Assalamualaikum w.b.t
11:23pm
salam akak. saya suka
belog akak. nnti akak rajin2 la update pasal medik kat uia. sy nk tahu life kt
sne, cara belajar. susah ke tak..update tau. hehe. sy ingt nk isi uia asasi
perubatan as first choice dlm upu. sy ex-seriputeri cyberjaya, waiting for
result this 20 mac. hehe
Mesej tersebut saya
terima ketika saya sedang ber’study week’ pada blok lepas. Terima kasih adik,
kerana menyukai blog akak yang tak konsisten dan bahasa berterabur ni. Huhu=)
Mesej tersebut saya
balas dengan berjanji untuk menjawabnya dalam blog, kerana jawapannya agak
panjang. Baru nak jawab sekarang?
Haish.. *malu sendiri*
Tahniah dan takziah
adik, kerana berminat dengan dunia medik. Semoga perjalanan adik untuk
menggapai cita-cita adik dipermudah dan diredhai oleh Allah. aminn..
_________________________
Kehidupan pelajar
medic
Seperti yang telah akak
update dalam blog sebelum ini, kehidupan kami sebagai pelajar medic sebenarnya
bergantung kepada individu itu sendiri.
Sekiranya memilih untuk
belajar, belajar, dan belajar. Maka begitulah kehidupannya, umpama robot
(peringatan buat diri sendiri).
Terdapat juga pelajar
medic yang aktif bepersatuan, berusrah, dan bertalaqqi.
Bagi akak, kehidupan
kita biarlah seimbang dan sederhana kerana Islam sendiri menuntut umatnya
supaya sentiasa bersederhana kan? Hehe.
Belajar. Tetapi pada
masa yang sama, turut bepersatuan, berusrah, dan bertalaqqi. Ha, kan seimbang
tu?
____________________________
Ilmu medic je ke?
Ketika dalam kelas
Internal Medicine, doktor bertanya pengetahuan am yang menyebabkan kami satu
batch terdiam. Kalau yang menjawab pun, jawapannya salah (termasuklah penulis
sendiri.huhu)
“Then, what knowledge do
you have other than medicine? Do you learn medicine only everyday?” tanya
doktor.
Terdiam. Terkesan.
__________________________
Refleksi diri
Sekiranya diri ini hanya
menghabiskan tahun pengajian dengan belajar ilmu medic sahaja,
Dan lebih haru
keadaannya sekiranya ilmu tersebut kita lupa sebaik sahaja memuntahkan ke
kertas peperiksaan,
Apa yang telah aku buat
selama tahun pengajian?
Apa yang aku dapat?
Apa bekalan untuk aku
terus cekal dalam dunia pekerjaan kelak?
Apa bekalan ilmu untuk
aku mendirikan madrasah pertama untuk anak-anakku kelak?
Apa ilmu yang boleh
kumanfaatkan demi kepentingan ummah?
DAN…..apa yang aku nak
jawab di akhirat nanti,
Apabila ditanya tentang
begaimana aku memanfaatkan nikmat kesihatan, nikmat ilmu, dan nikmat masa
ketika di dunia???
*sentap*
______________________________
Susah ke tak?
Hehe. Soalan ini popular
sebenarnya, dan jawapannya ialah SUSAH. Terus terang akak jawab, medik
sememangnya susah. Begitu juga dengan kursus lain.
Susah sebab sangaaaat
banyak ilmu yang perlu dihadamkan dalam masa yang singkat. Tambahan pula UIA
mengamalkan sistem blok, di mana satu blok terdiri daripada 3 bulan sahaja. Dan
pada setiap blok pula kita perlu mengambil sekurang-kurangnya tiga
matapelajaran teras dan tiga matapelajaran lain.
Tetapi ada berita baik
untuk adik, hehe. Medik ni boleh jadi senang sekiranya:
-Adik pandai
menyesuaikan diri dengan suasana dan kehidupan sebagai pelajar medik.
-Teknik belajar yang
sesuai dan betul.
-Minat yang mendalam
terhadap bidang medic. Bak kata orang, demi cinta ni, lautan sanggup direnangi,
onak ranjau rela diredahi kan? =D Dan bak kata omputih, “Passion will help you
while you are facing obstacles in your bumpy journey of life”
-Niat dan matlamat yang
betul. Lillahita’ala. Yosh!
___________________________
Cara belajar
Pertama sekali, akak nak
cakap terus-terang, akak bukanlah orang yang paling sesuai dan layak untuk
bercakap tentang perkara ini. Tetapi sharing is caring kan? Jadi akak akan
share serba sedikit pengalaman akak yang baru setahun jagung di kuliyyah
perubatan.
-Baca, baca, dan baca.
Study hard and study smart. Jangan baca last minute sebab sangat banyak yang
perlu dibaca.
-Melatih diri untuk
mejawab soalan-soalan topikal atau apa-apa yang sewaktu dengannya adalah sangat
digalakkan. TETAPI WAJIB BACA terlebih dahulu! Ini serius! Kerana sewaktu end-block
exam block satu, akak membuat soalan bertubi-tubi dan mebuta tuli tanpa membaca
terlebih dahulu. Malah akak turut menghafal jawapan. Akhirnya sewaktu
peperiksaan akak berasa sangat blur kerana soalan yang keluar agak berbeza dan
akak tidak mempunyai kefahaman asas yang kukuh. Huhu.
-Rajin-rajinlah bertanya
senior tentang soalan past year, kerana pada kebiasaannya format dan bentuk
soalan tidak banyak bezanya pada setiap tahun. Tetapi BACA DAHULU! =)
-Baca dengan penuh
penghayatan. Akak pinjam kata-kata sahabat akak, Azlina:
“Setiap ilmu ialah
amanah. Cuba bayangkan, sekiranya pada alam pekerjaan kelak, kita tidak mengetahui
apa fungsi antihistamine, kita akan tersilap memberi ubatan kepada pesakit dan
kemudaratan yang bakal kita timbulkan tersangatlah besar. Kita deal dengan
nyawa manusia, kan? Jadi tak bolehlah bagai melepaskan batuk di tangga sahaja."
______________________________
Kesimpulannya........
-Sentiasa tajdid niat dalam apa pun pekerjaan yang kita lakukan.
-Mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tidak bermakna adik-adik semua perlu mengambil kos-kos seperti medik, farmasi, kejuruteraan, optometri, dan sebagainya. Kerana terdapat banyak lagi bidang pekerjaan yang lain. Nasihat akak, ambillah kos yang adik BENAR-BENAR MINAT dan cenderung kepada kos tersebut.
Wallahualam
N.A.L.H
26 Mac 2013, Selasa, 8.33pm,
UIA Kuantan
UIA Kuantan
as salam...saya pun suka baca blog akak..saya lepasan spm 2012..n Alhamdulillah result saya baik...dan saya sangat berminat nak masuk asasi perubatan uia...sebab saya sangat berminat dengan dunia perubatan dan saya pilih uia sebab saya suka dengan suasana islamik kat sana.saya pun rajin baca blog pelajar uia...jadi saya pun fahamlah sedikit tentang kehidupan kat uia..saya harap akak dapat post lagi entry yang berkaitan dengan asasi perubatan...best lah kak.. ^_^
ReplyDeletesalam,akak? saya lepasan spm 2013,result saya tak straight :| just 7A 2B+ ,saya nak tanya,result yg mcmni agak2 boleh ke dapat asasi perubatan ? saya minat sangat medic
ReplyDelete