There was an error in this gadget

Monday, December 17, 2012

Diari Medik: Our First Block! (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t

Di malam yang hening ini, insyaAllah saya nak berkongsi mengenai suka duka kehidupan kami pelajar medik sepanjang blok 1..Teringin nak tau tak? Kalau nak tau, jom baca sampai habis ^_^

Yep, alhamdulillah blok satu kami telahpun berakhir, bermula dari 4 September 2012 hinggalah 12 Disember 2012...Blok yang paling lama, menurut pensyarah-pensyarah kami, kerana pada kebiasannnya tempoh bagi satu blok hanyalah selama kira-kira 3 bulan sahaja.

3 BULAN...3 BULAN untuk belajar seluruh muscle, artery, vein, nerve yang berada di tubuh badan..3 BULAN untuk belajar proses-proses untuk mendapatkan tenaga dalam tubuh badan.....3 BULAN untuk belajar itu.....3 BULAN untuk belajar ini...

Hmm..lalu lahirlah zombie-zombie yang memenuhi library...ada yang berkoyok di seluruh muka dan badan....ada juga yang demam panas hasil penangan peperiksaan.....yang bermata bengkak dan berambut serabai di compartment bilik masing-masing....ada juga yang tidak mandi selama seminggu...yang tidak berus gigi selama seminggu pun ada....ok, ini dah over, sila berbalik kepada realiti ye Aimi Liyana =/

Realiti? Hakikatnya inilah realiti hidup kami pelajar perubatan. Cuma statement tidak mandi dan tidak berus gigi adalah mitos semata-mata. hehe. Tapi tak mustahil boleh berlaku begitu kan?

Sebagai pelajar medik memang tak dinafikan hidup kami adalah belajar, belajar, dan belajar...Kami tidak mempunyai banyak assignment, lab report pun tak banyak, tapi kami ada banyak silibus yang perlu diulangkaji huu...Sewaktu lab anatomy dan histology, kami hanya perlu tengok specimen dan slide. Tak perlu buat report pun. Senang kan? Memang senang, tapi nak hafal? hmm..

Subjek Blok Pertama

Btw subjek yang kami ambil untuk blok pertama:

1) Anatomy
2) Biochemistry
3) Physiology
4) Histology
5) Haematology
6) Embryology
7) Islamic Input

Dalam semua subjek ni, saya paling suka subjek Biochemistry! heheh. Kenapa? Sebab banyak berkaitan dengan penyakit-penyakit kot (Ada kaitan ke? hee)..Tapi kami pelajar perubatan dilatih untuk tidak memilih-milih mata pelajaran. Antara latihan yang diberi:

1) Sewaktu exam tak ada optional question macam zaman foundation dan sekolah dulu. Semua soalan wajib dijawab.
2) Senua matapelajaran disumbat masuk ke dalam satu kertas peperiksaan. Jadi kita tidak dapat fokus hanya kepada sebuah matapelajaran, sebaliknya kita perlu FOKUS kepada setiap matapelajaran.

Natijahnya, untuk melatih kami kerana apabila bekerja di bidang perubatan kelak, kami tidak boleh memilih patient, kami perlu merawat setiap patient tanpa mengira warna kulit, kes, dan darjat.

Minggu pertama dan kedua Blok 1

Dua minggu ini menyaksikan perubahan yang agak besar dan drastik dalam hidupku. Terpaksa duduk berjauhan merupakan antara cabaran terbesar bagiku. Masakan tidak, semenjak di bangku tadika hinggalah di CFS, saya hanya menimba ilmu di sekitar Selangor sahaja. Jadi saya agak homesick pada mulanya (wuwuwu~).

Dua minggu pertama ini juga menyaksikan pelajar batch kami yang begitu bersemangat dan berkobar-kobar. Excited nak tahu ambil subjek apa. Buku apa yang perlu digunakan. Teknik belajar dalam bidang perubatan.

Terdapat ramai senior yang menjual buku second hand. Memang ramai.Tetapi banyak juga konflik yang timbul. Program jualan buku yang sepatutnya bermula selepas isyak, tetapi ramai yang sudah memenuhi ruang legar jualan buku sebelum Maghrib lagi. Lalu tercetusnya konflik perebutan buku. Konflik tawar-menawar harga. Konflik senior yang meletakkan harga yang agak tinggi.

Saya pinjam kata-kata ketua batch kami, Anwar Ahmad, katanya,

"Bagi pelajar yang berkemampuan untuk membeli buku 1st hand, tolong beli buku 1st hand dan berikan peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli buku 2nd hand. Kerana buku 2nd hand amat terhad"

Mr Cadaver

"Emi ambil kos apa di UIA?"

"Perubatan"

"Ooooo...ada tengok mayat tak?"

"Ada, selalu. hoho"

"Tak takut ke? Busuk tak?"

"Apa yang nak ditakutkan. Suatu hari nanti pun kita bakal menjadi mayat juga. Cuma bezanya mayat Encik-Encik Cadaver diawet dan dijadikan instrumen pengajaran. Banyak berjasa tauu. Bau? Em, yang busuk bukannya bau mayat, tetapi bau bahan awet mayat"

Seringkali dialog ini berlaku antara saya dan sanak saudara, sahabat-sahabat, dan jiran-jiran. Bidang perubatan sememangnya sinonim dengan mayat. Sewaktu saya masih kecil dahulu, saya berasa ragu-ragu untuk mengambil bidang perubatan kerana sering dimomokkan dengan

"Budak medik ni kena bedah mayat...Pastu kadang-kadang mayat tu bergerak...Ada yang bangun apabila disentuh....bla3..."

Kami pelajar medik memang selalu jumpa mayat. Sebab mayat tu guru kami. Bahkan guru terbaik buat kami ^_^. Thanks Mr Cadaver =)

~InsyaAllah bakal bersambung dalam part 2. Moga Allah permudahkan~

p/s=Saya pun merupakan salah seorang zombie library juga. hoho. Tetapi hanya pada musim peperiksaan=p

Wallahualam~

N.A.L.H
12.39am, 18 Disember 2012, Selasa,
Ampang, Selangor

Friday, November 2, 2012

Diari Medic: Gagal Minitest!

Assalamualaikum w.b.t

Haih, sekali lagi blog ini diabaikan oleh tuannya. Biyane (~.~)
Jadual harian yang agak padat menyebabkan diri ini tidak berkesempatan untuk memanjakan diri di hadapan laptop, menari-narikan jari di papan kunci, untuk meluahkan ilham dari-Nya.

