alhamdulillah, harini berpeluang menjejakkan kaki ke library uia gombak.....jauh kottt...berpeluh-peluh nak pergi sana...takpe-takpe, exercise :D Saaaangat cantik design library uia, walaupun takdelah sebesar mana.. Datang library ni pun sebab nak cari buku untuk assignment UNGS....insyaAllah, tajuk kitorang, POLYGAMY....
Sebelum kelas UNGS bermula, bagi mengisi masa lapang sebelum kedatangan lecturer, group kami sering mengadakan tazkirah. Thumbs up, takbir! Alhamdulillah. Hehe.
Saya teringat akan ayat salah seorang groupmate saya (tak ingat nama. hehe) sewaktu memberi tazkirah. Katanya, "semua orang ialah dai'e".
Jika mati anak Adam, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya. (Riwayat Muslim).
Dai'e
Atau dalam bahasa melayu, pendakwah
Bila kita sebut perkataan daie, siapakah yang terbayang di minda kita?
Siapakah pendakwah?
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat?
Ustaz Kazim?
Ustaz Azhar Idrus?
Takkk....hakikatnya anda sendiri, saya, kita, kami, mereka....semua muslimin muslimat adalah dai'e!
Bagaimana mahu menjadi dai'e?
Aduh....semua orang kena jadi dai'e ke?
Habis tu macam mana?
Nak kena khatam kan kitab-kitab tebal ke?
Kena pakai jubah dan kopiah sepanjang masa ke?
Nak kena ambil jurusan quran sunnah ke?
Jawapannya:
Kalau nak penuhi kriteria di atas boleh, dan kalau tak penuhi pun boleh jadi dai'e
Bagaimana ya?
Alam maya
Ok, anda ada facebook atau blog atau tumblr atau twitter? Em, gunakah facebook anda sebagai medium dakwah. Postkan status yang mengingatkan tentang Islam. Contoh, tentang mati ke, aurat ke, isu syria, isu myanmar, dan macam-macam lagi?
Tak reti nak tulis ayat? Okey, takpe, jangan risau, kalau ada terbaca artikel yang menarik dan 'menusuk' jiwa, klik je butang 'share'..senangg...hehe......
*ehsan google
Kreatif? Pandai edit gambar? Pandai buat poster? Pandai guna photoshop? Pandai edit video? Buatlah poster islami atau video islami, dan postkan ke dalam facebook, tumblr, blog, atau youtube. Setiap kali orang klik dan terlihat poster anda, anda dapat pahala...Setiap kali orang tonton video islami anda, anda dapat pahala. Best kan? Hehhee..
Alam realiti
Bagi muslimah, sekiranya pergi ke mana-mana sahaja, pakailah baju mengikut syariat Islam. Contoh. Pergi ke Plaza Low Yat atau Times Square dengan memakai baju labuh bersama tudung yang menutup dada dengan sempurna. Supaya apabila mereka yang tidak berapa nak menutup aurat dengan sempurna, tengok kita, merasa cemburu. Biarkan mereka cemburu. Cemburu dengan pakaian kita yang nampak sangat selamat dari fitnah-fitnah dunia. Biar mereka berasa sangat teringiiiin untuk mencontohi kita. Tapi mestilah niat lillahi taala ^^.
Anda ada jawatan dalam persatuan? Okey,anjurkan program-program islami seperti ceramah, forum, kem solat, dan sebagainya. Jemput ustaz-ustaz datang. Bak kata salah seorang kakak usrah saya, "kalau tak mampu nak jadi menteri penerangan pun, jadi menteri pengangkutan atau menteri publikasi pun bolehh".
Berdakwah dengan sahabat-sahabat dan keluarga. Berdakwah melalui qudwah. Dan tegur kesilapan mereka, huhu. Tapi mungkin ini agak sukar, kerana saya sendiri pun sangat sukar untuk menegur sahabat. huhu. Tapi apabila saya teringat perjuangan Nabi Nuh a.s. yang berdakwah selama 950 tahun, saya rasa bersemangat. Mungkin saya tidaklah sehebat atau setanding baginda, tetapi saya boleh mencontohi dan mengutip semangat dari perjuangan baginda. Doakan saya kuat. huhu.
Kesimpulannya....
-Set dalam minda bahawa 'setiap orang termasuklah kita sendiri ialah dai'e'.
-Untuk menjadi dai'e, mestilah mempunyai ilmu. Supaya bicara kita bukanlah merupakan sia-sia atau mengikut hawa nafsu sahaja, tetapi sebaliknya berbicaralah dengan ilmu ^^
-Bagaimana nak topup ilmu? Senang je, buku islami melambak-lambak di library dan di kedai buku. Baca iluv islam dan blog islami pun bolehh. Daannn, joinlah usrah! Best (^^)Y
-Niatkan semata-mata kerana Allah.
