Monday, May 21, 2012
Cerpen-Gersang
gersang? janganlah biarkan...tetapi siramlah dengan air=p
*ehsan google
Seusai menunaikan solat sunat dhuha dan solat hajat, Fatimah bersiap sedia untuk ke dewan peperiksaan. Pada hari ini semua pelajar asasi sains UIAM tahun dua , termasuklah Fatimah akan menghadapi peperiksaan bagi subjek yang terakhir, iaitu Fizik dua. Setelah empat bulan berhempas pulas menuntut ilmu, mereka akan bercuti selama 3 bulan sebelum semester seterusnya bermula.
Najihah memandang Fatimah sambil menggeleng-gelengkan kepala. Dia amat mengenali rakan sebiliknya itu. masakan tidak, sudah 3 semester mereka duduk sebilik. Oleh itu, dia amat mengenali Fatimah yang hanya akan menunaikan solat hajat, solat dhuha, solat tahajjud apabila menjelang peperiksaan untuk memohon redha Allah. Namun begitu, sebaik sahaja tamat peperiksaan, amalan-amalan tersebut pun entah ke mana.
"Em, harapnya kali ini dia istiqomah la...amin,"doa Najihah di dalam hati.
Sebelum ke dewan peperiksaan, Fatimah sempat menelefon teman lelakinya. Untuk memohon restu dan membakar semangat kononnya.
"Kau exam kat mana?"tanya Fatimah sambil membetulkan tudungnya.
"Annex. kenapa?"
"Aku kat LY. Em, dekat-dekatlah tu. Jom pergi sama-sama"
"Jom...."ujar Najihah sambil tersenyum.
Mereka melangkah ke dewan peperiksaan bersama-sama.
Hubungan Najihah dan Fatimah sangat rapat bagai isi dengan kuku, meskipun perwatakan mereka sangat berbeza. Fatimah dengan tudung bawalnya yang ditarik ke belakang, tanpa memakai anak tudung. Manakala Najihah dengan tudung akel yang berbidang 60 inci. Najihah datang dari maahad, manakala Fatimah datang dari sekolah berasrama penuh biasa.
Fatimah datang dari keluarga yang agak berada jika hendak dibandingkan dengan Najihah. Bapanya merupakan seorang usahawan yang berjaya manakala Najihah pula merupakan anak yatim. Bapanya sudah lama meninggal dunia. Hidupnya 8 orang adik beradik disara oleh ibunya yang berniaga menjual kuih.
Hidup Fatimah bolehlah diringkaskan sebagai 3K1H, iaitu Katil, Komputer, Kelas, dan Handphone. Pergi ke kelas, menonton movie, online, tidur, makan, dan bergayut. Manakala Najihah bukan setakat pergi ke kelas seperti pelajar yang lain, bahkan dia turut bergiat aktif dalam persatuan dan aktiviti halaqoh. Meskipun begitu, ini tidak dijadikan batu penghalang kepada persahabatan mereka. Najihah berpendapat bahawa fenomena 'orang baik hanya bergaul dengan orang baik' menyebabkan aktiviti dakwah terbatas kepada golongan orang baik sahaja.
______________________________
Fatimah melangkah laju pulang ke bilik. Setibanya di bilik, dia terus mencampakkan barang-barangnya.
"Yeahhhhh, merdeka!!! Susah nak mampus soalan fizik tadi. Berserabut kepala aku.! Seronoknya dah habis exam!!"jerit Fatimah.
Najihah tersenyum. Meraikan kegembiraan Fatimah.
"Em, kau balik bila?"tanya Najihah.
"Lusa kot. Entahlah. Tak beli tiket lagi. Nak dating ngan Khai puas-puas sebelum balik Perlis. Maklumlah, selepas ni mesti susah dah nak jumpa. dia kat Johor, aku kat Perlis. Emm,kau balik bila?"
"InsyaAllah tulat kot. Aku ada tamrin."
"Ohh, emm, jihahhhh....hehe......"Fatimah tersenyum nakal.
"Kenapa sengih-sengih macam kerang busuk ni? Seram aku tengok."
"Jom tengok wayang!"
"Hm, dah agak dah. Malas la nak keluar. Aku nak kemas barang. Kan kita dah nak balik?"Najihah cuba berdalih.
"Ala, jom la. Tak pun, aku ajak Khai la. Dia sentiasa on, bukan macam kau."rungut Fatimah lalu mencapai telefon bimbitnya.
