Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

Buat muslimah: Berjaga-jaga di Alam Maya!

Assalamualaikum w.b.t

Post saya kali ini ditujukan khasnya buat kaum sejenis saya, iaitu muslimah.


*ehsan google

Muslimah. Atau perempuan. Atau lebih lembut digelar akhowat (^^,)

Bila kita sebut perkataaan perempuan, 
Apa yang kita bayangkan? Kelembutan. Sensitif. Warna pink (mungkin??). Emm, apa lagi ye...Manja...Sukakan perhatian....

Manakala apabila kita sebut perkataan muslimah, 
Apa yang kita bayangkan? Sama dengan perempuan; kelembutan. sensitif. warna pink (mungkin??), Manja...Sukakan perhatian.... Tutup aurat. Islam. Jaga maruah.

Berbeza bukan dua perkataan ini?
Muslimah semestinya ialah perempuan, tetapi perempuan belum tentu merupakan muslimah.
Anda dapat tak point saya ini?

Anda mahu jadi 'perempuan' sahaja atau 'muslimah' atau kedua-duanya sekali? Muhasabahlah diri anda.


Muslimah, saya amat memahami kalian

Kenapa? Sebab saya juga merupakan seorang muslimah.
Saya amat memahami kalian yang sangat sukakan perhatian,
Kalian yang manja,
Kalian yang sensitif,
Yelah, dah nama pun wanita kannn...

Tetapi,
Biar sedahaga mana pun kalian terhadap perhatian manusia,
Biar semanja mana pun kalian,
Atau biar sensitif mana pun kalian,

Adakalanya kita perlu bijak memilih dan membezakan.
Memilih dan membezakan dengan siapa kita perlu bermanja, meraih perhatian, dan merajuk (mungkin??)

Saya faham sifat kalian yang sangat sukakan perhatian
Tidak hairanlah begitu ramai di kalangan muslimah yang mempamerkan gambar-gambar di laman-laman sosial. Dengan pelbagai gaya. ada yang buat peace, ada yang angkat kening, ada yang menjelir lidah. Bahkan ada yang memuncungkan bibir. Dan paling saya terkejut, ada yang terlompat-lompat sewaktu bergambar.

Wah, kalian memang berpotensi untuk menjadi model la,=p

Tapi.....Kita kena ingat....Wanita solehah itu tidak dipandang dan tidak dipandang..Emm, anda ada berapa orang friends ye di facebook? 100? 200? 500? atau...1000?? Bayangkan betapa ramainya yang melihat gambar anda.

Dan kalau anda privatekan gambar tersebut untuk tontonan rakan perempuan je...tapi cuba bayangkan...Kalau rakan perempuan anda melihat gambar anda dalam FB sewaktu dia di ruang tamu di rumahnya, dan kebetulan pula pada waktu itu terdapat ahli keluarga (bapa/adik lelaki/abang) rakan anda di situ....Ha, kan free je mereka dapat lihat gambar manja anda?


Saya pernah jadi seperti kalian

Muslimah yang saya sayangi kerana Allah,

Saya amat memahami kalian.Kerana dulu saya pun pernah menjadi seperti kalian juga. Seronok kan upload gambar banyak-banyak? Kadang-kadang sampai berpuluhan album. Lepas tu mengharapkan orang like dan komen.

Tapi Allah itu maha penyayang

Dia datangkan kepada saya seorang sahabat yang tidak meletakkan gambar di laman sosial. Kalau letak pun, gambar itu beramai-ramai dan wajahnya hanya sebesar mancis sahaja. Dia juga sering menerangkan kepada saya secara 'general' keburukan-keburukan meletakkan gambar di laman sosial.

"Kalau letak gambar kat facebook, semua orang boleh tengok...eee...malunya.....kalaupun tutup aurat, ingat orang lelaki takde nafsu ke tengok perempuan bertutup litup?"

"Tau tak...sekarang ni......gambar-gambar perempuan di FB mereka edit.....menjadi macam rupa-rupa.....ada yang asalnya bertutup elok, tapi diedit menjadi pakai bikini sahaja *nauzubillah*"

"Eee....letak gambar dengan lidah terjelir...lompat-lompat.....tak malu ke ramai orang tengok?"

