There was an error in this gadget

Saturday, September 21, 2013

Diari medik: Jadi fasi!

Assalamualaikum wbt...

Pada 17 Oktober yang lalu, saya menerima sebuah pelawaan untuk menjadi fasilitator study circle 2. Satu mandat yang saya kira agak berat. Study circle atau nama lainnya usrah, merupakan subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar UIA dan dipimpin oleh fasilitator.



Sebelum ini bukanlah tidak pernah menggalas tanggungjawab sebagai fasi, tetapi kali ini mandat ini dirasakan agak berat. Mungkin kerana UIA mewajibkan subjek ini dan UIA mempunyai harapan yang agak besar bagi subjek ini.

Kursus Fasilitator

Pagi tadi hinggalah petang saya menghadiri kursus persediaan fasilitator. Banyak input yang saya perolehi hasil kursus ini. Perbaharui niat, role kita sebagai khalifah di muka bumi ini, kepentingan usrah, dan ciri-ciri dai'e. Secara tidak langsung menampar halus diri saya terkadang alpa ini.

Hari ini juga baru saya tahu betapa UIA sudah mengeluarkan perbelanjaan yang sangat banyak untuk program ini. Bayangkan, sepanjang kursus tadi kami ditaja makanan pagi-tengahari-petang. Bukan itu sahaja, kami fasilitator diberi wang honorium sebanyak rm350 seorang.Chief fasi pula diberi rm850 seorang.  Terkejut tadi waktu kak Syaja meminta nombor akaun bank kami semua. Tidak cukup dengan itu, setiap fasi diberi pula tumbdrive percuma! ^_^

Sungguh besar harapan UIA terhadap program ini. Program ini bukan sekadar untuk memenuhi syarat agar UIA digelar Universiti Islam, bahkan lebih daripada itu. Program ini adalah sebagai platform untuk pelajar UIA mendapat ilmu Islam secara menyeluruh, agar keluar bergraduasi sebagai graduan Islami. Huhu.

Mandat yang berat?

Tatkala terasa diri ini bagaikan sedang memikul batu yang sangat berat, teringat kata-kata sahabat saya,

"Ilmu itu untuk dikongsi. Tak semestinya kita PERLU ada banyak ilmu baru kita boleh berdakwah"

"Dakwah tu kerja nabi dan sahabat. Apabila kita berdakwah, kita sedang menyambung tugas para nabi dan sahabat."

Menerima mandat ini menandakan diri ini sudah menambah 'circle of friends'. Oleh itu diri ini perlu sentiasa cuba untuk menjadi contoh. Teringat kata-kata sahabat saya,

"To deliver the message, you need to be the message!"

Akhlak perlu sentiasa dijaga. Niat perlu sentiasa ditajdid agar dakwah yang disampaikan punyai nur, bukan sekadar cakap kosong semata. Ilmu perlu sentiasa ditingkatkan.

Paaaling penting, hubungan dengan Allah kena jaga betul-betul. Untuk menyentuh hati manusia, hubungan dengan Allah perlu sentiasa dijaga, KERANA hati itu Allah yang pegang. Sehebat dan sepetah mana pun lidah berbicara, sekiranya Allah tidak buka hati mad'u, kata-kata yang keluar dari kita bagaikan angin lalu. Banyakkan amalan sunat. Kalau kita nak suruh mad'u kita baca mathurat, kita PERLU baca mathurat dulu. huhu.

Yosh, Aimi boleh! Habluminallah, habluminannas.

Sekian ini sahaja untuk hari ini, wallahu'alam.

Aimi Liyana,
21 September 2013, Sabtu,
8.21 p.m.
UIA Kuantan








Wednesday, September 18, 2013

Mandat itu





17 September 2013

Tarikh di mana saya menerima SMS yang mengandungi sebuah mandat (amanah).
Mandat yang sangat berat.

Dengan menerima mandat tersebut semakin melebarlah jalur lingkungan silaturrahim. Semakin diri ini perlu menjadi qudwah (contoh). Akhlak perlu sentiasa dijaga. Ilmu yang ada di dada perlu dikukuhkan, dan perlu juga mengisi lompong-lompong dengan ilmu baru. Masa perlu dikorbankan. Niat perlu sentiasa ditajdid.

Nyata, mandat itu memerlukan seribu pengorbanan.



Layakkah aku?

Saturday, July 20, 2013

Ramadhan di Kuantan ^_^

Bismillahirrahmairrahim..

