Thursday, May 31, 2012

Jom jadi bahagia dan membahagiakan!=D

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama tak post kat sini (padahal baru 2 hari, hehe). Setiap kali nak post, bukannya mudah sebab perlu merujuk beberapa buah buku dahulu (kadang-kadang satu buku je=p), serta mengaitkan dengan kalam-kalam-Nya. Sungguh, saya sangat takut sekiranya apa yang saya tulis di sini merupakan dusta, fitnah, atau 'sesat dan menyesatkan'. Kerana apa? Kerana setiap patah kalam yang saya nukilkan di sini akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak! Moga setiap bait kata yang saya nukilkan di sini dihitung-Nya sebagai ibadah. amin! Emm...Begitu juga sekiranya kita hendak post di mana-mana laman sosial, fikir dahulu sebelum post, takut menjadi fitnah:-) *peringatan buat penulis juga*

Alhamdulillah, pagi semalam berpeluang mendengar ceramah Professor Muhaya (salah seorang idola saya, hehe) dalam corong radio ikim , yang mana melalui kata-kata beliau, Allah beri ilham kepada saya untuk post pada hari ini. ^^

Tajuk post saya pada hari ini ialah bahagia dan membahagiakan.

Saya petik kata-kata Ustaz Pahrol Mhd Juoi (sgt sukaaaaaaaaaaa karya beliau), 'kita hanya akan bahagia apabila kita membahagiakan orang lain'. Ya, ini sememangnya benar.

Saya beri anda satu situasi.

Anda beri hadiah kepada rakan anda pada hari lahirnya. Apa perasaan rakan anda pada waktu itu? Mestilah bahagia kan, takkan lah sedih kot? Bahagia kerana rasa dihargai, disayangi dan dikasihi. Dia tersenyum. Apa perasaan anda pada waktu itu? Bahagia kan? Bahagia kerana dapat membahagiakan orang lain;-) Jadi konklusinya, rajin-rajinlah beri hadiah kepada rakan anda, termasuklah saya, hehe. *Saya nak buku Hilal Asyraf, atau Ustaz Pahrol, atau Ustaz Hasrizal, atau Fatimah Syarha, atau Dr Muhaya, atau Dr Farhan Hadi, atau Ustaz Zaharuddin.winkwink. hehe. demand pula* (perhatian ye, perkataan 'atau' yang digunakan di atas lebih afdhal digantikan dengan perkataan 'dan'. hehe. Dah, cukuplah perangai gila-gila ni;p )

Ok, berbalik kepada topik kita. Em, bagaimana kita mahu menjadi seorang yang membahagiakan? Antara tips yang sempat saya kutip dari ceramah Dr Muhaya, kita perlulah menjadi seorang yang positif dulu, supaya aura positif tu boleh merebak kepada orang lain di sekitar kita. Timbul pula persoalan, bagaimana mahu menjadi seorang positif?

Senang saja, berfikiran positif, sentiasa bersyukur, dan kurangkan tiga tabiat ni; iaitu mengumpat, mengeluh, dan merungut!

Suka untuk saya tekankan pemikiran positif ni, kerana pemikiran kita mempengaruhi sikap kita, perkataan kita, dan tindakan kita. Teringat waktu zaman hingusan dulu, pergi ke kem motivasi. Abang dan kakak fasi tu tak habis-habis suruh nyanyi lagu 'kau boleh'. Waktu tu, nyanyi jela, sambil sempat ketawa-ketawa lagi dengan kawan-kawan, tanpa menghayati lagu tu. Biasalah, budak-budak. Hehe.  Ok, saya ingin kongsikan lirik lagu 'kau boleh':

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


*warna merah pada tulisan melambangkan keberanian. heheh.

Sentiasa bersyukur, tidak mengeluh, tidak merungut.

