Wednesday, June 6, 2012

Musafir di bumi Allah: Culture shock bila masuk UIA

Hari pertama




Aku memasuki bilikku yang terletak di Mahallah Zainab Jahsy, lalu meletakkan barang-barang 'taaruf week' ke atas katil. Aku membelek satu persatu barang-barang yang telah diberi oleh committee di dewan tadi..

Fail Taaruf Week.....Tudung Putih......Beg bewarna biru......

Sehelai baju bewarna hijau oren menarik perhatianku.

"eee....hijau oren? kontranya warna!"

Aku terus membuka plastik yang membaluti baju tersebut. Alangkah terkejutnya aku melihat betapa labuhnya baju itu.

"Ini t-shirt ke mini jubah?"bebelku

Sememangnya aku tak pernah membeli dan memakai t-shirt yang selabuh itu. T-shirt yang kupakai biasanya t-shirt biasa yang labuhnya cukup-cukup paras punggung


Taaruf Week

Semasa taaruf week kami diwajibkan solat berjemaah, manakala yang 'Allah beri cuti (ABC)' diwajibkan membaca mathurat di foyer mahallah.

Mathurat?

Dulu nenekku pernah menghadiahi aku buku mathurat, aku teringat pesannya

"Bacalah mathurat pagi dan petang..insyaAllah Allah lindung.."

Tapi...Pesanannya kubiarkan sepi....Buku mathurat yang dihadiahkan itu kubiarkan menjadi koleksi buku dalam almari buku *astaghfirullah*.....

Kini....buku mathurat yang tertulis 'Taaruf Week' di atasnya berada di tanganku...Dengan diketuai oleh kakak commitee, kami membaca mathurat tersebut secara berjemaah....

Taaruf Week bukanlah seperti minggu orientasi yang digambarkan oleh rakan-rakanku dari universiti lain..Taaruf Week adalah minggu yang sangat santai...Di mana kami dilatih untuk solat berjemaah, membaca mathurat, diperkenalkan dengan biah solehah UIA...Dan...mengambil peperiksaan APT dan EPT.....

Baju Labuh

Di UIA, kami dikehendaki memakai t-shirt labuh, yang mana sekurang-kurangnya 3 inci dari punggung. Aku pada mulanya sememangnya agak kurang senang dengan peraturan ini. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa memakai baju hijau oren yang sangat 'harmoni' kombinasi warnanya itu.

Tetapi lama-kelamaan t-shirt labuh itu bagaikan sebati dengan diriku. Sehingga aku mula menambahkan koleksi t-shirt labuhku. Dan apabila keluar dari rumah, meskipun bukanlah di UIA, di mana tiada pak guard yang boleh menyamanku, aku tetap setia dengan t-shirt labuh. Kerana Allah itu maha melihat, tak kiralah di UIA atau di mana-mana sekali pun. Alhamdulillah. Doakan saya istiqomah. Terasa sangat selamat memakai baju labuh ^^. Kalau main bola, melompat pun, kuranglah sikit risiko terselak.


*gambar hiasan. ehsan google


Biah Solehah

Di UIA, seakan-akan ada suatu penghadang di antara brothers dan sisters, di mana mereka berjalan berasingan dan hanya bercakap apabila perlu sahaja. Ikhtilat sangat terjaga, alhamdulillah.

Meskipun terdapat segelintir pelajar yang merosakkan biah ini, tetapi ini hanyalah golongan minoriti sahaja. *Moga Allah beri hidayah kepada mereka. Amin!*

Aku yang datang dari sekolah biasa ini agak terkejut dengan suasana ini. Namun lama-kelamaan aku jatuh cinta dengan suasana ini. Sehinggakan apabila musim cuti, aku sangaaaaat rindukan suasana ini. Pergaulan bebas yang berlaku dewasa ini, terutama dalam kalangan muda-mudi, sangat menyedihkanku. Huhu. *Doakan agar suatu hari nanti Malaysia kuatkuasakan 'saman' kepada mereka yang tidak menutup aurat dan bergaul bebas, seperti di UIA. aminnn*

Annual Grand Dinner, MEDCY

"Please observe your aurah. Sisters and brothers are not allowed to take pictures together."

Lebih kurang begitulah reminder yang tertulis di dalam kad jemputan. Subhanallah! Pertama kali mendapat kad jemputan sebegini! *nanti bila kahwin nak tulis macam ni jugak la kat kad jemputan;p*

Malam itu aku memakai selendang yang bewarna coklat bersama baju kurung bewarna oren *sedangkan tema hijau =.=, hehh*. Aku melangkah ke AMF, venue bagi dinner malam itu. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat majoriti muslimat memakai tudung labuh. Dan di antara ruang sisters dan brothers terdapat penghadang, iaitu karpet merah untuk laluan VIP.



Ikhtilat antara sisters dan brothers sangat terjaga. Alhamdulillah. Aku agak culture shock pada mulanya kerana sebelum ini di sekolah, bukan sahaja tiada penghalang antara sisters dan brothers, malahan bercampur pula duduk semeja!

Alhamdulillah. Alhamdulillah x100...Thumbs up to AGD committee. Allahuakbar!


Lab report

Di dalam lab report, kami dikehendaki menyelitkan ayat Al-Quran dan reflection dalam discussion. Walaupun pada mulanya terasa agak terbeban, namun lama kelamaan diri ini tersedar

Ilmu itu milik Allah. Segala-galanya sekiranya kita perhatikan tidak lepas dari ilmu-Nya. Tarikan graviti, proses persenyewaan, kesemuanya sudah termaktub di dalam warkah 114-Nya.  Subhanallah!

