There was an error in this gadget

Wednesday, October 20, 2010

how to kill result but still enjoying campus life (HOT TIPS)

(tajuk dalam BI, bajet je, tapi post kali ni dalam BM..hihi)
1) ingat matlamat masuk U...kenapa kita masuk U.....sentiasa fikirkan ibu bapa..:)
2) buat semua tutorial, sebab kadang-kadang soalan tutorial keluar exam,:-P

3) quiz buat elok-elok...sayangilah markah anda walaupun satu point pun..(iklan ini dibawakan khas oleh kk malaysia),:-D

4) belajar biar enjoy...hayati setiap pelajaran...

5) masuk la mana2 persatuan di U anda, rajin-rajin la pergi meeting...isi masa lapang...berbanding kita duduk dalam bilik...kan bosan? nanti bila dah bosan, mulalah merapu, tengok movie la, youtube la, dan apa-apa yang sewaktu dengannya




(sekadar hiasan untuk poyo2.hihi)
6) sekali-sekala merapu-rapu la juga dengan rumet dan kawan-kawan untuk release tension.

7) kalau tak faham, cepat-cepat tanya lecturer. lebih afdal kalau kita pergi bilik dia. untung-untung boleh dapat soalan bocor,:-P

8) waktu belajar ialah waktu belajar. jgn biarkan bendasing-bendasing menganggu anda. contoh: facebook

9) rajin-rajin pergi talaqqi/taalim/usrah atau apa2 yang sewaktu dengannya. boleh mententeramkan jiwa dan dapat ilmu tambahan. takde masa? no, no, no, itu bukan alasan. kalau kita luangkan masa- kita untuk program macam ni, insyaAllah Allah akan mngurniakan kita dengan minda cepat pick up....atau mungkin juga topik yang kita baca last minute semuanya keluar exam??

10) nak dekat-dekat exam tu, MESTI jumpa lecturer kat bilik lecturer. tanya setiap benda yang tak faham lagi.

11) set target. tapi target yang realistik la. contohnya kalau mid sem dah dapt E, jangan la target A pula untuk GPA. kan merana nanti disebabkan frust.

12) soalan past year-MESTI BELI dan BUAT!! dan jangan la fotostat dari kawan...lebih afdal jika anda membelinya dari biro akademik medcy..heheh, promote2..xD......tapi MESTI BUAT!! setkan masa, dan jawab....kadang-kadang soalan tu berulang, sebab kadang-kadang lecturer malsa nak buat soalan


13) banyakkan solat hajat....jaga hubungan dengan Allah, insyaAllah Dia akan memelihara kita...

senyum selalu..fikir positif...ALL IS WELL.....:-)



tengok pasangan bahagia ni...ceria je, jealous aku tengok,:D




Gratisan Musik

Sunday, October 17, 2010

my future home




yasmin hadiahkan aku gelang.. comel...macam si penerima (ahakkss)...sempena burfday aku..thanks cayang.....hik3....:)


tapi mengingatkan juga aku dah semakin hampir dengan FUTURE HOME aku........



FUTURE HOME? apakah?? inikah??




tak, tak.....................inilah rumahku nanti........rumah yang kekal abadi, sehingga hari kiamat..............



bila agaknya aku akan ke FUTURE HOME aku ni ye? mungkin 30saat lagi...............mungkin 30 minit lagi..............................mungkin juga malam ni??



macam mana la agaknya keadaan aku semasa mati nanti ye? accident kah? dalam tidurkah?


macam mana dengan orang-orang tersayang yang aku tinggalkan? adakah mereka menangis? atau ketawa?


lahirku di dunia ini dalam keadaan menangis, tetapi orang di sekelilingku tersenyum....

moga matiku nanti dalam keadaan tersenyum, tetapi orang di sekelilingku menangis...


bukan MERATAP, tetapi menangisi kematianku.....


akankah kudihargai? huhu..........akankah pemergianku dirasai? huhu............


di dalam kubur nanti...........adakah aku akan dipeluk oleh ular?? atau bahagia dan nyaman di dalamnya?


