memandangkan ramai yang bertanya tentang keadaan geografi mahallah di uia pj...hari ni aku nak cerita serba sedikit....moga terubat sedikit 'kecuriousan' korang...tapi tentang mahallah sisters jela....mahallah brothers aku tak tau....hm, dulu sebelum masuk uia pj pun, aku selalu google tentang mahallah di uia pj *excited=p*
ok, em, mahallah di uia pj ada 6...mahallah zainab (^.^) , mahallah khadijah, mahallah aisyah (ni semua mahallah sisters). mahallah brothers pula mahallah abu bakar as-sidddiq,mahallah umar khattab, mahallah fatimah azzahra. untuk pengetahuan korang, mahallah aisyah ni pada mulanya memang mahallah sisters, kemudian dijadikan mahallah brothers, dan mulai sem lepas, dijadikan sebagai mahallah sisters balik. huhu. kenapa? adalah sebabnya. nanti korang tanya principal korang ye.
pertama, aku nak cerita tentang mahallah aku, hehe,
mahallah zainab zahsy atau zc
*ehsan google.
saya hadiahkan lagu ni untuk semua..:))
ZC terletak di atas bukit (takdelah atas bukit sangat sebenarnya, tapi tinggilah juga berbanding mahallah yang lain). zc terletak di belakang AMF hall, dan ada 4tingkat. em perhatian ye, zc takde lift. jadi doa lah banyak2 tak dapat tingkat 4. tapi kalau dapat tingkat 4 pun, bersyukur jelah, adalah hikmahnya tu.mungkin dengan memanjat ke tingkat 4 setiap hari boleh increase metabolic rate korang dan menurunkan berat badan korang, kan?
ZC bolehlah dikatakan lengkap prasarana nye. alhamdulillah. ada kafe, kiosk, gym (boleh la kuruskan badan...hehe...), badminton court, netball court...bilik laundry (guna coin machine je),tv area di setiap tingkat. em, oh ya...tv area di tingkat 1 ada tv flat screen ye. *bangga sat selaku penghuni tingkat 1 B-) * ada 2 water cooler di setiap tandas. em, apa lagi korang nak tahu ye? em, insyaAllah setiap hari korang akan dengar announcement...
"attention to all residents of mahallah zainab jahsy. there will be a technician in level blablabla...pls cover your aurah properly)."
"attention to all residents of mahallah zainab jahsy. tonight, there will be a talk..................."
"attention to all residents of mahallah zainab jahsy. please observe your dress code properly. spot check will be held anytime. please wear.................................."
eh, tiba-tiba rindu pula announcement ni. huhu.*touching tiba-tiba*
ok, em, makanan kat kafe pula, alhamdulillah, boleh la tahan.
ouh, lupa pula nak cerita tentang bilik. bilik takdelah besar sangat dan takdelah kecil sangat. bersyukurlah ada bilik kan, kalau terpaksa duduk rumah sewa lagi tak best kan? setiap bilik ada 4orang. 2 katil double decker. 4 meja. 4 almari. 4 kerusi. 4 rak buku. 1 kipas. 2 lampu belajar. 1 lampu besar.
*sila abaikan keadaan meja yang agak bersepah.
lebih kurang macam ni lah meja belajar. meja yang
almari sederhana besar, tapi taklah besar sangat. jadi tak payah la bawa baju banyak sangat, takut tak muat. kalau nak bawa banyak juga, terpaksalah simpan baju dalam beg dan letak bawah katil.
tentang persatuan di zainab college pula...seperti mahallah lain juga, ada Mahallah Representative Council (MRC)....yang ni kalau nak jadi kena ambil borang dan ada interview...tapi sumbangannya insyaAllah sangat besar kepada mahallah...kalau nak pahala banyak, join la ^^
mahallah dipecah-pecahkan kepada 9 hisbah. setiap hisbah seorang fellow yang jaga. fellow ni jaga kebajikan ahli hisbah dan sign overnight card kalau nak balik.
oh, ya..bercakap tentang overnight card, ye, kalau nak balik hujung minggu memang kena ambil overnight card kalau nak kurangkan risiko kena saman. kenyataan ni memang agak pahit sebab dah tua-tua (tapi takdelah tua sangat) tapi still kena ambil overnight card kalau nak balik. tapi ada lah hikmahnya tu. (husnudzon)
setiap hisbah pula ada hisbah line-up. kalau taknak sibuk sangat seperti MRC, jadilah hisbah line-up.tapi kalau presiden korang aktif macam pres alhafizah ramos, sibuklah korang. sibuk tapi best. dan apabila hujung session, ada anugerah hisbah terbaik. dan alhamdulillah, hisbah saya, hisbah sumayyah menang hisbah terbaik *bangga jap*! allahuakbar!
setiap level ada surau. so imarahkanlah suaru korang ye.jangan biar surau tu terbiar je. sob3. surau ground floor ada air-cond dan selalu menjadi tumpuan untuk buat aktiviti. ada yang study group di surau. bagi yang tinggal di tingkat 4, ada yang duduk berehat di surau ground floor kalau gap antara kelas sekejap je.
penutup
-tak kiralah di mahallah mana pun kita ditempatkan, bersyukur ajelah, Allah takkan membebankan kita melainkan sesuai dengan kesanggupan kita(al-baqarah:284).
-tak kiralah di mahallah mana pun kita ditempatkan, bergiat aktiflah dalam aktiviti mahallah dan aktiviti hisbah. hidupkan mahallah. hidupkan hisbah. ^^
-akhir kata, saya sayang dan rndu mahallah zainab <3 <3
wallahualam~
gambar tak boleh loading 😔😔 nak tengok dalam mahallah tu macam mane
ReplyDeleteAssalamualaikum,nak tanya kat UIA PJ ada seterika ke?
ReplyDeleteSaya skrg dkt cfs iium pj dok kat mahallah zainab tgkat 3 😂
ReplyDelete