"Gambar-gambar kita tu, boleh datangkan fitnah. Setiap kali orang klik, kita dapat dosa...eeee...Dah la pahala tak sebanyak mana...Nak tambahkan dosa pula"

Pada waktu itu saya berasa sangat malu, yang mana pada waktu saya sendiri pun tak tahu mengapa terbitnya perasaan itu. Tetapi yang pastinya, sebelum dia add saya di FB, saya delete dan privatekan semua gambar saya. huhu

Kemudian saya terfikir, kenapa saya buat macam ni?
Kenapa saya delete dan privatekan gambar saya?
Adakah kerana sahabat yang saya ceritakan tadi?

Emm....akhirnya saya tersedar. Tarbiyyah secara slow dan sangat halus oleh sahabat saya telah banyak menyedarkan saya, alhamdulillah. Allah telah memberi hidayah kepada saya melalui sahabat saya. Terima kasih, sahabat. *Takmau bagitahu kat sini siapa sahabat tuu, nanti dia kembang pulakk=p*

Sebab tulah, ada orang kata, kita perlu pandai memilih sahabat. Kerana sahabat mencerminkan diri kita=)


Kesimpulannya.....

-Jagalah maruah anda, meskipun hanya di alam maya. Janganlah di alam realiti kita pemalu bukan kepalang, jalan tertunduk-tunduk, tapi di alam maya... kitalah paling lincah bersenda gurau dengan lelaki ajnabi, bercakap perkara yang tak perlu...kitalah yang paling aktif stalk gambar-gambar lelaki ajnabi....dan kitalah yang paling manja sekali bergambar dan upload di FB.....

-Boleh meletakkan gambar kerana kadangkala perlu ditunjukkan juga bagaimana kehidupan muslim kepada yang bukan muslim. Setakat meletakkan gambar aktiviti tarbiyyah atau aktiviti universiti cukuplah. Tupun pastikan gambar tersebut bukanlah fokus kepada kita aje, sebaliknya gambar secara beramai-ramai.

*contoh gambar. hihi. ni gambar sewaktu trip to kuantan

-Berkawan biar seribu,bersahabat biar seorang ^______^

wallahualam~

N.A.L.H
7 Jun 2012, Khamis, 1.58am
Ampang, Selangor
















Monday, May 28, 2012

muda sebelum tua

Assalamualaikum w.b.t.


Selamat hari lahir diucapkan kepada sahabat baik saya, Baizura Salehuddin! Moga dapat menjadi muslimah yang solehah dan dipanjangkan umur. Sayaannngg ko! <3


Alhamdulillah, hujung minggu lalu Allah beri peluang kepada saya untuk menjadi fasilitator bagi program Malam Bina Iman Dan Taqwa (MABIT), anjuran Surau Al-Muhajirin dengan kerjasama IKRAM bertempat di Sungai Tekala, Semenyih. Alhamdulillah, berpeluang berjumpa dan berukhuwwah dengan adik-adik sekolah menengah yang rata-ratanya berasal dari Kajang Utama, dan juga fasilitator akhowat lain dari KUIS dan UKM. Manakala fasilitator ikhwan pula merupakan Ustaz-ustaz yang sudah bekerja, mahasiswa UPM, US, dan lain-lain (tak ingat. hehe). Rindu pula dengan adik-adik yang sangat bersemangat dan manja <3


Apabila tengok diorang ni, terasa pula diri ini tua, sobsobsobs. Mana taknya, teringat waktu dulu-dulu, biasanya saya jadi peserta aje, tapi kali ini menjadi fasi pula. Dah tua rupanya saya ni T.T


Sewaktu sesi taaruf, saya meminta setiap ahli kumpulan saya memberitahu target umur mereka untuk berkahwin. Meriah suasana pada waktu itu (Sebut pasal kahwin aje, semua excited, amboii). Ada yang memberitahu ingin berkahwin pada umur 25 (ok, ini normal), 26, 28, 33, dan malahan ada yang ingin berkahwin pada umur 22! Umurnya sekarang ialah 19, bermakna lagi 3 tahun la. Amboi, nak langkah bendul nampak, hehe=p


Kemudian mereka tanya pula, "akak pula target umur berapa?"


