Showing posts with label cfsiium. Show all posts
Showing posts with label cfsiium. Show all posts

Monday, May 21, 2012

tentang mahallah uia pj (zainab jahsy college)

assalamualaikum w.b.t

memandangkan ramai yang bertanya tentang keadaan geografi mahallah di uia pj...hari ni aku nak cerita serba sedikit....moga terubat sedikit 'kecuriousan' korang...tapi tentang mahallah sisters jela....mahallah brothers aku tak tau....hm, dulu sebelum masuk uia pj pun, aku selalu google tentang mahallah di uia pj *excited=p*

ok, em, mahallah di uia pj ada 6...mahallah zainab (^.^) , mahallah khadijah, mahallah aisyah (ni semua mahallah sisters). mahallah brothers pula mahallah abu bakar as-sidddiq,mahallah umar khattab, mahallah fatimah azzahra. untuk pengetahuan korang,  mahallah aisyah ni pada mulanya memang mahallah sisters, kemudian dijadikan mahallah brothers, dan mulai sem lepas, dijadikan sebagai mahallah sisters balik. huhu. kenapa? adalah sebabnya. nanti korang tanya principal korang ye.

pertama, aku nak cerita tentang mahallah aku, hehe,
mahallah zainab zahsy atau zc

*ehsan google.


saya hadiahkan lagu ni untuk semua..:))



ZC terletak di atas bukit (takdelah atas bukit sangat sebenarnya, tapi tinggilah juga berbanding mahallah yang lain). zc terletak di belakang AMF hall, dan ada 4tingkat. em perhatian ye, zc takde lift. jadi doa lah banyak2 tak dapat tingkat 4. tapi kalau dapat tingkat 4 pun, bersyukur jelah, adalah hikmahnya tu.mungkin dengan memanjat ke tingkat 4 setiap hari boleh increase metabolic rate korang dan menurunkan berat badan korang, kan?

ZC bolehlah dikatakan lengkap prasarana nye. alhamdulillah. ada kafe, kiosk, gym (boleh la kuruskan badan...hehe...), badminton court, netball court...bilik laundry (guna coin machine je),tv area di setiap tingkat. em, oh ya...tv area di tingkat 1 ada tv flat screen ye. *bangga sat selaku penghuni tingkat 1 B-) * ada 2 water cooler di setiap tandas. em, apa lagi korang nak tahu ye?  em, insyaAllah setiap hari korang akan dengar announcement...

"attention to all residents of mahallah zainab jahsy. there will be a technician in level blablabla...pls cover your aurah properly)."

"attention to all residents of mahallah zainab jahsy. tonight, there will be a talk..................."

"attention to all residents of mahallah zainab jahsy. please observe your dress code properly. spot check will be held anytime. please wear.................................."

eh, tiba-tiba rindu pula announcement ni. huhu.*touching tiba-tiba*

ok, em, makanan kat kafe pula, alhamdulillah, boleh la tahan. cuma agak mahal dan muak huhu. tak bersyukur pula ye? astaghfirullahalazim. setiap kali lunch hour (1pm-2pm) memang penuh la kafe. beratur panjang beli makanan. beratur, pegang makanan, sampai kat kaunter, buat muka 50sen dengan harapan nak dapat harga murah. begitulah kehidupan kami hari-hari.

ouh, lupa pula nak cerita tentang bilik. bilik takdelah besar sangat dan takdelah kecil sangat. bersyukurlah ada bilik kan, kalau terpaksa duduk rumah sewa lagi tak best kan? setiap bilik ada 4orang. 2 katil double decker. 4 meja. 4 almari. 4 kerusi. 4 rak buku. 1 kipas. 2 lampu belajar. 1 lampu besar.



