangkan fitnah. Setiap kali orang klik, kita dapat dosa...eeee...Dah la pahala tak sebanyak mana...Nak tambahkan dosa pula"

Pada waktu itu saya berasa sangat malu, yang mana pada waktu saya sendiri pun tak tahu mengapa terbitnya perasaan itu. Tetapi yang pastinya, sebelum dia add saya di FB, saya delete dan privatekan semua gambar saya. huhu

Kemudian saya terfikir, kenapa saya buat macam ni?
Kenapa saya delete dan privatekan gambar saya?
Adakah kerana sahabat yang saya ceritakan tadi?

Emm....akhirnya saya tersedar. Tarbiyyah secara slow dan sangat halus oleh sahabat saya telah banyak menyedarkan saya, alhamdulillah. Allah telah memberi hidayah kepada saya melalui sahabat saya. Terima kasih, sahabat. *Takmau bagitahu kat sini siapa sahabat tuu, nanti dia kembang pulakk=p*

Sebab tulah, ada orang kata, kita perlu pandai memilih sahabat. Kerana sahabat mencerminkan diri kita=)


Kesimpulannya.....

-Jagalah maruah anda, meskipun hanya di alam maya. Janganlah di alam realiti kita pemalu bukan kepalang, jalan tertunduk-tunduk, tapi di alam maya... kitalah paling lincah bersenda gurau dengan lelaki ajnabi, bercakap perkara yang tak perlu...kitalah yang paling aktif stalk gambar-gambar lelaki ajnabi....dan kitalah yang paling manja sekali bergambar dan upload di FB.....

-Boleh meletakkan gambar kerana kadangkala perlu ditunjukkan juga bagaimana kehidupan muslim kepada yang bukan muslim. Setakat meletakkan gambar aktiviti tarbiyyah atau aktiviti universiti cukuplah. Tupun pastikan gambar tersebut bukanlah fokus kepada kita aje, sebaliknya gambar secara beramai-ramai.

*contoh gambar. hihi. ni gambar sewaktu trip to kuantan

-Berkawan biar seribu,bersahabat biar seorang ^______^

wallahualam~

N.A.L.H
7 Jun 2012, Khamis, 1.58am
Ampang, Selangor
















Tuesday, June 5, 2012

Jangan Pandang Rendah Kepada Mereka yang Belum Dapat Hidayah!

Assalamualaikum w.b.t

"Ma, tengok ustaz tuu.....baru peluk Islam beberapa tahun, tapi dah boleh bagi ceramah agama..Dah tulis buku dah pun..."

Malunya rasa. Saya yang sejak lahir sudah beragama Islam (alhamdulillah,;-D), tetapi masih belum menerbitkan apa-apa buku. *Doakan saya dapat jadi macam Dr Farhan Hadi atau Dr Muhaya suatu hari nanti,=p. hehehe. berangan je* Malah, masih juga tak mampu nak bagi ceramah agama di khalayak ramai. Rasa seperti ilmu di dada masih terlalu sedikit. Ah, malunya rasa.



Ustaz Ann Wan Seng. Boleh baca lebih detail dalam link ni http://mengapaislam.wordpress.com/2008/01/12/ustaz-ann-wan-seng/


Manisnya Islam <3 

# Manisnya memeluk agama Islam oleh seorang muallaf takkan sama dengan manisnya rasa apabila sejak lahir sudah memeluk Islam.

Sebab itulah mereka begitu menghargai Agama Islam yang baru mereka anuti. Dan mereka begitu bersemangat untuk menuntut ilmu agama Islam.

Kita pula? Sejak lahir sudah beragama Islam, maka kita tak rasa apa-apa *minta dijauhkan*. Kita rasa kita beragama Islam sebab mak ayah kita beragama Islam. Mereka solat, kita solat. Mereka puasa, kita puasa. Dan bila nak bernikah (*nak sebut jugak*), baru nak ikut Islam.Tu aje. Islam tu umpamanya seperti agama untuk menunaikan solat, ibadah puasa dan nikah aje.

Sedangkan Islam itu merupakan cara hidup. Setiap apa yang kita lakukan, mestilah selaras dengan syiar Islam diniatkan hanya kerana Allah.

Manisnya memakai tudung 

# Manisnya memakai tudung oleh seseorang yang baru mendapat hidayah untuk bertudung takkan sama dengan manisnya rasa apabila sejak kecil sudah memakai tudung.

Jangan hina dan pandang rendah mereka yang tak bertudung. Dan jangan memandai-mandai nak label orang yang freehair sebagai 'ahli neraka'. Sebab kita yang bertudung ni dah confirm masuk syurga ke? Tapi, ingin saya tekankan di sini menutup aurat itu wajib.


*ehsan google

Cuma, apa yang saya ingin bahaskan di sini ialah 'jangan pandah rendah' kepada mereka, sebaliknya pandanglah dengan kasih sayang. Kerana kita tak tahu.

Mungkin mereka pun teringin nak pakai tudung seperti kita.
Tetapi mungkin ibu mereka tak bertudung,
menyebabkan mereka menjadi segan untuk bertudung.
Mungkin juga pengaruh kawan-kawan menyebabkan mereka tak bertudung.
Jadi jangaaaan sesekali salahkan mereka!

Manisnya berhalaqoh


*ehsan google

#Manisnya berhalaqoh oleh mereka yang baru mengenal perkataan halaqoh dan baru berjinak-jinak dengan halaqoh, takkan sama perasaannya dengan mereka yang sejak sekolah lagi sudah dididik untuk berhalaqoh.

Ada yang mindset bahawa halaqoh ni untuk orang baik-baik je. Geng-geng tudung labuh je. Eh, takkk! Jangan fikir macam tu! Saya dulu waktu mula-mula masuk halaqoh pun pakai tudung biasa-biasa aje. Semua orang layan saya dengan baik <3, tak diskriminasikan saya pun?

Jadi... jangan pernah putus asa mengajak sahabat kita untuk menyertai halaqoh. Kalau kita benar-benar sayangkan mereka, kita takkan berputus asa.

Manisnya bertudung labuh.



*ehsan google


#Manisnya bertudung labuh, oleh mereka yang baru menyambut hidayah Allah untuk bertudung labuh, takkan sama perasaanya dengan mereka yang sejak kecil lagi sudah bertudung labuh. Di mana ahli keluarganya semua bertudung labuh. Dihantar pula ke tadika agama, sekolah rendah agama, dan sekolah menengah agama, dan seterusnya di Universiti Islam pula.