"Hm, nak dating la tu. Asyik dating je. Nanti selepas kahwin dah bosan, asyik tengok muka yang sama je. Itupun kalau jadi kahwin."
"Habis tu, dah kau tak nak dating ngan aku, aku ajak la Khai dating."
"Em, yela-yela....Jom kita tengok movie, tapi kat bilik je boleh tak?"pujuk Najihah. Cuba untuk menghalang sahabat baiknya daripada berdating.
"Yeahh! Jom! Tengok cerita Running Man nak? Aku baru transfer dari dila haritu."
"Hmm, Running Man pun boleh...Tapi aku nak tengok satu episod je tau"
"Yela....Em, ni yang aku sayang kau ni....."ujar Fatimah lalu memeluk erat sahabatnya. Sesekali menggeletek sahabatnya. Mereka ketawa riang.
Selepas menonton satu episod, Najihah berhenti menonton, memberi alasan ingin mengemas barang. Fatimah meneruskan perjuangan 'marathon' episod-episod Running Man. Satu per satu episod ditontonnya. Hilai tawanya memecah kesunyian di Mahallah Khadijah, memandangkan ramai yang sudah beransur pulang. Sungguh kuat sehinggakan dari tandas pun boleh kedengaran. Lepaskan tekanan kononnya.
Fatimah ketawa, gembira. Sekali-sekala menjeling Najihah yang sedang membaca buku Fatimah Syarha. 'Nak jadi ustazah agaknya kawan aku ni...'monolog hati Fatimah.
Fatimah meneruskan perjuangannya. Ketawa. Mengilai.
Tetapi tidak dinafikan setelah selesai menonton movie, Fatimah dapat merasakan satu lompong dalam hatinya. Hatinya kosong. Gersang. Kegersangan yang sukar ditafsirkan.
_______________________________________
"Ti, kau balik lusa kan? Jomlah ikut aku pergi tamrin."ajak Najihah.
"Tamrin? Yang macam kem ibadah tu ke? Tak maulah. Pelik je nanti sebab aku sorang je rockers."dalih Fatimah.
"Rockers apa nye? Aku tengok kau ayu jee..."ujar Najihah lalu ketawa.
"Kau tengah perli aku ke apa sekarang ni? Ala, malaslah, segan."
"Alaaa, kalau kau takde, bosan la..Tak bermakna hidup aku..Bak kata P.Ramlee, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah......"Najihah mula bermadah.
"Em, ada aktiviti apa je?"hati Fatimah mula lembut.
_______________________________________
"Ti, jom lah. Sekejap lagi naqibah aku datang jemput."ajak Najihah
"Em, malas lah..."
"Ala, aku dah bagitahu naqibah aku. Dah tempah untuk kau. Makanan, penginapan, semua dah tempah. mana boleh batalkan."
"Alaaaa....Takpe, nanti aku bayar semua tu. Malas lah nak join,"dalih Fatimah. Dia sebenarnya takut dan segan untuk ke majlis-majlis ilmu kerana baginya majlis begitu hanya untuk orang-orang yang baik sahaja. Bertambah segan apabila melihat golongan yang baik-baik sering bergaul dengan golongan baik-baik juga sahaja. Golongan hafizah bergaul dengan golongan hafizah. Manakala golongan rockers sepertinya seolah-olah layak bergaul dengan golongan rockers sahaja.
"Em, sampai hati..Em, kalau tak nak join pun, tolong aku angkat barang boleh tak?"ujar Najihah dengan muka sedih. Cuba meraih simpati.
"Amboi...Em, yela-yela..."
Mereka bergerak ke tempat parkir kereta Mahallah Khadijah. Kelihatan naqibah-naqibah sedang bertungkus-lumus membantu adik-adik mengangkat barang dan memasukkan ke dalam kereta.
"Okey lah, ti, aku pergi dulu ye..Selamat bertamrin.."
Tiba-tiba..
"Eh, ti, awak kata nak bawa kawan awak? Mana kawan awak?"tanya naqibah Najihah, kak Aida nama panggilannya.
Serentak itu Najihah terus menunjukkan ke arah Fatimah yang sedang melangkah pergi dari tempat parking.
Kak Aida segera mendapatkan Fatimah dan memegang tangannya.
"Awak kawan Najihah ye? ni kak Aida, kakak Halaqoh Najihah..awak nak pergi mana? ambil barang ye? nak akak tolong?" soal kak Aida bertubi-tubi. sungguh lembut suaranya.
"Errr.................."Fatimah terkedu.
