Tuesday, September 11, 2012

Day 1, Block 1, Year 1 Medic UIAM

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kini saya telahpun bergelar pelajar perubatan di UIA Kuantan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Moga Allah redha ^__^

Ada sahabat yang bertanya kepada saya,
"Bagaimana kehidupan sekarang ni sejak menjadi pelajar medic?"

Errr....macam mana nak mula ye? huhu. Terlalu banyak yang hendak dikongsikan sebenarnya sehingga pening, tidak tahu mana satu yang patut dijadikan muqadimah dan mana satu penutup. Eheh.

Adik-adik yang berhajat untuk memohon bidang perubatan, terutamanya di UIA sangat dialu-alukan untuk membaca post ini. Yang lain pun dialu-alukan juga (^.~).

Kehidupan di UIA Kuantan

Bercakap mengenai kehidupan di UIAK, saya teringat pesanan salah seorang senior pagi tadi, katanya,

"Lupakan segala kenangan anda di CFS."

Pada mulanya saya agak tersentak dengan statement tersebut, tetapi setelah saya berfikir kembali, ya, ada benarnya juga pesanan tersebut.

Adik-adik,

Kehidupan UIAK sangat mencabar. Kenapa saya katakan sebegini? Kerana kedudukan UIAK ini agak terpencil. TOLONG jangan bandingkan dengan UIA PJ. Di UIA PJ sebaik sahaja kita keluar dari pagar, kita hanya menunggu bas Rapidkl @ Metro, dan seterusnya kita boleh pergi ke mana-mana sahaja, insya-Allah, asalkan ada duit=p

Berbeza dengan UIAK, di mana begitu sukar untuk mendapatkan bas awam. Kalau teksi pula bayaran tambangnya sangat mahal, huhu. Jadi kami di sini outing dengan menggunakan khidmat delivery. Timbul pula persoalaan, khidmat delivery tu bagaimana ye? Ala, macam delivery pizza hut. Cuma bezanya ini delivery MANUSIA. Kita call kakak senior atau mana-mana kakak yang menawarkan khidmat delivery, dan mereka akan hantar kita ke destinasi yang kita mahu. Pakatlah dengan kawan-kawan, naik sama-sama, supaya tambang boleh dikongsi..

Kelas pula agak jauh, huhu. Namun begitu, terdapat short cut yang menghubungkan Mahallah dengan KOM (Kuliyyah of Medicine). Cuma, jalan pintas tersebut sangat berliku-liku (ecehh) dan berbatu-batu. Atau secara ringkasnya, jalan TAK RATA. Dan sekiranya setiap hari kita melalui jalan pintas ini, besar kemungkinan jangka hayat tapak kasut kita terpaksa dipendekkan.

Jadi pilihlah. Nak kasut rosak cepat atau berjalan jauh? Hmm.

Senior-senior yang sangaaaat banyak membantu

Di UIAK ini, alhamdulillah senior-senior tersangat-sangat baik dan banyak membantu. Antaranya memberi kami softcopy nota, tips belajar, overview tentang aktiviti luar kelas, dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, senior-senior di sini tersangat-sangat baik dan ukhuwah yang sangat best.

Lecture

Di UIAK khususnya dalam kursus perubatan, kami lebih banyak mengamalkan self-learning berbanding spoon-feeding. No more spoon-feeding, macam di CFS dulu. Lecturer cuma mengajar dan ianya bergantung kepada kita untuk work hard mengulangkaji. Siapa nak berjaya, rajin-rajinkanlah diri anda.

Jadual lecture juga berubah-ubah. Bukannya seperti zaman sekolah atau CFS, di mana kita mempunyai jadual fixed sehinggalah habis semester/ tahun. Jadual di sini berubah setiap minggu dan kita perlulah alert terhadap jadual mingguan. Yelah, dah besar kan, kena lah berdikari kan? ^_^ Tapi bagi yang ingin merancang jadual pulang ke rumah itu mungkin agak payah la kan. Sebab minggu ni habis kelas hari Jumaat pukul 4, minggu depan boleh jadi habis kelas hari Sabtu pula kan? Hmm..

Teringat pula pesan seorang lecturer semalam,

"Please don't go back home so often"

Err....Sedih jugak rasanya, huhu. Tapi takpelah, kalau asyik balik rumah je, bila nak belajar kan? Perjalanan pun dah mengambil masa 4-5jam T.T

Kelas bermula pada jam 8 pagi sehinggalah 4 petang. Bagus juga. Dapat melatih diri untuk tidak tidur selepas Subuh dan selepas Asar. Alhamdulillah.

Cadaver O__o

Semalam kami pelajar medic berpeluang untuk melihat cadaver (mayat). Mula-mula tu takut juga, huhu. Brothers dulu masuk ke dalam, diikuti dengan sisters.

Apabila melihat brothers keluar masuk bilik mayat dengan menekup hidung dan mulut berserta mata yang berair, kami mulai panik. Jadi apabila tiba giliran sisters, kami semua sibuk menekup hidung dengan mulut sehingga hilang rasa takut. Tapi mata pedihhhhh...huhu.....Sebab fomalin kan. Dan menurut penjaga bilik mayat, setiap kali praktikal, hanya boleh dilakukan selama 2 jam sahaja, kerana pendedahan kepada fomalin yang terlalu kerap boleh meningkatkan risiko kanser. Nauzubillah.

Hmm, apapun, jom doakan agar roh Mr Cadaver dirahmati Allah. Aminn.

Penutup

Kami pelajar medic dah mula belajar dah. Banyaaak. Huhu. Tadi kami belajar tentang lower limb (hip+leg+foot)...Allahuakbar, sangat complex...Pelbagai istilah sehingga kami pun pening. Itu baru sedikit. Sedangkan ilmu yang kita belum ketemui? Lagi banyak kan? Subhanallah. Luasnya ilmu Allah.

Oleh sebab kesibukan yang pasti melanda selepas ini, kemungkinan dapat mengupdate blog ini sebanyak 3 minggu sekali je kot. Huhu. Moga Allah permudahkan ^_^.

p/s=oh ya, tadi bergayut dengan b2...rinduunyaaa...huhu....Rindu bulatan gembira kita....:')

Wallahualam,

N.A.L.H
11 September 2012, Selasa, 7.04pm
UIA Kuantan





6 comments:

  1. Moga perjalanan saudari dimudahkan oleh ALLAH. Terima Kasih atas usaha saudari mempelajari ilmu perubatan yang insyallah memberikan kebaikan kepada umat. Ini kerana kekurangan doktor wanita Islam dalam membantu wanita Islam lainnya mendapatkan rawatan perubatan. Doa saya untuk saudari (untuk semua saudara Islam, ibu-ayah, adik-beradik, keluarga, sahabat dan jiran sebenarnya) agar sentiasa dalam Redha ILAHI. Tetapkan hati, pendirian dan pegangan kami di atas jalan yang benar. Lindungi diri kami dari kejahatan seluruh makhlukMU.

    ReplyDelete
  2. kakak, cerita lah lagi pasal medik uia. saya nak baca! hehehe

    ReplyDelete
  3. oh. masa berblog akan dikurangkan lah ni? erk. T-T

    ReplyDelete
  4. salam.saya pelajar asasi perubatan...berapakah pointer yg diperlukan untuk sambung ijazah perubatan?

    ReplyDelete
  5. Citer lagi kak pasal mayat....curious.

    ReplyDelete

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~