*sila abaikan keadaan meja yang agak bersepah.

lebih kurang macam ni lah meja belajar. meja yang tak berapa nak besar ni tapi besarlah juga dikongsi oleh 2 orang. boleh mengasah minda kita supaya kreatif untuk memaksimumkan ruang.  sekali-sekala sewaktu belajar berlaga siku dengan roomate. kan romantik begitu? hehe.

almari sederhana besar, tapi taklah besar sangat. jadi tak payah la bawa baju banyak sangat, takut tak muat. kalau nak bawa banyak juga, terpaksalah simpan baju dalam beg dan letak bawah katil.

tentang persatuan di zainab college pula...seperti mahallah lain juga, ada Mahallah Representative Council (MRC)....yang ni kalau nak jadi kena ambil borang dan ada interview...tapi sumbangannya insyaAllah sangat besar kepada mahallah...kalau nak pahala banyak, join la ^^

mahallah dipecah-pecahkan kepada 9 hisbah. setiap hisbah seorang fellow yang jaga. fellow ni jaga kebajikan ahli hisbah dan sign overnight card kalau nak balik.

oh, ya..bercakap tentang overnight card, ye, kalau nak balik hujung minggu memang kena ambil overnight card kalau nak kurangkan risiko kena saman. kenyataan ni memang agak pahit sebab dah tua-tua (tapi takdelah tua sangat) tapi still kena ambil overnight card kalau nak balik. tapi ada lah hikmahnya tu. (husnudzon)

setiap hisbah pula ada hisbah line-up. kalau taknak sibuk sangat seperti MRC, jadilah hisbah line-up.tapi kalau presiden korang aktif macam pres alhafizah ramos, sibuklah korang. sibuk tapi best. dan apabila hujung session, ada anugerah hisbah terbaik. dan alhamdulillah, hisbah saya, hisbah sumayyah menang hisbah terbaik *bangga jap*! allahuakbar!

setiap level ada surau. so imarahkanlah suaru korang ye.jangan biar surau tu terbiar je. sob3. surau ground floor ada air-cond dan selalu menjadi tumpuan untuk buat aktiviti. ada yang study group di surau. bagi yang tinggal di tingkat 4, ada yang duduk berehat di surau ground floor kalau gap antara kelas sekejap je.

penutup

-tak kiralah di mahallah mana pun kita ditempatkan, bersyukur ajelah, Allah takkan membebankan kita melainkan sesuai dengan kesanggupan kita(al-baqarah:284).
-tak kiralah di mahallah mana pun kita ditempatkan, bergiat aktiflah dalam aktiviti mahallah dan aktiviti hisbah. hidupkan mahallah. hidupkan hisbah. ^^
-akhir kata, saya sayang dan rndu mahallah zainab <3 <3





wallahualam~








Friday, May 18, 2012

tentang medcy part 2


assalamualaikum...

post kali ni ialah sambungan kpd post 'tentang medcy'....walaupun rasa macam dah terlambat je untuk post sebab dah habis tenure dah pun, tapi ok lah daripada takde langsung kan? (ayat berterabur sebab dah lama tak belajar bm=p)

MEDCY 2011/2012 line-up

Presiden: Syarbini
Vice President 1: Nasreen Zhari
Vice President 2: Helmey
Secretary: Naim
Asstnt Secretary: Faiq Jasmin
Treasurer: Irham Azimi
Asstnt Treasurer: Khairatus Syahirah

Head of Bureau Academic&Training: Wan Nur Syakirah
Asstnt Head of Bureau Academic&Training: Muhd Nur Syafiq


Head of Bureau Dakwah and Welfare: Daleela Azlan

Head of Bureau Economic and Sponsorship: Asilah Anis
Asstnt Head of Bureau Economic and Sponsorship: Jazli


Head of Bureau Publication and Information: Azmi Yacob
Asstnt Head of Bureau Publication and Information:


Head of Bureau Sport and Recreation: Kamil Irsyad
Asstnt Head of Bureau Sport and Recreation 1: Asyikin
Asstnt Head of Bureau Sport and Recreation 2: Nabila Huda


seterusnya aku nak kongsi gambar-gambar yang telah diedit..(credit to azmi yacob yg edit)