......................(biarlah rahsia)




Emm...


Kenapa saya bertanya tentang ini?


Untuk mencari menantu ke?


Tidak, jauh sekali. Saya belum ada anak. Belum kahwin pun.


Untuk menggatal dengan mereka ke?


Hey, saya perempuan normal ye =.=


Jadi KENAPA ye?


Kerana saya ingin mengajak mereka berfikir. Tentang apa? Ya, Tentang usia. 


Tentang usia


Saya sudah berusia 19 tahun dan bakal mencapai angka 20 pada September nanti, insyaAllah. Pada umur ini, saya tidak rasa saya muda, sebaliknya saya rasa terlalu tua.


Terlalu tua?


Ya, terlalu tua untuk bermain-main. Terlalu tua untuk huha-huha. Terlalu tua untuk berlagho-lagho berlebihan. Terlalu tua untuk menjadi tidak matang.


Mengapa?


Sebab sekarang saya sudah menghampiri usia 20 tahun. Lagi 5 tahun saya akan graduate. Kahwin? InsyaAllah pada ##### yang akan datang. Selepas 5 tahun insyaAllah, saya bakal melangkah ke alam pekerjaan. Di mana pada waktu itu, saya perlu bijak memimpin. Memimpin siapa? Memimpin diri sendiri. Pada waktu itu, mungkin saya sudah duduk di rumah yang berasingan dengan ibu bapa saya (sobsobsobs), perlu berdikari, perlu bijak membuat keputusan, juga perlu bijak berbelanja kerana pada waktu itu saya sudah mempunyai pendapatan (hehe). 


Dan mungkin pada waktu itu saya sudah mendirikan baitul muslim. Atau mungkin juga sudah mempunyai anak. Sekiranya begitu, saya perlu bijak mendidik anak-anak dengan ilmu agama dan duniawi. Ajar mereka tentang adab, dosa pahala, aurat, dan sebagainya. Jadi sekiranya saya tidak mempunyai ilmu, bagaimana saya mahu mendidik mereka? Dan kemungkinan besar pada waktu itu saya sudah sibuk bekerja, menguruskan rumah, memasak, dan sebagainya. Sekiranya mempunyai masa terluang pun, tidak sebanyak sekarang. Jadi, tidak dinafikan sekarang inilah saya perlu mengutip dan menuntut sebanyak mungkin ilmu sebagai bekalan untuk masa depan.


Sebuah kisah


Saya teringat akan sebuah kisah yang diceritakan oleh salah seorang murobbi saya.


Ceritanya begini. Di sebuah tadika, terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang menyelak tudung seorang kanak-kanak perempuan. Lalu menangislah kanak-kanak perempuan itu. Apabila ditanya mengapa kanak-kanak lelaki tersebut berbuat begitu, dia menjawab,


"Saya tertanya-tanya apakah yang dipakai oleh perempuan di sebalik tudung. Sekarang barulah saya tahu, perempuan memakai kain kecil (serkup kepala) di sebalik tudung. Saya tak tahu sebab ibu saya tak pakai tudung."


Mahukah kita anak-anak kita menjadi begini?


Anak-anak yang merupakan pewaris kita, penyambung ummah. Sebab itulah saya tekankan di post yang lalu bahawa, apabila kita berkahwin, kita sebenarnya sedang membina ummah. Ummah yang bagaimana? Kitalah yang bertanggungjawab mencorakkan pewaris ummah kita. Hal ini kerana anak-anak pada kebiasaannya lebih cenderung untuk mengikuti dan mencontohi ibu mereka berbanding bapa mereka. Baik ibunya, baiklah anaknya, insyaAllah. Begitulah sebaliknya.