Assalamualaikum para pembaca yang comel sekalian ^_^

Salam Ramadhan!

Alhamdulillah, Allah izinkan kita bernafas lagi pada hari ini, menghirup udara kurniaan Allah, dan menikmati bulan Ramadhan lagi pada tahun ini.


Bulan yang penuh barakah, dan bulan yang mana kita perlu manfaatkan sebaik mungkin untuk mengutip sebanyak pahala yang mungkin.


Ramadhan Karim!

Allahu Akram!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah ^_^



_____________________________

Setahun yang lalu...













__________________________________



Ramadhan di Kuantan ^_^

Pertama kali meraikan Ramadhan di luar Selangor tanpa ayah dan mama. huhu. Ayat macam anak manja je, haha. Ok, Aimi, matang sikit, yosh!

Apa yang kujangkakan sebelum ini ternyata sangat berbeza dengan realitinya. Dalam post saya sebelum ini, kafe ditutup, kami kelaparan, dan sebagainya. hoho. Itu sebenarnya hiperbola je :-p

Kafe memang ditutup.
UIA sememangnya sunyi.
Tetapi alhamdulillah setakat ini rezeki kami sangat murah sewaktu berbuka dan bersahur. 
Malahan ada kalanya berlebihan makanan kami!
Di masjid terdapat juadah berbuka percuma (siapa cepat dia dapat)
Dan terdapat seorang makcik yang sanggup menerima tempahan dan menghantar makanan kepada kami di mahallah untuk berbuka.
Ada juga makcik yang sanggup menghantar makanan sahur!
Bagi yang berkereta atau mempunyai sahabat yang berkereta pula, boleh menjenguk bazar Ramadhan di luar sekiranya inginkan selera berlainan. 
Illegal sebenarnya bawak kereta ni, tapi nak buat macam mana. Jaringan pengangkutan di Kuantan boleh dikatakan agak kurang maju. Kalau tiada kereta, memang sangkutlah kami di sini. Jadi zombie menghadap buku hari-hari. 

Alhamdulillah x3

YaAllah, terlalu banyak nikmat yang Kau berikan YaAllah!

Terima kasih dan syabas kepada Biro Welfare batch kami yang menjayakan khidmat penghantaran ini. Yang meminta pertolongan daripada makcik untuk menghantar makanan.


Tarawikh pula di MASJID PUTIH! Masjid yang tesergam indah..Kalau buat majlis akad nikah kat sini pun best jugak =p




Berhadapan dengan masjid putih terdapat sebuah hospital yang sedang dibangunkan, insyaAllah akan mula beroperasi 2016 nanti (tak taulah sempat merasa ke tak.huhu)

Sekian =)

Wallahualam

Aimi liyana,
20 Julai 2013, Sabtu, 6.12pm,
Ampang, Selangor





Friday, April 26, 2013

Buku Medik =D

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kini saya sudahpun memasuki blok 3 tahun 1. Sudah lima minggu berlalu. Blok ini agak sibuk tetapi tidak sedahsyat blok 1. Maklumlah, blok 1 merupakan blok 'culture shock', lantaran tidak dapat menyesuaikan diri dengan dunia pelajar medik.

Kebelakangan ini, banyak private massage yang saya terima di FB daripada adik-adik lepasan SPM.

"Akak, ceritalah lagi pasal medik.."

"Akak, susah tak medik?"

"Akak, saya tak yakin nak amik medik sebab...."

Dan pelbagai lagi.

InsyaAllah hari ini saya akan berkongsi dengan kalian buku-buku yang saya gunakan sepanjang 3 blok ini , juga untuk sepanjang pengajian dan apabila sudah bekerja kelak.

Buku blok 3:

1) Microbiology - RM90
2) Pharmacology- RM75
3) Parasitology- RM65





Buku-buku Problem Based Learning (PBL)

Merck Manual
Clinical Medicine Oxford
Signs & Symptoms
Kumar & Clark Clinical Medicine



Rak buku ^_^





Meja Kesayangan ^_^





Release Tension dengan Meniup Buih =D


Wallahualam

Aimi Liyana,
26 April 2013, 11.06pm
UIA Kuantan

Tuesday, March 26, 2013

Diari Medik: Jawapan kepada Surat Cinta


Assalamualaikum w.b.t


http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-ash4/186171_100000949020793_454693355_q.jpg
11:23pm
salam akak. saya suka belog akak. nnti akak rajin2 la update pasal medik kat uia. sy nk tahu life kt sne, cara belajar. susah ke tak..update tau. hehe. sy ingt nk isi uia asasi perubatan as first choice dlm upu. sy ex-seriputeri cyberjaya, waiting for result this 20 mac. hehe

