Ketika sedang berjalan kaki pulang, dia ternampak sebuah keluarga yang sangat harmoni. Seorang kanak-kanak kecil berjalan sambil berpegangan tangan dengan kedua ibu bapanya, sangat mesra. Memang tak dapat dinafikan, dia berasa sangat cemburu melihat kemesraan keluarga itu. Sedangkan dia? Sejak kecil sehinggalah kini dia sudahpun berusia sebelas tahun, duduk bersama-sama Pak Sam, 'guru'nya serta rakan-rakan seperjuangan di 'sekolah'nya. Dia sering tertanya-tanya di manakah ibu bapanya. Sudah disuarakan pertanyaan itu kepada Pak Sam, tetapi lelaki berbadan besar itu enggan dan mengelak untuk menjawab. Dia hanya menjawab, "mak ayah kamu jauh". Itu sahaja.
Dalam perjalanan pulang ke 'sekolah'nya, hujan turun dengan sangat lebat, lalu Ahmad membuat keputusan untuk berteduh di sebuah surau berdekatan. Sedang dia berteduh di situ, dia memerhatikan keadaan sekeliling. Terdapat beberapa orang lelaki yang sedang 'berdiri, tunduk, bongkok'(solat berjemaah). Perbuatan mereka serentak dan sangat harmonis. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh mereka, tapi yang pastinya dia berasa sangat nyaman apabila memerhatikan mereka. Kemudian, setelah mereka selesai melakukan 'berdiri, tunduk, bongkok', salah seorang daripada mereka duduk berdekatan dengan Ahmad lalu membuka sebuah 'buku'(Al-Quran). Lelaki tersebut kemudiannya mengalunkan satu bacaan yang kedengaran sangat indah dan nyaman. Ahmad yang duduk di situ terpaku mendengar alunan bacaan lelaki itu.
Setelah lelaki itu selesai membaca 'buku' tersebut, Ahmad lantas menghampiri lelaki lalu bertanya, "Pak, kamu baca apa ya tadi?". Lelaki itu agak terkejut tetapi kemudiannya tersenyum, lalu menjawab, "Al-Quran, sayang. Kamu nggak pernah baca ya? Di mana bapak kamu?". Ahmad menggelengkan kepala lalu menjawab, "bapak saya jauh bangat pak." Lelaki itu terkedu. "Em, pak, saya pulang dulu ya. Nanti Pak Sam marah".
###Pertukaran bahasa dialog dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia. Tetapi sebenarnya mereka menggunakan Bahasa Indonesia, kerana kisah ini berlaku di Jakarta, Indonesia.
Sepulangnya Ahmad ke 'sekolah'nya, dia segera menyerahkan 'habuan'nya kepada Pak Sam. Hari ini dia berjaya menyeluk saku dua dompet dari seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang sibuk membeli-belah. "Em, bagus kerja kamu...Tak sia-sia pakcik ajar kamu teknik-teknik selama ni"kata Pak Sam lalu memasukkan dompet tersebut ke dalam koceknya.
Malam itu, setelah selesai makan, di beranda 'sekolah'nya, Ahmad menghampiri Pak Sam yang sedang menghisap rokok. "Pakcik...em, Ahmad nak tanya boleh?"
"Ya sayang..."
"Em, kenapa kita selalu perlu ambil duit orang lain?"
Pak Sam tersentak. "Em, sebab kita nak makan. Kalau tak, tak adalah makan malam tadi"
"Em, tak ada cara lain ke untuk dapatkan duit, pakcik?"
"Em, sejak bila pula dah pandai nak persoalkan semua ni? Dah, pergi tidur!"
Azan Isyak berkumandang menandakan waktu fardhu Isyak sudahpun masuk.
"Em, pakcik, ini bunyi apa ye?"
"Kan pakcik dah bagitahu, azan tu untuk panggil orang Islam sembah Tuhan mereka"
"Kita agama apa ya pakcik?"tanya Ahmad. Sangat curious.
"Islam...Em, eh, pergi tidurlah! Kalau kau tanya lagi, aku kerat lidah kau!"
Ahmad ketakutan lalu masuk tidur. Hatinya dibanjiri dengan seribu persoalan."aku ni agama apa? siapa yang ciptakan aku? orang lain kerja apa? takkanlah semua orang menjadi 'pickpocket' sepertinya? mesti ada cara lain untuk mendapatkan duit? siapa ibu bapanya yang sebenar?".
Keesokan harinya, Ahmad tidak pergi menunaikan 'kerjaya'nya seperti selalu, sebaliknya dia pergi ke surau di mana telah dia berteduh semalam. Dia sangat berharap pakcik tersebut ada di surau pada hari ini, terdapat seribu persoalan yang ingin diajukan kepada pakcik itu.
*ehsan google
Setelah berjumpa pakcik tersebut, Ahmad pulang dengan nafas lega. Pelbagai soalan telah terjawab.Dan, apa yang paling membahagiakannya, hari ini buat kali pertamanya dia belajar untuk membaca al-Quran. Pak cik di surau semalam (Pak Din) mengajarnya dengan penuh tekun dan sabar. Dia juga diajar cara menyebut "Allah", "Bismillahirrahmanirrahim". Dia berasa tersangat bahagia.
Dalam perjalanan pulang ke 'sekolah'nya, seorang budak lelaki yang sedang bermain-main terlanggarnya. Ahmad tersentak. Bukan tersentak lantaran dilanggar, tetapi lantaran wajah budak itu sangat persis wajahnya., cuma bezanya Ahmad mempunyai parut di belah kanan dahinya.
"Ibu, tengok, muka budak ni sama dengan muka Ajim.."jerit kanak-kanak itu.