Saya teringat sewaktu program MABIT, para peserta diberi tugasan untuk memasak meggi menggunakan cara darurat (guna kayu, dan sebagainya). Salah seorang peserta meletakkan perencah dahulu berbanding mi.


"ouh, awak letak perencah dulu ye baru mi?"tanya saya.


"a'ah, sebab mak saya buat begini"jawabnya.


Di sini saya bukanlah ingin membicarakan cara-cara masak meggi (lapar pula malam-malam ni=p). Tetapi saya ingin menunjukkan betapa besarnya pengaruh seorang ibu. Bagaimana seorang ibu memasak, begitulah juga anaknya. Sekiranya seorang ibu merupakan seorang yang rajin mengemas, begitulah juga anaknya.


Saya juga banyak mengikuti ibu saya. Cara memasak, lipat kain, dan bermacam-macam lagi.


Sebab itulah saya katakan peranan seorang wanita sangat-sangat besar. Dan dikatakan juga bahawa tangan wanita yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. Ya, ini sememangnya tidak dinafikan!




Mereka


Saya sudah menghampiri angka 20. Tetapi apakah sumbangan saya terhadap ummah? Tiada lagi setakat ini.


Sedangkan Sultan Al-Fateh memimpin tenteranya untuk menawan kota Kostantinopel pada usia 22 atau 23.


Usamah Bin Zaid sudah mampu menjadi jeneral perang pada usia 18.


Muadz dan Muawwidz menumbangkan Abu Jahal pada usia belasan.


Malu rasanya diri ini.




Darah muda


Apakah kelebihan yang terdapat pada seorang pemuda berbanding golongan veteran?


Ya, darah muda. Pemuda mempunyai semangat yang bergelora, tubuh badan yang sihat, berani, dan seribu macam kelebihan yang tiada pada golongan veteran.


Pemuda memang berani. Buktinya? Lihatlah mat-mat rempit. Berapa umur mereka ya? Ya, rata-rata mereka berumur belasan atau 20-an. Yang berumur 30-an dan 40-an mungkin ada, tetapi hanya golongan minoriti sahaja. Adakah dalam kalangan mereka yang berumur 50-an? 60-an? 70-an? tiada kan? Lihat. Betapa beraninya pemuda-pemudi. Kalau mereka penakut, tiadalah mereka mahu merempit, kan?


Seribu macam kelebihan yang terdapat pada muda-mudi ini sepatutnya disalurkan ke arah yang positif. Ke arah yang dapat menyumbang kepada ummah. 


Pada usia ini, mereka sepatutnya menuntut sebanyak mungkin ilmu yang bermanfaat dunia akhirat. Gunakan juga usia ini untuk menyertai program-program yang dapat menyumbang kepada ummah. Agar di usia tua nanti tidaklah berasa menyesal lantaran tidak memanfaatkan usia muda sebaik yang mungkin. Atau lebih teruk, berasa menyesal di padang mahsyar kelak apabila melihat amalan baik yang terlalu sedikit berbanding amalan buruk. Pada waktu itu penyesalannya itu sudah tiada gunanya!


Pemuda penentu masa depan ummah


Dr Yusuf Qardhawi pernah berkata, "Jika kamu ingin melihat masa depan sesuatu masyarakat , maka lihatlah remajanya pada hari ini"


Ya, ini sememangnya benar. Ini kerana pemuda lah bakal penyambung ummah. Hendak harapkan siapa lagi untuk memimpin negara pada masa hadapan, kalau bukan pemuda pada hari ini? Takkanlah nak harapkan golongan veteran pada hari ini, kerana mungkin pada waktu itu mereka sudah tiada lagi di dunia ini.


Jadi sememangnya tidak dinafikan bahawa pemuda lah penentu masa depan ummah. Baik pemuda pada hari ini, baiklah juga masa depan ummah, insyaAllah. Begitu jugalah sebaliknya.


Pemuda, kalian bakal menjadi pemimpin


Setiap dari golongan pemuda bakal menjadi pemimpin. Pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, dan mungkin juga negara.


