Gratisan Musik
assalamualaikum.
mungkin ramai yang tertanya-tanya di manakah post saya yang bertajuk Wardatul Syuhada ep 1, ep 2, dan ep akhir, memandangkan hanya terdapat post Wardatul Syuhada special episod . ya, tak dapat nak dinafikan, sebenarnya saya terpaksa hide post tersebut untuk editnya semula pada masa akan datang, insyaAllah.
kenapa?
sebab apabila saya membaca post tersebut berulang kali, saya terperasan bahawa ayat saya dalam post tersebut terlalu berkias. sehinggakan saya bimbang para pembaca akan tersalah tafsir.
ya, kita memang tidak boleh malu yang tak bertempat. tetapi kita masih perlu mempunyai malu. malu yang bagaimana? malu untuk melanggar syariat Allah. kerana Allah itu maha pemurah. segala-gala nikmat telah dikurniakan kepada kita. nikmat iman, islam, kesihatan, keamanan, keluarga, sahabat, kediaman, kenderaan, dan bermacam-macam lagi. terlalu banyak sehinggakan tak terhitung. subhanallah. alhamdulillah. allahuakbar.
hmm...
cuba bayangkan. kita mempunyai seorang sahabat. yang selalu belanja kita makan, belikan hadiah, bagi pinjam laptop, ajar kita pelajaran yang kita tak faham. sudah tentu kita terhutang budi dan malu untuk mengkhianatinya kan? itu baru sahabat yang sumbangannya tidak seberapa dan masih boleh dihitung.
sedangkan Allah?
terlalu banyak nikmat dikurniakannya. tapi, masih ramai yang melanggar syariat Allah. kerana apa? kerana mereka tak rasa kehadiran Allah. sedangkan Allah itu amat dekat. "sesungguhnya Allah itu lebih rapat daripada urat nadi kamu".
malahan Allah juga bersabda,
"Apabila hamba-hamba-Ku bertanya tentang Aku, maka katakanlah bahawasanya Aku amat dekat." (Al-baqarah:186)
Allah itu amat dekat dengan kita. maha melihat. maha mendengar. maha kuasa. jadi siapakah kita untuk mengingkari syariat-Nya? kita hanya hamba. tidak punya apa-apa. keluarga, tubuh badan, rumah, kereta, semua itu pinjaman semata-mata.
berbalik kepada persoalan malu. ya, Bidadari Dunia itu malu.
tetapi adakah ini bermakna malu sehingga tak keluar rumah? tidak berhadapan dengan masyarakat?
tidak.
Bidadari dunia masih menonjolkan diri apabila perlu.akan menyumbang kepada ummah. menyumbang idea, pendapat yang dapat membangunkan ummah.
Bidadari dunia memang professional, cool, dalam bekerja.
tetapi ini bukanlah bermakna mereka bergurau-senda dengan lelaki bukan mahram tanpa batas. mereka menonjol, tetapi masih menjaga pandangan, menjaga ikhtilat, selaras dengan syariat Allah. ada masanya mereka tegas, dan ada masanya juga mereka cool.
Bidadari dunia cool dalam bekerja. contoh. ketika bekerja dalam persatuan dan menjadi timbalan kepada seorang ketua lelaki. bidadari dunia tidak kaku. tidak terlalu serius dan garang . bayangkan, muslimah yang bekerja dalam persatuan, terlalu kaku, serius, dan garang sehinggakan apabila keluar dari meeting pun dengan dahi berkerut-kerut. stress kan begitu? boleh meningkatkan blood pressure dan risiko sakit jantung pun ada.=D
saya menulis berdasarkan pengalaman. saya pun sebenarnya sedang memperbaiki diri. dulu saya pun agak pemalu yang tak bertempat. sewaktu meeting tunduk memanjang, nak bercakap pun malu. akibatnya? sangat sukar untuk bekerjasama kerana jambatan hati itu tidak wujud. kekok. kalut. semuanya ada. astaghfirullahalazim
hmm..
memang kita tak boleh jumud, tetapi kita masih perlu berprinsip. contoh, berprinsip untuk menjaga ikhtilat. menjaga aurat. menjaga pandangan. ada masanya kita perlu memandang wajah ketika berbincang. tetapi sekejap sahaja dan tidak berlebihan. ya, prinsip adalah tunjang bagi segala-galanya, bagi saya.
saya beri contoh lagi.
kita bukanlah tak boleh bersukan. apabila waktu petang, atau ada temasya sukan, kita terlibat. tetapi kita masih mempertahankan prinsip kita untuk menjaga aurat. tak kisahlah sukan apa pun yang kita main, baju tetap labuh menutup punggung, tudung mesti tutup dada. kalau pertandingan sukan tersebut menghalang kita daripada mempertahankan prinsip kita. senang saja, tak payah join pertandingan tersebut.
penutup
bidadari dunia itu pemalu, tetapi bukan malu tak bertempat, sebaliknya malu untuk melanggar syariat Allah. bidadari dunia itu juga professional, cool dalam bekerja, tetapi masih menjaga syariat Allah. dan...bidadari dunia itu juga berprinsip, tetapi tidak jumud. terbuka, tetapi tidak hanyut.
emm...saya nak jadi bidadari dunia..kalian taknak ke? tau tak, Aisyah r.a pernah berkata,
"sesungguhnya bidadari dunia itu amat dicemburui oleh bidadari syurga dek kerana amal ibadatnya di dunia."
apa pula bezanya bidadari dunia dengan bidadari syurga? bidadari syurga memang telah disediakan oleh Allah di syurga. manakala bidadari dunia pula adalah muslimah yang dapat masuk ke syurga kerana amalannya. hmm...seronok kan jadi bidadari dunia? jom, kita berazam untuk menjadi bidadari dunia! moga kita dapat berjumpa di taman firdausi, insyaAllah.
(p/s=sebenarnya sewaktu di sekolah rendah, saya pernah bercita-cita untuk menjadi novelis. *blushing* hehe, tapi dah ter'jadi' lain pulak..hehe...takpela, menulis di blog pun ok apa, kan? ^^)
wallahualam~
No comments:
Post a Comment