Hari ini agak kepenatan dek jadual yang sangat padat, straight dari pukul 9 sehinggalah pukul 5. Dan disebabkan kedudukan kelas yang agak jauh dari mahallah *huhu*, jadi sewaktu gap kelas, tak balik bilik pun *sobsobs*..Dan selepas kelas pulak, solat asar dan terus pergi ke pasar malam *wink2*...Jadi memang agak keletihan. Tetapi keletihan yang seronok. alhamdulillah^^
Takpe, moga kesusahan dan kepenatan ini menjadi tarbiyyah untukku bekerja sebagai doktor pada masa hadapan. Aminnn ^^
Okey, hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu yang saya dapat dari kelas UNGS, yey! Sharing is caring kan? Lagipun kalau pada masa hadapan saya terlupa ilmu-ilmu ini, boleh lah saya rujuk entri ni (^.^). UNGS memang sangat menarik, dan menghadiri kelas UNGS samalah seperti menghadiri ceramah agama, cuma dalam versi Bahasa Inggeris. Dan memerlukan fokus yang tinggi untuk digest dan memahamkan slang lecturer yang datang dari berbagai-bagai negara. huhu.
********
"Antara salah satu faktor penceraian ialah tidak berpuas hati terhadap pasangan masing-masing"
Sebab apa? Yelah....setiap orang mengimpikan pasangan yang terbaik-baik-baik, dan kalau boleh nak yang perfect la kann. Nak yang kaya. Cantik/Handsome. Pengemas. Pemurah. Romantik. Hmm...apa lagi ye? Alim. Pembersih. Rajin. Ha....dan seribu macam lagi la kelebihan.
Selepas kahwin, barulah nampak perangai masing-masing. Meskipun sebelum nikah dah pernah pegang tangan, share straw sewaktu minum *aww*, rupa-rupanya kita tak kenal lagi siapa sebenarnya pasangan hidup kita. Dan selepas kahwin, barulah nampak belang sebenar pasangan kita.
Sebab tulah, kita perlu tahu dengan jelas, kenapa kita nak KAHWIN. Sekiranya berkahwin kerana Allah, kita akan sedaya-upaya menerima segala kekurangan dalam diri pasangan kita. Kita sentiasa upgrade diri kita, supaya dapat menjadi pasangan yang terbaik.
Ok, hari ini fokus entri saya bukanlah nak mengenai nikah.hehe. Sebab saya sendiri pun dah penat dah dengar tentang 'nikah' dalam kelas. huhu. Ustaz asyik menimbulkan isu 'nikah' di dalam kelas. Okey, ini memang tak salah sebab kitorang dah berumur 20 tahun pun, cuma agak penat dengar topik ni =.='
Berbalik kepada topik kita malam ini,
kamu. saya. kita. kami. saling melengkapi ^^
Dulu, saya pernah memendam perasaan amarah saya terhadap seorang sahabat yang mempunyai satu perangai yang saya sangat benci. Dan akhirnya perasaan itu 'meletus' sehinggalah tercetusnya pergaduhan antara kami. Huhu.
Akhirnya saya tersedar.
Dalam hidup ni, kita akan berhadapan dengan seribu macam jenis orang.
Ada yang sangat baik tetapi terlalu skema sehingga merimaskan.
Ada yang nakal sedikit.
Ada yang jenis mulut laser.
Ada yang jenis poyo.
Ada yang jenis bossy (suka mengarah).
Ada sahabat kita, yang kita sangat menyenangi mereka. Kita sangaaat 'sekepala' dengan mereka.
Ada juga, sahabat kita yang kadangkala *atau selalu* buat kita naik hangin.
Tapi, saya sering mengingatkan diri saya sendiri, sebelum kita mahu melabel orang lain, atau rasa menyampah dengan orang lain, saya cuba muhasabah diri saya dulu,
"Saya ni baik sangat ke? Sehingga sampai tahap layak untuk menilai orang lain?"
Saya teringat kata-kata Ustazah Fatimah Syarha,
"Pandanglah seseorang dengan kaca mata dakwah. Cari dan galilah segala kebaikan yang ada pada dirinya. Kerana Allah ciptakan setiap manusia dengan keistimewaan dan keburukan yang tersendiri"
Kita semua saling melengkapi.
Contoh.
Si A merupakan seorang yang agak pengemas, tetapi roomatenya, si B, merupakan sebaliknya.
Tetapi si A sangat sukar bangun subuh, manakala si B sangat mudah bangun subuh.
Jadi si B boleh mengejutkan si A dari tidur.
Manakala si A pula boleh menunjukkan contoh yang baik kepada roomatenya dengan rajin mengemas.
Itu baru contoh yang kecil. Belum lagi institusi kekeluargaan. Institusi masyarakat. Institusi kenegaraan. Dan...ummah^^
*ehsan google
Kita saling melengkapi. Ibarat puzzle. Setiap dari kita ada lekuk (kekurangan), keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Di mana apabila sendirian, kita tidak kuat. Tetapi apabila kita bersatu dan bersama, kita saling melengkapi, sehingga menghasilkan sebuah struktur yang cantik dan kukuh.
Kesimpulannya..*pesanan buat diri ini juga*
-Pandanglah setiap orang dengan kaca mata dakwah^^.
-Sentiasa cuba upgrade diri dari hari ke hari.
p/s=sebenarnya banyaaak lagi ilmu yang saya dapat dari kelas UNGS, bukan ini sahaja;p InsyaAllah saya akan ungkapkan dalam entri yang akan datang:))
Wallahualam~
N.A.L.H
21 Jun 2012, Khamis, 12.55am
UIA Gombak, Selangor
No comments:
Post a Comment