"Bilik awak kat mana? Biar akak tolong angkat barang...."ujar kak Aida lagi.
Fatimah kelihatan serba-salah. Suara kak Aida yang sangat lembut dan keibuan itu mencairkan hatinya. Najihah memerhati mereka dari jauh sambil tersengih-sengih. Dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar hati sahabatnya itu lembut untuk pergi ke tamrin. Sekurang-kurangnya, hidup sahabatnya itu terisi. Malah, siapa tahu sahabatnya itu memperoleh hidayah untuk berubah menjadi lebih baik melalui tamrin?
________________________________________
"Hello, awak, saya kat Surau Damai ni, ade tamrin."beritahu Fatimah kepada Khai, teman lelakinya melalui telefon bimbit.
"Ala.....Nak buat macam mana....Saya dah ada kat sini pun....Dua hari kem ni....Tak dapatlah kita nak berdating. Maaf tau."sambung Fatimah lagi
"Okey...Semua peserta....Jom berkumpul....Kita adakan sesi taaruf.."panggil Kak Halimah, naqibah yang lain.
"Okey la, awak...bye!"Fatimah memutuskan talian telefon, lalu bergerak menuju ke arah satu bulatan besar.
Seorang demi seorang memperkenalkan diri. Fatimah memerhati seorang demi seorang peserta tamrin. Majoritinya bertudung labuh. Tetapi ada juga yang bertudung bawal sepertinya. Malahan ada juga yang berselendang.
'Emm....kiranya, aku ni takdelah teruk sangatt'monolog hati Fatimah.
Setelah sesi taaruf, tibalah saat untuk makan malam. Kelihatan para naqibah menyenduk nasi ke dalam talam-talam.
"Japppp...talammmm?????"Fatimah panik. Dia sering mengelak sekiranya perlu makan bertalam. Sekiranya terdapat iftar di UIA, Fatimah akan memastikan bahawa makanan yang disediakan bukanlah dalam talam. Sekiranya makan dalam talam, dia enggan hadir ke iftar tersebut. Geli katanya, kerana nasi yang dimakan sudah terkena tangan orang lain.
Perlahan-lahan Fatimah melangkah pergi dari tempat makan, menuju ke ruang rehat.
"Eh, fatimah, tak makan ke? Nak kata puasa, ni dah malam."sapa Kak Halimah.
"Err...Saya dah kenyang.."dalih Fatimah.
"Kenyang? Kau kan tak makan lagi sejak tengahari tadi?"tanya Najihah pula. dia sebenarnya tahu bahawa roomatenya itu tidak mahu makan dalam talam.
"Em, Aku nak diet la. Dah gemuk. Nanti, bila aku balik rumah, mak ayah aku terkejut pulak tengok aku dah gemuk"dalih Fatimah lagi.
"Jom la....."pujuk Najihah.
"Takpelah. Kau makan ajelah. Aku nak rehat jap, penat"ujar Fatimah lalu terus berlalu pergi.
Sedangkan perutnya bernyanyi-nyanyian minta diisi.
tiba-tiba...
"Fatimah, makanlah..akak dah senduk, khas untuk awak."ujar Kak Hafizah sambil menyerahkan sepinggan nasi kepada Fatimah.
"Emm, awak tak biasa makan dalam talam ye? Takpe, akak faham...Dulu akak pun tak nak makan dalam talam...Tapi, sebenarnya seronok tau makan dalam talam ni! Selera makan luar biasa!"ujar Kak Hafizah lagi, bersungguh-sungguh.
Fatimah tersenyum lalu menyambut huluran pinggan itu. terharu.
Selepas itu diadakan slot 1 yang bertajuk pemudi islam. Kemudian, malam itu sebelum semua peserta tidur, diadakan pula aktiviti tadabbur al-Quran. Para peserta dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang diketuai oleh para naqibah. Sebelum mentadabbur quran, mereka bertaaruf. Fatimah terharu melihat setiap peserta yang sangat friendly, bagaikan telah lama kenal, sedangkan baru sahaja berkenalan. Pada saat itu, satu perasaan kedamaian hinggap di sanubari Fatimah. Perasaan yang tidak pernah dia peroleh selama ini meskipun dia pergi menenangkan fikiran di pusat karaoke, menonton wayang, atau berdating. Walaubagaimanapun, dia cuba menafikan perasaan itu, lantaran ego yang menebal dalam dirinya.
_______________________________
Tepat jam 4.30 pagi.
