There was an error in this gadget

Sunday, December 18, 2011

kapal layar


assalamualaikum w.b.t

tadi bolg walking, tertarik pula dengan kata2 dari blog ustazah fatimah syarha.

seringkali kita terdengar orang kata,

“Dia dah tak ada…”
Habis usia, seolah-olah habislah kehidupan. Hakikatnya, kematian bukanlah penghabisan hidup manusia. Manusia perlu melalui sekurang-kurangnya tujuh fasa kehidupan (fasa alam roh,alam dunia,fasa barzakh, fasa dibangkitkan,fasa alam mahsyar, fasa dihisab,fasa syurga atau neraka) .Syurga atau neraka, itulah destinasinya.
Sama-sama muhasabah amalan hari ini. Adakah dipersiapkan untuk fasa alam dunia semata-mata atau turut merangkumi persiapan untuk fasa-fasa lebih getir seterusnya? Ya Allah, bantulah kami beringat selalu.

teringat kata2 seorang ustaz. hidup kita ni ibarat musafir. kita menaiki kapal layar dan kapal tersebut singgah di sebuah pulau. pulau tersebut memang saaangat indah, mempesona. lalu kita leka di pulau tersebut. kita leka menikmati nikmat yang sementara. kita sibuk memikirkan hidup yang sementara di pulau itu. kita terlupa bahawa matlamat sebenar persinggahan kita di pulau itu ialah untuk mengutip dan menimba sebanyak yang mungkin bekalan untuk kita meneruskan perjalanan kita ke destinasi seterusnya. pulau apakah itu?
ya, pulau itu ialah DUNIA. yang bersifat sementara. yang sudah terlalu tua.

sedang kita leka, tiba-tiba kapal layar tersebut memanggil kita semula. memanggil kita untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. kita panik. kita resah. kita menyesal. lalu kita meminta 'delay' dari nakhoda kapal. namun ini bukanlah sebarang nakhoda yang kita boleh memujuk rayu. dia ialah MALAIKAT IZRAIL. PENCABUT NYAWA.

muhasabah buat pembaca semua dan penulis sendiri.
wallahu alam~

Wednesday, December 14, 2011

ISLAM BUKAN MACAM MAKAN KAT TUTTI FRUITY

Di petang yang hening dan angin sepoi-sepoi ni (cewahh..)..Aku teringin pula nak berceloteh..


Assalamualaikum w.b.t

Di akhir zaman ni, ramai umat islam dah mula menyedari dan mengamalkan islam.
Yang mengamalkan islam SEBENAR-BENARNYA tu, alhamdulillah la.
Tapi masalahnya ramai yang mengamalakan ISLAM ROJAK a.k.a ISLAM SEKULAR a.k.a ISLAM TUTTI FRUITY.



Pernah pergi tutti fruity tak? Bagi yang tak pernah, cer google step-step ketika mengambil aiskrim tu. Tak pun, baca je step-step yang aku senaraikan di bawah ini.

1) Ambil bekas aiskrim.
2) Pastu korang ambillah berapa banyak ais krim yang korang nak. (tapi pastikan duit ada at least rm20 la)
3) Pastu bawak pi kaunter, pilih la mana-mana bahan tambahan. kacang ke, m&m ke, marshmallow ke, apa-apa la kan. pastu timbang dan bayar.

Aku perhatikan umat islam sekarang ramai yang menganggap islam ni seperti step yang ketiga tu. islam CAMPUR ADUK. Suka hati je. Rasa macam sistem ni sesuai dan tak ketinggalan zaman, baru nak amik sistem tu. Kalau rasa tak sesuai, tak payah ambil. sebaliknya cedok la pula sistem dari luar.

Contoh, sistem pemakaian

Ramai yang dah bertudung sekarang ni. Alhamdulillah. Ada pula yang kreatif dan inovatif, terfikir,

"Tudung tiga segi nampak macam kuno la. So ambil la kain rambu2 tu, lilit punya lilit, sampai dah jadi macam singa pun ada."

Ye, islam memang murunah, fleksibel, so takpelah kalau nak berfesyen sekalipun tapi jangan TABARRUJ.