-Allah yang maha memberi hidayah, kita hanya mampu berusaha sahaja.
Surah Al-Lail, ayat : 12.
"Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah)."
Hari ini agak kepenatan dek jadual yang sangat padat, straight dari pukul 9 sehinggalah pukul 5. Dan disebabkan kedudukan kelas yang agak jauh dari mahallah *huhu*, jadi sewaktu gap kelas, tak balik bilik pun *sobsobs*..Dan selepas kelas pulak, solat asar dan terus pergi ke pasar malam *wink2*...Jadi memang agak keletihan. Tetapi keletihan yang seronok. alhamdulillah^^
Takpe, moga kesusahan dan kepenatan ini menjadi tarbiyyah untukku bekerja sebagai doktor pada masa hadapan. Aminnn ^^
Okey, hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu yang saya dapat dari kelas UNGS, yey! Sharing is caring kan? Lagipun kalau pada masa hadapan saya terlupa ilmu-ilmu ini, boleh lah saya rujuk entri ni (^.^). UNGS memang sangat menarik, dan menghadiri kelas UNGS samalah seperti menghadiri ceramah agama, cuma dalam versi Bahasa Inggeris. Dan memerlukan fokus yang tinggi untuk digest dan memahamkan slang lecturer yang datang dari berbagai-bagai negara. huhu.
********
"Antara salah satu faktor penceraian ialah tidak berpuas hati terhadap pasangan masing-masing"
Sebab apa? Yelah....setiap orang mengimpikan pasangan yang terbaik-baik-baik, dan kalau boleh nak yang perfect la kann. Nak yang kaya. Cantik/Handsome. Pengemas. Pemurah. Romantik. Hmm...apa lagi ye? Alim. Pembersih. Rajin. Ha....dan seribu macam lagi la kelebihan.
Selepas kahwin, barulah nampak perangai masing-masing. Meskipun sebelum nikah dah pernah pegang tangan, share straw sewaktu minum *aww*, rupa-rupanya kita tak kenal lagi siapa sebenarnya pasangan hidup kita. Dan selepas kahwin, barulah nampak belang sebenar pasangan kita.
Sebab tulah, kita perlu tahu dengan jelas, kenapa kita nak KAHWIN. Sekiranya berkahwin kerana Allah, kita akan sedaya-upaya menerima segala kekurangan dalam diri pasangan kita. Kita sentiasa upgrade diri kita, supaya dapat menjadi pasangan yang terbaik.
Ok, hari ini fokus entri saya bukanlah nak mengenai nikah.hehe. Sebab saya sendiri pun dah penat dah dengar tentang 'nikah' dalam kelas. huhu. Ustaz asyik menimbulkan isu 'nikah' di dalam kelas. Okey, ini memang tak salah sebab kitorang dah berumur 20 tahun pun, cuma agak penat dengar topik ni =.='
Berbalik kepada topik kita malam ini,
kamu. saya. kita. kami. saling melengkapi ^^
Dulu, saya pernah memendam perasaan amarah saya terhadap seorang sahabat yang mempunyai satu perangai yang saya sangat benci. Dan akhirnya perasaan itu 'meletus' sehinggalah tercetusnya pergaduhan antara kami. Huhu.
Akhirnya saya tersedar.
Dalam hidup ni, kita akan berhadapan dengan seribu macam jenis orang.
Ada yang sangat baik tetapi terlalu skema sehingga merimaskan. Ada yang nakal sedikit. Ada yang jenis mulut laser. Ada yang jenis poyo. Ada yang jenis bossy (suka mengarah).
Ada sahabat kita, yang kita sangat menyenangi mereka. Kita sangaaat 'sekepala' dengan mereka.
Ada juga, sahabat kita yang kadangkala *atau selalu* buat kita naik hangin.
Tapi, saya sering mengingatkan diri saya sendiri, sebelum kita mahu melabel orang lain, atau rasa menyampah dengan orang lain, saya cuba muhasabah diri saya dulu,
"Saya ni baik sangat ke? Sehingga sampai tahap layak untuk menilai orang lain?"
Saya teringat kata-kata Ustazah Fatimah Syarha,
"Pandanglah seseorang dengan kaca mata dakwah. Cari dan galilah segala kebaikan yang ada pada dirinya. Kerana Allah ciptakan setiap manusia dengan keistimewaan dan keburukan yang tersendiri"
Kita semua saling melengkapi.
Contoh.
Si A merupakan seorang yang agak pengemas, tetapi roomatenya, si B, merupakan sebaliknya.
Tetapi si A sangat sukar bangun subuh, manakala si B sangat mudah bangun subuh.
Jadi si B boleh mengejutkan si A dari tidur.
Manakala si A pula boleh menunjukkan contoh yang baik kepada roomatenya dengan rajin mengemas.