Ya, takkan sama, berbanding mereka yang baru bertudung labuh, tercari-cari tudung labuh di kedai-kedai kerana tiada tudung labuh di rumah. Dan terpaksa menabahkan diri untuk memakai tudung labuh di hadapan ahli keluarga yang semuanya pakai tudung biasa sahaja. Terpaksa juga menebalkan telinga tatkala mendengar...

"aiii...dah macam ustazah pulak"

"pakai tudung biasa je dah la...tak payah labuh sangat"

"ni ada fesyen tudung bawal terbaru...(tudung 45inci)...."

Adakah kita hendak menyalahkan takdir?

"Mereka tu, untunglaaa~

Lahir dalam keluarga Islamik
Mak ayah mereka memang bergiat aktif dalam aktiviti tarbiyyah
Nenek, mak, kakak mereka semuanya pakai tudung labuh
Lepas tu, hantar pula ke tadika islamik
Sekolah Rendah Islamik
Sekolah Menengah Islamik
Universiti pun Islamik!

Aku?
Biasa-biasa aje~"

Eh, jangan macam tuu...Kalau kita cakap macam tu, samalah seperti kita menyalahkan takdir. Samalah juga seperti kita menyalahkan Sang Pencipta. Seolah-olah Allah itu tidak adil.

Sedangkan Allah itu maha adil! Maha bijaksana! Dan Dia tahu cara terbaik untuk mentarbiyyah dan menguji kita! Pasti ada sebabnya mengapa Dia uji kita sebegitu!

Sedangkan Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Teringat pula kisah Serikandi Asiah Muzahim, isteri Firauan. Bayangkan, suaminya merupakan seorang yang bukan sahaja kafir, malahan juga mengaku Tuhan! Tapi Asiah masih dapat mempertahankan akidah dan keimanannya. Menegakkan agama Islam, dan malahan syahid pula akhirnya. Kisahnya menjadi inspirasi kepada semua muslim terutamanya muslimah untuk tidak gentar menentang kejahilan. Dan juga tidak menjadikan faktor persekitaran sebagai batu penghalang untuk tidak cuba untuk berhijrah ke arah yang lebih baik .

Jadi, kesimpulannya...

  • Jangan berputus asa untuk mencari hidayah Allah. Sesungguhnya hidayah-Nya itu perlu dicari! 
  • "Meskipun tiada manusia yang sempurna, sentiasalah berusaha untuk bergerak ke arah kesempurnaan. Kerana sekurang-kurangnya apabila ajal menjemput kita nanti, walaupun belum sempurna, kita sudah hampir kepada kesempurnaan"-Hilal Asyraf
  • Sentiasa ajak sahabat kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. (*ini mungkin agak susah, tapi berusaha lah*)
  • Islam adalah cara hidup dan merangkumi setiap aspek kehidupan. Bukannya tertakluk kepada solat, puasa dan nikah je~

P/S= sedang cuba untuk memanfaatkan cuti yang berbaki tak sampai seminggu je lagi ni dengan mengkhatam buku 'Riwayat Bidadari Syurga' oleh Munif Ahmad dan juga 'Muhammad Bukan Nasionalis' oleh Tuan Guru Datuk Sri Nik Aziz Nik Mat. Sobsobs. Cuti dah tinggal sikit~ (sila baca dengan nada sedih;p) Doakan saya istiqomah berblog. Seminggu satu post pun jadilaa~

Wallahualam~

N.A.L.H,
6 Jun 2012, Rabu, 11.53a.m
Ampang, Selangor







Monday, June 4, 2012

usah sibuk berbicara soal jodoh

Assalamualaikum w.b.t
Para pembaca yang saya sayangi kerana Allah, 


Sejak akhir-akhir ni, ramai yang sudah mulai sedar mengenai haramnya bercouple sebelum nikah. Alhamdulillah, ini sememangnya satu perubahan yang sangat positif.

Tapi....

Hari ini saya ingin berkongsi satu gambar yang telah dishare oleh http://www.facebook.com/noradibah.rohiman



"ku ingatkah mujahid mujahidah orang yang berjuang di jalan Allah. rupanya orang yang angau. 

hentikan angan2 dan luahan di FB. ISLAM memerlukan pejuang yang kental dan tangguh, bukan 'pejuang' yang hanya memberatkan pemikiran dengan couple halal, bakal imam/makmum. banyak lagi masalah umat yang belum selesai. jangan stimulate pemikiran ke arah itu wahai pejuang ISLAM.

p/s :kalau ya pun namanya fitrah insan , tak perlu heboh2 kat FB. simpan sendiri sudah.

ampun maaf andai post yang kasar." copy and paste

saya yakin para pembaca semua sudah boleh dapat mengutip mesej dari gambar ni...^^

Tak dinafikan adakalanya diri ini naik mua dengan ayat-ayat yang di'post' di alam maya, seperti..

"Duhai mujahidku, mujahidahmu menanti di sini"

"Wahai my future husband, saya sedang upgrade diri saya ni. Di manakah anda?"

"Nak solat tahajjud sama-sama dengan suami nanti..."

"Kasih saya hanya untuk suami"

Dan berbagai-bagai lagi status jiwang karat bersalut islamik di'post' di alam maya.

Ya, cinta itu fitrah insani, tetapi tak perlulah sehingga terlalu berjiwang-jiwang dan berangan-angan di alam maya.

ingat, isu ummah bukanlah couple halal semata-mata, tetapi banyak lagi sebenarnya. Isu membalut aurat dan bukannya menutup aurat, isu syria, isu palestin, dan banyaaaak lagi yang perlu kita titikberatkan. 

Dan, kita juga perlu ingat, kita berubah menjadi lebih baik bukanlah kerana inginkan teman hidup yang baik semata-mata, tetapi kita ingin mendapatkan redha Allah! 

Kenapa saya titikberatkan hal ini?

Cuba bayangkan. Kita upgrade diri kita menjadi orang yang lebih baik (contoh: memakai tudung) dengan harapan akan mendapat pasangan hidup yang baik, kerana janji Allah dalam surah an-nur.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Kemudian ditakdirkan Allah kita tidak mendapat juga pasangan hidup yang baik, sebaliknya dapat pula pasangan hidup yang kurang baik. Mungkin kita akan kecewa dengan Allah, dan mengatakan Allah memungkiri janji-Nya. Pada saat itu, ada tak kemungkinan untuk kita kembali menjadi seorang yang freehair? Ada kan?

