There was an error in this gadget

Tuesday, March 26, 2013

Diari Medik: Jawapan kepada Surat Cinta


Assalamualaikum w.b.t


http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-ash4/186171_100000949020793_454693355_q.jpg
11:23pm
salam akak. saya suka belog akak. nnti akak rajin2 la update pasal medik kat uia. sy nk tahu life kt sne, cara belajar. susah ke tak..update tau. hehe. sy ingt nk isi uia asasi perubatan as first choice dlm upu. sy ex-seriputeri cyberjaya, waiting for result this 20 mac. hehe

Mesej tersebut saya terima ketika saya sedang ber’study week’ pada blok lepas. Terima kasih adik, kerana menyukai blog akak yang tak konsisten dan bahasa berterabur  ni. Huhu=) 

Mesej tersebut saya balas dengan berjanji untuk menjawabnya dalam blog, kerana jawapannya agak panjang.  Baru nak jawab sekarang? Haish.. *malu sendiri*

Tahniah dan takziah adik, kerana berminat dengan dunia medik. Semoga perjalanan adik untuk menggapai cita-cita adik dipermudah dan diredhai oleh Allah. aminn..

_________________________

Kehidupan pelajar medic

Seperti yang telah akak update dalam blog sebelum ini, kehidupan kami sebagai pelajar medic sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri.

Sekiranya memilih untuk belajar, belajar, dan belajar. Maka begitulah kehidupannya, umpama robot (peringatan buat diri sendiri).

Terdapat juga pelajar medic yang aktif bepersatuan, berusrah, dan bertalaqqi.

Bagi akak, kehidupan kita biarlah seimbang dan sederhana kerana Islam sendiri menuntut umatnya supaya sentiasa bersederhana kan? Hehe.

Belajar. Tetapi pada masa yang sama, turut bepersatuan, berusrah, dan bertalaqqi. Ha, kan seimbang tu?

____________________________

Ilmu medic je ke?

Ketika dalam kelas Internal Medicine, doktor bertanya pengetahuan am yang menyebabkan kami satu batch terdiam. Kalau yang menjawab pun, jawapannya salah (termasuklah penulis sendiri.huhu)

“Then, what knowledge do you have other than medicine? Do you learn medicine only everyday?” tanya doktor.

Terdiam. Terkesan.

__________________________

Refleksi diri

Sekiranya diri ini hanya menghabiskan tahun pengajian dengan belajar ilmu medic sahaja,

Dan lebih haru keadaannya sekiranya ilmu tersebut kita lupa sebaik sahaja memuntahkan ke kertas peperiksaan,

Apa yang telah aku buat selama tahun pengajian?
Apa yang aku dapat?
Apa bekalan untuk aku terus cekal dalam dunia pekerjaan kelak?
Apa bekalan ilmu untuk aku mendirikan madrasah pertama untuk anak-anakku kelak?
Apa ilmu yang boleh kumanfaatkan demi kepentingan ummah?
DAN…..apa yang aku nak jawab di akhirat nanti,
Apabila ditanya tentang begaimana aku memanfaatkan nikmat kesihatan, nikmat ilmu, dan nikmat masa ketika di dunia???

*sentap*

______________________________

Susah ke tak?

Hehe. Soalan ini popular sebenarnya, dan jawapannya ialah SUSAH. Terus terang akak jawab, medik sememangnya susah. Begitu juga dengan kursus lain.

Susah sebab sangaaaat banyak ilmu yang perlu dihadamkan dalam masa yang singkat. Tambahan pula UIA mengamalkan sistem blok, di mana satu blok terdiri daripada 3 bulan sahaja. Dan pada setiap blok pula kita perlu mengambil sekurang-kurangnya tiga matapelajaran teras dan tiga matapelajaran lain.

Tetapi ada berita baik untuk adik, hehe. Medik ni boleh jadi senang sekiranya:

-Adik pandai menyesuaikan diri dengan suasana dan kehidupan sebagai pelajar medik.
-Teknik belajar yang sesuai dan betul.
-Minat yang mendalam terhadap bidang medic. Bak kata orang, demi cinta ni, lautan sanggup direnangi, onak ranjau rela diredahi kan? =D Dan bak kata omputih, “Passion will help you while you are facing obstacles in your bumpy journey of life”
-Niat dan matlamat yang betul. Lillahita’ala. Yosh!

___________________________

Cara belajar

Pertama sekali, akak nak cakap terus-terang, akak bukanlah orang yang paling sesuai dan layak untuk bercakap tentang perkara ini. Tetapi sharing is caring kan? Jadi akak akan share serba sedikit pengalaman akak yang baru setahun jagung di kuliyyah perubatan.

-Baca, baca, dan baca. Study hard and study smart. Jangan baca last minute sebab sangat banyak yang perlu dibaca.

-Melatih diri untuk mejawab soalan-soalan topikal atau apa-apa yang sewaktu dengannya adalah sangat digalakkan. TETAPI WAJIB BACA terlebih dahulu! Ini serius! Kerana sewaktu end-block exam block satu, akak membuat soalan bertubi-tubi dan mebuta tuli tanpa membaca terlebih dahulu. Malah akak turut menghafal jawapan. Akhirnya sewaktu peperiksaan akak berasa sangat blur kerana soalan yang keluar agak berbeza dan akak tidak mempunyai kefahaman asas yang kukuh. Huhu.

