Tuesday, June 5, 2012

Jangan Pandang Rendah Kepada Mereka yang Belum Dapat Hidayah!

Assalamualaikum w.b.t

"Ma, tengok ustaz tuu.....baru peluk Islam beberapa tahun, tapi dah boleh bagi ceramah agama..Dah tulis buku dah pun..."

Malunya rasa. Saya yang sejak lahir sudah beragama Islam (alhamdulillah,;-D), tetapi masih belum menerbitkan apa-apa buku. *Doakan saya dapat jadi macam Dr Farhan Hadi atau Dr Muhaya suatu hari nanti,=p. hehehe. berangan je* Malah, masih juga tak mampu nak bagi ceramah agama di khalayak ramai. Rasa seperti ilmu di dada masih terlalu sedikit. Ah, malunya rasa.



Ustaz Ann Wan Seng. Boleh baca lebih detail dalam link ni http://mengapaislam.wordpress.com/2008/01/12/ustaz-ann-wan-seng/


Manisnya Islam <3 

# Manisnya memeluk agama Islam oleh seorang muallaf takkan sama dengan manisnya rasa apabila sejak lahir sudah memeluk Islam.

Sebab itulah mereka begitu menghargai Agama Islam yang baru mereka anuti. Dan mereka begitu bersemangat untuk menuntut ilmu agama Islam.

Kita pula? Sejak lahir sudah beragama Islam, maka kita tak rasa apa-apa *minta dijauhkan*. Kita rasa kita beragama Islam sebab mak ayah kita beragama Islam. Mereka solat, kita solat. Mereka puasa, kita puasa. Dan bila nak bernikah (*nak sebut jugak*), baru nak ikut Islam.Tu aje. Islam tu umpamanya seperti agama untuk menunaikan solat, ibadah puasa dan nikah aje.

Sedangkan Islam itu merupakan cara hidup. Setiap apa yang kita lakukan, mestilah selaras dengan syiar Islam diniatkan hanya kerana Allah.

Manisnya memakai tudung 

# Manisnya memakai tudung oleh seseorang yang baru mendapat hidayah untuk bertudung takkan sama dengan manisnya rasa apabila sejak kecil sudah memakai tudung.

Jangan hina dan pandang rendah mereka yang tak bertudung. Dan jangan memandai-mandai nak label orang yang freehair sebagai 'ahli neraka'. Sebab kita yang bertudung ni dah confirm masuk syurga ke? Tapi, ingin saya tekankan di sini menutup aurat itu wajib.


*ehsan google

Cuma, apa yang saya ingin bahaskan di sini ialah 'jangan pandah rendah' kepada mereka, sebaliknya pandanglah dengan kasih sayang. Kerana kita tak tahu.

Mungkin mereka pun teringin nak pakai tudung seperti kita.
Tetapi mungkin ibu mereka tak bertudung,
menyebabkan mereka menjadi segan untuk bertudung.
Mungkin juga pengaruh kawan-kawan menyebabkan mereka tak bertudung.
Jadi jangaaaan sesekali salahkan mereka!

Manisnya berhalaqoh


*ehsan google

#Manisnya berhalaqoh oleh mereka yang baru mengenal perkataan halaqoh dan baru berjinak-jinak dengan halaqoh, takkan sama perasaannya dengan mereka yang sejak sekolah lagi sudah dididik untuk berhalaqoh.

Ada yang mindset bahawa halaqoh ni untuk orang baik-baik je. Geng-geng tudung labuh je. Eh, takkk! Jangan fikir macam tu! Saya dulu waktu mula-mula masuk halaqoh pun pakai tudung biasa-biasa aje. Semua orang layan saya dengan baik <3, tak diskriminasikan saya pun?

Jadi... jangan pernah putus asa mengajak sahabat kita untuk menyertai halaqoh. Kalau kita benar-benar sayangkan mereka, kita takkan berputus asa.

Manisnya bertudung labuh.