Medcy Raya Celebration
venue: AX101
date: 10/9/2011




Medcy Discovery Week
Venue: AMF Hall
Activities: IQ Games, Books Sales, Open Cinema, Blood Donation



Raudhah Festival
Venue: AMF Hall
Activity: Alternative Rejuvenation Exhibition


Medcy Family Day
Venue: CFS Field
(credit to Asilah Anis yg tgkp gmbr)













Sport and Martial Arts Carnival
note: Medcy menang nombor 1! thumbs up Sport Recreation Bureau and semua yang terlibat. Allahuakbar!
(credit to Asilah Anis yg tgkp gmbr)'


siapa kata kalau pakai baju labuh-labuh tak boleh bersukan? baju labuh lebih selamat^^















detik-detik kemenangan
















Gratisan Musik


Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayamu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela
(doa rabithah)

wallahu alam~

Wednesday, May 16, 2012

tentang MEDCY

assalamualaikum..
16 mei 2012

selamat hari guru! dan juga selamat hari lahir kpada rumetku NADA. moga dpnjgkan umur dan dimurahkan rezeki~

(teringat waktu zaman sekolah. berasak-asak di kedai KASIS giftshop kat depan giant permata. hihi. sibuk pilih hadiah untuk hari guru. tapi apa yg saya perasan, budaya ni semakin hilang apabila masuk ke sekolah menengah. lebih2 lagi bila dah form 4 form 5. makin kurang yang beri hadiah kepada guru. tak tahulah kenapa)

ok, back to the topic. hari ni aku nak cerita pasal MEDCY

apa itu MEDCY?

MEDCY ialah singkatan kpd MEDical sciences student soCietY. sebuah persatuan yang menggabungkan budak2 kos medic, denti, pmacy, allied health sciences, dan nursing. jadi MEDCY ni bukan untuk kos Medic je tau. ramai budak first year yang salah faham.

kepada budak first year yg bakal masuk ke CFS bulan jun ni, akak nak promote ni. join la MEDCY! insyaAllah byk manfaatnye.^^

antara aktiviti yg MEDCY jlnkan ialah talk, dinner, family day, jualan compilation, iq games, exhibition, trip to kuantan dan banyak lagi..

untuk menjadi line-up MEDCY, ade interview dan annual general meeting (AGM)...

AGM ni macam pilihan raya...kita kena promote diri sendiri kat depan, dan orang lain akan undi kita.selalunya AGM diadakan kat AMF Hall....so kena berani bercakap lah, di hadapan ratusan orang. ingat, niatkan kerana Allah! kalau tak, sia-sia je..

hmm, MEDCY sangat-sangat banyak mengajar saya....

pertama, dalam MEDCY saya sentiasa diingatkan supaya bekerja semata-mata kerana Allah. dan ye, tak dpt nak dinafikan, bekerja kerana Allah sgt manis. sepenat-penat mana pun kita, ketika tidur masih boleh tersenyum. dan apabila kita bekerja kerana Allah, insyaAllah kerja kita akan menjadi halus dan kita akn cuba sedaya upaya untuk melakukan yg terbaik. sebab apa? sebab kerja kita Allah yang nak hitung. Allah yang maha adil. dan juga sebab kita nak dapatkan redha Allah.

kedua, dalam MEDCY saya berjumpa dan berkenalan dgn ramai org dari latar belakang yg berbeza..saya jumpa dengan orang yang macam2 perangai...tapi, ingat! Allah maha hikmah dan bijaksana. pasti ade hikmahnya kenapa Dia pertemukan aku dgn org2 yang tak seperti yang aku inginkan. Dia melatih saya supaya kreatif, kritis, dan kritikal...dan, sebelum kita nak nilai orang, cuba nilai diri kita sendiri, kita ni perfect sangat ke? huhu.