Ahmad terus berlalu pergi, tanpa mempedulikan jeritan budak itu, walaupun dia turut tertanya-tanya siapakah gerangan budak itu.
Sepulangnya ke 'sekolah', seperti biasa, Pak Sam menanti 'habuan anak-anak muridnya'. Tetapi Ahmad tidak membawa apa-apa hasil. "Kamu tak berjaya ke?"tanya Pak Sam. Suaranya agak tinggi.
"Saya tak pergi mencuri pun."jawab Ahmad. Selamba.
"Kenapa kamu buat macam tu? Okey, takde makanan untuk kamu malam ni."
"Saya tak mencuri sebab mencuri tu berdosa. Tadi saya dah tanya pakcik di surau."
Pak Sam tersentak. Matanya membuntang dan kemerahan kerana marah. "Pakcik mana pula ni? Dosa apa pula ni? Apa kamu merepek ni?"
"Pakcik, kita orang Islam kan? Pakcik di surau tu kata, mencuri hukumnya haram. Dan pakcik tu kata, orang Islam wajib bersolat. Tadi pakcik tu ajar saya mengaji...."belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Pak Sam mengheretnya ke bilik belakang lalu meminta salah seorang rakan Ahmad, Sabar untuk mengambilkannya gunting.
"Gunting? Pakcik nak buat apa ni? Taknak lah tolong ambil"bantah Sabar.
"Eh, dah pandai bantah ya. Ambik cepat! Kalau tak, lidah kamu pun aku gunting!"jerit Pak Sam
"Pakcik nak gunting lidah saya? Jangan pakcik..Saya nak gunakan lidah saya untuk sebut nama Allah, baca Al-Quran..Pakcik, tolonglah pakcik..."rayu Ahmad sambil menangis.
Pak Sam tidak mempedulikan rayuan Ahmad. Rakan-rakan Ahmad pun takut untuk menghalang, bimbang lidah mereka turut digunting.
Darah meleleh-leleh dengan banyaknya. Seketul daging gugur ke tanah. Ahmad menangis tersedu-sedu. Bukan menangis lantaran kerana sakit yang teramat, sebaliknya lantaran tidak dapat lagi untuk menyebut kalimah Allah dan menyebut kalam-kalam-Nya.
Sedang Ahmad menangis, tiba-tiba kedengaran bunyi siren kereta polis. Pihak polis sudahpun mengepung 'sekolah' itu. Rupa-rupanya petang itu Ahmad telah pun menceritakan kisah hidupnya dan lokasi 'sekolah'nya kepada Pak Din, lalu Pak Din membuat laporan kepada pihak polis.
"Ahmad kan?........"tanya seorang wanita.
Ahmad berpaling dengan lidahnya yang berdarah-darah. Dia mengangguk.
Wanita itu menangis, lalu menyelak rambut Ahmad. Ternyata, Ahmad merupakan anaknya kerana dia mempunyai parut di dahi, kesan kecuaian bapanya sewaktu majlis mencukur jambul. Sewaktu Ahmad berusia 4 tahun, dia dimasukkan ke hospital lantaran demam panas, dan sewaktu itulah dia diculik dan tidak diketemui sehingga sekarang. Rupa-rupanya Ahmad sudah dibawa keluar dari Malaysia ke Indonesia!
"Ahmad, ni ibu...itu kembar Ahmad, Azim namanya"ujar wanita itu
Ahmad menangis, cuba untuk melafazkan perkataan yang diimpikannya selama ini, iaitu "ibu" tetapi gagal. Kerana lidahnya sudahpun digunting!
Dia teringat, Pak Din ada mengajarnya, sekiranya mendapat perkara baik, sebutlah "Alhamdulillah", tetapi tidak dapat disebutnya! Lalu dia melafazkannya dalam hati.
Walaupun Ahmad sudah menjadi bisu, dia bersyukur, kerana dipertemukan dengan keluarganya. Dia bersyukur, kerana sudah mengetahui identiti sebenarnya, iaitu sebagai orang Islam. Dia membandingkan dirinya dengan orang yang lumpuh lalu bersyukur, kerana sekurang-kurangnya dia masih mempunyai tangan dan kaki yang sihat, untuk menunaikan solat kepada Alah.
~Moral dari cerita ini~
-Sentiasa mensyukuri nikmat-Nya. Dari segi nikmat duniawi, bandingkan dengan orang yang kurang bernasib baik berbanding kita. Tetapi dari segi amal ibadat, bandingkan amalan kita dengan amalan orang lain yang lebih baik berbanding kita.
-Sentiasa bersyukur, kerana masih dikurniakan penglihatan untuk melihat kebesarannya. Lidah untuk menyebut nama-Nya dan kalam-kalam-Nya. Kaki, tangan, kesihatan, ibu, bapa, keamanan, em...tak terkira kan nikmatnya? Dan......yang paling penting, bersyukur kerana dikurniakan nikmat Islam dan Iman!
-Gunakan nikmat dengan sebaik-baiknya. Ketika kaki masih mampu berjalan, langkahkan lah kakimu ke masjid. Ketika masih mampu melihat, bacalah kalam-Nya. Ketika lidah masih mampu menutur bicara, basahkanlah ia dengan kalimah Allah, zikrullah, dan kata-kata yang baik. Ketika masih mempunyai ibu bapa, sayangilah mereka, kasihilah mereka.
-Sentiasa mencari kebenaran, bukannya sekadar mengikut sahaja kata-kata dan telunjuk orang lain.
Wallahualam~
N.A.L.H
1 Jun 2012, Jumaat, 6.45 p.m.
Ampang, Selangor
Gratisan Musik
No comments:
Post a Comment