"Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu dan aku menyedari itu dan aku memohon keampunan dari apa yang tidak aku ketahui"(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
assalamualaikum w.b.t,
para pembaca sekalian yang saya sayangi kerana Allah,
hari ini saya ingin membincangkan apa yang saya baca dari buku Penyucian Hati karya Amru Khalid yang diterjemah oleh Ustaz Muhammad Suhail. iaitu berkenaan dengan salah satu penyakit hati yang juga merupakan syirik kecil. tentang RIAK
mari berkenalan dengan encik riak supaya kita boleh menjauhinya.
kata riak berasal dari ru'yah yang bererti penglihatan manusia. sesuatu itu akan disebut riak, bila ingin dilihat oleh manusia. naudzubillahminzalik.
*ehsan google
Gratisan Musik
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,
"Sesungguhnya, sesuatu yang paling, aku takutkan adalah syirik kecil. Sahabat bertanya, 'apakah itu syirik yang paling kecil? Rasulullah menjawab,'Riak...' Dan Allah akan berkata kepada orang yang riak pada hari kiamat, 'Pergilah kamu kepada orang yang kamu mempamerkan amalan kamu kepada mereka, dan apakah kamu mendapat balasan dari mereka?"(HR Imam Ahmad dan Al-Baihaqi)
ha....seram kan dengar hadis ni? nauzubillahminzalik.
riak zaman moden
contoh. post tazkirah di facebook dan blog (muhasabah buat penulis juga) dengan harapan ramai yang akan like dan ramai yang akan berkata,
"baiknya si fulan ni............"
*ehsan google
sedangkan setiap perkara yang kita lakukan perlulah diniatkan HANYA kerana Allah. sentiasa muhasabah niat kita. kenapa kita post perkara baik-baik di facebook dan blog? kerana Allah meredhai hamba-hamba-Nya yang saling nasihat-menasihati ke arah kebaikan.
dan juga kerana kita sayangkan sahabat kita KERANA Allah. kita post tazkirah dengan apabila harapan sahabat yang kita sayangi KERANA Allah membacanya, post tersebut dapat dijadikan peringatan kepada mereka. kita sayang sahabat kita KERANA Allah dan ingin masuk syurga bersama-sama. (min, syima, atera, suhaili, nada, zura, sima, dan lain-lain, aku nak masuk syurga dengan korangg...^^ doa tau!)
walaubagaimanapun, bukanlah kita yang memberi hidayah kepada sahabat kita, sebaliknya Allah lah maha pemberi hidayah. kita sebagai hamba hanya mampu berusaha.
kita perlu ingat,
sedangkan Rasulullah pun tidak mampu menarik bapa saudaranya kepada Islam,
dan nabi Nuh pun tidak mampu untuk menarik anak isterinya ke arah Islam dan menaiki kapal nabi Nuh sebelum banjir besar melanda, inikan pula kita? kita bukan nabi. bukan juga rasul.
kita hanya perlu berusaha dan berusaha dan berusaha dan berusaha (berapa banyak kali nak ulang? hehe). setelah itu, kita serahkan semuanya kepada Allah.
jenis riak yang lain
saya teringat akan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Fadhlul Rahimi. katanya, riak bukan sahaja tertakluk kepada melakukan amalan baik bukan kerana Allah. sebaliknya apabila kita berubah dari kurang baik menjadi lebih baik bukan kerana Allah turut dikira sebagai riak.
contoh. berubah dari free hair menjadi pakai tudung bukan kerana Allah. tetapi kerana manusia. supaya manusia memandang mulia kepadanya. ini juga dikira sebagai riak. nauzubillahminzalik. ingat, semua perkara yang kita buat, hatta memenuhi keperluan harian (makan, tidur) mestilah semata-mata KERANA Allah:))
tips mengelakkan riak dan mengekalkan keikhlasan
(sumber: buku Penyucian Hati karya Amru Khalid yang diterjemah oleh Ustaz Muhammad Suhail)
-kita sentiasa muhasabah diri dan niat kita.
-sentiasa terasa kehilangan pandangan ikhlas, dan selalu bertanya pada diri sendiri tentang ikhlas.
-tidak mengemis pujian manusia, kerana hanya pujian Allah yang didamba.
-sentiasa ingin menyembunyikan kebaikan kita, kecuali untuk teladan.
pemikiran senget
"emm, taknaklah post tazkirah semua ni...takut nanti riak pulak,"
"emm, taknaklah pakai jilbab..takut nanti riak pulak.."
"emm, taknaklah bagi sedekah..nanti takut riak pulak..."
cuba kita bayangkan, semua umat islam berpemikiran sebegini.
tiada orang mahu menjadi ustaz atau ustazah
tiada orang mahu bersedekah
tiada orang mahu saling nasihat-menasihati
semuanya dengan alasan 'takut riak'
habis apa akan jadi kepada dunia ini? ummat islam?
Rahmat Allah itu luas! subhanallah!
Jika riak muncul saat melakukan suatu amalan, contohnya sedang kita beri tazkirah timbul pula rasa riak. sedangkan dari awal tazkirah, amalan tersebut diniatkan semata-mata kerana Allah. Ulamak berpakat bahawa, jika ditimbang ternyata amal yang ikhlas lebih banyak. maka amal yang riak akan ditebus oleh amal yang ikhlas. amal ikhlas yang tertinggal mendapat pahala.
begitu jugalah sebaliknya, sekiranya amal yang riak lebih banyak dari amal yang ikhlas, maka amal yang ikhlas akan dipadamkan oleh amal yang riak. maka ia layak mendapat dosa.
jika seimbang, tidak ada pahala dan tidak ada pula dosa.
lihat? sungguh luas Rahmat Allah itu, kan? subhanallah! allahuakbar!
penutup
-setiap perkara yang kita lakukan mestilah diniatkan semata-mata kerana Allah.
-apabila kita melangkah ke kelas, niatkan semata-mata kerana Allah agar setiap langkah kita dihitung sebagai ibadah^^.
-sentiasa cuba menjauhi riak. ingat! riak merupakan syirik kecil! nauzubillahminzalik.
wallahualam~
N.A.L.H
24 Mei 2012, Khamis, 12.13a.m.
Ampang, Selangor
No comments:
Post a Comment