Asif! Ilham itu alhamdulillah sudah ada, cuma tak berkesempatan.

Kemungkinan besar ramai pelajar jurusan lain khususnya di UIA menganggap kami pelajar medic ni banyak waktu free, kelas dari pukul 8 hingga 4. Lab report pun tak banyak. Ya, tak dinafikan banyak masa terluang, tetapi tak mungkin kerana dalam sehari kami belajar dengan sangaaat banyak menyebabkan masa yang terluang itu digunakan untuk belajar atau tidur (eh?). Tidur itu juga perlu sebenarnya, kan?

__________________________

Result minitest

Petang itu kecoh dalam kalangan pelajar medic mengenai result minitest. Saya juga pastilah  tidak terkecuali. Menurut mereka, dua pertiga daripada pelajar medic tahun satu gagal dalam minitest ini.

Dalam hati ini tidaklah menaruh harapan yang tinggi, tetapi sebenarnya takut juga untuk menghadapi kegagalan. Yalah, siapa suka gagal kan?

Setelah memeriksa result melalui Samsung Galaxy Tab yang dimiliki oleh Athirah, diri ini terkedu. Ya, seperti yang dijangka, saya gagal dalam minitest. Berapa markah saya? Rasanya tak perlulah dinyatakan di sini, tetapi pendek kata SAYA GAGAL.

Semenjak sekolah sehinggalah sekarang, inilah merupakan kali pertama saya gagal dalam peperiksaan (tak termasuk ujian JPJ=p). Bukan hendak bercakap besar, bukan hendak meninggi diri. Cuma ingin menegaskan betapa saya berasa down dengan kegagalan yang julung-julung kalinya dalam hidup ini.

Setelah mengetahui result, diri ini terasa ingin bersendirian. Rasa sedih itu ada, cuma air mata tidak tumpah-tumpah. Saat itu, diri ini hanya ingin berbual dengan teman rapat sahaja. Maaf ya rakan-rakan yang lain, saya bukanlaah nak kata kalian tidak penting dalam hidup ini, jangan salah faham!

Malam itu semasa menelefon  mama, barulah air mata ini tumpah. Samalah seperti sewaktu arwah opah meninggal dunia dahulu, diri ini hanya akan menangis setelah berbual dengan mama. Mengapa ya? Entahlah. Saya pun tak pasti jawapannya. Mungkin kerana bond kami yang sangat rapat? Emm....

"Janganlah sedih-sedih mi...Banyakkan berzikir, solat hajat, ingat Allah..."

Air mataku mengalir deras. Ya, Terus terang saya katakan, saya berasa sangat sedih. Terasa seperti diri ini dihempap batu besar.

____________________

Buku itu 

Malam itu sebelum tidur, tangan ini bagai ditolak-tolak untuk mencapai sebuah buku. Buku "Kembara Hamba Mencari Cahaya karangan Hilal Asyraf dari rak buku di sudut bilik.

Helaian demi helaian diselak.

Itu merupakan kali keempat (rasanya) saya membaca buku tersebut. Tetapi kali ini perasaan saya tatkala membaca buku tersebut sangat berbeza.

Antara intipati buku tersebut yang sangat menarik dan menyejuk hati:

Setiap manusia takkan lari dari masalah. Orang yang beriman dengan sebenar-benarnya tidak akan menganggap kesusahan itu sebagai masalah, sebaliknya sebagi UJIAN. Ujian yang Allah datangkan kepada manusia itu berbeza-beza. Dan ujian itu kan tanda Allah cintakan hamba-Nya?

Allahu Allah ^__^

Saya tak bersendirian rupanya. Saya ada Allah. Yang Maha Mendengar. Yang Maha Mengetahui. Yang Maha Pengasih. Yang Maha Penyayang.

Saat itu saya terasa bagai diri yang sedang dalam kesesatan di dalam hutan, tanpa membawa apa-apa alat penyuluh dalam kepekatan malam, dan tiba-tiba terpancar satu cahaya dari langit, lalu diri ini memperoleh pedoman dan arah tuju. Allahu Allah.

Saya mentadabbur ayat dari surah Al-Ankabut,

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:”kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta..( Al-Ankabut:2-3)

______________________

Ujian Allah

Allah sememangnya sedang menguji saya.

Semenjak di bangku sekolah sehinggalah kini, saya tidak tahulah mengapa, tetapi diri ini sering sahaja menjadi tempat luahan perasaan oleh rakan-rakan saya.

Dan saya sering mengingatkan mereka bahawa,


Surah Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


Kini Allah benar-benar sedang menguji saya. Saya sememangnya sudah menghayati ayat tersebut, cuma adakah saya benar-benar mengaplikasikan ayat tersebut dalam kehidupan seharian?

_______________________


Gagal dalam minitest bukanlah bermakna sudah gagal sepanjang hayat. Perjalanan hidup ini masih panjang, insyaAllah. Liku-liku kehidupan haruslah dilalui dengan penuh keimanan dan rasa taqwa.

Minitest ini bagi saya merupakan penanda aras atau dalam istilah omputihnya, indicator kepada keberkesanan cara belajar, cara menjawab soalan peperiksaan, dan yang paling penting, indicator kepada tahap keimanan. Iman itu kan sering naik dan turun? Minitest ini merupakan penanda aras bagi menguji sejauh mana diri ini berpegang dan percaya pada janji Allah dan bagaimana diri ini menguruskan tekanan.

Allahu Allah. Tenang rasa diri ini.

Allah itu baik. Dia takkan uji kita melangkaui apa yang kita sanggupi. Kan Dia yang cipta kita? Mestilah Dia tahu apa yang terbaik untuk kita, kan? ^.~

Wallahu'alam

N.A.L.H
3.46pm, 2 November 2012, Jumaat,
UIA Kuantan









Thursday, October 11, 2012

Diari Medik: Ilmu baru!

Assalamualaikum w.b.t

Para pembaca sekalian! Maaf sebab lama tak update, huhu...Rasanya dah sebulan kot saya tidak membebel di "nukilan hamba Allah" tersayang nih... Haih, tak thiqah langsung...Macam mana nak jadi penulis ni? Hmm...Tapi takpe, moga Allah permudahkan...

Sebenarnya sudah banyak kali saya klik pada "create a new post" dalam blog ni...Tapi akhirnya tergendala separuh jalan atas beberapa faktor. huhu. (Aimi, aimi.. *membebel pada diri sendiri*)

______________________

PBL-auscultation-vocab baru!

Pada hari Selasa yang lepas, sewaktu PBL (Problem Based Learning), kami dikehendaki berbincang mengenai masalah diarrhea, vomiting, dan abdominal pain..Membuatkan saya teringat sesuatu..