-Rajin-rajinlah bertanya senior tentang soalan past year, kerana pada kebiasaannya format dan bentuk soalan tidak banyak bezanya pada setiap tahun. Tetapi BACA DAHULU! =)

-Baca dengan penuh penghayatan. Akak pinjam kata-kata sahabat akak, Azlina:

“Setiap ilmu ialah amanah. Cuba bayangkan, sekiranya pada alam pekerjaan kelak, kita tidak mengetahui apa fungsi antihistamine, kita akan tersilap memberi ubatan kepada pesakit dan kemudaratan yang bakal kita timbulkan tersangatlah besar. Kita deal dengan nyawa manusia, kan? Jadi tak bolehlah bagai melepaskan batuk di tangga sahaja."

______________________________

Kesimpulannya........

-Sentiasa tajdid niat dalam apa pun pekerjaan yang kita lakukan.
-Mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tidak bermakna adik-adik semua perlu mengambil kos-kos seperti medik, farmasi, kejuruteraan, optometri, dan sebagainya. Kerana terdapat banyak lagi bidang pekerjaan yang lain. Nasihat akak, ambillah kos yang adik BENAR-BENAR MINAT dan cenderung kepada kos tersebut.

Wallahualam

N.A.L.H
26 Mac 2013, Selasa, 8.33pm,
UIA Kuantan

Monday, March 25, 2013

Persimpangan Dunia Blogging


Assalamualaikum wbt

Petang itu ketika kami sedang menikmati makan petang bersama-sama, sahabat saya, Athirah bertanya,

“Awak dah tak update blog dah ke Aimi?”

Terdiam.

“Sebenarnya bukannya taknak update. Cuma terkadang perasaan segan tu datang. Yelah, bila tulis blog ni, orang akan expect penulis blog ni sama macam apa yang ditulisnya. 

Sedangkan realitinya? Penulis blog sendiri sebenarnya sedang mencuba untuk upgrade diri masing-masing. Sebagai contoh, sekiranya penulis blog menulis tentang kepentingan masa dan meninggalkan perkara lagha, tak semestinya penulis langsung tidak membuat perkara lagha, kerana terkadang penulis blog sendiri pun alpa. Yelah, penulis blog sendiri pun manusia kan.

Jadi rasa sangat segan kerana hanya mampu menulis dan berdakwah di mata pena. Sedangkan di alam realiti? Penulis blog sendiri terkadang terkedu untuk berdakwah. Sedihh sangat bila fikir macam tu”


Athirah, Musfirah, dan Faizah yang ketika itu sedang menikmati hidangan mereka terdiam.

Tidak lama kemudian Musfirah bersuara,

“Menulis blog tak bererti kau mesti buat perkara yang kau tulis. Dengan menulis blog, sekurang-kurangnya langkah pertama sudahpun diambil sebelum berdakwah dengan lisan. Sambil menulis blog tu, kau sendiri pun boleh mentazkirahkan diri sendiri kan?

Kita tak semestinya perlu tulis perkara yang berat-berat seperti isu akidah dan sebagainya sahaja, tetapi tulislah benda yang simple tetapi berkesan. Contoh, ceritalah tentang medic, bagaimana kita adapt dengan dunia medic, apa yang kita belajar, dan sebagainya. Ceritalah juga kisah hidup kau yang boleh dijadikan pengajaran kepadan orang lain. Ha, senang kan?”

Tersenyum. Rasa bersemangat pula nak update blog selepas ni. Yosh! Hehe.

Tajdid niat ^_^

N.A.L.H
11.52pm, 25 Mac 2012, Isnin
UIA Kuantam

Friday, March 15, 2013

Diari Medik: Budak Medik Selfish??

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, tamat sudah blok 2 ^^,

Dalam blok 2, matapelajaran yang diambil ialah:

1) Immunology
2) Pathology
3) Psychology
4) Biochemistry
5) Histology
6) IIMP

Masa dirasakan berlalu sangat pantas. Blok 2 yang sangat best dan awesome sudah pun tamat, dan kini hanya menanti keputusan peperiksaan sahaja (telan air liur).

Blok 2 bagi saya merupakan blok yang tersangat-sangat best dan sangat-sangat sempoi dan sangat-sangat menarik. Mungkin kerana saya sudah dapat membiasakan diri dengan persekitaran Kuantan dan membiasakan diri dalam kuliah medik=)

Alhamdulillah x3.. Haza min fadhli robbi ;-)

__________________

Budak Medik Selfish???

Persoalan ini bukanlah hendak di'generalise'kan kepada semua pelajar medik, tetapi sebenarnya lebih kepada tamparan buat diri sendiri (tampar pipi laju-laju).

Ya, benar.

Sebelum diri ini melangkah ke kuliyyah medik, seringkali diri ini terdengar atau terbaca statement ini:

"Budak medik ni selfish. Maklumlah, orang sibuk kan."