Dari segi nikmat duniawi, sentiasa bersyukur dengan melihat orang yang lebih rendah daripada kita *rendah di sini bukanlah merujuk kepada saiz badan ye*. Contoh. Kita ada kereta kelissa, bersyukur sangat-sangat sebab kita ada kereta kelissa. Dan, janganlah pandang mereka yang mempunyai kereta Porche, tetapi pandanglah mereka yang hanya mempunyai motosikal, atau lebih teruk, tidak mempunyai kenderaan langsung!

Saya beri contoh lagi. Kita sedang menuntut pelajaran di universiti tempatan. Janganlah bandingkan diri kita dengan mereka yang menuntut pelajaran di universiti luar negara, sebaliknya bandinglah dengan mereka yang langsung tidak berpeluang mendapat gelaran 'mahasiswa'. Bersyukurlah! Alhamdulillah! <3

Kenapa kita perlu bersyukur? Kerana apabila kita bersyukur kita akan menjadi sangat bahagia, tenteram, dan aman. Allah juga pernah berfirman, "Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat." (Ibrahim: 7) .

Ha, lihat? Betapa pemurahnya Allah. Betapa pengasihnya. Dahlah Dia beri nikmat kepada kita, kemudian apabila kita bersyukur, Dia tambah pula nikmat-Nya kepada kita. AllahuAllah <3

Apa kesannya kalau kita tak bersyukur? Allah akan menurunkan azab kepada kita, seperti menarik balik nikmat kita atau timpakan kita pula dengan penyakit hati, sepert riak, dan sebagainya. Dan apabila kita tak bersyukur, kita tidak akan berasa bahagia dan juga tidak akan membahagiakan.

Contoh. Ayah kita yang berpendapatan rendah tapi cuba sedaya upaya juga untuk membahagiakan kita, membelikan kita laptop berjenama ### yang berharga rm1000. Apa reaksi kita? Kita tak bersyukur, lalu merungut, "ala, jenama ### je ke? ayah kawan Ila bagi dia laptop Apple." Bayangkan apa perasaan ayah kita waktu tu? Mesti sangat sedih kan? Rasa sangat tak dihargai.

Ingin juga saya tekankan di sini, sekiranya tidak suka ibu bapa membanding-bandingkan kita dengan orang lain, jangan bandingkan mereka dengan ibu bapa orang lain.

Contoh. Jika kita tidak suka ibu bapa kita membandingkan kita dengan sepupu kita yang lain dari segi pelajaran, maka JANGAN bandingkan mereka dengan ibu bapa orang lain dari segi kemewahan hidup. Bersyukurlah, terimalah mereka seadanya. Pandanglah mereka dengan penuh kasih sayang. Berterima kasih lah kepada mereka. Kerana tidak berterima kasih kepada manusia itu samalah seperti tidak bersyukur kepada Allah. Nauzubillah! (Penulis sendiri sedang berusaha ni, hehe, jom kita sama-sama berusaha).

Dan....Untuk menjadi bahagia dan membahagiakan, kita mesti buang tabiat merungut! Sesungguhnya merungut itu pemusnah kebahagiaan. (Penulis pun sedang berusaha ni, hehe).

Buang tabiat mengumpat

Tabiat ni pun sebenarnya penulis sedang sedaya upaya untuk menyingkirkannya jauh-jauh. Terutama selepas buat assignment BTQ yang bertajuk ghibah(mengumpat). Sejak buat assignment tu, saya bertambah takut nak mengumpat. Mana taknya, kalau kita mengumpat si fulan, pahala amalan kita akan ditarik dan diberi kepada si fulan. Dan apabila pahala kita dah habis, amalan buruk (dosa) si fulan pula ditarik dan diberi kepada kita! YaAllah. Dahlah pahala kita taklah sebanyak mana, nak bagi pula pahala kita kat orang yang diumpat. Nauzubillah! Alhamdulillah, hidayah Allah datang melalui assignment!

Untuk menjadi bahagia dan membahagiakan, kita mesti buang tabiat mengumpat! Mengapa? Kerana apabila kita mengumpat, kita akan menambahkan aura-aura negatif dalam diri kita dan juga kepada orang di sekeliling kita!