mati semakin hampiri kita.....dan kta tak mungkin dapat lari daripadanya...............



wallahu alam~

tanya diri anda

tadi baca blog seorang senior ni. menyedarkan aku tentang diri ini.

kadang-kadang kita rasa kita ni la paling baik
ataupun kita ni lebih baikberbanding orang lain

apabila tengok orang free hair, kita rasa kita ni baik sebab pakai tudung

kalau tengok orang couple, kita tak couple (harommm)

kalau pergi bilik kawan, kawan sedang tengok cerita korea, kita baik sebab duduk bilik study

kalau tengok orang tak solat, kita pikir kita baik sebab jaga solat

orang tengah sibuk tengok wayang, kita pula bertalaqqi



dan macam-macam lagi.......tak pernah fikir macam ni??? tipuuuuuuuuuuuuuuuuu.....kita manusia, tak lari dari godaan syaitan



kita tak sedar. kadang-kadang antara mereka tu jahil.

ada yang kaki wayang dan tak tau tengok wayang tu haram, dan bila tahu tengok wayang tu haram, dia cepat2 bertaubat.

ada juga yang tak tau couple tu haram dan segera bertaubat setelah tau couple tu haram.

kita pula? macam mana ngan muamalat kita dengan kaum berlainan jantina?
bagus sangat ke?
adakah kita menundukkan pandangan apabila bercakap dengan mereka?
adakah kita menjaga suara?
adakah kita dapat menjaga penyakit hati ketika bermuamalat dengan mereka?
sila isi jawapan anda di tempat kosong yang disediakan:;-D


_________________________________________________________


kita boleh tahan pandangan kita, suara kita, tapi macam mana dengan si dia? adakah dia dapat menjaga penyakit hati?

lu pikir la sendiri

ermm...sebab tula kita tak layak untuk fikir kita ni baik sangat, sebab hakikatnya kita memang tak baik..tak sebaik para anbiya'. tak sebaik para abid. tak sebaik para ulama'. pernah tak kita fikir????

bagus sangat ke solat kita sehingga nak mengumpat orang yang tak solat??

bagus sangat ke muamalat kita dengan kaum berlainan jantina sehingga nak mengumpat orang yang couple??

sudah cukup sempurnakah kita menutup aurat sehingga mengumpat orang yang free hair??

isi jawapan anda di tempat kosong yang disediakan:
________________________________________________________


mengumpat
memang susah nak jauhi dari tabiat ni
atau dalam kata lain
susah nak buang tabiat ni
penulis sendiri pun tak boleh nak buang tabiat ni, huhu

-----------------------------------------------------------------------------------


sama-samalah kita pelihara hati dan nasihat-menasihati. amar makruf nahi mungkar


p/s=azam penulis sempena sem baru:

1) jaga muamalat dengan lelaki, insyaAllah. ganbate!

2) cubaaaaaaaaaaaaaa buang tabiat mengumpat. adehh, DUGAAN TERBESAR. saya ulang, DUGAAN TERBESAR......DUGAAN TERBESAR..................DUGAAN TERBESAR........!!

3) cuba jaga penyakit hati (adehh)

4) amar makruf nahi mungkar


-----------------------------------------------------------------

wallahu alam~

Saturday, October 16, 2010

SEM 1

tup tap tup tap


cuti tggl 1 minggu, heisyh..



ok la, kali ni ana nak cerita tentang sem 1
(warning: jangan baca kalau takut BOSAN!)


sem 1...sem pertama aku di uia.kali pertama aku belajar luar kawasan LEMBAH KERAMAT! yela, mana taknya, dati tadika sampai la habis SPM, aku belajar di LEMBAH KERAMAT..


ok la, sebelum ana melalut dengan lebih jauh, kita balik ke topik kita tadi .nanti karang tak habis silibus pula..(aha, aku dah mula merepek..)


sem 1 ni memang berlalu dengan cepat la, macam angin aje..(betul tak peribahasa aku ni??kena refer kat guru bm sekolah la,eheh)..ana ingat lagi....