ketiga, dalam MEDCY saya dpt merasakan satu biah solehah yang sangat2 menyejukkan jiwa. setiap meeting dimulakan dgn bacaan doa dan tazkirah. brothers and sisters sangat2 menjaga ikhtilat. sentiasa jaga jarak 1 meter. thumbs up MEDCY! Allahuakbar!

keempat, dalam MEDCY saya dilatih untuk bercakap. sebab takkan la nak senyap je dalam meeting kan? jadi saya yang pemalu (konon2nya) ni dilatih, dilatih, dan dilatih untuk bercakap. saya juga dilatih untuk 'brainstorm' untuk menjayakan program. huhu. 

kelima,dalam MEDCY saya diajar untuk 'jaga kerja masing-masing' dan 'jangan menyibuk tugasan org lain'. ye, ini sememangnya benar. apabila kita diberi satu tugasan, kita hanya perlu jaga kerja kita je, dan jangan menyibuk buat tugasan org lain, ini penting utk mengelakkan salah faham, kelam-kabut, dan juga membolehkan kita laksanakn kerja kita dgn perfect..ingat! Islam sgt2 menggalakkan umatnya untuk bersikap ehsan dlm bekerja.




Gratisan Musik


trip to kuantan (credit to asilah anis yang tangkap gmbr)
bersama semua peserta di hadapan kuliyyah of pharmacy




sharing moment di tepi pantai berhampiran chalet

xtahulah bangunan apa yang dorang bina ni..










                                                                         
                                                                                 


campfire di tepi pantai
         



barbeku di tepi pantai









                                                                           
                                                                               


di uia kuantan






di sport complex...ade swimming pool!



                                                                                                         
                                                           
                                                                                                     













bangunan termahal: bangunan dentistry (bernilai ratusan juta)

kuliyyah of medicine...



bergambar bersama committee trip to kuantan yang daebak.
allahu akbar!


jamuan raye medcy



akhir kata, saya SAYANGGGGG MEDCY! <3 <3

ikhlas, AIMI LIYANA

Monday, May 14, 2012

interview MBBS UIA

Assalamualaikum w.b.t

Sekiranya sebelum ini aku men'google' tentang tips interview medic uia, kini giliran aku pulak untuk share tips-tips interview medic uia. Moga sharing drpd hamba yg dhaif ni dapat la membantu adik-adik semua yang bakal melalui interview, tak kiralah interview uia ke bukan.......

tarikh: 14/5/2012
tempat: seminar room, iium
waktu: 8.30 am (tapi dapat masuk dalam pukul 12=.=)

untuk pengetahuan adik-adik, interviewer ade 2 orang, dua-dua doktor tauu..tp sekarang dah jadi professor di uia....so tak payah la mimpi nak kelentong-kelentong pasal medic ye...

tiba giliran.......


panel 1: are you Nur Aimi Liyana Binti Hambali?
aku: yes i am.
(bagi fail sijil kat interviewer. ingat! bawak sijil dan buat resume! walaupun tak diminta, tetapi ini penting sebagai good first impression, membuktikan kita bersedia untuk interview)

panel 1 dan panel 2 perkenalkan diri dorang...

panel bukak fail sijil. dan tengok resume aku...

panel 2: introduce about youurself..your family background..and your interest..

aku:  my name is..............i come from ampang, selangor..my former school..........i come from middle-class family....my father works as............while my mother works as................i have 5 siblings and i am the third one. i love to do social works and ..............

panel 1: (sambil belek-belek fail sijil aku) so...you have been involved in many society..why do u like to be involved in society? (sebenarnya takdelah byk sgt society yg aku join. kalau join, jadi orang-orang bawahan je)

aku: i love to do social works becoz i believe that in this life, we cannot always give, but we have to give-n-take. it has to be two-sided, n not one-sided (credit to musfirah yang bagi idea ni).  saidina ali also stated that "how much you can give is more important compared to how much u have"

panel 2: so you hav been a prefect in school. tell me about ur bad memory while you are being a prefect in school..

