Friday, February 13, 2015

Internal Medicine posting! ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Semoga para pembaca berada dalam lindungan rahmat Allah ^_^

Okey, seperti tajuk yang tertera, hari ini saya ingin berkongsi serba-sedikit mengenai posting Internal Medicine saya yang berlangsung selama 11minggu di HTAA.

Internal Medicine tu ape?

Pendek kata, Internal Medicine is everything under the sun and covers ALL, except for O&G.
Dan, terus-terang saya cakap, saya sangat meminati posting ini berbanding Surgery. Biyane Sugery, huhu. Sebab ape? Sebab Internal Medicine sangat menarik dan ia meliputi hampir semua penyakit common terutama di kalangan pakcik makcik. Contoh, sakit buah pinggang, sakit jantung, paru-paru berair, gout, stroke. Daannn disebabkan IM ni meliputi semua, jadi banyak la kita kena baca, faham, dan hafal. huhu. Ni atara cons nye la.

How to survive in IM

Poyo kan heading ni? haha. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai ini kerana saya sendiri pun dulu terpinga-pinga. Acane nak survive ni? Banyaknya kena baca T.T!!! Apa nak buat kat wad eh (common problem in clinical students)??

Saya akui saya bukanlah orang yang terbaik pun untuk bercakap mengenai ini, memandangkan saya sendiri pun belum tahu lagi pass ke tak exam haritu (doakan saya pass!! aminn!! huhu), tapi still, sharing is caring kan?

Okey, so acane nak survive eh?

Antara big problem yang clinical students hadapi ialah tak tau nak buat apa kat wad. Kita selalu dengar senior-senior dan lecturers pesan, "You need to learn from patients".

But end-up, kita pergi wad, termenung, sembang-sembang kosong, dan balik. Rugi beb!

Okey, so saya akan share apa yang saya buat sepanjang posting ni.

Pergi wad, clerk patient. Kalau boleh, clerk kes yang common dan kita tak pernah clerk lagi. Tapi kalau kita dah pernah kes tu pun, apa salahnya. Sebab, tak semua patient akan manifest simptom yang sama meskipun sama diagnosisnya.

Bagi saya, clerk dan buat PE 1-2 case dah memadai. Then, usha bed ticket. Tengok lab results, imaging results, dan compare dengan teori. Contoh lah kan,

Patient ada chronic kidney disease, dan hemoglobin low. Kita kena ada satu perasaan ingin tahu. Kenapa hemoglobin low eh? Then, tengoklah buku, tak pun, google, hik3. Then kita akan tau, ohhh, hemoglobin low sebab kidney produce erythropotin (to produce blood), so bila erythropoitin low, hemoglobin pun low lah. Then kita akan rasa, okeyyy make sense. Dan tanya lah patient, "doktor pernah kata tak pakcik kurang darah? Pakcik pernah kena masuk darah tak?" Kalau patient jawab "ye", lagilah menguatkan lagi teori, dan akan membuatkan kita lebih senang ingat.

Lepas clerk, bincang dengan kawan (ni aku jarang jugak buat) >.<
Dan, kalau rasa confident, present kes tu kat kawan. Saya mula present kat kawan ni waktu week 8, selepas sudah melakukan sebanyak 8 case presentation dengan MO dan sudah agak confident untuk present macam waktu exam. Tapi kalau tak confident pun, present dalam BM pun okey ^_^. At least kawan kita boleh tegur mana-mana history yang kita tertinggal.

Selain clerk, buat PE, bincang, tengoklah apa-apa prosedur yang ada, macam ambik darah ke, branula ke. Lepastu, balik bilik. Boleh je nak stay sampai petang, tapi saya jenis yang balik pukul 12 >.<..haha...

Balik bilik, rehat, dan bukak balik clerking book kita tadi. Baca segala-galanya pasal penyakit yang kita clerk tu. Buat ayat clerking notes macam kita nak present waktu exam. Bagi saya yang kurenggg sikit bahasa inggeris ni, buat ayat lepas clerk amatlah membantu sewaktu exam long case nanti. Bila dah biasa buat ayat, lama-kelamaan kita akan berjaya spontan present tanpa perlu mengarang ayat dulu. List differentials, dan study jugak pasal differentials tu, macam mana nak bezakan kita punya provisonal dengan differentials. Tengok history yang kita clerk, dan compare dengan natural history of that particular disease. Baca all-out pasal penyakit tu, dari natural history of disease sehinggalah management. Buat clerking notes siap-siap. Senang nak rujuk bila study week nanti.

