Friday, June 15, 2012

Kecewa? Jangan risau, Allah maha mendengar :)

Assalamualaikum w.b.t


*gambar hiasan. ehsan google.

jom klik play! hehe



Dalam hidup ni, sudah menjadi lumrah, ada suka dan ada juga duka. Terkadang kita ditimpa kesenangan, dan terkadang juga kita ditimpa kesusahan. Terkadang kita gembira, dan terkadang juga kita kesedihan. Ya, itu lumrah hidup. Itu sunatullah. Tiada manusia yang selama-lamanya atau sentiasa bergembira. Pasti ada suatu saat atau ketika dia ditimpa kesedihan. Segembira atau seceria mana pun sesorang itu, mana mungkin dia akan terus ceria dan tersenyum tatkala menghadapi pemergian orang  tersayang?


*ehsan google

Ya, itu lumrah. Manusia diciptakan berperasaan.

Dan apabila kita dirundung malang atau kesedihan, setiap daripada kita ada caranya sendiri untuk melepaskan kesedihan.

Ada yang memilih untuk tidur untuk menenangkan fikiran.
Ada yang conteng-conteng kertas, meluahkan perasaan terhadap kertas.
Ada yang akan main game.
Ada yang akan menonton movie atau melepak-lepak di pusat membeli belah.
Ada yang akan makan dengan banyak.

*ehsan google

Bagi yang berkemampuan dan ber'duit pula', mungkin akan pergi melancong.
Dan....ada juga yang meluahkan dan menceritakan masalah dan perasaannya kepada orang yang dipercayai..

Pernah tak.....kita menceritakan masalah kita kepada rakan kita..dan kemudiannya rakan kita itu ceritakan pula kepada orang lain, sedangkan kita sudah mengingatkannya bahawa itu adalah rahsia.

Pernah tak?

Apa perasaan kita tatkala itu?

Mestilah marah kan? Rasa kecewa. Rasa Teraniaya. Dan seribu macam lagi perasaan yang berbaur-baur.

Kita lupa

Sedangkan kita lupa bahawa kita ada Allah.


*ehsan google

Rakan kita boleh mendengar, tetapi Allah itu maha mendengar.
Bahkan Allah tidak akan membocorkan rahsia kita.
Allah akan menyimpan rahsia kita.
Bukan itu sahaja, Allah akan menyelesaikan masalah kita, insyaAllah.

Kerana apa? Sebab Allah itu maha berkuasa.

Jadi, apa alasan kita untuk tidak mengadu kepada Allah?

Kita fikir kita perlu

"Aku dah berdoa selama 20 tahun kepada Allah untuk jadi kaya. 20 tahun tahu tak? Lama tu. Tapi macam ni aje aku. Dari dulu sampai sekarang berumah teres aje. Orang lain dah berumah banglo tahu tak? Em, penat tau berdoa ni" luah seorang guru.

Ya, kita sering berdoa kepada Allah, memohon nikmat yang kita fikir kita perlu.

Sedangkan Allah itu maha mengetahui, apa yang kita sebenar-benarnya PERLU. Sebab Dia yang mencipta kita. Jadi Dia tahu tahap kemampuan kita. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia maha mengetahui.

Mungkin....
Dengan banyaknya harta, dengan tingginya pangkat kita,membuatkan kita alpa, riak, takbur? Mungin juga....terlalu sibuk, sehingga tidak ada masa lapang untuk menghadiri kuliah maghrib.

*ehsan google


Mungkin....
Allah mahu mengurniakan kepada kita nikmat yang kita pohon, tetapi mungkin lambat sedikit.
Dengan lambatnya nikmat diperoleh, mungkin boleh mendekatkan diri kita kepada Allah, lantaran sering menunaikan solat hajat?

Adab berdoa



*ehsan google


"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doapermohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.(Ghaafir Ayat 60)



# Tawadhuk
# takut dgn azab Allah;
# bersangka baik kepada Allah.
# istiqomah
# Faham dan tahu apa yang kita minta.

Tak salah

Tak salah sekiranya kita menceritakan masalah kita kepada orang lain, kerana itu juga merupakan salah satu cara untuk menghilangkan tekanan. Dan mungkin juga rakan kita boleh memberi cadangan dan idea yang baik kepada kita untuk menyelesaikan masalah, kan?

Cuma....jangan anggap rakan kita itu yang menyelesaikan masalah kita, tetapi Allah yang menyelesaikan masalah kita. Manakala rakan kita itu hanya merupakan wasilah sahaja. Dan...jangan lupa mengadu dan memohon kepada Allah. Dia maha mendengar dan maha memperkenankan.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Al-Baqarah Ayat 186)

Kesimpulannya

-Allah itu maha mendengar. Maha kaya. Maha mengetahui. Maha pengampun. Maha penyayang.
-Jangan berputus asa berdoa dan memohon kepada Allah :))

Wallahualam~

N.A.L.H
16 Jun 2012, Sabtu, 2.05 pm
Ampang, Selangor

















No comments:

Post a Comment

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~