Sudah lama saya tidak menulis dan meng'update' nukilan hamba Allah ini, huhu. Sebenarnya terdapat banyak yang hendak dikongsikan, tetapi post-post yang saya tulis tergendala separuh jalan kerana ketandusan mood. Hmm. Alhamdulillah hari ini Allah hadiahkan saya mood dan ilham untuk menulis ^___^.
______________
Okey, fokus on the topic. Kenapa muslimah perlu berstokin? Ada yang mengatakan stokin ini perlu dipakai sewaktu dalam pantang sahaja, atau sewaktu demam. Hmm..
Jom baca (^.~)
1) Supaya Allah sayang, kerana kita sudahpun menunaikan apa yang diperintahkan oleh-Nya. Kaki itu aurat, sayangku! :)
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur:31)
Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). (Riwayat Abu-Dawud
2) Memelihara diri daripada fitnah.
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)
Terdapat seorang lecturer menceritakan kepada saya: Terdapat seorang pelajar lelaki yang tidak khusyuk solatnya lantaran asyik teringat-ingat dan terbayang-bayang tumit kaki classmate perempuannya. Ha, lihat? Tumit kaki pun boleh menyebabkan si adam tak khusyuk solat. Apa yang kita nak jawab di akhirat nanti sekiranya kitalah yang menjadi penyebab mereka tak khusyuk solat? Hmm...Justeru, jom berstokin!^^
Indah kan Islam? Islam mengangkat darjat wanita. Memelihara maruah wanita. Kerana wanita ini tersangat mahal dan tidak terkira nilainya. Oleh itu, peliharalah maruah kita, aurat kita, aib kita ^^. Setiap apa yang Allah perintahkan pasti ada sebabnya, kan sayangku? :D
3) Oleh sebab kita sudahpun menutup aurat dengan sempurna, pabila masuk waktu azan, tak kiralah di mana-mana sahaja, sama ada di shopping complex, universiti, dan sebagaiknya, kita boleh terus solat. Senanggg. Lihat, indahnya Islam kan?
4) Dapat memelihara kulit kaki dari sinaran mentari yang memancar. Ha, tak perlu buat rawatan kulit kaki. Tak payah nak berhabis duit beli krim-krim bagai. Cuma pakai stokin je. InsyaAllah kulit kaki terpelihara, sentiasa halus:)
5) Sandal atau kasut atau apa-apa yang sewaktu dengannya tahan lebih lama. Ini serius. Hehe. Kasut dan sandal saya tahan lama, kadangkala lebih 2 tahun, alhamdulillah. Sekiranya tidak memakai stokin, peluh-peluh yang dikeluarkan oleh kaki akan mempercepatkan proses penuaan kasut anda, hehe. Betul! Tak percaya? Cubalah=p
______
Kesimpulannya...
1) Segala dan setiap sesuatu yang Allah perintahkan pasti ada hikmahnya. Dann,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)
2) Segala-galanya perlu dilakukan dan diniatkan semata-mata kerana Allah. Lillahita'ala. Bukan sebab 'bakal imam', dan bukan juga sebab kawan-kawan kita juga pakai. Tapi semata-mata KERANA ALLAH
3) Amalan yang dilakukan selama 4o hari akan menjadi kebiasaan. Jom, istiqamah berstokin, sehinggalah pada suatu masa, kita akan rasa pelik sekiranya keluar rumah tanpa stokin yang membaluti kaki.
4) JOM BELI DAN PAKAI STOKIN!!!! ^____^
*nak pakai gini pun bolehh
Wallahualam
N.A.L.H
28 Ogos 2012, Selasa, 12.50am
Ampang, Selangor
5) Sandal atau kasut atau apa-apa yang sewaktu dengannya tahan lebih lama. Ini serius.
ReplyDeletehehe.. klakar la.. tapi mmg btol.. hehe..
thank you.. =)
ReplyDelete