Sedangkan Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Matlamat kita perlu jelas, iaitu untuk mendapatkan redha Allah dan mendapatkan syurga-Nya. Oleh itu, walau apa pun yang kita buat, mestilah diniatkan kerana Allah!

Saya ingin berkongsi lirik lagu UNIC-Keroncong Kasih Sayang



Yuk2, jangan jadi muslemah, yang hanya pandai dan petah membicarakan isu nikah, couple halal, dan juga sibuk memikirkan siapakah gerangan yang ditakdirkan untuk menjadi teman hidup kita. Sebaliknya jadilah muslimah yang peka terhadap isu ummah (syria, palestin, aurat, akidah, dan banyak lagi)

Cuba renungkan kembali zaman kegemilangan Islam...







Mungkin kita tidaklah sehebat mereka,
Tapi kita punya satu matlamat, satu visi, satu misi!
Iaitu menaikkan syiar Islam!
Agar Islam kembali tertegak seperti dahulu!

Yuk2, berazam untuk kembalikan zaman kegemilangan Islam. InsyaAllah kita boleh!

Wallahualam~

N.A.L.H
4 Jun 2012, Isnin, 2.55 pm
Ampang, Selangor


Monday, May 28, 2012

muda sebelum tua

Assalamualaikum w.b.t.


Selamat hari lahir diucapkan kepada sahabat baik saya, Baizura Salehuddin! Moga dapat menjadi muslimah yang solehah dan dipanjangkan umur. Sayaannngg ko! <3


Alhamdulillah, hujung minggu lalu Allah beri peluang kepada saya untuk menjadi fasilitator bagi program Malam Bina Iman Dan Taqwa (MABIT), anjuran Surau Al-Muhajirin dengan kerjasama IKRAM bertempat di Sungai Tekala, Semenyih. Alhamdulillah, berpeluang berjumpa dan berukhuwwah dengan adik-adik sekolah menengah yang rata-ratanya berasal dari Kajang Utama, dan juga fasilitator akhowat lain dari KUIS dan UKM. Manakala fasilitator ikhwan pula merupakan Ustaz-ustaz yang sudah bekerja, mahasiswa UPM, US, dan lain-lain (tak ingat. hehe). Rindu pula dengan adik-adik yang sangat bersemangat dan manja <3


Apabila tengok diorang ni, terasa pula diri ini tua, sobsobsobs. Mana taknya, teringat waktu dulu-dulu, biasanya saya jadi peserta aje, tapi kali ini menjadi fasi pula. Dah tua rupanya saya ni T.T


Sewaktu sesi taaruf, saya meminta setiap ahli kumpulan saya memberitahu target umur mereka untuk berkahwin. Meriah suasana pada waktu itu (Sebut pasal kahwin aje, semua excited, amboii). Ada yang memberitahu ingin berkahwin pada umur 25 (ok, ini normal), 26, 28, 33, dan malahan ada yang ingin berkahwin pada umur 22! Umurnya sekarang ialah 19, bermakna lagi 3 tahun la. Amboi, nak langkah bendul nampak, hehe=p


Kemudian mereka tanya pula, "akak pula target umur berapa?"


......................(biarlah rahsia)




Emm...


Kenapa saya bertanya tentang ini?


Untuk mencari menantu ke?


Tidak, jauh sekali. Saya belum ada anak. Belum kahwin pun.


Untuk menggatal dengan mereka ke?


Hey, saya perempuan normal ye =.=


Jadi KENAPA ye?


Kerana saya ingin mengajak mereka berfikir. Tentang apa? Ya, Tentang usia. 


Tentang usia


Saya sudah berusia 19 tahun dan bakal mencapai angka 20 pada September nanti, insyaAllah. Pada umur ini, saya tidak rasa saya muda, sebaliknya saya rasa terlalu tua.


Terlalu tua?


Ya, terlalu tua untuk bermain-main. Terlalu tua untuk huha-huha. Terlalu tua untuk berlagho-lagho berlebihan. Terlalu tua untuk menjadi tidak matang.


Mengapa?


Sebab sekarang saya sudah menghampiri usia 20 tahun. Lagi 5 tahun saya akan graduate. Kahwin? InsyaAllah pada ##### yang akan datang. Selepas 5 tahun insyaAllah, saya bakal melangkah ke alam pekerjaan. Di mana pada waktu itu, saya perlu bijak memimpin. Memimpin siapa? Memimpin diri sendiri. Pada waktu itu, mungkin saya sudah duduk di rumah yang berasingan dengan ibu bapa saya (sobsobsobs), perlu berdikari, perlu bijak membuat keputusan, juga perlu bijak berbelanja kerana pada waktu itu saya sudah mempunyai pendapatan (hehe). 


Dan mungkin pada waktu itu saya sudah mendirikan baitul muslim. Atau mungkin juga sudah mempunyai anak. Sekiranya begitu, saya perlu bijak mendidik anak-anak dengan ilmu agama dan duniawi. Ajar mereka tentang adab, dosa pahala, aurat, dan sebagainya. Jadi sekiranya saya tidak mempunyai ilmu, bagaimana saya mahu mendidik mereka? Dan kemungkinan besar pada waktu itu saya sudah sibuk bekerja, menguruskan rumah, memasak, dan sebagainya. Sekiranya mempunyai masa terluang pun, tidak sebanyak sekarang. Jadi, tidak dinafikan sekarang inilah saya perlu mengutip dan menuntut sebanyak mungkin ilmu sebagai bekalan untuk masa depan.


Sebuah kisah


Saya teringat akan sebuah kisah yang diceritakan oleh salah seorang murobbi saya.


Ceritanya begini. Di sebuah tadika, terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang menyelak tudung seorang kanak-kanak perempuan. Lalu menangislah kanak-kanak perempuan itu. Apabila ditanya mengapa kanak-kanak lelaki tersebut berbuat begitu, dia menjawab,


"Saya tertanya-tanya apakah yang dipakai oleh perempuan di sebalik tudung. Sekarang barulah saya tahu, perempuan memakai kain kecil (serkup kepala) di sebalik tudung. Saya tak tahu sebab ibu saya tak pakai tudung."


Mahukah kita anak-anak kita menjadi begini?


Anak-anak yang merupakan pewaris kita, penyambung ummah. Sebab itulah saya tekankan di post yang lalu bahawa, apabila kita berkahwin, kita sebenarnya sedang membina ummah. Ummah yang bagaimana? Kitalah yang bertanggungjawab mencorakkan pewaris ummah kita. Hal ini kerana anak-anak pada kebiasaannya lebih cenderung untuk mengikuti dan mencontohi ibu mereka berbanding bapa mereka. Baik ibunya, baiklah anaknya, insyaAllah. Begitulah sebaliknya.