  • hari pendaftaran

-banyak betul barang yang ana bawa. bak kata ayah, macam nak pindah rumah je, -.-memang dup dap dup dap bila sampai pagar uia tu. rasa macam arggh..takutnya..macam mana dengan bilik aku nanti? roomate aku macam mana? friendly tak? entah-entah penyangak ke, haha. aku pun dengan baju kurung pink, tudung pink pergi la ke amf untuk sesi pendaftaran. memang banyak masalah la semasa pendaftaran tu. ini tak cukup, itu tak cukup. kesian kakak yang uruskan pendaftaran aku tu. haha

  • tentang roomates

-mula-mula roomates ana ada 3 orang..khaliDA......naDA........hamizah (dah takde 'DA' kat hujung nama, hik3)..hari pertama, biasalah, tak kenal sangat lagi, masing-masing buat hal sendiri..


-tapi setelah aku punggah barangdan masuk bilik, ayat pertama yang mereka hadiahkan kepadaku,


"nanti nak pinjam iron n iron board ye.."


dan disebabkan iron tu iron hadiah cabutan bertuah, memang agak canggih la, terlalu canggih sehingga terbakar tudung nada. nada, sorry!


-mula-mula memang buat hal sendiri, tapi lama-lama tu rapat pula. khalida pergi pada hari ketiga dan dah tak balik-balik, dia masuk KMB.


-Hamizah pula semasa kami dah mula rapat dengan dia, dia tinggalkan daku dan nada di dalam bilik..nasib baik KAMI tak kena tangkap basah (ayat nada, haha)..


-mula-mula tu ana pelik sangat tengok mereka kongsi barang, makanan, dan macam-macam lagi. ana TAK BIASA. ana pun makan sendiri, tak mau pinjam barang orang. tapi lama-kelamaan ana sedar. dalam hidup ni kita perlu berkongsi. sharing is caring, kan?


-nada, si gadis kelate. mula-mula tu senyap je, asyik-asyik belek buku mastika dia tu. aku tanya, dia jawab, huhu. tapi lama-kelamaan, nada mula menunjukkan belangnya (haha, nada ada belang ke??)..dia banyak cakap rupanya..dan loyar buruk..tapi nada jugalah yang banyak ingatkan aku tentang Islam. yelah, budak sekolah agama kan? pendek kata, nada ni baik. (ermm, nada, belanja aku topup plis? haha)



  • hari pertama lecture

-memang bersemangat la. aku pakai baju kurung maroon dan tudung peach. naik la ke physics lab. tunggu punya tunggu, rupa-rupanya kelas dibatalkan! adehh..




  • tentang classmates

-classmates aku semuanya perempuan, kecuali kelas math yang ada 5 orang budak lelaki. itupun macam tak wujud. semua macam biskut.


-aku berkenalan la dengan zura, carrot, sima, fizah, dan ramai lagi. tapi azwin dengan gediknya meninggalkan kami terkapai-kapai. sebab? dia dapat offer medic mesir. missing you awien!






-disebabkan classmates aku semuanya perempuan. so kami pun agak kecoh dan bising. nak jerit-jerit dan lompat-lompat pun takpe. (aha, hiperbola betul! mana ada macam tu!)..erm, tapi aku sayang kamu semua..ahakkss





-aku ni dapat macam-macam gelaran..makcik (sebab aku berlakon jadi makcik semasa speakers corner)..cik cheti (sebab urusan duit selalunya serah pada aku. entah la. aku ni memang muka treasurer kot)









  • tentang cafe




-di uia ni, ada 7 cafe (setakat ni aku tahu ada 7, tapi tak tahu la kalau da kafe lain)..cafe zc (kesayangan, ahakkss)..u-cafe (ada kak ong!)...kafe A (ermm, no komen-)..kafe E (asalnya kafe bro+sis..tapi bro dah conquer tempat tu..tak aci betul, dah la makanan kat situ murah!)..kafe ukc (kalau dah terdesak baru pergi kafe ni)..kafe abc (kwasan larangan for sisters!)..kafe aisyah (kawasan larangan for sisters juga..kalau berani, masuk la, tapi ibarat masuk mulut buaya la tu)









  • tentang lecturer




-lecturer semuanya comel-comel, sporting....(aha, bagi markah bonus untuk final plis?)