Mesej tersebut saya terima ketika saya sedang ber’study week’ pada blok lepas. Terima kasih adik, kerana menyukai blog akak yang tak konsisten dan bahasa berterabur  ni. Huhu=) 

Mesej tersebut saya balas dengan berjanji untuk menjawabnya dalam blog, kerana jawapannya agak panjang.  Baru nak jawab sekarang? Haish.. *malu sendiri*

Tahniah dan takziah adik, kerana berminat dengan dunia medik. Semoga perjalanan adik untuk menggapai cita-cita adik dipermudah dan diredhai oleh Allah. aminn..

_________________________

Kehidupan pelajar medic

Seperti yang telah akak update dalam blog sebelum ini, kehidupan kami sebagai pelajar medic sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri.

Sekiranya memilih untuk belajar, belajar, dan belajar. Maka begitulah kehidupannya, umpama robot (peringatan buat diri sendiri).

Terdapat juga pelajar medic yang aktif bepersatuan, berusrah, dan bertalaqqi.

Bagi akak, kehidupan kita biarlah seimbang dan sederhana kerana Islam sendiri menuntut umatnya supaya sentiasa bersederhana kan? Hehe.

Belajar. Tetapi pada masa yang sama, turut bepersatuan, berusrah, dan bertalaqqi. Ha, kan seimbang tu?

____________________________

Ilmu medic je ke?

Ketika dalam kelas Internal Medicine, doktor bertanya pengetahuan am yang menyebabkan kami satu batch terdiam. Kalau yang menjawab pun, jawapannya salah (termasuklah penulis sendiri.huhu)

“Then, what knowledge do you have other than medicine? Do you learn medicine only everyday?” tanya doktor.

Terdiam. Terkesan.

__________________________

Refleksi diri

Sekiranya diri ini hanya menghabiskan tahun pengajian dengan belajar ilmu medic sahaja,

Dan lebih haru keadaannya sekiranya ilmu tersebut kita lupa sebaik sahaja memuntahkan ke kertas peperiksaan,

Apa yang telah aku buat selama tahun pengajian?
Apa yang aku dapat?
Apa bekalan untuk aku terus cekal dalam dunia pekerjaan kelak?
Apa bekalan ilmu untuk aku mendirikan madrasah pertama untuk anak-anakku kelak?
Apa ilmu yang boleh kumanfaatkan demi kepentingan ummah?
DAN…..apa yang aku nak jawab di akhirat nanti,
Apabila ditanya tentang begaimana aku memanfaatkan nikmat kesihatan, nikmat ilmu, dan nikmat masa ketika di dunia???

*sentap*

______________________________

Susah ke tak?

Hehe. Soalan ini popular sebenarnya, dan jawapannya ialah SUSAH. Terus terang akak jawab, medik sememangnya susah. Begitu juga dengan kursus lain.

Susah sebab sangaaaat banyak ilmu yang perlu dihadamkan dalam masa yang singkat. Tambahan pula UIA mengamalkan sistem blok, di mana satu blok terdiri daripada 3 bulan sahaja. Dan pada setiap blok pula kita perlu mengambil sekurang-kurangnya tiga matapelajaran teras dan tiga matapelajaran lain.

Tetapi ada berita baik untuk adik, hehe. Medik ni boleh jadi senang sekiranya:

-Adik pandai menyesuaikan diri dengan suasana dan kehidupan sebagai pelajar medik.
-Teknik belajar yang sesuai dan betul.
-Minat yang mendalam terhadap bidang medic. Bak kata orang, demi cinta ni, lautan sanggup direnangi, onak ranjau rela diredahi kan? =D Dan bak kata omputih, “Passion will help you while you are facing obstacles in your bumpy journey of life”
-Niat dan matlamat yang betul. Lillahita’ala. Yosh!

___________________________

Cara belajar

Pertama sekali, akak nak cakap terus-terang, akak bukanlah orang yang paling sesuai dan layak untuk bercakap tentang perkara ini. Tetapi sharing is caring kan? Jadi akak akan share serba sedikit pengalaman akak yang baru setahun jagung di kuliyyah perubatan.