"Ti, bangunnn...qiam...."kejut Najihah.
Fatimah sangat malas untuk bangun. Terlalu mengantuk. Namun memandangkan ramai peserta yang sudah bangun, dia menggagahkan dirinya untuk bangun. Dengan liat dia melangkah ke tandas, mengambil wudhu',
Selama ini dia hanya berqiamullail menjelang peperiksaan sahaja.....
Kali ini dia berqiamullail juga, tapi bukanlah semata-mata untuk peperiksaan. Bahkan satu semangat yang luar biasa membakar dirinya pada pagi itu.
'Patutlah kalau kita nak latih diri kita berqiamullail, mulakan dengan qiam jam'ie dahulu.'monolog hatinya.
_________________________________
Pagi itu ketika sarapan pagi Fatimah masih makan dalam pinggan. Namun begitu, tidak dinafikan dia sangat cemburu melihat mereka yang makan setalam. Sangat mesra. Sangat berselera. Sedangkan dirinya? Agak kesunyian kerana makan bersendirian.
Tengah hari itu, Fatimah tekad untuk makan dalam talam. Najihah yang melihatnya pun terkejut dan tersenyum. Sebelum makan, mereka membaca doa berjemaah.
Ternyata, sangat berbeza makan setalam dengan dalam pinggan masing-masing. Masing-masing berselera. Bersembang. Bergurau. Bermesra. Semangat ukhuwah yang sukar ditafsir dengan kata-kata.
________________________________
Satu demi slot yang dibentangkan oleh para naqibah. Fatimah semakin akrab dengan peserta-peserta lain. bagaikan sudah 10 tahun berkenalan, sedangkan baru sahaja berkenalan. Banyak ilmu yang diperolehnya dalam tamrin tersebut. Tengahari itu, selepas makan, kak Laili membentangkan tajuk ikhtilat.
Tajuk yang sangat menikam jiwa Fatimah..
"Cinta tu, ialah cinta yang membawa ke syurga. Kalau bercouple tanpa ikatan yang sah, gayut sana-sini, dating sana-sini, bukan cinta namanya. Cinta apa namanya kalau mengheret pasangan masing-masing ke neraka?"hujah kak Laili.
"Lagipun, kalau bercouple, kita boleh jamin ke untuk menjaga pandangan? Boleh jaga ke penyakit hati? ingat, zina tu haram. Tapi menghampiri zina pun haram"tegas kak Laili.
Gulp. Fatimah terasa!
"Ya, kita memang diciptakan mempunyai perasaan. Perasaan ingin disayangi. Ingin menyayangi. Sebab itulah adanya pernikahan."sambung kak Laili lagi.
"Tapi akak percaya, adik-adik ni baik-baik belaka. Innocent. Semuanya pandai menjaga maruah diri kan?"duga kak Laili.
Fatimah terasa seperti saat itu juga mahu memutuskan hubungannya dengan Khai. Tetapi dia terlalu sayangkan Khai.........
Selepas itu diadakan pula Latihan Dalam Kumpulan..
"Akak, kalau kita tak couple, macam mana nak kenal dengan pasangan hidup kita? Buatnya dia penyangak ke...."tanya Fatimah kepada kak Aida ketika berada dalam kumpulan kecil.
Kak Aida tersenyum lalu menjawab,"Akak dah kahwin. Tak bercinta pun sebelum bernikah. Suami akak meminang akak, dan selepas tiga bulan tu kami terus kahwin. Sepanjang kami bertunang, akak gunakan tempoh itu untuk berkenalan. Akak selidik latar-belakangnya. Tanya keluarganya. Sahabat terdekatnya. Dan akak selidik juga facebooknya tan twitternya."
"Tapi, macam mana nak betul-betul kenal kalau setakat macam tu je kak? Kita kahwin ni bukan sehari dua kak..."hujah Fatimah lagi.
"Em, sebab kahwin bukan sehari dua lah kita tak payah berkenalan lama-lama sebelum kahwin. Takut nanti bosan pula lepas kahwin. Lagipun, sepanjang bercouple tu, kita bukannya nampak perangai sebenarnya. Selepas kahwin, ha, baru lah kita nampak perangai sebenarnya. Sewaktu couple tu berlakon je."jelas kak Aida. Bersungguh-sungguh.
"Dan...Cuba bayangkan...Sepanjang bercouple tu...Kita teringat pakwe kita, dapat dosa....Sms dan call untuk perkara yang tak perlu, dapat dosa.....Dan apabila dating, berganda-ganda dosa yang kita dapat!"sambung kak Aida lagi.