aku: ouh, i still remember when i was on duty of taking care of staircase which is only for female students but not male students, there is one day when a few male students pushed the gate of staircase and at the same time pushed me. that was really bad and unforgetable memory for me. (okeyyyy, english aku memang broken kan? jgn tiru saya ya. susun ayat elok2. huhu)

panel 1 dan panel 2 angguk2 dan senyum.

panel 1: were u a vice-president of prefect?

aku: no...(tak layak pun)

panel 2: ok...em, r u the first doctor in ur family?

aku: no, insyaAllah my brother will be the first one, while i am the second one.

panel 1: where is ur brother studying?

aku: he's studying at karnataka, india.

panel 2: em, what so special about UIA that u chose UIA over the other universities?

aku: UIA has islamisation in the studies. even in our lab report we have to include islamic aspects and quranic verse. furthertmore, in class, lecture also put islamic view in lesson. for example, last time, when we are studying locomotion topic, my lecturer told me dat owl can rotate its head up to 360 degree. this is because owl has eyes in the front, while the other birds have eyes in these sides (smbl tunjukkan kat tepi). the significance of dis rotation is to widen the view of the owl. subhanallah., learning biology is really strengthening our faith.

panel 1: don't u think it is bothersome that you have to include islamic view in lab report?

aku: yes, it is undeniable dat it sometimes can be bothersome. however, without this, the lesson become meaningless.

panel 1: (angguk2) em, why u chose medic over the other courses?

aku: because of Allah n ummah. dis profession really requires muslim doctors, since there are many sensitive islamic issues dat need to be taken care of. for example, usage of clexane, which to dilute blood and prevent blood clot. clexane contains pig protein. so, why would we use clexane, while there is heparin? so, we need muslim doctors to prevent from giving clexane to muslim patients.

panel 1: but, that is only protein, not zahiriah. is it okay?

aku: but, if we hav confirmed halal one, why not we use the halal one?

panel 1 dan 2 angguk2.

panel 2: what do u know about life after finished 5 years of studying?

aku: aftrer graduating, there will be 2 years of housemanship, and thene becoming medical officer. i have read many blogs and books about medic and doctor's life. and most of them said that housemanship years is like a hell. however, i believe that if we think positive, then our life will be positive, for example, if i as a houseman get scolded by medical officer, i will take it as a lesson.

panel 2: ok, em, do you have any questions or any last words?

aku: em, how many medical students do you want to take?

panel 1: em, it depends on ministry and university.

aku: em, i have last words to say. I REALLY WANT TO BE A DOCTOR, SO PLEASE GIVE ME CHANCE. (senyum)

panel 1: ok, insyaAllah.

aku: thank you.

-the end. alhamdulillah-

conclusion:
-bawak fail sijil, jangan lupe!
-buat resume.
-pakai baju warna cerah tapi tak meriah sangat.
-susun ayat elok2 ye. jangan jadi macam aku =.=
-banyakkan senyum, and be humble:)
-bercakap lah dari hati, penuh keikhlasan, not scripted one.
-ikhlaskan kaki melangkah ke tmpat interview semata-mata kerana Allah. moga ia dihitung Allah sebagai ibadah.

soalan lain dari kawan-kawan:
-if you dont get dis offer, what will you do?
-did you get any other offer before this?
-why don't u follow your father to be engineer?
-if you are treating a patient, and you get news that one of ur family members is sick, which one would you choose?
-do you want to get married? (soalan tak boleh blah)
-how would this profession contribute to the ummah?
-what do you know about hospital system?
-do you like medicine-based or sugery-based?
-which specialist do you prefer?
-do you prefer to work at hospital or clinic?
-what subjects will you learn in degree?
-who inspire you?

dan banyak lagi..............sekian terima kasih...:))





wallahu alam~






Friday, May 11, 2012

indahnya berhalaqoh~

assalamualaikum. w.b.t

bye2 cfs,
hye UIA GOMBAK n UIA KUANTAN. huhu.