10 CP O_o

Hehe. Heading ni applies terutama kepada pelajar UIA. Untuk pelajar UIA, kami perlu membuat sekurang-kurangnya 10 CP, iaitu present case kepada mana-mana doktor yang berpangkat MO dan ke atas. Dengar macam senang, tapi banyak cabarannya.

Hal ini kerana tak semua MO free untuk dengar kita present case. Kalau mereka free pun, mungkin mereka sedang kepenatan.

Oleh itu, in my humble opinion, buat dari awal. Kalau boleh dari week 1. Saya dulu buat dari week 2. Set target, every week at least one CP. Then kita takkan rasa terlalu burden.

Dannn, CP ni sebenarnya sangat-sangat membantu kita untuk berlatih present, terutama untuk orang yang kurenggg bahasa inggeris macam saya ni.

Present kat MO, dan kalau boleh present kat specialist pun lagi bagus. Saya pernah present kepada specialist di bilik scope, dan sangat2 banyak saya belajar daripada beliau, besttt!

Buku apa nak pakai ye?

1. Jibah's collection
Buku ni saya jarang sangat bukak, kecuali waktu study week, di mana saya menggunakannya sehingga lunyai >.<.

Buku ni berbentuk nota, so bacalah sikit buku tebal pasal topik tu, tak pun, kalau malas sangat google la pasal topik tu, kemudian baca buku ni. Tapi waktu study week saya memang tak bukak buku lain, baca buku ni je, dan kadang-kadang google. hehe.

2. Buku oxford handbook.
A.k.a traffic light. Boleh dikatakan a must-have book la. Sentiasa bawak pergi wad. Sebab kandungan yang padat dan boleh dikatakan lengkap.

3. Sarawak Handbook.
Antara buku wajib jugak la. Buku ni more to management sebenarnya.

4. Talley.
Wajib ada, wajib baca untuk topik-topik utama. Soalan exam pun mostly dari buku ni.

5. Kumar Klark
Buku yang sangat lengkap, sangat detail, dan sangat bagus. Tapi saya jarang pun bukak buku ni, mengantukk sebab detail sangat T.T

6. CPG
Boleh di'download'. Free je. Untuk disease yang common di Malaysia, eloklah rujuk CPG. Contoh: dengue, ACS.

Pakai mask dalam wad??

Untuk pengetahuan semua, di wad IM ni melambak-lambak pesakit HIV, TB. Sedih jugak sebenarnya sebab rata-rata mereka ini beragama Islam. Huhu. Jadi kalau kita clerk pesakit yang suspect PTB atau confirm PTB, eloklah kita memakai mask. Sebab selalunya sewaktu kita clerk tu, patient ni terbatuk-batuk. Dan seperti yang kita tau, TB boleh merebak melalui respiratory droplets kan. Safety measure beb! Dann jangan lupa scrub sebelum masuk dan keluar dari wad.

Penutup

Pendek kata, saya mula menghargai dan sukakan posting ni pada week 8. haha. lambat kan? Posting ni sangat best dan mencabar. Kena rajin baca buku >.<

Sewaktu posting ini jugak saya tersedar tentang penyakit umat yang melanda. Mungkin kerna berada di zon selesa di UIA, membuatkan saya terkejut apabila clerk patient, dan patient mengaku ambil dadah dan arak. Yang melacur juga tidak kurang ramainya. huhu. Takut pulak mengenangkan, macam mana lah dunia zaman anak cucu cicit kita nanti. huhu. Banyak rupanya kerja-kerja Islam yang kita kena lakukan rupanya. huhu.

Akhir kata, kepada bakal-bakal IM students, all the best! ^_^

Yang benar,
Aimi Liyana Hambali,
13Februari2015, 5.43pm
Ampang Selangor.





3 comments:

  1. good piece of writing. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. assalam. boleh tahu sis dpt cgpa brp time cfs?

    ReplyDelete
  3. Our senior years can be full of aches, pains, medications and discomfort. This article discusses how reiki therapy works with traditional medicine to help relieve pain; help people relax, heal faster and enjoy their golden years much more than they normally might.

    ReplyDelete

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~