Saya teringat sewaktu program MABIT, para peserta diberi tugasan untuk memasak meggi menggunakan cara darurat (guna kayu, dan sebagainya). Salah seorang peserta meletakkan perencah dahulu berbanding mi.


"ouh, awak letak perencah dulu ye baru mi?"tanya saya.


"a'ah, sebab mak saya buat begini"jawabnya.


Di sini saya bukanlah ingin membicarakan cara-cara masak meggi (lapar pula malam-malam ni=p). Tetapi saya ingin menunjukkan betapa besarnya pengaruh seorang ibu. Bagaimana seorang ibu memasak, begitulah juga anaknya. Sekiranya seorang ibu merupakan seorang yang rajin mengemas, begitulah juga anaknya.


Saya juga banyak mengikuti ibu saya. Cara memasak, lipat kain, dan bermacam-macam lagi.


Sebab itulah saya katakan peranan seorang wanita sangat-sangat besar. Dan dikatakan juga bahawa tangan wanita yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. Ya, ini sememangnya tidak dinafikan!




Mereka


Saya sudah menghampiri angka 20. Tetapi apakah sumbangan saya terhadap ummah? Tiada lagi setakat ini.


Sedangkan Sultan Al-Fateh memimpin tenteranya untuk menawan kota Kostantinopel pada usia 22 atau 23.


Usamah Bin Zaid sudah mampu menjadi jeneral perang pada usia 18.


Muadz dan Muawwidz menumbangkan Abu Jahal pada usia belasan.


Malu rasanya diri ini.




Darah muda


Apakah kelebihan yang terdapat pada seorang pemuda berbanding golongan veteran?


Ya, darah muda. Pemuda mempunyai semangat yang bergelora, tubuh badan yang sihat, berani, dan seribu macam kelebihan yang tiada pada golongan veteran.


Pemuda memang berani. Buktinya? Lihatlah mat-mat rempit. Berapa umur mereka ya? Ya, rata-rata mereka berumur belasan atau 20-an. Yang berumur 30-an dan 40-an mungkin ada, tetapi hanya golongan minoriti sahaja. Adakah dalam kalangan mereka yang berumur 50-an? 60-an? 70-an? tiada kan? Lihat. Betapa beraninya pemuda-pemudi. Kalau mereka penakut, tiadalah mereka mahu merempit, kan?


Seribu macam kelebihan yang terdapat pada muda-mudi ini sepatutnya disalurkan ke arah yang positif. Ke arah yang dapat menyumbang kepada ummah. 


Pada usia ini, mereka sepatutnya menuntut sebanyak mungkin ilmu yang bermanfaat dunia akhirat. Gunakan juga usia ini untuk menyertai program-program yang dapat menyumbang kepada ummah. Agar di usia tua nanti tidaklah berasa menyesal lantaran tidak memanfaatkan usia muda sebaik yang mungkin. Atau lebih teruk, berasa menyesal di padang mahsyar kelak apabila melihat amalan baik yang terlalu sedikit berbanding amalan buruk. Pada waktu itu penyesalannya itu sudah tiada gunanya!


Pemuda penentu masa depan ummah


Dr Yusuf Qardhawi pernah berkata, "Jika kamu ingin melihat masa depan sesuatu masyarakat , maka lihatlah remajanya pada hari ini"


Ya, ini sememangnya benar. Ini kerana pemuda lah bakal penyambung ummah. Hendak harapkan siapa lagi untuk memimpin negara pada masa hadapan, kalau bukan pemuda pada hari ini? Takkanlah nak harapkan golongan veteran pada hari ini, kerana mungkin pada waktu itu mereka sudah tiada lagi di dunia ini.


Jadi sememangnya tidak dinafikan bahawa pemuda lah penentu masa depan ummah. Baik pemuda pada hari ini, baiklah juga masa depan ummah, insyaAllah. Begitu jugalah sebaliknya.


Pemuda, kalian bakal menjadi pemimpin


Setiap dari golongan pemuda bakal menjadi pemimpin. Pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, dan mungkin juga negara.


Pada masa hadapan, kalian dan juga saya, bakal memikul tanggungjawab dan amanah, di mana semua ini akan disoal oleh Allah di akhirat kelak. Jadi untuk memikul mandat-mandat ini, perlulah mempunyai ilmu. Jangan kita menyesal dan menangis di esok hari kerana tidak memanfaatkan usia muda (naudzubillahminzalik).


MABIT


Saya ingin berkongsi gambar-gambar yang sempat diambil ketika program MABIT.


Adik-adik,
ketahuilah bahawa akak sangat sayang kepada kalian,
Dan akak yakin kak Dayah dan kak Nadiah merasakan begitu juga,
Akak melihat setiap dari adik-adik mempunyai potensinya tersendiri,
Ada yang berani, peramah, kreatif, jujur, bersemangat, lemah-lembut, dan bermacam-macam lagi.


Oleh itu adik-adik,
Janganlah sia-siakan potensi itu,
Salurkanlah potensi tersebut ke arah positif, 
Yang dapat membangunkan ummah.


Adik-adik,
Berakhirnya program ini bukanlah bermakna ukhuwwah kita telah berakhir,
Sebaliknya ianya baru bermula,
Tautan hati juga baru berputik,
Moga kita dapat berjumpa lagi,
Sekiranya tidak berpeluang berjumpa di dunia yang fana ini pun tak mengapa,
Moga kita berjumpa di taman firdausi <3


makan setalam. penuh keberkatan. selera luar biasa. (*gmbr blur)

mengasah minda adik-adik supaya kreatif mencari 'pinggan' untuk makan


sarapan pagi!

riadhah pagi

kayak (tempat saya jaga checkpoint)

cantik kan pemandangan? subhanallah <3


abang kayak sedang mengajar






cantiknyaaaa pemandangan ni!!



belalang

masak apelah diorang ni?

sedang cuba menghidupkan api. tapi sempat lagi berposing.









wallahualam~


N.A.L.H
2.37a.m, 29 Mei 2012, Selasa,
Ampang, Selangor














Gratisan Musik

Wednesday, May 23, 2012

riak



"Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu dan aku menyedari itu dan aku memohon keampunan dari apa yang tidak aku ketahui"(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

assalamualaikum w.b.t,
para pembaca sekalian yang saya sayangi kerana Allah,

hari ini saya ingin membincangkan apa yang saya baca dari buku Penyucian Hati karya Amru Khalid yang diterjemah oleh Ustaz Muhammad Suhail. iaitu berkenaan dengan salah satu penyakit hati yang juga merupakan syirik kecil. tentang RIAK

mari berkenalan dengan encik riak supaya kita boleh menjauhinya.

kata riak berasal dari ru'yah yang bererti penglihatan manusia. sesuatu itu akan disebut riak, bila ingin dilihat oleh manusia. naudzubillahminzalik.



