Sunday, June 17, 2012

Tips Melarikan diri daripada Mendengar Orang Mengumpat

Assalamualaikum w.b.t


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

[Al-Hujurat 49:12]


MENGUMPAT,
seperti yang kita tahu, mengumpat ialah bercakap tentang perkara yang tidak disukai oleh orang yang diumpat. Dan apabila orang itu tahu dan ini menyebabkan dia berkecil hati atau marah, itu dikira MENGUMPAT.




*ehsan google

Dosa mendengar mengumpat itu samalah dengan dosa mengumpat-Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Kazim Elias.


Ya, manusia dicipta dengan berbagai-bagai ragam dan perangai. Tak terkecuali juga 'kaki-kaki mengumpat' ni...huhu...Dan apabila kita terjebak dan rakan kita yang sudah mula membuat mesyuarat tingkap dan membuka 'kafe mengumpat', bagaimana kita nak elak ya?

Pahala dah la tak banyak mana, nak sedekahkan pula pahala kepada rakan kita yang diumpat tu. Jadi...bagaimana nak elak dari mendengar umpatan?

Tips-tips

# Jika kita benar-benar sayangkan rakan kita dan kita mempunyai kekuatan dan keberanian untuk menegur, tegurlah. Tegur ada banyak metodenya. Tegur secara baik dan halus, atau tegur secara direct dan ringkas. Metode ini bergantung kepada mad'u tersebut. Sekiranya dia seorang yang sensitif, tegurlah secara baik dan halus. Dan sekiranya dia seorang yang lambat pickup atau tak berapa nak sensitif, tegurlah secara direct dan ringkas. Tetapi mesti secara HIKMAH.

Dulu, saya pernah menegur sahabat saya yang berbuat kesalahan dengan cara agak kasar. Akibatnya, api pergaduhan mula dinyalakan, dan akhirnya, dakwah itu tidak sampai, astaghfirullah. Tetapi saya sudah meminta maaf dan kami sudahpun berbaik^^. Sebab itulah pentingnya dakwah secara hikmah.

# Sekiranya si fulan yang mengumpat itu merupakan orang yang lebih tua daripada kita, atau merupakan seorang yang agak ego (susah nak terima nasihat dan pendapat). Dan kita pula tidak mempunyai kekuatan dan keberanian untuk menegur, maka dakwahlah secara perlahan-lahan.

  • Sewaktu 'sesi umpatan' itu, buatlah mimik muka bosan atau tidak berminat dengan percakapannya. Jangan pandang wajahnya secara terus-menerus sewaktu sesi tersebut, sebaliknya lilau-lilaukan lah mata ke tempat lain, menunjukkan kita sudah bosan mendengar kata-katanya. Dan, paling penting, janganlah tambah kehangatan sesi itu dengan "ohh, yeke?" atau "ohh, tak sangka macam tu"..
*ehsan google
  • Berpura-pura sedang kesempitan atau mengejar masa, sesekali kerling jam tangan, atau sekiranya tidak memakai jam tangan sewaktu itu, tanya si fulan itu, "eh, dah pukul berapa ya sekarang?"
  • Cuba selitkan sekali-sekala tentang keburukan kita, menunjukkan betapa banyaknya keburukan kita dan betapa tidak layaknya kita untuk menilai dan mengumpat orang lain.
  • Setelah sesi umpatan tersebut berakhir,berikan artikel kepadanya tentang keburukan mengumpat dan seumpama dengannya. Sekarang ni kan teknologi dah canggih, print aje artikel dari iluvislam atau mana-mana blog yang boleh dipercayai kesahihannya, dan berikan kepada si fulan itu. Atau lebih mudah, sebarkan aje di facebook:)) Lambat-laun, insyaAllah, dengan berkat usaha dan doa kita, hatinya akan lembut. Tapi hidayah tu milik Allah, kita cuma perlu berusaha saja dan selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Mengumpat dibolehkan sekiranya...

# Ingin mencari teman hidup;p Contoh, si A melamar kita untuk berkahwin dengannya dan kita tidak  mengenali si A. Maka kita bolehlah bertanya kepada ahli keluarga atau sahabat rapat si A tentang perangainya dan keburukannya. Ketika ini mengumpat adalah dibolehkan.

# Ingin memilih pemerintah atau pemimpin. Contoh, kita boleh nyatakan keburukan seseorang calon pilihan raya persatuan di universiti, supaya rakan-rakan kita tidak mengundi calon tersebut, seterusnya boleh mengelakkan kezaliman daripada berlaku.


*ehsan google

# Ingin membuat laporan kepada pihak berkuasa tentang maksiat yang berlaku. Contoh, rakan sebilik kita merokok dalam bilik. Maka kita bolehlah membuat laporan kepada fellow atau pengetua atau warden atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

Tapi berhati-hati dalam berbicara, pastikan kesahihan 'laporan' itu dan pastikan juga tiada unsur tokok tambah. Dan yang paling penting, niatkan kerana Allah^^.

Wallahualam~

N.A.L.H
17 Jun 2012, Ahad, 7.00pm
Ampang, Selangor






1 comment:

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~