Sewaktu belajar di CFS dulu, saya berjumpa dengan doktor di klinik lantaran cirit-birit. Setelah doktor 'clerk' saya, doktor auscultate perut saya (auscultate: mendengar menggunakan stetoschope)..Setelah itu pula, doktor meminta saya berbaring di katil pesakit lalu menekan-nekan perut saya di sekitar pusat, sambil bertanya, "sakit tak?" Saya jawab "tak" sambil menggurutu dalam hati,

"Perlu ke dia auscultate perut dan kemudiannya tekan-tekan perut? Jangan-jangan...Dia fikir aku mengandung tak?"

Dan akhirnya alhamdulillah melalui PBL saya mendapat pencerahan yang bersuluh lagi nyata mengenai prosedur untuk deal dengan patient yang mengalami cirit-birit.

"Auscultate adalah bertujuan untuk mengesan bowel sound pesakit. Bowel sound tu ialah bunyi pergerakan tinja dalam badan. Bowel sound boleh jadi hypo, hyper, atau none. Hypo tu maksudnya usus pesakit kurang mengecut atau contract. Hyper tu pula sebaliknya. Jadi dari ausculation ni, kita boleh tau keadaan usus pesakit."

"Tekan-tekan perut atau dalam istilah omputih nya, palpate bertujuan untuk mengesan bahagian abdomen mana yang sakit. Appendiks ke, usus ke...Sebab abdomen kita ada 9 bahagian kesemuanya, jadi doktor nak detect bahagian mana yang sakit."

Dan terdapat juga prosedur untuk detect pregnancy sebab muntah-muntah merupakan salah satu simptom kehamilan, tapi saya tak baca lagi prosedurnya..>.< akan dikongsikan dalam post yang akan datang, insyaAllah.

Alhamdulillah! Dapat ilmu baru, yey! hehe....Sepertimana yang saya pelajari dalam kelas IIMP, "Fakta dan Persepsi itu berbeza". Contoh fakta: Manusia mempunyai dua telinga. Ya. Ini fakta. Tidak dapat disangkal dan dipertikaikan. Manakala persepsi ini merupakan pandangan dan pendapat. Contohnya dalam situasi saya tadi. Situasi 1: Saya berpandangan bahawa doktor melakukan prosedur tersebut untuk menguji sama ada saya hamil (?). Situasi 2: Tetapi setelah saya mempelajari prosedur tersebut, dimensi pemikiran saya berubah 360 darjah.

__________________________

Ilmu oh Imu

Nampak tak apa bezanya antara dua situasi tersebut? Ya, bezanya ialah ILMU.

Sekiranya berbicara tanpa ilmu, Umpama Si Buta Huruf Membaca Buku..Berpura-pura dan berlagak membaca buku sedangkan dia sendiri pun tidak tahu apa yang dibacanya.

Menunjukkan betapa pentingnya ilmu, kan? Maka tak hairanlah sekiranya Allah menaikkan darjat orang yang berilmu berbanding orang yang tidak berilmu^^

Allah berfirman dalam kalam cinta-Nya,

surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"


surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"


surah al-Fathir, ayat 28 ;
انما يخشى الله من عباده العلمؤا

Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”

Ilmu itu bukanlah tertakluk kepada ilmu medic sahaja. Ilmu nahu Bahasa Arab, Ilmu Kejururawatan, Ilmu Matematik, Ilmu Pengurusan Rumahtangga (tiba-tiba sebut pasal rumahtangga=p)..Ilmu tu luas, subhanallah^^ Takbir!



Wallahu 'alam~

N.A.L.H
12 Oktober 2012, Jumaat, 2.10pm
UIA Kuantan










Tuesday, September 11, 2012

Day 1, Block 1, Year 1 Medic UIAM

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kini saya telahpun bergelar pelajar perubatan di UIA Kuantan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Moga Allah redha ^__^

Ada sahabat yang bertanya kepada saya,
"Bagaimana kehidupan sekarang ni sejak menjadi pelajar medic?"

Errr....macam mana nak mula ye? huhu. Terlalu banyak yang hendak dikongsikan sebenarnya sehingga pening, tidak tahu mana satu yang patut dijadikan muqadimah dan mana satu penutup. Eheh.

Adik-adik yang berhajat untuk memohon bidang perubatan, terutamanya di UIA sangat dialu-alukan untuk membaca post ini. Yang lain pun dialu-alukan juga (^.~).

Kehidupan di UIA Kuantan

Bercakap mengenai kehidupan di UIAK, saya teringat pesanan salah seorang senior pagi tadi, katanya,

"Lupakan segala kenangan anda di CFS."

Pada mulanya saya agak tersentak dengan statement tersebut, tetapi setelah saya berfikir kembali, ya, ada benarnya juga pesanan tersebut.

Adik-adik,

Kehidupan UIAK sangat mencabar. Kenapa saya katakan sebegini? Kerana kedudukan UIAK ini agak terpencil. TOLONG jangan bandingkan dengan UIA PJ. Di UIA PJ sebaik sahaja kita keluar dari pagar, kita hanya menunggu bas Rapidkl @ Metro, dan seterusnya kita boleh pergi ke mana-mana sahaja, insya-Allah, asalkan ada duit=p

Berbeza dengan UIAK, di mana begitu sukar untuk mendapatkan bas awam. Kalau teksi pula bayaran tambangnya sangat mahal, huhu. Jadi kami di sini outing dengan menggunakan khidmat delivery. Timbul pula persoalaan, khidmat delivery tu bagaimana ye? Ala, macam delivery pizza hut. Cuma bezanya ini delivery MANUSIA. Kita call kakak senior atau mana-mana kakak yang menawarkan khidmat delivery, dan mereka akan hantar kita ke destinasi yang kita mahu. Pakatlah dengan kawan-kawan, naik sama-sama, supaya tambang boleh dikongsi..

Kelas pula agak jauh, huhu. Namun begitu, terdapat short cut yang menghubungkan Mahallah dengan KOM (Kuliyyah of Medicine). Cuma, jalan pintas tersebut sangat berliku-liku (ecehh) dan berbatu-batu. Atau secara ringkasnya, jalan TAK RATA. Dan sekiranya setiap hari kita melalui jalan pintas ini, besar kemungkinan jangka hayat tapak kasut kita terpaksa dipendekkan.

Jadi pilihlah. Nak kasut rosak cepat atau berjalan jauh? Hmm.