CFS.
centre for foundation studies.

sgt2 banyak kenangan tercipta di sini. buat adik2 yang sedang memikirkan nak pilih uni mane, akak syorkan UIA. (walaupun sekarang result upu dh pun keluar=p)

kenapa UIA?


aku tersenyum sendiri.
teringat pula waktu isi borang upu dulu. lansung tak terlintas di fikiran untuk memilih UM, sedangkan ramai kawan2 ku memilih UM. kenapa ye? soalan yang tiada jawapan. Alhamdulillah, Allah tempatkan saya di sini.

di sini
saya kenal tarbiah
saya kenal biah solehah
saya kenal usrah
saya kenal taalim
saya kenal talaqqi (walaupun kadang2 je pegi)
saya kenal perkataan 'mahallah'
saya kenal MEDCY
saya kenal hisbah

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah ya Allah.

Usrah

UIA sangat2 banyak mengajar ku. di UIA (dan juga uni2 lain) terdapat kumpulan2 usrah atau bulatan gembira. di bulatan gembira ni kitorang sama2 bersatu, membantu, saling nasihat menasihati, atas nama UKHUWWAH FILLAH^^. pabila diri ini alpa, datang mesej dari murobbi,

"assalamualaikum. apa khabar iman adik2?"

terus tersedar diri ini. ya Allah. indahnya berukuwwah kerana Allah. indahnya ber'bulatan gembira'. setiap minggu, kakak2 murobbi tetap berusaha untuk mengadakan sekurang-kurangnya satu kali perjumpaan. dalam perjumpaan itu kami saling ingat-mengingati. bertadabbur. bertazkirah. indahnye!!

setiap bulan, kakak2 usrah berusaha untuk mengadakan mukhayyam. dalam mukhayyam ini kami berukhuwwah. makan setalam. bertazkirah. bertadabbur. qiam. dhuha. mathurat. sangat2 indah. sehinggakan rasa seperti nak duduk di mukhayyam selama-lamanya (huhu). tapi aku sedar. diri ini mempunyai komitmen terhadap keluarga. terhadap islam, terhadap masyarakat. di mukhayyam ini kami topup ilmu, kuatkan iman, dan cuba istiqamah setelah pulang dari mukhayyam


*ehsan google

wallahu alam~
(to be continued)

Monday, October 3, 2011

september

salam semua.....


exam dah HABISS!!!!=D =D =D =D

sepnjg bulan 9 ni, mcm2 yg terjadi tauu..yeah, 1'm 19 now!! rase mcm xpecaye je tp kene pecaye gak.huhu..

1) raye. mcm biase la, raye kat perak n negeri 9. tp yg uniknye hari terakhir ramadhan tu, berbuka ala-ala candle light dinner. rumah opah blackout, so pasang lilin. huhu. tp mkanan yg biase2 je pun jd sedapp. hehe. xtau la kenape.

2) 5th- my bestfriend, OR soulmate, OR kembar tp xserupa, iaitulah FARIDAH YASMIN dah fly ke sabah,,,huhu,....rindunyeeeee,=( =(

3) 7th-santai raye celebration. masuk pertandingan meja tercantik, tp xmenang. huhu.

4) 8th-explorace..best sgt2, main baling2 belon, conteng2 muka NADA, cari kertas dlm nescafe gune mulot, smpi termakan nescafe tuu...eee PAHITTTT..menang dapat nombor 3..heheh...pastu mlm tu sakit kaki sebab dh lame xbersenam, tetibe lari2..huhu

5) 9th-my burfday!!! ayah janji nak amik 8th malam, tp xjadi. pastu janji nak amik 9th pagi, xjadi jugak. last2 9th malam. huhu. pastu mlm tu ayah bawak p mkn chicken chop-dgn harapan nak bodek aku. huhu. tp taktik ayah menjd. mood aku terus baik pastu.