 “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (QS Al Baqarah : 164)

Proses pembelajaran menjadi semakin menarik. Semakin bermakna. Dan yang paling penting, dapat mendekatkan diri kepada-Nya. Allahuakbar!

Penutup

Subhanallah...Alhamdulillah.....Walaupun pada mulanya agak culture shock dengan suasana dan peraturan UIA, semakin lama hati ini semakin terpaut dan jatuh cinta kepada suasana UIA.....

Bagi yang terpilih oleh Allah untuk menjadi pelajar UIA, bersyukurlah.....

Hargailah dan kekalkanlah biah solehah di UIA....
Bentenglah dan topuplah pahala dengan Mathurat *sedang cuba.huhu*, Solat Dhuha..Qiamullail....
Topuplah ilmu dengan halaqoh, taalim, talaqqi, dan ceramah...

Bagi pelajar universiti lain, janganlah berkecil hati sekiranya post ini seakan-akan ditujukan buat pelajar UIA sahaja...Hargailah universiti anda...Hidayah Allah itu ada di mana-mana, cuma yang menjadi persoalan ialah sama ada kita mencarinya atau tidak.....

Akhir kata, saya sayaaannng UIA! <3

p/s=selamat hari lahir buat sahabat saya, Aliah Mat Nor! Moga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan menjadi muslimah yang berjaya dunia akhirat. Dah 20 tahun dah umur kau ea?=p


Wallahualam~

N.A.L.H
7 Jun 2012, Khamis, 1.17pm
Ampang, Selangor





6 comments:

  1. Assalamualaikum tuan rumah, hihi~ ^_^

    Rindu sgt kenangan2 spjg CFS! =')
    Sebak baca sbb takdir hidup kita berbeza. b2 mungkin lebih bernasib baik sbb disekolahkan di sekolah agama. Aimi yg rasa perubahan suasana pasti rasa lebih lagi. Dan insya-Allah pasti pegang lebih lagi. Sbb kita umpama dpt sesuatu yg berharga dlm hidup dan xnk lepaskan. Kan? Doakan b2 juga istiqomah ye syg...=')

    Nak kongsi pengalaman waktu mula2 msuk. Kan UIA ada bagi tudung bawal tu kan. Mulanya b2 ingat mmg kena pakai tudung bawal tu je. Rasa nak nangis sbb dah siapkan tudung labuh putih dua bwk ke UIA. b2 pakai skali tudung bawal putih UIA tu. Ya Allah, rasa mcm xpakai apa2. Sungguh rs mcm lain sgt. Takut dan sedih. Lps tu, tanya akak2 committee rupanya blh pakai labuh punya. Hehe. Dan lps tu baru b2 dpt rasa, dan belajar menghargai, apa yg aku ada ni kna pegang betul2. =)

    Ahaa, cara bercerita mcm kanak2 je. Rindu gak waktu x matang dulu, hehehehe. Byk benda belajar. ecece, rasa mcm makin matang je skrg ^_^ selagi kita hidup, selagi itu kita belajar. Kan Aimi?

    ReplyDelete
  2. Wassalam. B2, ternyata kita punya dimensi pemikiran yg b'beza bila tgk tudung tu!

    hihi....tau x, waktu awal2 tgk tudung 2, Aimi rase mcm tudung tu labuh. Sebab tudung tu kan lebih kurg mcm bidang 48. Aimi biase pakai bidang 45. huhu.......

    yaAllah, b2...sjak dh brtudung labuh ni *alhamdulillah*, rase pelik sgt2 kalu terpakse pki tudung biase..rase xselamat....huhu....Klau bnar2 ikut Islam, insyaAllah kte akan selamat...bukan nak kata tudung lain tak menetapi syariat, tetapi tudung labuh memang sangat bestttt...subhanallah!

    Dan stiap yg disyariatkan-Nya pastiii ade hikmahnya <3

    hehe. dah jatuh cinta pada tudung labuh. alhamdulillah ^____^

    btul3, bak kata org, bila dpt hidayah ni, kena peluk betul2 dan kemas2 hidayah tu..sbab takut hidayah itu ditarik semula, kan? *nauzubillah*

    p/s=rnduuuuuu sgt ngan b2

    ReplyDelete
  3. Kalau masuk uia memang automatik kena pakai tudung labuh? paling kurang tudung bidang berapa eh? kalau pakai shawl memang diharamkan ke? sorry tnya..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah :) <3
    thanks kak <3
    buat qila semangat nak masuk uia ni heee~~ <33333

    ReplyDelete
  5. @Atiqah H. - tidaklah. Namun, disyaratkan tudungnya melepasi dada dan tidak jarang dan sebagainya.
    shawl tidak dibenarkan di pusat asasi namun di main campus boleh. Tapi diingatkan shawl yang labuh melepasi dada. Namun jangan terkejut kerana tidak semua pelajar mematuhi ajaran Islam yang satu ni.
    Btw, seronok baca entri ni.
    Semoga kita menjadi golongan yang akan sentiasa mempelihara biah solehah di uia.
    :)

    come to my blog; akusuho.blogspot.com

    tak banyak entri tp semoga ada manfaatnya.
    ambik yang baik sahaja.
    :)

    ReplyDelete

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~