Pada masa hadapan, kalian dan juga saya, bakal memikul tanggungjawab dan amanah, di mana semua ini akan disoal oleh Allah di akhirat kelak. Jadi untuk memikul mandat-mandat ini, perlulah mempunyai ilmu. Jangan kita menyesal dan menangis di esok hari kerana tidak memanfaatkan usia muda (naudzubillahminzalik).


MABIT


Saya ingin berkongsi gambar-gambar yang sempat diambil ketika program MABIT.


Adik-adik,
ketahuilah bahawa akak sangat sayang kepada kalian,
Dan akak yakin kak Dayah dan kak Nadiah merasakan begitu juga,
Akak melihat setiap dari adik-adik mempunyai potensinya tersendiri,
Ada yang berani, peramah, kreatif, jujur, bersemangat, lemah-lembut, dan bermacam-macam lagi.


Oleh itu adik-adik,
Janganlah sia-siakan potensi itu,
Salurkanlah potensi tersebut ke arah positif, 
Yang dapat membangunkan ummah.


Adik-adik,
Berakhirnya program ini bukanlah bermakna ukhuwwah kita telah berakhir,
Sebaliknya ianya baru bermula,
Tautan hati juga baru berputik,
Moga kita dapat berjumpa lagi,
Sekiranya tidak berpeluang berjumpa di dunia yang fana ini pun tak mengapa,
Moga kita berjumpa di taman firdausi <3


makan setalam. penuh keberkatan. selera luar biasa. (*gmbr blur)

mengasah minda adik-adik supaya kreatif mencari 'pinggan' untuk makan


sarapan pagi!

riadhah pagi

kayak (tempat saya jaga checkpoint)

cantik kan pemandangan? subhanallah <3


abang kayak sedang mengajar






cantiknyaaaa pemandangan ni!!



belalang

masak apelah diorang ni?

sedang cuba menghidupkan api. tapi sempat lagi berposing.









wallahualam~


N.A.L.H
2.37a.m, 29 Mei 2012, Selasa,
Ampang, Selangor














Gratisan Musik

Sunday, May 20, 2012

Bidadari Dunia








Gratisan Musik


assalamualaikum.

mungkin ramai yang tertanya-tanya di manakah post saya yang bertajuk Wardatul Syuhada ep 1, ep 2, dan ep akhir, memandangkan hanya terdapat post Wardatul Syuhada special episod .  ya, tak dapat nak dinafikan, sebenarnya saya terpaksa hide post tersebut untuk editnya semula pada masa akan datang, insyaAllah.

kenapa?

sebab apabila saya membaca post tersebut berulang kali, saya terperasan bahawa ayat saya dalam post tersebut terlalu berkias. sehinggakan saya bimbang para pembaca akan tersalah tafsir.

ya, kita memang tidak boleh malu yang tak bertempat. tetapi kita masih perlu mempunyai malu. malu yang bagaimana? malu untuk melanggar syariat Allah. kerana Allah itu maha pemurah. segala-gala nikmat telah dikurniakan kepada kita. nikmat iman, islam, kesihatan, keamanan, keluarga, sahabat, kediaman, kenderaan, dan bermacam-macam lagi. terlalu banyak sehinggakan tak terhitung. subhanallah. alhamdulillah. allahuakbar.

hmm...

cuba bayangkan. kita mempunyai seorang sahabat. yang selalu belanja kita makan, belikan hadiah, bagi pinjam laptop, ajar kita pelajaran yang kita tak faham. sudah tentu kita terhutang budi dan malu untuk mengkhianatinya kan? itu baru sahabat yang sumbangannya tidak seberapa dan masih boleh dihitung.

sedangkan Allah?

terlalu banyak nikmat dikurniakannya. tapi, masih ramai yang melanggar syariat Allah. kerana apa? kerana mereka tak rasa kehadiran Allah. sedangkan Allah itu amat dekat. "sesungguhnya Allah itu lebih rapat daripada urat nadi kamu".

malahan Allah juga bersabda,

"Apabila hamba-hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka katakanlah bahawasanya Aku amat dekat." (Al-baqarah:186)

Allah itu amat dekat dengan kita. maha melihat. maha mendengar. maha kuasa. jadi siapakah kita untuk mengingkari syariat-Nya? kita hanya hamba. tidak punya apa-apa. keluarga, tubuh badan, rumah, kereta, semua itu pinjaman semata-mata.

berbalik kepada persoalan malu. ya, Bidadari Dunia itu malu.

tetapi adakah ini bermakna malu sehingga tak keluar rumah? tidak berhadapan dengan masyarakat?

tidak.

