Tuesday, May 22, 2012

aturan Allah


"Kau pandai, bukan macam aku...tak berguna pun.."rungut seorang sahabat dengan penuh 'tawadhuk' kononnya.

"Seronoknya tengok anak-anak kau berjaya...Ada yang jadi engineer, doktor, optometrist...Hmm,bukan macam anak aku, tak menjadi sangat"

Assalamualaikum w.b.t

Seringkali kedengaran ayat-ayat di atas. Di zaman modenisasi ini, semua orang berlumba-lumba untuk merebut gelaran "ir", "dr"..Sehinggakan ibu bapa sanggup berhabis-habisan ratusan ringgit untuk menghantar anaknya ke pusat tuisyen, bahkan ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit. Ini  perkara realiti. Jiran saya ada yang menghantar anaknya ke pusat tuisyen persendirian dengan bayaran rm50 sejam. Kalau setiap hari belajar 2 jam, seminggu dah rm700. Sebulan? rm2800. banyak kan?


Dalam peperiksaan, majoriti pelajar bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran..Ada yang sanggup berjaga malam sehingga lingkaran gelap jelas kelihatan di matanya....Tetapi....Ada yang berjaya...Ada yang tak berapa nak berjaya...Dan ada yang gagal....


Semua ini aturan Allah. Tetapi jangan risau! Setiap orang mempunyai potensinya yang tersendiri.
Allah itu maha adil. Maha bijaksana. Aturannya adalah terbaik untuk kita.


Memang tidak salah mengejar kejayaan. Sebab Allah pun redha hamba-Nya yang berjaya. tetapi bagaimanakah kejayaan itu diukur? Cukupkah dengan dereten A? Kalau kalian tanya saya, saya jawab tak. Kerana kalaupun dapat menjadi doktor, tetapi doktor yang tidak islami, bahkan menjual secara haram pula ubat-ubatan, itu bukanlah berjaya namanya. Kalaupun menjadi seorang arkitek, tetapi design pula pusat-pusat judi, itu juga bukanlah berjaya namanya.

Bagi saya, 'kejayaan' itu ialah apabila kita berjaya menyumbang kepada ummah dan mencapai mardhatillah.


Potensi 

Setiap orang mempunyai potensi yang boleh menyumbang kepada ummah
-ada yang kurang menonjol dalam akademik, tetapi pandai bercakap, jadi berpotensi untuk menjadi seorang dai'e dan penceramah yang baik
-ada juga  kurang petah bercakap, tetapi menonjol dalam akademik, punyai ingatan yang kuat, berderet-deret A yang diperoleh dalam peperiksaan. jadi berpotensi untuk menjadi seorang doktor, ustazah, ahli farmasi islami yang boleh menyumbang kepada ummah, bukan?
-ada juga yang sangat-sangat pemalu, tetapi sangat kreatif dan sangat pandai menulis. jadi mungkin dia boleh menjadi kartunis islami, atau penulis islami seperti Hilal Asyraf, bukan?:-))

Lihat. Setiap orang ada potensinya. Jadi janganlah hanya kerana 'kurang gempak' dalam peperiksaan, terus merasa down, dan merasa rendah diri kerana tidak dapat menyumbang kepada ummah. Setiap ada orang ada potensinya.


Realitinya

Saya teringat kata-kata guru sekolah menengah saya,
"Kalau semuanya dapat straight A...Siapa nak jadi cashier? Siapa nak jadi posmen? Siapa nak jadi tukang pungut sampah? Siapa nak jadi cleaner?"

Saya beri contoh mudah.
Dalam sesebuah hospital, walau sebesar mana pun hospital itu,
mana mungkin semua pekerja di dalamnya ialah doktor.
Jika semuanya ialah doktor, semuanya ingin merawat pesakit, siapa nak jaga kaunter reception? Siapa nak sediakan dan memasak makanan untuk pesakit hospital? Siapa nak bersihkan tandas hospital? Siapa nak jaga keselamatan hospital?
Takkan lah kesemuanya doktor yang buat.

Di hospital,
mesti ada doktor,
mesti juga ada jururawat,
mesti juga ada ahli farmasi,
mesti juga ada pakar pemakanan,
mesti ada tukang masak,
mesti juga ada cleaner,
mesti juga ada pakar radiasi,
mesti ada ahli fisiologi,
mesti juga ada pak guard,
mesti ada receptionist,
mesti juga ada attendent.

Hmm, ya, setiap orang ada 'role'nya. Ada 'niche'nya. Ada sumbangannya terhadap ummah.


Jadi, jika tidak dapat mendapat apa yang kita mahu, janganlah terlalu kecewa. Kerana Allah itu maha adil. Maha bijaksana. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu mengetahuinya"(Al-baqarah: 216)

Ayat yang saya kira sangat-sangat indah. Di mana apabila saya kesedihan atau tidak mendapat sesuatu yang saya inginkan, saya akan membaca ayat ini. Bagi saya ayat ini pengubat dan penyejuk jiwa. Subhanallah.

Saya juga

Tidak semua yang saya mahu saya dapat. Contoh. Ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tak dapat dinafikan, hati ini sayu melihat rakan-rakan mempamerkan gambar-gambar mereka di luar negara. Tetapi lama-kelamaan, saya tersedar. Semua ini ada hikmahnya.

Setiap kali makan, saya mesti nak sambal.
Saya tak suka makan roti.
Kalau dalam sehari tak makan nasi, badan saya jadi lemah (yeke?=p).
Jadi saya memang tak boleh hidup di luar negara.

Malahan, di UIA saya mengenal halaqoh, talaqqi, taalim, dan tamrin. alhamdulillah!

Penutup

-kejayaan tidak boleh diukur dengan deretan A sahaja, tetapi sejauh manakah kita boleh menyumbang kepada ummah dan mencapai mardhatillah.
-apabila kesedihan, tadabbur lah ayat penenang jiwa (Al-Baqarah:216)
-Allah itu maha adil. maha bijaksana. maha penyayang.
-dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. (Ar-Ra'd:28)


bila sedih, lihatlah langit..(tips dari blog Saya Doktor oleh Dr Ezzad)












Gratisan Musik


1 comment:

  1. the challenge of today's world where everything is about money and it's so much excruciating until one point where one just has to agree with the option given to him/her since the so-called options are not even options but a fixed decision. But then again, kita manusia selalu lupa that He has determined the best for us and InsyaAllah if our rezeki is at that point, then it's actually enough for us. No offense, sebab siapa yang tak mahu hidup sesempurna mungkin in terms of needs, wants and necessities, kan? So, simply, all we have to do is try our very best and let fate decide and be thankful for He always know better on what's best. My mom always say, "Life is about risk and rezeki, and there will always be an opportunity in every adversity." =)

    ReplyDelete

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~