16 mei 2012
selamat hari guru! dan juga selamat hari lahir kpada rumetku NADA. moga dpnjgkan umur dan dimurahkan rezeki~
(teringat waktu zaman sekolah. berasak-asak di kedai KASIS giftshop kat depan giant permata. hihi. sibuk pilih hadiah untuk hari guru. tapi apa yg saya perasan, budaya ni semakin hilang apabila masuk ke sekolah menengah. lebih2 lagi bila dah form 4 form 5. makin kurang yang beri hadiah kepada guru. tak tahulah kenapa)
ok, back to the topic. hari ni aku nak cerita pasal MEDCY
apa itu MEDCY?
MEDCY ialah singkatan kpd MEDical sciences student soCietY. sebuah persatuan yang menggabungkan budak2 kos medic, denti, pmacy, allied health sciences, dan nursing. jadi MEDCY ni bukan untuk kos Medic je tau. ramai budak first year yang salah faham.
kepada budak first year yg bakal masuk ke CFS bulan jun ni, akak nak promote ni. join la MEDCY! insyaAllah byk manfaatnye.^^
antara aktiviti yg MEDCY jlnkan ialah talk, dinner, family day, jualan compilation, iq games, exhibition, trip to kuantan dan banyak lagi..
untuk menjadi line-up MEDCY, ade interview dan annual general meeting (AGM)...
AGM ni macam pilihan raya...kita kena promote diri sendiri kat depan, dan orang lain akan undi kita.selalunya AGM diadakan kat AMF Hall....so kena berani bercakap lah, di hadapan ratusan orang. ingat, niatkan kerana Allah! kalau tak, sia-sia je..
hmm, MEDCY sangat-sangat banyak mengajar saya....
pertama, dalam MEDCY saya sentiasa diingatkan supaya bekerja semata-mata kerana Allah. dan ye, tak dpt nak dinafikan, bekerja kerana Allah sgt manis. sepenat-penat mana pun kita, ketika tidur masih boleh tersenyum. dan apabila kita bekerja kerana Allah, insyaAllah kerja kita akan menjadi halus dan kita akn cuba sedaya upaya untuk melakukan yg terbaik. sebab apa? sebab kerja kita Allah yang nak hitung. Allah yang maha adil. dan juga sebab kita nak dapatkan redha Allah.
kedua, dalam MEDCY saya berjumpa dan berkenalan dgn ramai org dari latar belakang yg berbeza..saya jumpa dengan orang yang macam2 perangai...tapi, ingat! Allah maha hikmah dan bijaksana. pasti ade hikmahnya kenapa Dia pertemukan aku dgn org2 yang tak seperti yang aku inginkan. Dia melatih saya supaya kreatif, kritis, dan kritikal...dan, sebelum kita nak nilai orang, cuba nilai diri kita sendiri, kita ni perfect sangat ke? huhu.
ketiga, dalam MEDCY saya dpt merasakan satu biah solehah yang sangat2 menyejukkan jiwa. setiap meeting dimulakan dgn bacaan doa dan tazkirah. brothers and sisters sangat2 menjaga ikhtilat. sentiasa jaga jarak 1 meter. thumbs up MEDCY! Allahuakbar!
keempat, dalam MEDCY saya dilatih untuk bercakap. sebab takkan la nak senyap je dalam meeting kan? jadi saya yang pemalu (konon2nya) ni dilatih, dilatih, dan dilatih untuk bercakap. saya juga dilatih untuk 'brainstorm' untuk menjayakan program. huhu.
kelima,dalam MEDCY saya diajar untuk 'jaga kerja masing-masing' dan 'jangan menyibuk tugasan org lain'. ye, ini sememangnya benar. apabila kita diberi satu tugasan, kita hanya perlu jaga kerja kita je, dan jangan menyibuk buat tugasan org lain, ini penting utk mengelakkan salah faham, kelam-kabut, dan juga membolehkan kita laksanakn kerja kita dgn perfect..ingat! Islam sgt2 menggalakkan umatnya untuk bersikap ehsan dlm bekerja.
Gratisan Musik
trip to kuantan (credit to asilah anis yang tangkap gmbr)
bersama semua peserta di hadapan kuliyyah of pharmacy
sharing moment di tepi pantai berhampiran chalet
campfire di tepi pantai
barbeku di tepi pantai
di uia kuantan
di sport complex...ade swimming pool!
bangunan termahal: bangunan dentistry (bernilai ratusan juta)
kuliyyah of medicine...
bergambar bersama committee trip to kuantan yang daebak.
allahu akbar!
jamuan raye medcy
akhir kata, saya SAYANGGGGG MEDCY! <3 <3
ikhlas, AIMI LIYANA
dok kat chalet ktne?kt tg sepat ke?
ReplyDeleteharapan saya semoga awak terus berbakti kepada sahabat2,masyarakat & ummah kerana Allah......
insyaAllah miss..yep, kat tanjung sepat....
ReplyDeleteDah agk dah kt tg sepat coz tgk gmbr tu......dulu zaman belajar saya slalu wat program kt situ......best2...haritu pergi x talk yg Dr Firdaus Ujang tu?
ReplyDeletemiss dlu uia gak ke? talk? pegi...best sgt2 dan sgt2 mmbantu. thumbs up!=D
ReplyDeleteAbg Firdaus tu senior saya.......saya yg mintak die dtg utk wat perkongsian sikit dengan junior2 yg bakal melangkahkan kaki ke uia ktn bln 9 ni......sy ade je dlm LHA tu smpi habis sharing moment tu.....
ReplyDeleteSubhanaLLAH..mantap isinya..syukran
ReplyDelete