Friday, June 22, 2012

Setiap orang ialah dai'e

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum kelas UNGS bermula, bagi mengisi masa lapang sebelum kedatangan lecturer, group kami sering mengadakan tazkirah. Thumbs up, takbir! Alhamdulillah. Hehe.

Saya teringat akan ayat salah seorang groupmate saya (tak ingat nama. hehe) sewaktu memberi tazkirah. Katanya, "semua orang ialah dai'e".

Jika mati anak Adam, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya. (Riwayat  Muslim).

Dai'e
Atau dalam bahasa melayu, pendakwah

Bila kita sebut perkataan daie, siapakah yang terbayang di minda kita?
Siapakah pendakwah?

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat?
Ustaz Kazim?
Ustaz Azhar Idrus?

*ehsan google
Fatimah Syarha?
Hilal Asyraf?
Atau..Imam Muda?
emm...Ustazah Pilihan?
err...Mufti?

Aik, Ustaz dan ustazah je ke?
Alim ulama' je ke?

Takkk....hakikatnya anda sendiri, saya, kita, kami, mereka....semua muslimin muslimat adalah dai'e!

Bagaimana mahu menjadi dai'e?

Aduh....semua orang kena jadi dai'e ke?
Habis tu macam mana?
Nak kena khatam kan kitab-kitab tebal ke?
Kena pakai jubah dan kopiah sepanjang masa ke?
Nak kena ambil jurusan quran sunnah ke?

Jawapannya:
Kalau nak penuhi kriteria di atas boleh, dan kalau tak penuhi pun boleh jadi dai'e

Bagaimana ya?

Alam maya

Ok, anda ada facebook atau blog atau tumblr atau twitter? Em, gunakah facebook anda sebagai medium dakwah. Postkan status yang mengingatkan tentang Islam. Contoh, tentang mati ke, aurat ke, isu syria, isu myanmar, dan macam-macam lagi?

Tak reti nak tulis ayat? Okey, takpe, jangan risau, kalau ada terbaca artikel yang menarik dan 'menusuk' jiwa, klik je butang 'share'..senangg...hehe......


*ehsan google

Kreatif? Pandai edit gambar? Pandai buat poster? Pandai guna photoshop? Pandai edit video? Buatlah poster islami atau video islami, dan postkan ke dalam facebook, tumblr, blog, atau youtube. Setiap kali orang klik dan terlihat poster anda, anda dapat pahala...Setiap kali orang tonton video islami anda, anda dapat pahala. Best kan? Hehhee..

Alam realiti

Bagi muslimah, sekiranya pergi ke mana-mana sahaja, pakailah baju mengikut syariat Islam. Contoh. Pergi ke Plaza Low Yat atau Times Square dengan memakai baju labuh bersama tudung yang menutup dada dengan sempurna. Supaya apabila mereka yang tidak berapa nak menutup aurat dengan sempurna,  tengok kita, merasa cemburu. Biarkan mereka cemburu. Cemburu dengan pakaian kita yang nampak sangat selamat dari fitnah-fitnah dunia. Biar mereka berasa sangat teringiiiin untuk mencontohi kita. Tapi mestilah niat lillahi taala ^^.

Anda ada jawatan dalam persatuan? Okey,anjurkan program-program islami seperti ceramah, forum, kem solat, dan sebagainya. Jemput ustaz-ustaz datang. Bak kata salah seorang kakak usrah saya, "kalau tak mampu nak jadi menteri penerangan pun,  jadi menteri pengangkutan atau menteri publikasi pun bolehh".

Berdakwah dengan sahabat-sahabat dan keluarga. Berdakwah melalui qudwah. Dan tegur kesilapan mereka, huhu. Tapi mungkin ini agak sukar, kerana saya sendiri pun sangat sukar untuk menegur sahabat. huhu. Tapi apabila saya teringat perjuangan Nabi Nuh a.s. yang berdakwah selama 950 tahun, saya rasa bersemangat. Mungkin saya tidaklah sehebat atau setanding baginda, tetapi saya boleh mencontohi dan mengutip semangat dari perjuangan baginda. Doakan saya kuat. huhu.

Kesimpulannya....

-Set dalam minda bahawa 'setiap orang termasuklah kita sendiri ialah dai'e'.
-Untuk menjadi dai'e, mestilah mempunyai ilmu. Supaya bicara kita bukanlah merupakan sia-sia atau mengikut hawa nafsu sahaja, tetapi sebaliknya berbicaralah dengan ilmu ^^
-Bagaimana nak topup ilmu? Senang je, buku islami melambak-lambak di library dan di kedai buku. Baca iluv islam dan blog islami pun bolehh. Daannn, joinlah usrah! Best (^^)Y
-Niatkan semata-mata kerana Allah.
-Allah yang maha memberi hidayah, kita hanya mampu berusaha sahaja.

 Surah Al-Lail, ayat : 12.
"Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah)."
*ehsan google


Wallahualam~

N.A.L.H
23 Jun 2012, Sabtu, 12.43am
Ampang, Selangor








MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com





No comments:

Post a Comment

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~