*ehsan google


#Manisnya bertudung labuh, oleh mereka yang baru menyambut hidayah Allah untuk bertudung labuh, takkan sama perasaanya dengan mereka yang sejak kecil lagi sudah bertudung labuh. Di mana ahli keluarganya semua bertudung labuh. Dihantar pula ke tadika agama, sekolah rendah agama, dan sekolah menengah agama, dan seterusnya di Universiti Islam pula.

Ya, takkan sama, berbanding mereka yang baru bertudung labuh, tercari-cari tudung labuh di kedai-kedai kerana tiada tudung labuh di rumah. Dan terpaksa menabahkan diri untuk memakai tudung labuh di hadapan ahli keluarga yang semuanya pakai tudung biasa sahaja. Terpaksa juga menebalkan telinga tatkala mendengar...

"aiii...dah macam ustazah pulak"

"pakai tudung biasa je dah la...tak payah labuh sangat"

"ni ada fesyen tudung bawal terbaru...(tudung 45inci)...."

Adakah kita hendak menyalahkan takdir?

"Mereka tu, untunglaaa~

Lahir dalam keluarga Islamik
Mak ayah mereka memang bergiat aktif dalam aktiviti tarbiyyah
Nenek, mak, kakak mereka semuanya pakai tudung labuh
Lepas tu, hantar pula ke tadika islamik
Sekolah Rendah Islamik
Sekolah Menengah Islamik
Universiti pun Islamik!

Aku?
Biasa-biasa aje~"

Eh, jangan macam tuu...Kalau kita cakap macam tu, samalah seperti kita menyalahkan takdir. Samalah juga seperti kita menyalahkan Sang Pencipta. Seolah-olah Allah itu tidak adil.

Sedangkan Allah itu maha adil! Maha bijaksana! Dan Dia tahu cara terbaik untuk mentarbiyyah dan menguji kita! Pasti ada sebabnya mengapa Dia uji kita sebegitu!

Sedangkan Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Teringat pula kisah Serikandi Asiah Muzahim, isteri Firauan. Bayangkan, suaminya merupakan seorang yang bukan sahaja kafir, malahan juga mengaku Tuhan! Tapi Asiah masih dapat mempertahankan akidah dan keimanannya. Menegakkan agama Islam, dan malahan syahid pula akhirnya. Kisahnya menjadi inspirasi kepada semua muslim terutamanya muslimah untuk tidak gentar menentang kejahilan. Dan juga tidak menjadikan faktor persekitaran sebagai batu penghalang untuk tidak cuba untuk berhijrah ke arah yang lebih baik .

Jadi, kesimpulannya...

  • Jangan berputus asa untuk mencari hidayah Allah. Sesungguhnya hidayah-Nya itu perlu dicari! 
  • "Meskipun tiada manusia yang sempurna, sentiasalah berusaha untuk bergerak ke arah kesempurnaan. Kerana sekurang-kurangnya apabila ajal menjemput kita nanti, walaupun belum sempurna, kita sudah hampir kepada kesempurnaan"-Hilal Asyraf
  • Sentiasa ajak sahabat kita ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. (*ini mungkin agak susah, tapi berusaha lah*)
  • Islam adalah cara hidup dan merangkumi setiap aspek kehidupan. Bukannya tertakluk kepada solat, puasa dan nikah je~

P/S= sedang cuba untuk memanfaatkan cuti yang berbaki tak sampai seminggu je lagi ni dengan mengkhatam buku 'Riwayat Bidadari Syurga' oleh Munif Ahmad dan juga 'Muhammad Bukan Nasionalis' oleh Tuan Guru Datuk Sri Nik Aziz Nik Mat. Sobsobs. Cuti dah tinggal sikit~ (sila baca dengan nada sedih;p) Doakan saya istiqomah berblog. Seminggu satu post pun jadilaa~

Wallahualam~

N.A.L.H,
6 Jun 2012, Rabu, 11.53a.m
Ampang, Selangor







1 comment:

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~