Senior-senior yang sangaaaat banyak membantu

Di UIAK ini, alhamdulillah senior-senior tersangat-sangat baik dan banyak membantu. Antaranya memberi kami softcopy nota, tips belajar, overview tentang aktiviti luar kelas, dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, senior-senior di sini tersangat-sangat baik dan ukhuwah yang sangat best.

Lecture

Di UIAK khususnya dalam kursus perubatan, kami lebih banyak mengamalkan self-learning berbanding spoon-feeding. No more spoon-feeding, macam di CFS dulu. Lecturer cuma mengajar dan ianya bergantung kepada kita untuk work hard mengulangkaji. Siapa nak berjaya, rajin-rajinkanlah diri anda.

Jadual lecture juga berubah-ubah. Bukannya seperti zaman sekolah atau CFS, di mana kita mempunyai jadual fixed sehinggalah habis semester/ tahun. Jadual di sini berubah setiap minggu dan kita perlulah alert terhadap jadual mingguan. Yelah, dah besar kan, kena lah berdikari kan? ^_^ Tapi bagi yang ingin merancang jadual pulang ke rumah itu mungkin agak payah la kan. Sebab minggu ni habis kelas hari Jumaat pukul 4, minggu depan boleh jadi habis kelas hari Sabtu pula kan? Hmm..

Teringat pula pesan seorang lecturer semalam,

"Please don't go back home so often"

Err....Sedih jugak rasanya, huhu. Tapi takpelah, kalau asyik balik rumah je, bila nak belajar kan? Perjalanan pun dah mengambil masa 4-5jam T.T

Kelas bermula pada jam 8 pagi sehinggalah 4 petang. Bagus juga. Dapat melatih diri untuk tidak tidur selepas Subuh dan selepas Asar. Alhamdulillah.

Cadaver O__o

Semalam kami pelajar medic berpeluang untuk melihat cadaver (mayat). Mula-mula tu takut juga, huhu. Brothers dulu masuk ke dalam, diikuti dengan sisters.

Apabila melihat brothers keluar masuk bilik mayat dengan menekup hidung dan mulut berserta mata yang berair, kami mulai panik. Jadi apabila tiba giliran sisters, kami semua sibuk menekup hidung dengan mulut sehingga hilang rasa takut. Tapi mata pedihhhhh...huhu.....Sebab fomalin kan. Dan menurut penjaga bilik mayat, setiap kali praktikal, hanya boleh dilakukan selama 2 jam sahaja, kerana pendedahan kepada fomalin yang terlalu kerap boleh meningkatkan risiko kanser. Nauzubillah.

Hmm, apapun, jom doakan agar roh Mr Cadaver dirahmati Allah. Aminn.

Penutup

Kami pelajar medic dah mula belajar dah. Banyaaak. Huhu. Tadi kami belajar tentang lower limb (hip+leg+foot)...Allahuakbar, sangat complex...Pelbagai istilah sehingga kami pun pening. Itu baru sedikit. Sedangkan ilmu yang kita belum ketemui? Lagi banyak kan? Subhanallah. Luasnya ilmu Allah.

Oleh sebab kesibukan yang pasti melanda selepas ini, kemungkinan dapat mengupdate blog ini sebanyak 3 minggu sekali je kot. Huhu. Moga Allah permudahkan ^_^.

p/s=oh ya, tadi bergayut dengan b2...rinduunyaaa...huhu....Rindu bulatan gembira kita....:')

Wallahualam,

N.A.L.H
11 September 2012, Selasa, 7.04pm
UIA Kuantan





Friday, September 7, 2012

Hasrat Yang Terbuku di Qalbu

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, akhirnya berlalu sudah program taaruf di UIAK, walaupun banyak kali juga tersengguk-sengguk sewaktu briefing (kantoi=p).

Terharu rasanya pabila terdapat sahabat-sahabat yang berkata kepada saya apabila kami berjumpa,

"Aimi, kita baca blog Aimi....bestt..."

"Aimi, blog Aimi beri semangat kepada saya...Suka baca!"

Terima kasih sayang-sayangku sekalian ^__^

Terharu. Gembira. Kerana apa? Kerana dakwah saya sampai kepada mereka. Moga Allah hitung sebagai ibadah. aminn

Ada juga sahabat yang bercanda sambil mendoakan saya, "Nanti jadi macam doktor Farhan Hadi ye..tulis buku.."..Aminnnnnn....Teruskan doakan saya ^____^

Ada juga yang mengatakan, "Tak sangka, rupa-rupanya Aimi ni pandai menulis, hee. Ingatkan pandai menghafal biologi je". hehe. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya (ada kaitan ke?).

Ada juga yang mengatakan, "Aimi, Mabruk artikel ko dapat masuk ILuv Islam! Bukan senang tuh." huhu. Alhamdulillah. hehe, jangan puji I lebih-lebih, takut riak. huhu. Doakan ye ^____^

Malah saya juga turut mendapat kenalan baru dan berukhuwwah dengan mereka. Kebanyakan mereka meng'add' saya di facebook setelah membaca blog saya. Subhanallah. Terima kasih ya Allah:))

Dan bermacam-macam lagi doa dan dorongan para sahabat; Yasmin, Atera, Izah, Suhaili, Zura, Nasyirah, dan ramai lagi. Terima kasih koranggg ^_____________^. Nanti kalau saya dah dapat tulis buku, insyaAllah nama kalian-kalian terpateri dalam buku tu. hehe. *jauhnya berangan*

Alhamdulillah,

Allah yang beri ilham
Allah yang lapangkan dada untuk menulis
Allah yang buka hati untuk menulis
Allah yang izinkan untuk menulis
Segala-galanya datang dari Allah azzawajalla

Diri ini hanya menaip sahaja apa yang telah Allah ilhamkan kepada saya.

Alhamdulillah, Allah izinkan artikel saya untuk terpilih mengisi ruangan iluvislam.com;
 "Mengumpat? Taknak Dengar!".
-jiwang-karat-bersalut-islamik.
Cerpen-ahmad budak jalanan

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Para pembaca yang saya sayangi sekalian,

Menulis bukanlah bermakna diri ini sempurna atau ilmu sudah penuh di dada. Saya juga sedang upgrade diri melalui pembacaan, hadiri sesi tazkirah, dan sebagainya.

Menulis bukanlah bermakna sekeping hati dalam diri ini sudah mantopp, sebaliknya hati ini sering berbolak-balik,. Kadangkala rasa rajin nak solat rawatib, dan adakalanya juga rasa malas. Huhu.