  • tentang pasar malam




-adehh....rambang mata....semua makanan nak dibeli.....duit takde...huhu.....tapi memag best la!









  • tentang pak guard.




-ermm, takmau komen, nanti kena saman lak!









  • tentang acad medcy




-yang ni... aku tak tau la macam mana aku boleh terjebak dalam acad medcy ni...sebenarnya aku tak nak pergi pun meeting pertama tu, aku pergi pun sebab kawan-kawan aku PERGI. dan aku dilantik jadi bendahari. jadi ceti. setiap minggu meeting. tapi seronok juga. terisi hidup aku kat uia tu. takdelah belajar aje.-.-





-acad medcy tu apakah?? acad medcy tu ialah lujnah academic medcy..medcy ialah gabungan pelajar medic, dentistry, pharmacy, nursing, alhs..a.k.a heatlh and medical sciences students...acad ni jual compilation, buat quiz, dan macam-macam laa





ermm, tu jelah kot...penat dah membebel ni...





wassalam

Saturday, October 9, 2010

renungkan sejenak...

soalan cepukmas!

.
senaraikan seberapa banyak yang mungkin manfaat pokok kelapa



-



-



-



-



-



-



-



-



titttt....masa tamat! berapa yang anda......meh saya teka......sabut kelapa? minyak masak? titi? penyapu lidi? dan banyak lagi.....
sekarang....



senaraikan manfaat ANDA kepada masyarakat. cepat! 5minit dari sekarang...



-



-



-



-



-



tittttttt...MASA TAMAT!



berapa yang anda dapat senaraikan? makin banyak yang anda senaraikan makin PERASANlah anda..ceh, acah je....ermm...........terkedu kan?









selama kita hidup ni, kalau saya, 18 tahun, berapa banyaklah sangat manfaat saya kepada masyarakat. ini menunjukkan betapa kerdilnya kita. tapi takpe, asalkan jangan kerdil di SISI ALLAH.

azamkan diri anda, mulai saat ni, cuba beri manfaat kepada orang lain. tak perlu susah-susah sehingga menjadi kuli orang lain. cukuplah sekadar nasihat-menasihati. contoh: letak gambar kubur sebagai profile picture anda di facebook..berani tak? mungkin setiap kali saudara seIslam yang nak buat maksiat, tapi ternampak gambar tu, terus tak jadi nak buat maksiat. mudah kan?
wallahu alam~















Wednesday, October 6, 2010

muflis!


siapakah golongan muflis


para akauntan mungkin akan menjawab


"orang yang tidak melunaskan hutang dengan bank.."


ya, benar...tetapi itu muflis di dunia..bagaimana pula dengan muflis di AKHIRAT?

ini yang kita gerunkan..nauzubillah


muflis di akhirat-orang yang bangkit di Mahsyar yang membawa pahala amalan mereka tetapi pahala itu dirampas oleh Allah dan diberi kepada manusia yang dizalimi olehnya.


antara contoh:

1) orang yang diumpat.

2) di tempat parking, anda terlanggar sebuah kereta, kereta itu calar, dan anda hanya meninggalkan sahaja kereta tersebut tanpa membayar ganti rugi! mungkin pemilik kereta itu, teatapi Allah tahu!


mereka yang dizalimi ini akan merampas segala pahala amalan kita..berapa banyakkah pahala amalan kita? terlalu banyakkah sehingga kita sanggup memberikannya kepada orang lain? dan sekiranya pahala amalan kita sudah habis, maka dosa orang yang dizalimi itu akan diberi pula pada kita....nauzubillah....

subhanallah..

dalam physics, kita belajar hukum fizikal yang ada di sekeliling kita..dalam pada masa yang sama, kita juga belajar hukum kejadian Allah.





misalnya newtonian gravitation law (hukum Allah, sebenarnya, tetapi ditemui oleh Isaac Newton)...