6) 10th-balik ke UIA-ade mahallah open day. best sebab dpt makan ngan kwn2, xbest sbab mkn dlm hujan. sehinggakan aku tak tau la samade aku minum air oren ke air hujan. sbab hujan tak henti2 menitis masuk dalam air oren aku.

malam tu-the best part. ade jamuan raye medcy ..mkn kek resipi rahsia. mkn satay. makan roti jala. makan spagetti. makan nasi impit..aduyaii....gemok aku jadinyee..alhamdulillah....sayang MEDCY. sayang MEDCY. saaayaaanggg MEDCY.

7) 12th- hisbah raye celebration. tp malam tu jugak la SIR azmi nak wat kuiz. huhu. so xdapt pi. NADA buatkan keke batik....tp tinggal tiga ketul je, yg lain dah kene kebas, tapi sedapp=D

8) 17th-open house. ade satay. nasi berlauk, laksa. mee rebus. roti jala. lemang n rendang. tapi aku sempat makan laksa je. sebab haritu aku agak busy. thanks kepada kamu2 yg sudi datang! <3 <3

9) 18th-ayah blikan kek burfday. lambt 9hari actually tapi xpela. kek resipi RAHSIA lagii...hehehe=D =D

9) 27th-exam physics. soalan die? =.= speecless aku.

10) 3rd oct-exam CHEM...then...order pizza, then balik umah.

ya Allah...terima kasih kerana memberiku peluang untuk hidup sehingga hari ini.....19 tahun sudah umurku....

p/s-byk gamba actually tp lain kali la aku upload,=) zura n sima blikan kek utk aku jugak...thanks korang! (bajet mcm dorang baca blog ni=p




Saturday, October 16, 2010

SEM 1

tup tap tup tap


cuti tggl 1 minggu, heisyh..



ok la, kali ni ana nak cerita tentang sem 1
(warning: jangan baca kalau takut BOSAN!)


sem 1...sem pertama aku di uia.kali pertama aku belajar luar kawasan LEMBAH KERAMAT! yela, mana taknya, dati tadika sampai la habis SPM, aku belajar di LEMBAH KERAMAT..


ok la, sebelum ana melalut dengan lebih jauh, kita balik ke topik kita tadi .nanti karang tak habis silibus pula..(aha, aku dah mula merepek..)


sem 1 ni memang berlalu dengan cepat la, macam angin aje..(betul tak peribahasa aku ni??kena refer kat guru bm sekolah la,eheh)..ana ingat lagi....








  • hari pendaftaran

-banyak betul barang yang ana bawa. bak kata ayah, macam nak pindah rumah je, -.-memang dup dap dup dap bila sampai pagar uia tu. rasa macam arggh..takutnya..macam mana dengan bilik aku nanti? roomate aku macam mana? friendly tak? entah-entah penyangak ke, haha. aku pun dengan baju kurung pink, tudung pink pergi la ke amf untuk sesi pendaftaran. memang banyak masalah la semasa pendaftaran tu. ini tak cukup, itu tak cukup. kesian kakak yang uruskan pendaftaran aku tu. haha

  • tentang roomates

-mula-mula roomates ana ada 3 orang..khaliDA......naDA........hamizah (dah takde 'DA' kat hujung nama, hik3)..hari pertama, biasalah, tak kenal sangat lagi, masing-masing buat hal sendiri..


-tapi setelah aku punggah barangdan masuk bilik, ayat pertama yang mereka hadiahkan kepadaku,


"nanti nak pinjam iron n iron board ye.."


dan disebabkan iron tu iron hadiah cabutan bertuah, memang agak canggih la, terlalu canggih sehingga terbakar tudung nada. nada, sorry!


-mula-mula memang buat hal sendiri, tapi lama-lama tu rapat pula. khalida pergi pada hari ketiga dan dah tak balik-balik, dia masuk KMB.