Bidadari dunia masih menonjolkan diri apabila perlu.akan menyumbang kepada ummah. menyumbang idea, pendapat yang dapat membangunkan ummah.

Bidadari dunia memang professional, cool, dalam bekerja.

tetapi ini bukanlah bermakna mereka bergurau-senda dengan lelaki bukan mahram tanpa batas. mereka menonjol, tetapi masih menjaga pandangan, menjaga ikhtilat, selaras dengan syariat Allah. ada masanya mereka tegas, dan ada masanya juga mereka cool.

Bidadari dunia cool dalam bekerja. contoh. ketika bekerja dalam persatuan dan menjadi timbalan kepada seorang ketua lelaki. bidadari dunia tidak kaku. tidak terlalu serius dan garang . bayangkan, muslimah yang bekerja dalam persatuan, terlalu kaku, serius, dan garang sehinggakan apabila keluar dari meeting pun dengan dahi berkerut-kerut. stress kan begitu? boleh meningkatkan blood pressure dan risiko sakit jantung pun ada.=D

saya menulis berdasarkan pengalaman. saya pun sebenarnya sedang memperbaiki diri. dulu saya pun agak pemalu yang tak bertempat. sewaktu meeting tunduk memanjang, nak bercakap pun malu. akibatnya? sangat sukar untuk bekerjasama kerana jambatan hati itu tidak wujud. kekok. kalut. semuanya ada. astaghfirullahalazim

hmm..

memang kita tak boleh jumud, tetapi kita masih perlu berprinsip. contoh, berprinsip untuk menjaga ikhtilat. menjaga aurat. menjaga pandangan. ada masanya kita perlu memandang wajah ketika berbincang. tetapi sekejap sahaja dan tidak berlebihan. ya, prinsip adalah tunjang bagi segala-galanya, bagi saya.

saya beri contoh lagi.

kita bukanlah tak boleh bersukan. apabila waktu petang, atau ada temasya sukan, kita terlibat. tetapi kita masih mempertahankan prinsip kita untuk menjaga aurat. tak kisahlah sukan apa pun yang kita main, baju tetap labuh menutup punggung, tudung mesti tutup dada. kalau pertandingan sukan tersebut menghalang kita daripada mempertahankan prinsip kita. senang saja, tak payah join pertandingan tersebut.

penutup

bidadari dunia itu pemalu, tetapi bukan malu tak bertempat, sebaliknya malu untuk melanggar syariat Allah. bidadari dunia itu juga professional, cool dalam bekerja, tetapi masih menjaga syariat Allah. dan...bidadari dunia itu juga berprinsip, tetapi tidak jumud. terbuka, tetapi tidak hanyut.

emm...saya nak jadi bidadari dunia..kalian taknak ke? tau tak, Aisyah r.a pernah berkata,

"sesungguhnya bidadari dunia itu amat dicemburui oleh bidadari syurga dek kerana amal ibadatnya di dunia."

apa pula bezanya bidadari dunia dengan bidadari syurga? bidadari syurga memang telah disediakan oleh Allah di syurga. manakala bidadari dunia pula adalah muslimah yang dapat masuk ke syurga kerana amalannya. hmm...seronok kan jadi bidadari dunia? jom, kita berazam untuk menjadi bidadari dunia! moga kita dapat berjumpa di taman firdausi, insyaAllah.



(p/s=sebenarnya sewaktu di sekolah rendah, saya pernah bercita-cita untuk menjadi novelis. *blushing* hehe, tapi dah ter'jadi' lain pulak..hehe...takpela, menulis di blog pun ok apa, kan? ^^)


wallahualam~

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~