Friday, November 2, 2012

Diari Medic: Gagal Minitest!

Assalamualaikum w.b.t

Haih, sekali lagi blog ini diabaikan oleh tuannya. Biyane (~.~)
Jadual harian yang agak padat menyebabkan diri ini tidak berkesempatan untuk memanjakan diri di hadapan laptop, menari-narikan jari di papan kunci, untuk meluahkan ilham dari-Nya.

Asif! Ilham itu alhamdulillah sudah ada, cuma tak berkesempatan.

Kemungkinan besar ramai pelajar jurusan lain khususnya di UIA menganggap kami pelajar medic ni banyak waktu free, kelas dari pukul 8 hingga 4. Lab report pun tak banyak. Ya, tak dinafikan banyak masa terluang, tetapi tak mungkin kerana dalam sehari kami belajar dengan sangaaat banyak menyebabkan masa yang terluang itu digunakan untuk belajar atau tidur (eh?). Tidur itu juga perlu sebenarnya, kan?

__________________________

Result minitest

Petang itu kecoh dalam kalangan pelajar medic mengenai result minitest. Saya juga pastilah  tidak terkecuali. Menurut mereka, dua pertiga daripada pelajar medic tahun satu gagal dalam minitest ini.

Dalam hati ini tidaklah menaruh harapan yang tinggi, tetapi sebenarnya takut juga untuk menghadapi kegagalan. Yalah, siapa suka gagal kan?

Setelah memeriksa result melalui Samsung Galaxy Tab yang dimiliki oleh Athirah, diri ini terkedu. Ya, seperti yang dijangka, saya gagal dalam minitest. Berapa markah saya? Rasanya tak perlulah dinyatakan di sini, tetapi pendek kata SAYA GAGAL.

Semenjak sekolah sehinggalah sekarang, inilah merupakan kali pertama saya gagal dalam peperiksaan (tak termasuk ujian JPJ=p). Bukan hendak bercakap besar, bukan hendak meninggi diri. Cuma ingin menegaskan betapa saya berasa down dengan kegagalan yang julung-julung kalinya dalam hidup ini.

Setelah mengetahui result, diri ini terasa ingin bersendirian. Rasa sedih itu ada, cuma air mata tidak tumpah-tumpah. Saat itu, diri ini hanya ingin berbual dengan teman rapat sahaja. Maaf ya rakan-rakan yang lain, saya bukanlaah nak kata kalian tidak penting dalam hidup ini, jangan salah faham!

Malam itu semasa menelefon  mama, barulah air mata ini tumpah. Samalah seperti sewaktu arwah opah meninggal dunia dahulu, diri ini hanya akan menangis setelah berbual dengan mama. Mengapa ya? Entahlah. Saya pun tak pasti jawapannya. Mungkin kerana bond kami yang sangat rapat? Emm....

"Janganlah sedih-sedih mi...Banyakkan berzikir, solat hajat, ingat Allah..."

Air mataku mengalir deras. Ya, Terus terang saya katakan, saya berasa sangat sedih. Terasa seperti diri ini dihempap batu besar.

____________________

Buku itu 

Malam itu sebelum tidur, tangan ini bagai ditolak-tolak untuk mencapai sebuah buku. Buku "Kembara Hamba Mencari Cahaya karangan Hilal Asyraf dari rak buku di sudut bilik.

Helaian demi helaian diselak.

Itu merupakan kali keempat (rasanya) saya membaca buku tersebut. Tetapi kali ini perasaan saya tatkala membaca buku tersebut sangat berbeza.

Antara intipati buku tersebut yang sangat menarik dan menyejuk hati:

Setiap manusia takkan lari dari masalah. Orang yang beriman dengan sebenar-benarnya tidak akan menganggap kesusahan itu sebagai masalah, sebaliknya sebagi UJIAN. Ujian yang Allah datangkan kepada manusia itu berbeza-beza. Dan ujian itu kan tanda Allah cintakan hamba-Nya?

Allahu Allah ^__^

Saya tak bersendirian rupanya. Saya ada Allah. Yang Maha Mendengar. Yang Maha Mengetahui. Yang Maha Pengasih. Yang Maha Penyayang.

Saat itu saya terasa bagai diri yang sedang dalam kesesatan di dalam hutan, tanpa membawa apa-apa alat penyuluh dalam kepekatan malam, dan tiba-tiba terpancar satu cahaya dari langit, lalu diri ini memperoleh pedoman dan arah tuju. Allahu Allah.

Saya mentadabbur ayat dari surah Al-Ankabut,

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:”kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta..( Al-Ankabut:2-3)

______________________

Ujian Allah

Allah sememangnya sedang menguji saya.

Semenjak di bangku sekolah sehinggalah kini, saya tidak tahulah mengapa, tetapi diri ini sering sahaja menjadi tempat luahan perasaan oleh rakan-rakan saya.

Dan saya sering mengingatkan mereka bahawa,


Surah Al-Baqarah Ayat 216 : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


Kini Allah benar-benar sedang menguji saya. Saya sememangnya sudah menghayati ayat tersebut, cuma adakah saya benar-benar mengaplikasikan ayat tersebut dalam kehidupan seharian?

_______________________


Gagal dalam minitest bukanlah bermakna sudah gagal sepanjang hayat. Perjalanan hidup ini masih panjang, insyaAllah. Liku-liku kehidupan haruslah dilalui dengan penuh keimanan dan rasa taqwa.

Minitest ini bagi saya merupakan penanda aras atau dalam istilah omputihnya, indicator kepada keberkesanan cara belajar, cara menjawab soalan peperiksaan, dan yang paling penting, indicator kepada tahap keimanan. Iman itu kan sering naik dan turun? Minitest ini merupakan penanda aras bagi menguji sejauh mana diri ini berpegang dan percaya pada janji Allah dan bagaimana diri ini menguruskan tekanan.

Allahu Allah. Tenang rasa diri ini.

Allah itu baik. Dia takkan uji kita melangkaui apa yang kita sanggupi. Kan Dia yang cipta kita? Mestilah Dia tahu apa yang terbaik untuk kita, kan? ^.~

Wallahu'alam

N.A.L.H
3.46pm, 2 November 2012, Jumaat,
UIA Kuantan









kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~