Menulis bukanlah bermakna segala yang dinukilkan telahpun dipraktikkan oleh penulis. Kerna diri ini sedang cuba, cuba, dan mencuba untuk mempraktikkan apa yang telah dinukilkan. Doakan saya ^_^ Dan blog ini juga dinukilkan sebagai tamparan untuk diri ini yang sentiasa alpa.

Menulis bukanlah bermakna diri ini merupakan dai'e yang hebat, kerna terkadang lidah ini juga kelu untuk ber'amar makruf nahy munkar'.

Bolehlah disimpulkan bahawa, usahlah kalian menilai diri ini melalui nukilan hamba Allah yang hina-dina ini. Kita semua sama sahaja. Bezanya mungkin kerana saya agak rajin untuk membebel dan mencoret-coret di laman sesawang ini. Dan barangkali kalian juga turut rajin membebel di laman sesawang seperti saya? Jadi, kita tiada bezanya! Biarlah Allah yang menilai, kan? ^_^

Angan-angan minah jenin.

Saya mempunyai satu hasrat, yang mana sudah lama saya simpan ia dalam hati (ecehh). Malu lah pulak nak menyuarakan hasrat ini (sambil main-main hujung jari)..hehe...Hasrat apa ye? Emm...saya nak jadi sepert Dr Farhan Hadi :D Saya bercita-cita untuk menulis buku tentang kehidupan pelajar medik.

Kerana apa? Kerana saya mahu adik-adik lepasan SPM atau sesiapa sahaja mendapat gambaran tentang kehidupan pelajar medik. Tapi ini angan-angan je, jadi jangan ambil serius. Kerana saya sendiri tak pasti sekiranya saya sempat untuk menulis setelah menceburi bidang perubatan nanti. Hoho.

Saya nak minta para pembaca sekalian doakan saya agar berjaya menulis buku ini dan menghantarnya kepada mana-mana publisher :D Dan doakan juga agar saya dijauhkan dari penyakit riak dan sum'ah. Penyakit hati yang bisa memadamkan pahala, bak debu-debu beterbangan ditiup udara. Nauzubillah.

Wallahualam

N.A.L.H
8 September 2012, 1.26am, Sabtu,
Ampang, Selangor

Saturday, September 1, 2012

UIA Kuantan, Saya Datang! ^__^

Assalamualaikum w.b.t

Jam menunjukkan pukul 1.20am, 2 SEPTEMBER 2012,
1 hari lebih je lagi sebelum berangkat ke Kuantan,
Malam ni malam kedua terakhir untukku bermalam di rumah, T.T
Malam esok pula malam terakhir untukku bermalam di rumah.

Perasaan?
Terang bersuluh lagi nyata, sangat BERAT HATI, tapi pada masa yang sama EXCITED,
hmm, bercampur-baur.

KUANTAN



Terletak di Pahang, di pantai timur Malaysia


*teluk cempedak

*masjid di kuantan

Tempat menarik?

>Pusat beli-belah 
• Kuantan Berjaya Megamall
• East Coast Mall
• Kuantan Parade
• Giant Kuantan
• Tunas Manja, Indera Mahkota
• Cowboy, Kuantan
>Pasar Malam
• Bandar (Jalan Gambut) – setiap Sabtu
• Indera Mahkota 1 – setiap Jumaat
• Hari Selasa ada jugak rasanya tapi tak pasti kat mana, tak pernah pergi. IM2 rasanya.
*lain-lain pasar malam tak ada info
>Makan & Minum
• Tanjung Lumpur
• Bukit Sekilau (Murtabak Mengkasar)
• Medan Selera Jungle, Indera Mahkota
>Siar-siar
• Espalanade Kuantan
• Pantai Cherating
• Pantai Balok
• Taman Gelora
• Tanjung Api
• Bukit Bay Route
>Landmark
• Masjid Sultan Ahmad 1 (Masjid Negeri)
• Stadium Darul Makmur
• Terminal Bas Makmur
• Kompleks Sukan Pahang (Sukpa)
• Wisma Belia, Indera Mahkota
>Bandar Terdekat
• Pekan (Bandar Diraja)
• Kemaman
• Kuala Terengganu
• Dungun
• Besut

sumber: Atyka Jafni..heheh

Kini saya sedang mentally and physically prepared sebelum berangkat ke dunia baru. Negeri baru. Suasana baru. Dan yang paling penting, dunia bidang perubatan yang sememangnya busy-musy dan scary-mary seperti yang digambarkan oleh senior-senior...hmm...Doakan saya yep!

Bidang perubatan

Pada hari raya ini lazimnya makcik-pakcik dan sahabat-handai serta sanak-saudara akan bertanya:

"Belajar di mana? Kos apa?"

Saya pun menjawab dengan senyuman manusia,

"UIA, Medic..."

Respons lazim mereka,

"Seronoknya dapat belajar perubatan.."

Saya hanya tersenyum sambil berdoa dalam hati,

"Aminnn...moga-moga makbul doa mereka. Semoga saya enjoy, bergembira, dan berseronok mempelajari dan menceburi bidang ini."

Yelah, belajar ilmu Allah kan, mestilah rasa excited. Cuma jihadnya perlu lebih sedikit la. Jihad masa. Jihad perasaan. Dan bermacam-macam lagi.

Menurut senior-senior, kos medic menggunakan sistem blok, di mana setiap blok adalah selama kira-kira 3 bulan. Dan dalam setahun terdapat 4 blok. Dan antara setiap blok terdapat cuti selama seminggu. SEMINGGU ye kawan-kawan. Sekejapnyaaa T.T Hmm...Takpe, jihad lillahi ta'ala insyaAllah.

Nanti bila dah jadi doktor lagi payah nak dapat cuti. Kadang-kadang waktu hari raya pun belum tentu dapat cuti. Takpe Aimi, jihad ni Aimi.....

Memandangkan kami pelajar perubatan sudahpun menggunakan duit kira-kira sebanyak rm200,000. Dan di mana duit tersebut datangnya dari titik peluh rakyat jelata, termasuklah ibu bapa kami, jadi pengorbanan kami mestilah besar sedikit, kan? 

Persiapan ke UIA Kuantan

Persiapan? Hehe...Perempuan biasalah...Kalau boleh rasa macam nak bawa barang serumah, termasuklah periuk, dapur gas, mesin basuh, kih3...Tupun rasa macam tak cukup lagi..Hari Selasa nanti memang pengsan la mengangkat barang..huhu...

Berangkat ke dunia baru

Kalau dulu sejak tadika sehinggalah asasi, belajar di sekitar Selangor je, kini dah berangkat ke Pahang Darul Makmur. Jauh perjalanan, luas pandangan, insyaAllah, Allumma amin^^.