Fatimah terkedu.
____________________________________
Setelah sesi tersebut, Fatimah melangkah ke tandas lalu menangis. Terasa terlalu banyak dosa yang dilakukannya. Dia cuba menghilangkan kesan tangisan dengan membasuh muka, tetapi tidak berkesan.
Sebaik sahaja keluar dari tandas, kak Dayah yang terperasan keadaan Fatimah segera mendapatkannya dan membawanya ke belakang. Lebih tersorok dan lebih mempunyai berprivasi baginya.
"Awak menangis ye? Kenapa sayang?"tanya kak Dayah. Penuh kelembutan.
Fatimah menceritakan segala-galanya sambil tersedu-sedan. Air mata keinsafannya tidak dapat dibendung lagi.
Kak Dayah menggenggam tangan Fatimah. "Fatimah, rahmat Allah sangat luas sayang....Bayangkan, dosa pembunuh 100 orang pun diampunkannya. Allah tu maha pengampun!"
Fatimah teringat ayat al-Quran yang ditadabburnya malam tadi yang bermaksud "Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri"(Al-Baqarah:222)
Seusai itu, Fatimah segera menunaikan solat taubat. Dalam sujud terakhir, tangisannya tidak dapat dibendung lagi. "Ya Allah, berdosanya akuuuuu...."rintih hati Fatimah.
_________________________________________
Slot terakhir bagi tamrin tersebut bertajuk 'Redha Allah yang dicari'. kak Herna membentangkan tajuk dengan merujuk buku Hilal Asyraf, Batu-Bata Kehidupan.
Antara hujah yang paling menyentuh hati Fatimah ialah,
"Kita sering fikir bahawa kita mahukan kejayaan dan kejayaan itu datangnya dari Allah, maka kita perlu berbuat baik kepada Allah dan pohon keredhaan Allah, dengan harapan Allah akan memberikan kejayaan kepada kita. Sebab itulah akhirnya apabila menjelang peperiksaan kita bersolat sunat bukan kepalang, dan kemudiannya selepas peperiksaan amalan-amalan tersebut entah ke mana. Di sini kefahaman kita telah silap. Sepatutnya, kita berusaha mencapai kejayaan untuk mendapatkan redha Allah, bukannya dapatkan redha Allah untuk mencapai kejayaan"
Fatimah terasa. Kerana 'kefahaman'nya yang silap itulah, dia tidak istiqomah dalam melaksanakan ibadah sunat!
Petang itu sebelum berangkat pulang, kak Laili menggenggam tangan Fatimah lalu bertanya, "em, Fatimah ada ikut halaqoh tak?"
"errr....halaqoh tu apa?"tanya Fatimah. Air matanya mula bergenang. Sungguh, selama ini dia hanya memerhatikan Najihah pergi ke halaqoh, tetapi dia tidak pernah ingin mengambil tahu apa itu halaqoh.
____________________________________
Kini...........Fatimah sudah menjadi Fatimah yang baru. Hidupnya bukanlah tertakluk kepada 3K1H semata-mata...Hidupnya terisi dengan halaqoh mingguan, talk, taalim, dan talaqqi. Dia turut bergiat dalam persatuan kerana dia tersedar bahawa dirinya turut perlu menyumbang kepada rakan-rakan dan ummah. Setiap pelajaran yang dipelajarinya diniatkan semata-mata kerana Allah dan sentiasa dikaitkan dengan kuasa Allah. Malah, hubungannya dengan Khai pun telah diputuskan sebaik sahaja dia pulang dari tamrin. Kini mereka sudah tidak berhubungan lagi.
Fatimah kini merasakan suatu perasaan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Ketenangan. Kedamaian. Kegembiraan. Ukhuwwah.
Sekeping hati yang dahulunya lompong tertampal dan terisi. Lompong yang takkan dapat ditampal dan diisi dengan hilai tawa menonton movie, bergayut, dan juga berkaraoke. Jiwanya yang dahulunya gersang menjadi subur, bak tanah gersang menjadi subur dan ditumbuhi pohon-pohon merimbun.
Fatimah memandang ke langit lalu hatinya bermonolog,
"Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu ya Allah, saat hatiku kegersangan, kau turunkan hujan, melalui halaqoh dan tamrin........."
-TAMAT-
wallahu alam~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kenali musafir ini~
Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~
~IKRAM, alhamdulillah~
No comments:
Post a Comment