"Hey, kitorang dah tutup aurat ok...kan tak nampak rambut"

Ye, memang tak nampak rambut. Tapi telinga tu bukan aurat ke? Leher? Buah dada (maaf cakap)?

Kain pulak berkelip-kelip. lelaki tengok pun berkelip-kelip. Pastu bila kena kacau,

"Eee, gatal betul la mamat tu, eeew"-dengan nada yang gedix

Pastu ada yang lebih kreatif, terfikir lagi,

"Pakai seluar ni nampak kaki besar la, baik pakai seluar getah a.k.a seluar nangka a.k.a legging, baru nampak kurus."

Itu contoh yang pertama. terlalu banyak lagi contoh-contoh lain. Antaranya

2)  Jubah "muslimah". Tapi kainnya licin, nipis sehingga nampak susuk tubuh. Tak salah nak pakai jubah, tapi pakailah jubah yang kainnya tebal. Dan pakailah kain atau seluar di dalamnya.

3)  Bab munakahat ambil islam, tapi bab politik tak mau ambil islam.

4)  Bertudung labuh dan berjubah longgar. Tapi tabarruj. Make-up yang melampau. Pastu tangkap gambar banyak-banyak dengan pose pelik-pelik, dan upload dalam Facebook.

5)  Menyalahgunakan kalimah "alhamdulillah". contoh:

"Alhamdulillah. selamat ulangbulan ke-7 sayangg. Moga allah merahmati hubungan kita"

Hubungan apakah itu? Kalau dah nikah takpe juga, tapi baru je COUPLE tanpa ikatan yang sah. Dah isytihar satu dunia. Pastu mohon pula Allah merahmati hubungan yang dah sah-sah haram tu.

6) Berbaju kurung tapi tak pakai kain dalam. Biar semua orang tengok bayang-bayang kaki hang. Biar lelaki tahu, betapa cantiknya kaki hang.

Islam adalah cara hidup Islam juga bukannya kita boleh sesuka hati nak pilih mana sistem yang kita nak. Islam itu perlu kita ambil secara menyeluruh.:)) Kalau kita ikut Islam, insyaAllah hidup akan bahagia dan selamat. ingat, Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dengan sesuatu yang tak mahu dipikul hamba-Nya (surah al-Baqarah). Dia juga tahu apa yang terbaik untuk kita (surah al-baqarah), sebab Dia yang cipta kita.

Em,contoh: kalau kita beli kereta Proton, pihak kilang akan beri kita manual kereta. Tapi kita degil. Kita nak guna manual kereta Mini Cooper. Kan haru jadinya? Samalah juga dengan Islam. Allah cipta kita. Allah turunkan Al-Quran untuk kita. Rasulullah tinggalkan hadis untuk kita. Khas sebagai panduan kita.

Akhir kata, ikutlah Islam secara menyeluruh, insyaAllah hidup kita akan selamat:))


wallahualam~

Monday, October 3, 2011

september

salam semua.....


exam dah HABISS!!!!=D =D =D =D

sepnjg bulan 9 ni, mcm2 yg terjadi tauu..yeah, 1'm 19 now!! rase mcm xpecaye je tp kene pecaye gak.huhu..

1) raye. mcm biase la, raye kat perak n negeri 9. tp yg uniknye hari terakhir ramadhan tu, berbuka ala-ala candle light dinner. rumah opah blackout, so pasang lilin. huhu. tp mkanan yg biase2 je pun jd sedapp. hehe. xtau la kenape.

2) 5th- my bestfriend, OR soulmate, OR kembar tp xserupa, iaitulah FARIDAH YASMIN dah fly ke sabah,,,huhu,....rindunyeeeee,=( =(

3) 7th-santai raye celebration. masuk pertandingan meja tercantik, tp xmenang. huhu.

4) 8th-explorace..best sgt2, main baling2 belon, conteng2 muka NADA, cari kertas dlm nescafe gune mulot, smpi termakan nescafe tuu...eee PAHITTTT..menang dapat nombor 3..heheh...pastu mlm tu sakit kaki sebab dh lame xbersenam, tetibe lari2..huhu

5) 9th-my burfday!!! ayah janji nak amik 8th malam, tp xjadi. pastu janji nak amik 9th pagi, xjadi jugak. last2 9th malam. huhu. pastu mlm tu ayah bawak p mkn chicken chop-dgn harapan nak bodek aku. huhu. tp taktik ayah menjd. mood aku terus baik pastu.