Cuba bayangkan. Kawan anda terlupa nak bawakan sesuatu barang yang anda pesan. Kemudian anda pun mengumpatlah kawan anda ni, mengata kawan anda ni tak amanah la, pelupa la, dan macam-macam lagi. Bila anda buat begitu, anda dan geng mengumpat anda kesemuanya akan berfikiran negatif terhadap kawan yang diumpat tu. Kan tak sihat tu? Dan lebih disaster, apabila kawan yang diumpat tu dapat tahu anda mengumpat dia! Haha. Kan boleh mengundang pergaduhan? Bahagiakah begitu?

Murahkan senyuman


Ada orang kata kalau taik hidung masin sangat nak bersedekah duit, sedekahkan senyuman. Ha, tak payah laburkan apa-apa modal. Senyum je! ^________^ . Senyuman itu boleh menjadikan kita bahagia dan membahagiakan juga orang di sekitar kita:-) Tips senyum dari professor Muhaya: senyum sekurang-kurangnya selama 7 saat, dan senyumlah dari hati. hehe. Jom praktikkan!




kan indah senyum macam ni? hehe.
*ehsan google


Tahu tujuan hidup, tindakan, dan perbuatan kita


Tak kira lah apa pun yang kita lakukan, hatta menaip post dalam twitter pun kena fikir dulu kenapaaa kita post benda tu. Contoh. Post tazkirah. Kenapa? Sebab nak dapatkan redha Allah dan mungkin melaluinya akan menyedarkan diri sendiri dan juga sahabat yang lain, kan? Dakwah sampai mati, insyaAllah! hehe. (^.~) Begitu juga apabila kita bergurau dengan sahabat kita tak kiralah di alam maya atau di alam realiti, niat kerana Allah, untuk mengeratkan silaturrahim dengan kawan kita;-)

Tanpa mengetahui tujuan hidup, tindakan, dan perbuatan kita, hidup kita akan menjadi kosong dan tidak bermakna. Ini kerana kita melakukan perbuatan itu kerana kita PERLU melakukan perkara itu, bukannya kerana kita MAHU. Anda dapat bayangkan tak apa yang saya sedang cuba sampaikan ni?:)

Ok, saya beri contoh. Kita pergi ke kelas setiap hari, belajar, memerah otak untuk memahamkan pelajaran, TAPI kita tak tahu mengapa kita lakukan semua itu. Kita cuma tahu kita PERLU lakukan perkara itu untuk lulus peperiksaan dan mendapat pekerjaan, seterusnya peroleh pendapatan yang boleh menampung hidup kita. ITU AJE. Jadi hari demi hari berlalu. Minggu demi minggu berlalu. Bulan demi bulan berlalu. Setiap hari kita melalui rutin yang sama tanpa mengetahui MENGAPA kita perlu lakukan semua itu. Semuanya jadi kosong, tak bermakna.

Berbeza pula sekiranya kita tahu MENGAPA kita lakukan semua itu. Kita lakukan semua itu kerana kita khalifah Allah, dan MAHU mendapatkan redha Allah, jadi kita MAHU lakukan perkara itu. Jadi semuanya kita akan lakukan dengan usaha maksima, supaya impaknya juga maksima. Kerana kita MAHU lakukan semua itu, dan bukannya PERLU lakukan semua itu.


Penutup

Semoga kita semua jadi manusia yang bahagia dan membahagiakan! hehe. Jom berusaha! (^.~).  Ingat tips ni; sentiasa bersyukur, berfikiran positif, dan buang tiga tabiat (mengumpat, mengeluh, merungut). InsyaAllah kita bolehh!!

p/s=setiap tips yang ditulis oleh penulis sebenarnya masih sedang diusahakan oleh penulis untuk mempraktikkannya. hehe. jadi, menulis bukanlah bermakna diri ini sudah sempurna (^.~)




N.A.L.H
1 Jun 2012, Jumaat, 1.33.a.m.
Ampang, Selangor










No comments:

Post a Comment

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~