*ehsan google












Gratisan Musik

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,

"Sesungguhnya, sesuatu yang paling, aku takutkan adalah syirik kecil. Sahabat bertanya, 'apakah itu syirik yang paling kecil? Rasulullah menjawab,'Riak...' Dan Allah akan berkata kepada orang yang riak pada hari kiamat, 'Pergilah kamu kepada orang yang kamu mempamerkan amalan kamu kepada mereka, dan apakah kamu mendapat balasan dari mereka?"(HR Imam Ahmad dan Al-Baihaqi)

ha....seram kan dengar hadis ni? nauzubillahminzalik.

riak zaman moden

contoh. post tazkirah di facebook dan blog (muhasabah buat penulis juga) dengan harapan ramai yang akan like dan ramai yang akan berkata,

"baiknya si fulan ni............"



*ehsan google

sedangkan setiap perkara yang kita lakukan perlulah diniatkan HANYA kerana Allah. sentiasa muhasabah niat kita. kenapa kita post perkara baik-baik di facebook dan blog? kerana Allah meredhai hamba-hamba-Nya yang saling nasihat-menasihati ke arah kebaikan.

dan juga kerana kita sayangkan sahabat kita KERANA Allah. kita post tazkirah dengan apabila harapan sahabat yang kita sayangi KERANA Allah membacanya, post tersebut dapat dijadikan peringatan kepada mereka. kita sayang sahabat kita KERANA Allah dan ingin masuk syurga bersama-sama. (min, syima, atera, suhaili, nada, zura, sima, dan lain-lain, aku nak masuk syurga dengan korangg...^^ doa tau!)

walaubagaimanapun, bukanlah kita yang memberi hidayah kepada sahabat kita, sebaliknya Allah lah maha pemberi hidayah. kita sebagai hamba hanya mampu berusaha.

kita perlu ingat,
sedangkan Rasulullah pun tidak mampu menarik bapa saudaranya kepada Islam,
dan nabi Nuh pun tidak mampu untuk menarik anak isterinya ke arah Islam dan menaiki kapal nabi Nuh sebelum banjir besar melanda, inikan pula kita? kita bukan nabi. bukan juga rasul.

kita hanya perlu berusaha dan berusaha dan berusaha dan berusaha (berapa banyak kali nak ulang? hehe). setelah itu, kita serahkan semuanya kepada Allah.


jenis riak yang lain

saya teringat akan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Fadhlul Rahimi. katanya, riak bukan sahaja tertakluk kepada melakukan amalan baik bukan kerana Allah. sebaliknya apabila kita berubah dari kurang baik menjadi lebih baik bukan kerana Allah turut dikira sebagai riak.

contoh. berubah dari free hair menjadi pakai tudung bukan kerana Allah. tetapi kerana manusia. supaya manusia memandang mulia kepadanya. ini juga dikira sebagai riak. nauzubillahminzalik. ingat, semua perkara yang kita buat, hatta memenuhi keperluan harian (makan, tidur) mestilah semata-mata KERANA Allah:))


tips mengelakkan riak dan mengekalkan keikhlasan
(sumber: buku Penyucian Hati karya Amru Khalid yang diterjemah oleh Ustaz Muhammad Suhail)

-kita sentiasa muhasabah diri dan niat kita.
-sentiasa terasa kehilangan pandangan ikhlas, dan selalu bertanya pada diri sendiri tentang ikhlas.
-tidak mengemis pujian manusia, kerana hanya pujian Allah yang didamba.
-sentiasa ingin menyembunyikan kebaikan kita, kecuali untuk teladan.


pemikiran senget

"emm, taknaklah post tazkirah semua ni...takut nanti riak pulak,"

"emm, taknaklah pakai jilbab..takut nanti riak pulak.."

"emm, taknaklah bagi sedekah..nanti takut riak pulak..."

cuba kita bayangkan, semua umat islam berpemikiran sebegini.
tiada orang mahu menjadi ustaz atau ustazah
tiada orang mahu bersedekah
tiada orang mahu saling nasihat-menasihati
semuanya dengan alasan 'takut riak'

habis apa akan jadi kepada dunia ini? ummat islam?



Rahmat Allah itu luas! subhanallah!

Jika riak muncul saat melakukan suatu amalan, contohnya sedang kita beri tazkirah timbul pula rasa riak. sedangkan dari awal tazkirah, amalan tersebut diniatkan semata-mata kerana Allah. Ulamak berpakat bahawa, jika ditimbang ternyata amal yang ikhlas lebih banyak. maka amal yang riak akan ditebus oleh amal yang ikhlas. amal ikhlas yang tertinggal mendapat pahala.

begitu jugalah sebaliknya, sekiranya amal yang riak lebih banyak dari amal yang ikhlas, maka amal yang ikhlas akan dipadamkan oleh amal yang riak. maka ia layak mendapat dosa.

jika seimbang, tidak ada pahala dan tidak ada pula dosa.

lihat? sungguh luas Rahmat Allah itu, kan? subhanallah! allahuakbar!


penutup


-setiap perkara yang kita lakukan mestilah diniatkan semata-mata kerana Allah.
-apabila kita melangkah ke kelas, niatkan semata-mata kerana Allah agar setiap langkah kita dihitung sebagai ibadah^^.
-sentiasa cuba menjauhi riak. ingat! riak merupakan syirik kecil! nauzubillahminzalik.

wallahualam~

N.A.L.H
24 Mei 2012, Khamis, 12.13a.m.
Ampang, Selangor









Tuesday, May 22, 2012

aturan Allah


"Kau pandai, bukan macam aku...tak berguna pun.."rungut seorang sahabat dengan penuh 'tawadhuk' kononnya.