Walaupun rasa agak sedih meninggalkan negeri Selangor tersayang, tapi banyak juga manfaatnya belajar di negeri orang ni. Boleh explore negeri orang, kan? Takdelah terperuk di negeri sendiri je. Balik-balik, tengok JJ Wangsa Maju, Wangsa Walk, Mid Valley, KLCC, TS, dan lain-lain. Tak berapa nak berkembang. Sekurang-kurangnya, apabila belajar di negeri orang ni, dapat la mengenal Tunas Manja (kedai runcit je pun.hehe), Berjaya Megamall dan lain-lain.

Homesick? Hmm, itu memang tak dapat nak dinafikan la. Tapi alhamdulillah Kuantan-KL takdelah jauh mana. 3 jam kalau naik bas, dan 2 jam setengah kalau nak kereta. Kalau bawa kereta laju-laju tapi takdelah macam nak terbang, 2 jam pun boleh sampai, insyaAllah.



"....dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Albaqarah:216)



Teringat pula, dulu, sewaktu tak dapat tawaran belajar di luar negara, betapa luluhnya hati ini (ewahh). Tapi Allah maha hikmah. Maha Bijaksana. Bayangkan, belajar di Kuantan yang 2 jam lebih je dari KL pun rasa berat hati sangat-sangat, inikan pula belajar di luar negara? Di mana terpaksa menaiki kapal terbamg untuk pulang ke tanah air. huhu.

Hmm, rasa macam nak bawa kereta, tapi tak boleh, huhu...3rd year nanti baru boleh bawa kereta. Hmm, takpelah, kaki ini haruslah digunakan dengan semaksimum mungkin..:))

Excited

Tadi blogwalking, hehe. Rasa excited dan bersemangat pula melihat gambar-gambar pemandangan di sekitar UIA Kuantan. Dan menurut senior-senior, terdapat banyak society yang aktif di UIAK...Dann, yang paling penting...terdapat banyak taman syurga (majlis ilmu juga) ^__^

Harapnya nanti di UIAK bukan sahaja dapat dunia, tapi dapat akhirat jugak^^. Allahumma amiin. Sebab nanti di akhirat kalau takde bekalan, kan haru tu? Tapi bukanlah bermakna duduk bertafakur di sejadah sehingga ponteng kelas. Dunia untuk akhirat. Dunia jambatan akhirat. Dunia tempat bercucuk tanam, dan hasil tuaiannya di akhirat kelak, insyaAllah.

Dah lama tak berbulatan gembira, rasa rindu pula, huhu. Nanti insyaAllah dapat naqibah baru (^.~)

p/s=Rasa macam nak balik rumah je minggu pertama selepas TAWE nanti..Nak sambut hari lahir di rumah...:'( Tapi tengoklah dulu keadaan. Moga Allah permudahkan.

Wallahu'alam

N.A.L.H
2 September 2012, 2.01am, Ahad,
Ampang, Selangor


Wednesday, August 29, 2012

Konvoi Raya!!

Assalamualaikum w.b.t

Konvoi Raya!!!

#Sebelum bulan Ramadhan

Ya, sebenarnya sebelum bulan ramadhan lagi kami dah plan semua ni. hehe. Nampak tak ke'excited'annya di situ? hehe....Sebenarnya excited nak jumpa kawan-kawan, cikgu-cikgu, dan melawat rumah-rumah orang sambil mencuci mata. hehe. Lillahi ta'ala insyaAllah. Kalau ziarah-menziarahi dapat pahala kan? Eratkan silaturrahim pun dapat pahala kan? I.allah^^

Setelah men'tag-tag' kawan di facebook dan melalui perbincangan yang agak panjang dan rumit (hiperbola je=P), kami bersepakat untuk mengadakan KONVOI RAYA pada hari Sabtu, bersamaan 7 Syawal, 25 Ogos...

Pada petang sebelum konvoi raya, ramai pula yang confirm dapat join, menambahkan rasa excited dalam diri. The more, the merrier kan? Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Walaupun agak sedih sebab Mia dan Atera tak dapt join. Dan Aminiril pula beraya di perantauan. hmm..Takpe lah, next time pastikan korang join, ok?=)

Setelah tolak, campur, darab, bahagi, bilangan peserta konvoi ialah 13 orang termasuk adik Hidayah; iaitu saya, min, syima, wendy, azlin, lia, hidayah, faeza, Ada (adik Hidayah), zizah & azyan (adik azlin), qayyum dan mirul...

#Pada hari kejadian

Rumah saya-->Azlin-->Yasmin-->Syima-->Pn Ru-->Lia-->Faeza-->Cikgu Fauzi

Total: 8 buah rumah! berbanding 10 buah rumah pada dua tahun lepas..

Di setiap rumah, aktiviti kanak-kanak riang ialah: makan-makan, borak-borak, dan tangkap gambar^^. Sewaktu nak bergerak dari rumah ke rumah, terdapat tiga buah kereta; Perdana, Wira, dan Peugeot, sehingga kitaorang pun pening nak naik kereta mana satu, hehe. Alhamdulillah^^ Manakala Mirul dan Qayyum dengan kereta Kancil diorang..

Mengimbas kembali zaman muda-mudi dahulu, di mana kami berkonvoi tanpa kereta, huhu...Berpimpinan tangan sambil berlari meredah hujan, muka berminyak-minyak sebab keletihan, dan Carrefour Wangsa Maju menjadi stesen transit kami yang sangat keletihan..Hehe! Kenangan, kenangan, kenangan^^

Makan, makan, makan, dan makan..Alhamdulillah murah rezeki kitaorang pada hari itu...