F=GmM/r kuasa 2





rupa-rupanya Allah cipta alam dengan begitu hikmah sekali..rupa-rupanya, terdapat suatu tarikan graviti antara bumi dnegan planet2 lain......subhanallah......jarak antara bumi dengan planet-palanet lain telahpun ditetapkan oleh Allah.....subhanallah.....tanpa tarikan ini, planet2 akan jatuh berguguran, sepertimana yang akan berlaku hari kiamat nanti.......





dalam biologi pula, kita belajar kejadian benda hidup....dalam erti kata lain, kita belajar pasal kejadian Allah....





misalnya DNA





rupa-rupanya setiap manusia mempunyai DNA yang berbeza-beza. subhanallah! lihat sahaja cap jari kita, setakat ini tiada lagi rekod 2 manusia mempunyai cap jari yang sama...subhanallah!





misalan kedua-otak





otak terbahagi kepada beberapa bahagian,



frontal lobe-pusat intelek, emosi, personaliti, kelakuan
occipital lobe-pusat kawalan penglihatan
parietal-pusat kawalan deria
temporal lobe-pusat kawalan pendengaran bau dan pendengaran

subhanallah...........

dalam chemistry pula, kita belajar tentang molekul-molekul
rupa-rupanya, dalam badan kita terdapat cas-cas positif dan negatif......cas-cas ini akan aktif semasa kita solat berjemaah kerana bahu-bahu menyentuh anatara satu sama lain.....subhanallah....

rupa-rupanya juga, nasi yang kita makan terdiri daripada kanji, yang akan dibreak down kepada glukos, c6h1206.....glukos inilah yang membekalkan tenaga kepada kita melalui proses metabolisme...subhanallah.......rupa-rupanya, proses2 kimia sentiasa berlaku dalam badan kita dan semuanya telah ditetapkan oleh Allah....subhanallah......


sains akan menjadi lebih menarik dan bermakna sekranya diaplikasikan ke dalam kehidupan.......kaitkan juga dengan kejadian Allah.........belajar itu suatu jihad......

wallahu alam~

allah itu baik

semasa UPSR-target 5A-alhamdulillah Allah kurniakan

semasa PMR-target 9A-alhamdulillah Allah kurniakan juga

semasa SPM-target 10A-alhadulillah, Allah kurniakan juga!

selepas SPM-target nak biasiswa JPA, untuk lanjutkan pelajaran ke luar negara, tapi Allah itu maha hikmah dan penyayang....Dia tahu apa yang terbaik untukku.............UIAM sudahpun tertulis sebagai tempatku melanjutkan pelajaran..

flashback~
dulu, teringin sangat nak sambung belajar bahasa arab tinggi pada peringkat SPM.....sebab tulah ana target SBPI....Allah tak izinkan.............

sekarang...setelah ana renung2kan kembali....

rupa-rupanya ada hikamahnya ana tak dapat biasiswa JPA luar negara.........ana dapat masuk UIAM......dapat belajar bahasa arab......betapa Allah itu maha pengasih! alhamdulillah!

rupa-rupanya.........ana dapat biasiswa JPA, dalam negara....rupa-rupanya Allah izinkan ana dapat biasiswa JPA, tetapi Allah aturkan ana belajar di UIAM, bukannya di luar negara.........Allah itu maha hikmah lagi bijaksana!

wallahu alam~

sujud dari perspektif sains

kajian menunjukkan bahawa solat yang terdiri daripada posisi berdiri, rukuk, sujud memberi banyak manfaat kepada:
-jantung
-otak


1)jantung
ketika kita sujud, otak kita berada di paras lebih rendah berbanding jantung kita. seperti yang kita maklum, jantung perlu mengepam darah ke otak. semasa sujud, darah dipam lebih lancar kerana mengikut tarikan graviti natural....subhanallah......sebab itulah sujud dapat mengelakkan kita daripada serangan jantung.

2)otak
ketika sujud, darah sampai ke otak dengan lebih cepat dan efektif. daya tumpuan meningkat dan kecerdasan otak meningkat...subhanallah..........

setiap perkara yang Allah suruh tu pasti ada hikmahnya...subhanallah................


wallahu alam~

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~