"Seronoknya tengok anak-anak kau berjaya...Ada yang jadi engineer, doktor, optometrist...Hmm,bukan macam anak aku, tak menjadi sangat"

Assalamualaikum w.b.t

Seringkali kedengaran ayat-ayat di atas. Di zaman modenisasi ini, semua orang berlumba-lumba untuk merebut gelaran "ir", "dr"..Sehinggakan ibu bapa sanggup berhabis-habisan ratusan ringgit untuk menghantar anaknya ke pusat tuisyen, bahkan ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit. Ini  perkara realiti. Jiran saya ada yang menghantar anaknya ke pusat tuisyen persendirian dengan bayaran rm50 sejam. Kalau setiap hari belajar 2 jam, seminggu dah rm700. Sebulan? rm2800. banyak kan?


Dalam peperiksaan, majoriti pelajar bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran..Ada yang sanggup berjaga malam sehingga lingkaran gelap jelas kelihatan di matanya....Tetapi....Ada yang berjaya...Ada yang tak berapa nak berjaya...Dan ada yang gagal....


Semua ini aturan Allah. Tetapi jangan risau! Setiap orang mempunyai potensinya yang tersendiri.
Allah itu maha adil. Maha bijaksana. Aturannya adalah terbaik untuk kita.


Memang tidak salah mengejar kejayaan. Sebab Allah pun redha hamba-Nya yang berjaya. tetapi bagaimanakah kejayaan itu diukur? Cukupkah dengan dereten A? Kalau kalian tanya saya, saya jawab tak. Kerana kalaupun dapat menjadi doktor, tetapi doktor yang tidak islami, bahkan menjual secara haram pula ubat-ubatan, itu bukanlah berjaya namanya. Kalaupun menjadi seorang arkitek, tetapi design pula pusat-pusat judi, itu juga bukanlah berjaya namanya.

Bagi saya, 'kejayaan' itu ialah apabila kita berjaya menyumbang kepada ummah dan mencapai mardhatillah.


Potensi 

Setiap orang mempunyai potensi yang boleh menyumbang kepada ummah
-ada yang kurang menonjol dalam akademik, tetapi pandai bercakap, jadi berpotensi untuk menjadi seorang dai'e dan penceramah yang baik
-ada juga  kurang petah bercakap, tetapi menonjol dalam akademik, punyai ingatan yang kuat, berderet-deret A yang diperoleh dalam peperiksaan. jadi berpotensi untuk menjadi seorang doktor, ustazah, ahli farmasi islami yang boleh menyumbang kepada ummah, bukan?
-ada juga yang sangat-sangat pemalu, tetapi sangat kreatif dan sangat pandai menulis. jadi mungkin dia boleh menjadi kartunis islami, atau penulis islami seperti Hilal Asyraf, bukan?:-))

Lihat. Setiap orang ada potensinya. Jadi janganlah hanya kerana 'kurang gempak' dalam peperiksaan, terus merasa down, dan merasa rendah diri kerana tidak dapat menyumbang kepada ummah. Setiap ada orang ada potensinya.


Realitinya

Saya teringat kata-kata guru sekolah menengah saya,
"Kalau semuanya dapat straight A...Siapa nak jadi cashier? Siapa nak jadi posmen? Siapa nak jadi tukang pungut sampah? Siapa nak jadi cleaner?"

Saya beri contoh mudah.
Dalam sesebuah hospital, walau sebesar mana pun hospital itu,
mana mungkin semua pekerja di dalamnya ialah doktor.
Jika semuanya ialah doktor, semuanya ingin merawat pesakit, siapa nak jaga kaunter reception? Siapa nak sediakan dan memasak makanan untuk pesakit hospital? Siapa nak bersihkan tandas hospital? Siapa nak jaga keselamatan hospital?
Takkan lah kesemuanya doktor yang buat.

Di hospital,
mesti ada doktor,
mesti juga ada jururawat,
mesti juga ada ahli farmasi,
mesti juga ada pakar pemakanan,
mesti ada tukang masak,
mesti juga ada cleaner,
mesti juga ada pakar radiasi,
mesti ada ahli fisiologi,
mesti juga ada pak guard,
mesti ada receptionist,
mesti juga ada attendent.

Hmm, ya, setiap orang ada 'role'nya. Ada 'niche'nya. Ada sumbangannya terhadap ummah.


Jadi, jika tidak dapat mendapat apa yang kita mahu, janganlah terlalu kecewa. Kerana Allah itu maha adil. Maha bijaksana. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu mengetahuinya"(Al-baqarah: 216)

Ayat yang saya kira sangat-sangat indah. Di mana apabila saya kesedihan atau tidak mendapat sesuatu yang saya inginkan, saya akan membaca ayat ini. Bagi saya ayat ini pengubat dan penyejuk jiwa. Subhanallah.

Saya juga

Tidak semua yang saya mahu saya dapat. Contoh. Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tak dapat dinafikan, hati ini sayu melihat rakan-rakan mempamerkan gambar-gambar mereka di luar negara. Tetapi lama-kelamaan, saya tersedar. Semua ini ada hikmahnya.

Setiap kali makan, saya mesti nak sambal.
Saya tak suka makan roti.
Kalau dalam sehari tak makan nasi, badan saya jadi lemah (yeke?=p).
Jadi saya memang tak boleh hidup di luar negara.

Malahan, di UIA saya mengenal halaqoh, talaqqi, taalim, dan tamrin. alhamdulillah!

Penutup

-kejayaan tidak boleh diukur dengan deretan A sahaja, tetapi sejauh manakah kita boleh menyumbang kepada ummah dan mencapai mardhatillah.
-apabila kesedihan, tadabbur lah ayat penenang jiwa (Al-Baqarah:216)
-Allah itu maha adil. maha bijaksana. maha penyayang.
-dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. (Ar-Ra'd:28)


bila sedih, lihatlah langit..(tips dari blog Saya Doktor oleh Dr Ezzad)












Gratisan Musik


Sunday, December 18, 2011

kapal layar


assalamualaikum w.b.t

tadi bolg walking, tertarik pula dengan kata2 dari blog ustazah fatimah syarha.

seringkali kita terdengar orang kata,

“Dia dah tak ada…”
Habis usia, seolah-olah habislah kehidupan. Hakikatnya, kematian bukanlah penghabisan hidup manusia. Manusia perlu melalui sekurang-kurangnya tujuh fasa kehidupan (fasa alam roh,alam dunia,fasa barzakh, fasa dibangkitkan,fasa alam mahsyar, fasa dihisab,fasa syurga atau neraka) .Syurga atau neraka, itulah destinasinya.
Sama-sama muhasabah amalan hari ini. Adakah dipersiapkan untuk fasa alam dunia semata-mata atau turut merangkumi persiapan untuk fasa-fasa lebih getir seterusnya? Ya Allah, bantulah kami beringat selalu.

