Idea dan mood untuk menulis terasa membuak-buak pula bila dah balik rumah ni, hehe. Kepada yang duduk jauh dan tak balik, silalah jangan jeles ye. Dua bulan je kampus dekat. Nanti bila dah belajar di kampus Kuantan, tak dapat balik selalu dah T.T (sila baca dengan nada sayu ;p)
Okey, berbalik kepada tajuk saya pada hari ini, Penyakit Hati.
Sewaktu belajar Biology 2 dulu, kitorang belajar bahawa hati atau liver ni ada 11 fungsi. Hmm, banyak kan? Itu yang termasuk dalam silibus kitorang. Belum lagi yang tak termasuk dalam silibus. Dan yang dijumpai lagi oleh pakar-pakar dan saintis? Haa...banyak kan? Subhanallah. Takbir!!
Dan antara fungsi hati ialah membersihkan kotoran dalam badan dan menyahtoksik.
Tapi itu baru kotoran zahiriah. Kotoran batiniyyah?
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."
*ehsan google
Penyakit hati
Penyakit hati, penyakit yang sangat halus dan sangat berbahaya.
Ia menyerang tanpa mengira
sama ada budak usrah,
budak surau,
budak sekolah agama,
atau sesiapa sahaja!
Kesan penyakit hati
Boleh menyebabkan ibadah menjadi kurang khusyuk. Bukan itu sahaja, apa yang paling dibimbangi ialah, amalan tidak diterima oleh Allah *nauzubillah*.
*ehsan google
Contoh penyakit hati
# Riak-sila rujuk post saya sebelum ini.
# Sum'ah
# Penyakit hati apabila berinteraksi dengan kaum berlawanan jenis. Haa....inilah yang ingin saya fokuskan pada hari ini.
Rahsia kaum hawa
*ehsan google
Rahsia ini saya dapati hasil pembacaan dan juga hasil dari perkongsian dan luahan rasa dari sahabat-sahabat saya.
Saya ingin membongkarkan rahsia kaum hawa supaya kaum adam khasnya dapatlah mengambil tindakan yang sewajarnya dan lebih berhati-hati selepas ini. Ha, berhati-hati apa pula ya? :p
Ok, saya bongkarkan...
Ketahuilah....
Kebanyakan, tapi BUKAN SEMUA kaum hawa ini merupakan spesies yang sangat-sangat sensitif dan sangat halus perasaannya. Dan kami juga merupakan spesies yang cepat perasan *maaf cakap*.
Kadangkala....
Mungkin kalian cuma bergurau dengan kami, tetapi boleh jadi kami anggap itu serius.
Mungkin kalian cuma berbaik kepada kami sebagai seorang kawan, tetapi boleh jadi kami menganggap bahawa kalian meminati kami *auuuwww, perasannya!*
Mungin kalian senyum kepada kami sebagai sahabat, tetapi boleh jadi kami menganggap bahawa itu ialah senyuman rindu *ahakkss*.
Mungkin kalian menegur kami hanya sebagai seorang kenalan, tetapi boleh jadi kami menganggap lebih daripada itu.
Saya bagi contoh.
Pada suatu ketika dahulu, saya terlibat sebagai committee dalam suatu program. Program yang mana satu, rasanya tak perlulah saya ungkapkan di sini. Dan dalam program tersebut, seorang committee lelaki menghantar mesej kepada semua committee yang lain, bagi memohon maaf atas keterlanjuran bahasanya sewaktu sedang marah dan kecewa.
Okey, perbuatan memohon maaf itu tidak salah, kerana perbuatan itu menandakan bahawa wujudnya sifat tawadhuk dalam diri. Cuma, ayatnya terlalu berbunga, dan di hujung mesej itu terdapat pula smiley yang berbentuk mawar.
Terdapat beberapa committee perempuan sangat excited membaca mesej tersebut, sehingga membacanya berulang kali. Dan mereka sangat excited melihat smiley yang sangat sweet itu.
Ha....mesej sahaja boleh membungakan perasaan kami. Belum lagi tutur bicara. Dan...belum lagi perlakuan.
Ha.....takut tak?;p
Hmm, sebab tulah Allah perintahkan kita semua supaya menundukkan pandangan. Kerana bak kata orang, dari mata turun ke hati.
Dari pandangan, kita boleh teringat-ingat orang tu, sehingga di bibir asyik menutur bicara namanya. Kadangkala juga sampai membawa ke alam mimpi pula. Dan...sampai tak khusyuk solat! Ha, bahaya tu!
Penawarnya..
Setiap penyakit ada penawarnya. Di sini saya ingin berkongsi 18 penawarnya yang dicopy &paste dari http://www.iluvislam.com/design/e-kad/4582-design-18-cara-merawat-hati.html
1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
Kesimpulannya...
Setelah membaca post ini, diharap kaum adam bolehlah mengambil tindakan sewajarnya, huhu. Bukanlah tidak boleh bergaul langsung, tetapi biar berpada-pada dan berhati-hati. Sebab...Kalian mahu ke bertanggungjawab sekiranya kami tidak khusyuk dalam solat? *ayat tak boleh blah*
Jom, sentiasa berusaha mengubati penyakit hati dengan 18 penawar yang tertera di atas.
Jom, sentiasa menjaga ikhtilat.
Jom, berprinsip tetapi jangan jumud.
*Sedang cuba memperbaiki diri*
Wallahulam~
N.A.L.H
14 June 2012, Khamis, 1.24am
Ampang, Selangor
like lah...
ReplyDeletepenulisan anda relistik, tidak jiwang, tidak berbunga2, simple, mmg sesuai utk org yg malas bca =)
terima kasih, akhirnya jumpak islamic girl yg x buat-buat lembik... =_="