Kami bertukar-tukar cerita..Cepat je masa berlalu...Ada yang dah nak grad, ada yang nak bertunang (opss), ada yang dah praktikal, ada yang makin tembam, ada yang makin bergaya (wendy la tuuu), ada yang pernah pergi tahfiz, dan bermacam-macam lagi..heheh....cepat je masa berlalu kann? Rasa macam baru semalam je kita menjadi kanak-kanak ribena di SMK Lembah Keramat...Sekolah yang penuh berjasa, penuh kenangan (ewahh), dan sekiranya mahu diceritakan tentang sekolah mungkin memerlukan lembaran post yang baru...Tapi, pendek kata, saya sayaaaang SMK Lembah Keramat! :)

Apabila ada kanak-kanak kecil yang join rombongan kami ni, ada cikgu yang bertanya, "Eh, anak siapa ni???"..haha....Cikgu, kitaorang single-mingle lagi laa..Yang nak bertunang ada lah (opss)...Dan kalau cikgu nak carikan calon untuk saya pun bolehh (eh?)..hehe, dah gatal dah ni:p

Lia masakkan kitaorang kek red velvet..Sedapp! Dah boleh kahwin dah ni:D  Meskipun beliau kepenatan baru balik dari Kelate, beliau masak juga untuk kitaorang..huhuh..Terharu ni :')


*di rumah lia

Di rumah cikgu Fauzi, kitaorang makan nasi...Rupa-rupanya cikgu ada kenduri aqiqah untuk cucunya...Oh, bercakap tentang cucunya, ya Allah, comel sangaaaatt cucu cikgu! Kitaorang lawat cucu cikgu yang sedang tidur di bilik..Saya yang kegeraman memegang pipinya..Lembut dan gebu! Hehe...Tiba-tiba cucu cikgu mengeliat..Comel sangaaat dia mengeliat! hehe....Tahniah cikgu...Dah jadi atuk...



*di rumah cikgu Fauzi...kredit to Qayyum yang tangkap gambar..

Mengimbas kembali zaman persekolahan dulu, Cikgu Fauzi ni ajar kitaorang subjek Sejarah sewaktu tingkatan 4 & 5..Cikgu suka sangaaat tanya soalan! Panik kitaorang..huhu...Muka pun pucat...Antara soalan popular sebelum cikgu mula mengajar, "Kita belajar topik apa ya hari ni?"...Jadi kami memang perlu baca sebelum masuk kelas, kalau takkkk, hmmm......Tapi alhamdulillah, saya dapat A+ dalam subjek Sejarah^^ Cikgu ajar besttt!

Photo: Ini cikgu sejarah ktorg.. Mfi Fauzi.. Jasamu dkenang cikgu!
P/s=gambr candid sewaktu beraye di rumah cikgu
*Inilah cikgu Fauzi...credit to Aimi yang tangkap gambar..

Hehe..yang agak sukar dilupakan ialah..Sewaktu di rumah cikgu, saya memberi isyarat mata kepada Yasmin, sebagai tanda untuk beransur pulang memandangkan hari sudah lewat petang..Yasmin membalas isyarat mataku..

"Cehh, diorang ni main isyarat mata je, terus Yasmin faham.."

Serentak kami ketawa...hehe..Mana taknya, sudah lebih 10 tahun kami berkawan..Sejak sekolah agama darjah 3 (9 tahun), jadi memang sudah ada chemistry antara kami(Cewahh).....Sangat rapat...Malah ada orang yang ingatkan kami adik-beradik....hehe..Aku sayang ko minnn!! Begitu juga dengan yang lain^^

Sekian ini sahaja laporann dari saya,,hehe....Pendek kata, seronok sangat dapat berjumpa korang..hehe...Ukhuwah Fillah, i.a :D

p/s=Aura UIA Kuantan semakin terasa! huhu.

Wallahualam

N.A.L.H
30 0GOS 2012, 11.50 am, Khamis,Ampang, Selangor

Monday, August 27, 2012

Buat muslimah: Kelebihan berstokin.

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama saya tidak menulis dan meng'update' nukilan hamba Allah ini, huhu. Sebenarnya terdapat banyak yang hendak dikongsikan, tetapi post-post yang saya tulis tergendala separuh jalan kerana ketandusan mood. Hmm. Alhamdulillah hari ini Allah hadiahkan saya mood dan ilham untuk menulis ^___^.

______________

Okey, fokus on the topic. Kenapa muslimah perlu berstokin? Ada yang mengatakan stokin ini perlu dipakai sewaktu dalam pantang sahaja, atau sewaktu demam. Hmm..
Jom baca (^.~)

1) Supaya Allah sayang, kerana kita sudahpun menunaikan apa yang diperintahkan oleh-Nya. Kaki itu aurat, sayangku! :)


 "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)


Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud



2) Memelihara diri daripada fitnah.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)

Terdapat seorang lecturer menceritakan kepada saya: Terdapat seorang pelajar lelaki yang tidak khusyuk solatnya lantaran asyik teringat-ingat dan terbayang-bayang tumit kaki classmate perempuannya. Ha, lihat? Tumit kaki pun boleh menyebabkan si adam tak khusyuk solat. Apa yang kita nak jawab di akhirat nanti sekiranya kitalah yang menjadi penyebab mereka tak khusyuk solat? Hmm...Justeru, jom berstokin!^^

Indah kan Islam? Islam mengangkat darjat wanita. Memelihara maruah wanita. Kerana wanita ini tersangat mahal dan tidak terkira nilainya. Oleh itu, peliharalah maruah kita, aurat kita, aib kita ^^.  Setiap apa yang Allah perintahkan pasti ada sebabnya, kan sayangku? :D


3) Oleh sebab kita sudahpun menutup aurat dengan sempurna, pabila masuk waktu azan, tak kiralah di mana-mana sahaja, sama ada di shopping complex, universiti, dan sebagaiknya, kita boleh terus solat. Senanggg. Lihat, indahnya Islam kan?


4) Dapat memelihara kulit kaki dari sinaran mentari yang memancar.  Ha, tak perlu buat rawatan kulit kaki. Tak payah nak berhabis duit beli krim-krim bagai. Cuma pakai stokin je. InsyaAllah kulit kaki terpelihara, sentiasa halus:)


5) Sandal atau kasut atau apa-apa yang sewaktu dengannya tahan lebih lama. Ini serius. Hehe. Kasut dan sandal saya tahan lama, kadangkala lebih 2 tahun, alhamdulillah. Sekiranya tidak memakai stokin, peluh-peluh yang dikeluarkan oleh kaki akan mempercepatkan proses penuaan kasut anda, hehe. Betul! Tak percaya? Cubalah=p


______


Kesimpulannya...

1) Segala dan setiap sesuatu yang Allah perintahkan pasti ada hikmahnya. Dann,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)

2) Segala-galanya perlu dilakukan dan diniatkan semata-mata kerana Allah. Lillahita'ala. Bukan sebab 'bakal imam', dan bukan juga sebab kawan-kawan kita juga pakai. Tapi semata-mata KERANA ALLAH

3) Amalan yang dilakukan selama 4o hari akan menjadi kebiasaan. Jom, istiqamah berstokin, sehinggalah pada suatu masa, kita akan rasa pelik sekiranya keluar rumah tanpa stokin yang membaluti kaki.