-Baca, baca, dan baca. Study hard and study smart. Jangan baca last minute sebab sangat banyak yang perlu dibaca.

-Melatih diri untuk mejawab soalan-soalan topikal atau apa-apa yang sewaktu dengannya adalah sangat digalakkan. TETAPI WAJIB BACA terlebih dahulu! Ini serius! Kerana sewaktu end-block exam block satu, akak membuat soalan bertubi-tubi dan mebuta tuli tanpa membaca terlebih dahulu. Malah akak turut menghafal jawapan. Akhirnya sewaktu peperiksaan akak berasa sangat blur kerana soalan yang keluar agak berbeza dan akak tidak mempunyai kefahaman asas yang kukuh. Huhu.

-Rajin-rajinlah bertanya senior tentang soalan past year, kerana pada kebiasaannya format dan bentuk soalan tidak banyak bezanya pada setiap tahun. Tetapi BACA DAHULU! =)

-Baca dengan penuh penghayatan. Akak pinjam kata-kata sahabat akak, Azlina:

“Setiap ilmu ialah amanah. Cuba bayangkan, sekiranya pada alam pekerjaan kelak, kita tidak mengetahui apa fungsi antihistamine, kita akan tersilap memberi ubatan kepada pesakit dan kemudaratan yang bakal kita timbulkan tersangatlah besar. Kita deal dengan nyawa manusia, kan? Jadi tak bolehlah bagai melepaskan batuk di tangga sahaja."

______________________________

Kesimpulannya........

-Sentiasa tajdid niat dalam apa pun pekerjaan yang kita lakukan.
-Mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tidak bermakna adik-adik semua perlu mengambil kos-kos seperti medik, farmasi, kejuruteraan, optometri, dan sebagainya. Kerana terdapat banyak lagi bidang pekerjaan yang lain. Nasihat akak, ambillah kos yang adik BENAR-BENAR MINAT dan cenderung kepada kos tersebut.

Wallahualam

N.A.L.H
26 Mac 2013, Selasa, 8.33pm,
UIA Kuantan

Monday, March 25, 2013

Persimpangan Dunia Blogging


Assalamualaikum wbt

Petang itu ketika kami sedang menikmati makan petang bersama-sama, sahabat saya, Athirah bertanya,

“Awak dah tak update blog dah ke Aimi?”

Terdiam.

“Sebenarnya bukannya taknak update. Cuma terkadang perasaan segan tu datang. Yelah, bila tulis blog ni, orang akan expect penulis blog ni sama macam apa yang ditulisnya. 

Sedangkan realitinya? Penulis blog sendiri sebenarnya sedang mencuba untuk upgrade diri masing-masing. Sebagai contoh, sekiranya penulis blog menulis tentang kepentingan masa dan meninggalkan perkara lagha, tak semestinya penulis langsung tidak membuat perkara lagha, kerana terkadang penulis blog sendiri pun alpa. Yelah, penulis blog sendiri pun manusia kan.

Jadi rasa sangat segan kerana hanya mampu menulis dan berdakwah di mata pena. Sedangkan di alam realiti? Penulis blog sendiri terkadang terkedu untuk berdakwah. Sedihh sangat bila fikir macam tu”


Athirah, Musfirah, dan Faizah yang ketika itu sedang menikmati hidangan mereka terdiam.

Tidak lama kemudian Musfirah bersuara,

“Menulis blog tak bererti kau mesti buat perkara yang kau tulis. Dengan menulis blog, sekurang-kurangnya langkah pertama sudahpun diambil sebelum berdakwah dengan lisan. Sambil menulis blog tu, kau sendiri pun boleh mentazkirahkan diri sendiri kan?

Kita tak semestinya perlu tulis perkara yang berat-berat seperti isu akidah dan sebagainya sahaja, tetapi tulislah benda yang simple tetapi berkesan. Contoh, ceritalah tentang medic, bagaimana kita adapt dengan dunia medic, apa yang kita belajar, dan sebagainya. Ceritalah juga kisah hidup kau yang boleh dijadikan pengajaran kepadan orang lain. Ha, senang kan?”

Tersenyum. Rasa bersemangat pula nak update blog selepas ni. Yosh! Hehe.

Tajdid niat ^_^

N.A.L.H
11.52pm, 25 Mac 2012, Isnin
UIA Kuantam

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~