teringat kata2 seorang ustaz. hidup kita ni ibarat musafir. kita menaiki kapal layar dan kapal tersebut singgah di sebuah pulau. pulau tersebut memang saaangat indah, mempesona. lalu kita leka di pulau tersebut. kita leka menikmati nikmat yang sementara. kita sibuk memikirkan hidup yang sementara di pulau itu. kita terlupa bahawa matlamat sebenar persinggahan kita di pulau itu ialah untuk mengutip dan menimba sebanyak yang mungkin bekalan untuk kita meneruskan perjalanan kita ke destinasi seterusnya. pulau apakah itu?
ya, pulau itu ialah DUNIA. yang bersifat sementara. yang sudah terlalu tua.

sedang kita leka, tiba-tiba kapal layar tersebut memanggil kita semula. memanggil kita untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. kita panik. kita resah. kita menyesal. lalu kita meminta 'delay' dari nakhoda kapal. namun ini bukanlah sebarang nakhoda yang kita boleh memujuk rayu. dia ialah MALAIKAT IZRAIL. PENCABUT NYAWA.

muhasabah buat pembaca semua dan penulis sendiri.
wallahu alam~

Wednesday, December 14, 2011

ISLAM BUKAN MACAM MAKAN KAT TUTTI FRUITY

Di petang yang hening dan angin sepoi-sepoi ni (cewahh..)..Aku teringin pula nak berceloteh..


Assalamualaikum w.b.t

Di akhir zaman ni, ramai umat islam dah mula menyedari dan mengamalkan islam.
Yang mengamalkan islam SEBENAR-BENARNYA tu, alhamdulillah la.
Tapi masalahnya ramai yang mengamalakan ISLAM ROJAK a.k.a ISLAM SEKULAR a.k.a ISLAM TUTTI FRUITY.



Pernah pergi tutti fruity tak? Bagi yang tak pernah, cer google step-step ketika mengambil aiskrim tu. Tak pun, baca je step-step yang aku senaraikan di bawah ini.

1) Ambil bekas aiskrim.
2) Pastu korang ambillah berapa banyak ais krim yang korang nak. (tapi pastikan duit ada at least rm20 la)
3) Pastu bawak pi kaunter, pilih la mana-mana bahan tambahan. kacang ke, m&m ke, marshmallow ke, apa-apa la kan. pastu timbang dan bayar.

Aku perhatikan umat islam sekarang ramai yang menganggap islam ni seperti step yang ketiga tu. islam CAMPUR ADUK. Suka hati je. Rasa macam sistem ni sesuai dan tak ketinggalan zaman, baru nak amik sistem tu. Kalau rasa tak sesuai, tak payah ambil. sebaliknya cedok la pula sistem dari luar.

Contoh, sistem pemakaian

Ramai yang dah bertudung sekarang ni. Alhamdulillah. Ada pula yang kreatif dan inovatif, terfikir,

"Tudung tiga segi nampak macam kuno la. So ambil la kain rambu2 tu, lilit punya lilit, sampai dah jadi macam singa pun ada."

Ye, islam memang murunah, fleksibel, so takpelah kalau nak berfesyen sekalipun tapi jangan TABARRUJ.

"Hey, kitorang dah tutup aurat ok...kan tak nampak rambut"

Ye, memang tak nampak rambut. Tapi telinga tu bukan aurat ke? Leher? Buah dada (maaf cakap)?

Kain pulak berkelip-kelip. lelaki tengok pun berkelip-kelip. Pastu bila kena kacau,

"Eee, gatal betul la mamat tu, eeew"-dengan nada yang gedix

Pastu ada yang lebih kreatif, terfikir lagi,

"Pakai seluar ni nampak kaki besar la, baik pakai seluar getah a.k.a seluar nangka a.k.a legging, baru nampak kurus."

Itu contoh yang pertama. terlalu banyak lagi contoh-contoh lain. Antaranya

2)  Jubah "muslimah". Tapi kainnya licin, nipis sehingga nampak susuk tubuh. Tak salah nak pakai jubah, tapi pakailah jubah yang kainnya tebal. Dan pakailah kain atau seluar di dalamnya.

3)  Bab munakahat ambil islam, tapi bab politik tak mau ambil islam.

4)  Bertudung labuh dan berjubah longgar. Tapi tabarruj. Make-up yang melampau. Pastu tangkap gambar banyak-banyak dengan pose pelik-pelik, dan upload dalam Facebook.

5)  Menyalahgunakan kalimah "alhamdulillah". contoh:

"Alhamdulillah. selamat ulangbulan ke-7 sayangg. Moga allah merahmati hubungan kita"

Hubungan apakah itu? Kalau dah nikah takpe juga, tapi baru je COUPLE tanpa ikatan yang sah. Dah isytihar satu dunia. Pastu mohon pula Allah merahmati hubungan yang dah sah-sah haram tu.

6) Berbaju kurung tapi tak pakai kain dalam. Biar semua orang tengok bayang-bayang kaki hang. Biar lelaki tahu, betapa cantiknya kaki hang.

Islam adalah cara hidup Islam juga bukannya kita boleh sesuka hati nak pilih mana sistem yang kita nak. Islam itu perlu kita ambil secara menyeluruh.:)) Kalau kita ikut Islam, insyaAllah hidup akan bahagia dan selamat. ingat, Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yang tak mahu dipikul hamba-Nya (surah al-Baqarah). Dia juga tahu apa yang terbaik untuk kita (surah al-baqarah), sebab Dia yang cipta kita.

Em,contoh: kalau kita beli kereta Proton, pihak kilang akan beri kita manual kereta. Tapi kita degil. Kita nak guna manual kereta Mini Cooper. Kan haru jadinya? Samalah juga dengan Islam. Allah cipta kita. Allah turunkan Al-Quran untuk kita. Rasulullah tinggalkan hadis untuk kita. Khas sebagai panduan kita.

Akhir kata, ikutlah Islam secara menyeluruh, insyaAllah hidup kita akan selamat:))


wallahualam~

Sunday, January 16, 2011

hectic??

lama tak update blog,sejak sibuk ni

sem 2 is pretty hectic, wif tuto, quiz, lab report (T.T), n exam.......

my routine things: mandi, solat, class, tuto, study, makan, movie (hehe, ada jugak!), lab report, meeting (seldom), n BED (haha, i luv u!)..





poyo kan bunyi nya?

indeed, memang poyo pun. kekadang aku rasa aku lah orang paling sibuk kat dunia...tapi setelah pikir2 kembali, aku rasa malu sendiri...aku tak adalah sesibuk mana, cuma berlagak SIBUK..

cuba banding dengan wanita bekerja, contohnya engineer...kerja, anak, laundry, housework, n husband (heheh, nak selitkan juga!)....

dan aku pula......cuma BELAJAR, BELAJAR, dan BELAJAR...tak payah nak pikir bil air, bil rumah, anak (of course!), suami (heheh)...