6) 10th-balik ke UIA-ade mahallah open day. best sebab dpt makan ngan kwn2, xbest sbab mkn dlm hujan. sehinggakan aku tak tau la samade aku minum air oren ke air hujan. sbab hujan tak henti2 menitis masuk dalam air oren aku.

malam tu-the best part. ade jamuan raye medcy ..mkn kek resipi rahsia. mkn satay. makan roti jala. makan spagetti. makan nasi impit..aduyaii....gemok aku jadinyee..alhamdulillah....sayang MEDCY. sayang MEDCY. saaayaaanggg MEDCY.

7) 12th- hisbah raye celebration. tp malam tu jugak la SIR azmi nak wat kuiz. huhu. so xdapt pi. NADA buatkan keke batik....tp tinggal tiga ketul je, yg lain dah kene kebas, tapi sedapp=D

8) 17th-open house. ade satay. nasi berlauk, laksa. mee rebus. roti jala. lemang n rendang. tapi aku sempat makan laksa je. sebab haritu aku agak busy. thanks kepada kamu2 yg sudi datang! <3 <3

9) 18th-ayah blikan kek burfday. lambt 9hari actually tapi xpela. kek resipi RAHSIA lagii...hehehe=D =D

9) 27th-exam physics. soalan die? =.= speecless aku.

10) 3rd oct-exam CHEM...then...order pizza, then balik umah.

ya Allah...terima kasih kerana memberiku peluang untuk hidup sehingga hari ini.....19 tahun sudah umurku....

p/s-byk gamba actually tp lain kali la aku upload,=) zura n sima blikan kek utk aku jugak...thanks korang! (bajet mcm dorang baca blog ni=p




Monday, May 16, 2011

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA,

harini aku berasa gembira dengan kemenangan Liverpool,
balik2 on9 terjumpa satu post,
so sebagai student engineer aku nak kongsi,
sungguhpun aku bukan engineer,
insyallah inilah jalan yang ku tuju :)


MENGAPA ANDA KAUM PEREMPUAN PERLU BERKAHWIN DENGAN SEORANG JURUTERA


MENGAPA ANDA KAUM PEREMPUAN PERLU BERKAHWIN DENGAN SEORANG JURUTERA@ENGINEER BERBANDING GRADUAN DARI BIDANG UNDANG-UNDANG, PENTADBIRAN, SENI ATAU PERUBATAN?DISINI TERDAPAT 3 FAKTA KUKUH YANG MENYOKONG PERNYATAAN TERSEBUT.

1-Kehidupan yang lebih terjamin

Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.

Manakala

-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman

-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama

-Lulusan seni masih mencari pekerjaan

-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi

Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.

Berbeza dengan

-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda

-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda

-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda

-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.


sekadar hiasan


3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan ana

Buktinya

-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda

-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda

-seorang graduan seni adalah seorang penggoda

-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.


pasted from http://hakimix.blogspot.com/

Sunday, January 16, 2011

hectic??

lama tak update blog,sejak sibuk ni

sem 2 is pretty hectic, wif tuto, quiz, lab report (T.T), n exam.......

my routine things: mandi, solat, class, tuto, study, makan, movie (hehe, ada jugak!), lab report, meeting (seldom), n BED (haha, i luv u!)..





poyo kan bunyi nya?

indeed, memang poyo pun. kekadang aku rasa aku lah orang paling sibuk kat dunia...tapi setelah pikir2 kembali, aku rasa malu sendiri...aku tak adalah sesibuk mana, cuma berlagak SIBUK..

cuba banding dengan wanita bekerja, contohnya engineer...kerja, anak, laundry, housework, n husband (heheh, nak selitkan juga!)....

dan aku pula......cuma BELAJAR, BELAJAR, dan BELAJAR...tak payah nak pikir bil air, bil rumah, anak (of course!), suami (heheh)...

TAPI, itupun aku dah gedik2 nak katakan diriku sibuk. gedik kan aku ni?


astaghfirullah al azim



kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~