4) JOM BELI DAN PAKAI STOKIN!!!! ^____^

*nak pakai gini pun bolehh

Wallahualam

N.A.L.H
28 Ogos 2012, Selasa, 12.50am
Ampang, Selangor

Wednesday, August 22, 2012

Cukuplah Allah bagiku

Situasi 1
"Timah, untunglah kau...Suami kerja kerajaan...Nanti esok-esok kalau suami kau meninggal, dapat kau duit pencen...Terjamin hidup...Lainlah aku ni, suami kerja swasta..Tak menentu hidup..."ujar Limah.

Situasi 2

"Ali, tak nak ikut aku pergi Dewan Murni? Ada ceramah agama. Ustaz Helmi dijemput beri ceramah malam ni."

"Err..tak nak lah..Exam ada lagi seminggu lebih je ni..Kalau aku pergi, bila aku nak study? Silap-silap hari bulan fail pulak aku! Ish, tak maulah!"

Situasi 3

"Kau nak kahwin Muhsin? Ish, baru je kerja dah nak kahwin. Tunggulah ekonomi stabil dulu. Kang nak bagi anak bini makan apa? Makan batu?"

Situasi 4

"Aku ingat dah tak mau lah join persatuan-persatuan ni. Terutama Badan Dakwah. Banyak kerja! Asyik meeting je. Habis pelajaran aku macam mana?"

Para pembaca yang saya sayangi kerana Allah,

Hati yang sentiasa diseliputi rasa bimbang, tak berkeyakinan, dan resah. Senantiasa berfikir dan berfikir, "jika bukan macam ni, apa akan jadi?", "jika begini pula, apa yang akan jadi?"

Sedangkan di mana kita letakkan Allah dalam hidup kita?

 
"Iaitu orang-orang yang mentaati perintah Allah dan RasulNya; supaya keluar untuk berperang".  "Setelah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud)". "Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka".  "Dan yang bertakwa tersedia pahala yang besar".
"Orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) kepada mereka ada yang mengatakan, sesungguhnya manusia telah menghimpun pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka. Maka ucapan itu menambahkan keimanan mereka". Yakni orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasulnya, apabila mereka diancam dan ditakut-takutkan dengan bilangan musuh yang ramai yang akan menyerang mereka, akan tetapi mereka tidak gentar bahkan makin bertambah keimanan mereka.

"Dan mereka menjawab cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung". (3:172-173)

 
"Wahai Nabi Muhammad! Cukuplah Allah menjadi pelindung bagimu dan orang-orang mukmin yang mengikutimu."(8:64)

"....Maka katakanlah (Muhammad), cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgahsana) yang agung" (9:129)

"....Maka Allah adalah Penjaga yang terbaik dan Dia Maha Penyayang di antara para penyayang"(12:64)

"Dan janganlah sesekali engkau berkata terhadap sesuatu, "Aku pasti akan melakukan itu esok pagi,"
"Kecuali (dengan mengatakan),"Insya-Allah"......"(18:23-24)
 
 
 
Kuiz Biologi

Saya teringat pula sewaktu saya berada di CFS UIA PJ dulu. Malam itu saya menyiapkan kerja persatuan universiti sehingga larut malam, sedangkan keesokan harinya saya mempunyai kuiz Biologi. Apabila pulang ke bilik, saya sudah keletihan dan tiada mood untuk ber'biologi'.
 
Keesokan harinya, selepas subuh saya berasa sangat segar-bugar, lalu saya mengulangkaji pelajaran pada pagi itu sebelum pergi menjawab kuiz yang diadakan pada pagi itu juga. Subhanallah. Allah Maha Kaya. Allah Maha Besar. Topik yang saya baca pada pagi itu masuk dalam kuiz Biologi dan saya memperoleh markah yang agak tinggi (^.~)
 
Di sini saya bukanlah mahu riak,ujuk, takbur, atau seangkatan dengannya kerana saya tahu saya tak layak pun untuk berperasaan sebegitu. Semuanya datang dari Allah. Allah yang beri. Sweet kan Allah?
"Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu"
 
Sharing Moment oleh seorang doktor.
(telah diubahsuai sedikit dari segi fakta nombor sebab saya sendiri pun dah tak ingat. hee)
 
Sewaktu saya berada di tahun (tak ingat tahun berapa. hee) dulu, saya berazam untuk mengurangkan segala aktiviti kokurikulum, dan ingin fokus pada pelajaran.

Pada suatu hari saya menghadapi ujian klinikal. Saya diberi seorang patient yang sedang hamil untuk di'clerk'kan, dan kemudiannya saya bakal diuji oleh examiner.
 
Tiba-tiba datang pula suami patient tersebut yang berborak dengannya dengan masa yang agak lama, sehingga memakan tempoh masa yang diberi kepada saya untuk 'clerk' patient tersebut.
 
Setelah mereka selesai berborak,
 
"Makcik, dah berapa bulan ye mengandung?"

"Emm, enam."
 
"Anak ke berapa ye?"
 
"ke-3"
 
"Ada gugur tak sebelum ni?"

"Tak"
 
Tidak lama kemudian datanglah examiner saya. Saya pun membentangkan apa yang telah saya 'clerk'kan. Tiba-tiba examiner saya agak marah dan bertanya,

"Betul ke 6 bulan dan tak pernah gugur?"

"Ye"
 
"Cuba tanya dia sekarang. Berapa bulan usia kandungan dan pernah gugur tak?"
 
Setelah saya bertanya makcik tersebut, ternyata dia sedang mengandung 7 bulan dan pernah keguguran. Dan itulah merupakan faktor kegagalan saya pada tahun itu. Selepas examiner saya pergi, saya terus bertanya dan memarahi patient tersebut. Alasan patient itu, "Makcik lupalah.."
 
 
Kesimpulannya...
 
-Sentiasa letakkan Allah sebagai nombor satu dalam hidup.
 
-Segala-galanya datang dari Allah. Allah yang beri. Jadi kalau kita bersengkang mata untuk mengulangkaji pelajaran sehingga menjadi panda pun, tetapi sekiranya kita tidak menjaga hak Allah, dan Allah tak izinkan kita berjaya, kejayaan itu takkan datang pun. Kun fayakun.
 
-Tapi janganlah tak usaha langsung dan berserah kepada Allah sahaja. Tidak mahu bekerja, tetapi saban hari berdoa kepada Allah agar dikurniakan rumah banglo, kan dah tak betul tu? Prinsip tawakal ialah berusaha terlebih dahulu.
 
Wallahualam~

N.A.L.H
23 Ogos 2012, Khamis, 12.55am
Ampang, Selangor.

 

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~