-Hamizah pula semasa kami dah mula rapat dengan dia, dia tinggalkan daku dan nada di dalam bilik..nasib baik KAMI tak kena tangkap basah (ayat nada, haha)..


-mula-mula tu ana pelik sangat tengok mereka kongsi barang, makanan, dan macam-macam lagi. ana TAK BIASA. ana pun makan sendiri, tak mau pinjam barang orang. tapi lama-kelamaan ana sedar. dalam hidup ni kita perlu berkongsi. sharing is caring, kan?


-nada, si gadis kelate. mula-mula tu senyap je, asyik-asyik belek buku mastika dia tu. aku tanya, dia jawab, huhu. tapi lama-kelamaan, nada mula menunjukkan belangnya (haha, nada ada belang ke??)..dia banyak cakap rupanya..dan loyar buruk..tapi nada jugalah yang banyak ingatkan aku tentang Islam. yelah, budak sekolah agama kan? pendek kata, nada ni baik. (ermm, nada, belanja aku topup plis? haha)



  • hari pertama lecture

-memang bersemangat la. aku pakai baju kurung maroon dan tudung peach. naik la ke physics lab. tunggu punya tunggu, rupa-rupanya kelas dibatalkan! adehh..




  • tentang classmates

-classmates aku semuanya perempuan, kecuali kelas math yang ada 5 orang budak lelaki. itupun macam tak wujud. semua macam biskut.


-aku berkenalan la dengan zura, carrot, sima, fizah, dan ramai lagi. tapi azwin dengan gediknya meninggalkan kami terkapai-kapai. sebab? dia dapat offer medic mesir. missing you awien!






-disebabkan classmates aku semuanya perempuan. so kami pun agak kecoh dan bising. nak jerit-jerit dan lompat-lompat pun takpe. (aha, hiperbola betul! mana ada macam tu!)..erm, tapi aku sayang kamu semua..ahakkss





-aku ni dapat macam-macam gelaran..makcik (sebab aku berlakon jadi makcik semasa speakers corner)..cik cheti (sebab urusan duit selalunya serah pada aku. entah la. aku ni memang muka treasurer kot)









  • tentang cafe




-di uia ni, ada 7 cafe (setakat ni aku tahu ada 7, tapi tak tahu la kalau da kafe lain)..cafe zc (kesayangan, ahakkss)..u-cafe (ada kak ong!)...kafe A (ermm, no komen-)..kafe E (asalnya kafe bro+sis..tapi bro dah conquer tempat tu..tak aci betul, dah la makanan kat situ murah!)..kafe ukc (kalau dah terdesak baru pergi kafe ni)..kafe abc (kwasan larangan for sisters!)..kafe aisyah (kawasan larangan for sisters juga..kalau berani, masuk la, tapi ibarat masuk mulut buaya la tu)









  • tentang lecturer




-lecturer semuanya comel-comel, sporting....(aha, bagi markah bonus untuk final plis?)









  • tentang pasar malam




-adehh....rambang mata....semua makanan nak dibeli.....duit takde...huhu.....tapi memag best la!









  • tentang pak guard.




-ermm, takmau komen, nanti kena saman lak!









  • tentang acad medcy




-yang ni... aku tak tau la macam mana aku boleh terjebak dalam acad medcy ni...sebenarnya aku tak nak pergi pun meeting pertama tu, aku pergi pun sebab kawan-kawan aku PERGI. dan aku dilantik jadi bendahari. jadi ceti. setiap minggu meeting. tapi seronok juga. terisi hidup aku kat uia tu. takdelah belajar aje.-.-





-acad medcy tu apakah?? acad medcy tu ialah lujnah academic medcy..medcy ialah gabungan pelajar medic, dentistry, pharmacy, nursing, alhs..a.k.a heatlh and medical sciences students...acad ni jual compilation, buat quiz, dan macam-macam laa





ermm, tu jelah kot...penat dah membebel ni...





wassalam

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~