"Masa budak medik ni mahal. Sebab tulah susah betul nak jumpa budak medik join program, uruskan program apatah lagi!"

"Nak tahu satu cerita tak. Ada seorang budak medik ni terlalu sibuk belajar hinggakan rakan sebilik sendiri sakit pun tak dihiraukan"

Statement itu saya biarkan sepi meskipun seringkali juga saya tertanya-tanya, "Benarkah?"

Sehinggalah kini sesudah bergelar pelajar medik, statement tersebut teserlah kebenarannya.

Kenapa?

Sebab saya sendiri selfish.

Tidak dinafikan, pelajar medik mempunyai jadual yang padat dan sukatan pelajaran yang sangat berat untuk dihadamkan. Namun itu bukanlah tiket untuk pelajar medik menjadi selfish.

Situasi 1

"Program apa ni? Hm, maaf la, malam ni saya sibuk sedikit"

*sibuk=nak habiskan baca buku

Situasi 2

Si A: Hm..B, tengah buat apa?

Si B: Tengah baca Patho la. Tak nampak ke?

Si A: Hm...aku stress la..Aku bla-bla-bla-bla....(meluahkan perasaan)

Si B tidak memberikan apa-apa respons kerana malas hendak mendengar luahan hati si A.

Si A: Oh, kau sibuk ye? Hmm..tak pelah....

Si A tertunduk pulang ke biliknya dengan tekanan dan bebanan yang membelenggu dirinya. Cadangnya untuk meluahkan kepada sahabatnya agar ringan sedikit beban di dada. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Si A bertambah tertekan kerana terkilan dengan sahabatnya.

Situasi 3

-dalam Lecture Hall, seusai kelas-

"Ishh..banyaknya announcement! Aku lapar ni. Dah la, bye. Aku nak pergi kafe"

Sedangkan apabila bercakap di hadapan, beliau sangat berharap agar rakan sekelasnya dapat memberikan perhatian kepadanya. Hmm.

Rasanya sudah cukuplah 3 situasi di atas untuk memberi tamparan hebat kepada diri ini khususnya.

____________

Sudah lupakah kita?

Kisah persahabatan Abu Darda' dan Salman AlFarisi. Salman al-Farisi pernah menegur Abu Darda' kerana sahabatnya itu menghabiskan seharian hidupnya dengan puasa dan solat malam sehingga mengabaikan tanggungjawabnya kepada dirinya dan isterinya.

Pesan Salman al-Farisi:



“Sesungguhnya, Rabbmu memiliki hak ke atas dirimu. Dan sesungguhnya, tubuhmu juga memiliki hak ke atas dirimu. Dan sesungguhnya keluargamu juga memiliki hak ke atas dirimu. Berbuat adillah kepada mereka dalam mengabdikan diri kepada Rabbmu”.

Gulp. Pesanan yang menusuk qalbu.

Sedari atau tidak, kita mempunyai sangat banyak hak yang perlu ditunaikan. 

Hak kepada Allah.
Ibu bapa dan keluarga. Sekiranya berjauhan, sudahkah kita menghubungi mereka?
Sahabat-sahabat. 
Ummah.

Hmm.

*termenung seketika*

_______________

Diskusi Ilmu bersama Ina-chan

Pagi itu, sewaktu berdating sambil bersarapan bersama ina-chan, saya meluahkan perasaan saya kepadanya.

"Aimi blablablabla............."

Antara kata-kata Ina yang membuatkan diri ini sangat terkesan:

"Dulu Ina pun fikir macam tu juga. Bila difikirkan balik, Ina tersedar. Ina bukan  sahaja selfish, bahkan Ina tak ada kepercayaan yang kukuh. Ina tak yakin yang Allah itu maha Kaya. Dia Mampu mengurniakan apa-apa sahaja kepada kita. Tapi Ina tak yakin. Ina tak yakin dengan kekayaan Allah. Ina fikir, kalau Ina menghabiskan 30 minit untuk membantu sahabat, maka Ina akan kerugian masa kerana masa itu sepatutnya boleh digunakan untuk membaca buku. Hm, takpelah, yang penting kita sama-sama dah sedar kan?"

Alhamdulillah. Kerana Allah yang memberi sedar. Dan Allah menghadiahkan saya sahabat-sahabat yang baik dan menegur dan membetulkan kesilapan saya. Alhamdulillah x3


________________

Penutup

Bebanan pelajaran dan kerja bukanlah tiket untuk kita mengabaikan hak-hak terhadap orang lain, apatah lagi kepada Allah!

Walaubagaimanapun, kerjasama daripada kedua belah pihak juga perlu. 

Sahabat yang baik tidak akan menganggu sahabatnya yang sedang sibuk belajar. Pilihlah waktu yang sesuai ^_^

Sahabat yang baik akan sedaya-upaya untuk tidak menyusahkan sahabatnya. Sekiranya terdapat alternatif lain, pilihlah alternatif tersebut=)

p/s=sedang berusaha untuk menjadi seorang sahabat yang sangat baik seperti Ina dan Mus ^^

N.A.L.H
15 Mac 2013, Jumaat, 5.15pm
Ampang, Selangor





















kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~