TAPI, itupun aku dah gedik2 nak katakan diriku sibuk. gedik kan aku ni?


astaghfirullah al azim



Sunday, October 17, 2010

my future home




yasmin hadiahkan aku gelang.. comel...macam si penerima (ahakkss)...sempena burfday aku..thanks cayang.....hik3....:)


tapi mengingatkan juga aku dah semakin hampir dengan FUTURE HOME aku........



FUTURE HOME? apakah?? inikah??




tak, tak.....................inilah rumahku nanti........rumah yang kekal abadi, sehingga hari kiamat..............



bila agaknya aku akan ke FUTURE HOME aku ni ye? mungkin 30saat lagi...............mungkin 30 minit lagi..............................mungkin juga malam ni??



macam mana la agaknya keadaan aku semasa mati nanti ye? accident kah? dalam tidurkah?


macam mana dengan orang-orang tersayang yang aku tinggalkan? adakah mereka menangis? atau ketawa?


lahirku di dunia ini dalam keadaan menangis, tetapi orang di sekelilingku tersenyum....

moga matiku nanti dalam keadaan tersenyum, tetapi orang di sekelilingku menangis...


bukan MERATAP, tetapi menangisi kematianku.....


akankah kudihargai? huhu..........akankah pemergianku dirasai? huhu............


di dalam kubur nanti...........adakah aku akan dipeluk oleh ular?? atau bahagia dan nyaman di dalamnya?


mati semakin hampiri kita.....dan kta tak mungkin dapat lari daripadanya...............



wallahu alam~

tanya diri anda

tadi baca blog seorang senior ni. menyedarkan aku tentang diri ini.

kadang-kadang kita rasa kita ni la paling baik
ataupun kita ni lebih baikberbanding orang lain

apabila tengok orang free hair, kita rasa kita ni baik sebab pakai tudung

kalau tengok orang couple, kita tak couple (harommm)

kalau pergi bilik kawan, kawan sedang tengok cerita korea, kita baik sebab duduk bilik study

kalau tengok orang tak solat, kita pikir kita baik sebab jaga solat

orang tengah sibuk tengok wayang, kita pula bertalaqqi



dan macam-macam lagi.......tak pernah fikir macam ni??? tipuuuuuuuuuuuuuuuuu.....kita manusia, tak lari dari godaan syaitan



kita tak sedar. kadang-kadang antara mereka tu jahil.

ada yang kaki wayang dan tak tau tengok wayang tu haram, dan bila tahu tengok wayang tu haram, dia cepat2 bertaubat.

ada juga yang tak tau couple tu haram dan segera bertaubat setelah tau couple tu haram.

kita pula? macam mana ngan muamalat kita dengan kaum berlainan jantina?
bagus sangat ke?
adakah kita menundukkan pandangan apabila bercakap dengan mereka?
adakah kita menjaga suara?
adakah kita dapat menjaga penyakit hati ketika bermuamalat dengan mereka?
sila isi jawapan anda di tempat kosong yang disediakan:;-D


_________________________________________________________


kita boleh tahan pandangan kita, suara kita, tapi macam mana dengan si dia? adakah dia dapat menjaga penyakit hati?

lu pikir la sendiri

ermm...sebab tula kita tak layak untuk fikir kita ni baik sangat, sebab hakikatnya kita memang tak baik..tak sebaik para anbiya'. tak sebaik para abid. tak sebaik para ulama'. pernah tak kita fikir????

bagus sangat ke solat kita sehingga nak mengumpat orang yang tak solat??

bagus sangat ke muamalat kita dengan kaum berlainan jantina sehingga nak mengumpat orang yang couple??

sudah cukup sempurnakah kita menutup aurat sehingga mengumpat orang yang free hair??

isi jawapan anda di tempat kosong yang disediakan:
________________________________________________________


mengumpat
memang susah nak jauhi dari tabiat ni
atau dalam kata lain
susah nak buang tabiat ni
penulis sendiri pun tak boleh nak buang tabiat ni, huhu

-----------------------------------------------------------------------------------


sama-samalah kita pelihara hati dan nasihat-menasihati. amar makruf nahi mungkar


p/s=azam penulis sempena sem baru:

1) jaga muamalat dengan lelaki, insyaAllah. ganbate!

2) cubaaaaaaaaaaaaaa buang tabiat mengumpat. adehh, DUGAAN TERBESAR. saya ulang, DUGAAN TERBESAR......DUGAAN TERBESAR..................DUGAAN TERBESAR........!!

3) cuba jaga penyakit hati (adehh)

4) amar makruf nahi mungkar


-----------------------------------------------------------------

wallahu alam~

Saturday, October 9, 2010

renungkan sejenak...

soalan cepukmas!

.
senaraikan seberapa banyak yang mungkin manfaat pokok kelapa



-



-



-



-



-



-



-



-



titttt....masa tamat! berapa yang anda......meh saya teka......sabut kelapa? minyak masak? titi? penyapu lidi? dan banyak lagi.....
sekarang....



senaraikan manfaat ANDA kepada masyarakat. cepat! 5minit dari sekarang...



-



-



-



-



-



tittttttt...MASA TAMAT!



berapa yang anda dapat senaraikan? makin banyak yang anda senaraikan makin PERASANlah anda..ceh, acah je....ermm...........terkedu kan?









selama kita hidup ni, kalau saya, 18 tahun, berapa banyaklah sangat manfaat saya kepada masyarakat. ini menunjukkan betapa kerdilnya kita. tapi takpe, asalkan jangan kerdil di SISI ALLAH.

azamkan diri anda, mulai saat ni, cuba beri manfaat kepada orang lain. tak perlu susah-susah sehingga menjadi kuli orang lain. cukuplah sekadar nasihat-menasihati. contoh: letak gambar kubur sebagai profile picture anda di facebook..berani tak? mungkin setiap kali saudara seIslam yang nak buat maksiat, tapi ternampak gambar tu, terus tak jadi nak buat maksiat. mudah kan?
wallahu alam~















kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~