Itu baru contoh yang kecil. Belum lagi institusi kekeluargaan. Institusi masyarakat. Institusi kenegaraan. Dan...ummah^^
*ehsan google
Kita saling melengkapi. Ibarat puzzle. Setiap dari kita ada lekuk (kekurangan), keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Di mana apabila sendirian, kita tidak kuat. Tetapi apabila kita bersatu dan bersama, kita saling melengkapi, sehingga menghasilkan sebuah struktur yang cantik dan kukuh.
Kesimpulannya..*pesanan buat diri ini juga*
-Pandanglah setiap orang dengan kaca mata dakwah^^.
-Sentiasa cuba upgrade diri dari hari ke hari.
p/s=sebenarnya banyaaak lagi ilmu yang saya dapat dari kelas UNGS, bukan ini sahaja;p InsyaAllah saya akan ungkapkan dalam entri yang akan datang:))
Wallahualam~
N.A.L.H 21 Jun 2012, Khamis, 12.55am UIA Gombak, Selangor
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
[Al-Hujurat 49:12]
MENGUMPAT,
seperti yang kita tahu, mengumpat ialah bercakap tentang perkara yang tidak disukai oleh orang yang diumpat. Dan apabila orang itu tahu dan ini menyebabkan dia berkecil hati atau marah, itu dikira MENGUMPAT.
*ehsan google
Dosa mendengar mengumpat itu samalah dengan dosa mengumpat-Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Kazim Elias.
Ya, manusia dicipta dengan berbagai-bagai ragam dan perangai. Tak terkecuali juga 'kaki-kaki mengumpat' ni...huhu...Dan apabila kita terjebak dan rakan kita yang sudah mula membuat mesyuarat tingkap dan membuka 'kafe mengumpat', bagaimana kita nak elak ya?
Pahala dah la tak banyak mana, nak sedekahkan pula pahala kepada rakan kita yang diumpat tu. Jadi...bagaimana nak elak dari mendengar umpatan?
Tips-tips
# Jika kita benar-benar sayangkan rakan kita dan kita mempunyai kekuatan dan keberanian untuk menegur, tegurlah. Tegur ada banyak metodenya. Tegur secara baik dan halus, atau tegur secara direct dan ringkas. Metode ini bergantung kepada mad'u tersebut. Sekiranya dia seorang yang sensitif, tegurlah secara baik dan halus. Dan sekiranya dia seorang yang lambat pickup atau tak berapa nak sensitif, tegurlah secara direct dan ringkas. Tetapi mesti secara HIKMAH.
Dulu, saya pernah menegur sahabat saya yang berbuat kesalahan dengan cara agak kasar. Akibatnya, api pergaduhan mula dinyalakan, dan akhirnya, dakwah itu tidak sampai, astaghfirullah. Tetapi saya sudah meminta maaf dan kami sudahpun berbaik^^. Sebab itulah pentingnya dakwah secara hikmah.
# Sekiranya si fulan yang mengumpat itu merupakan orang yang lebih tua daripada kita, atau merupakan seorang yang agak ego (susah nak terima nasihat dan pendapat). Dan kita pula tidak mempunyai kekuatan dan keberanian untuk menegur, maka dakwahlah secara perlahan-lahan.
Sewaktu 'sesi umpatan' itu, buatlah mimik muka bosan atau tidak berminat dengan percakapannya. Jangan pandang wajahnya secara terus-menerus sewaktu sesi tersebut, sebaliknya lilau-lilaukan lah mata ke tempat lain, menunjukkan kita sudah bosan mendengar kata-katanya. Dan, paling penting, janganlah tambah kehangatan sesi itu dengan "ohh, yeke?" atau "ohh, tak sangka macam tu"..
*ehsan google
Berpura-pura sedang kesempitan atau mengejar masa, sesekali kerling jam tangan, atau sekiranya tidak memakai jam tangan sewaktu itu, tanya si fulan itu, "eh, dah pukul berapa ya sekarang?"
Cuba selitkan sekali-sekala tentang keburukan kita, menunjukkan betapa banyaknya keburukan kita dan betapa tidak layaknya kita untuk menilai dan mengumpat orang lain.
Setelah sesi umpatan tersebut berakhir,berikan artikel kepadanya tentang keburukan mengumpat dan seumpama dengannya. Sekarang ni kan teknologi dah canggih, print aje artikel dari iluvislam atau mana-mana blog yang boleh dipercayai kesahihannya, dan berikan kepada si fulan itu. Atau lebih mudah, sebarkan aje di facebook:)) Lambat-laun, insyaAllah, dengan berkat usaha dan doa kita, hatinya akan lembut. Tapi hidayah tu milik Allah, kita cuma perlu berusaha saja dan selebihnya kita serahkan kepada Allah.
Mengumpat dibolehkan sekiranya...
# Ingin mencari teman hidup;p Contoh, si A melamar kita untuk berkahwin dengannya dan kita tidak mengenali si A. Maka kita bolehlah bertanya kepada ahli keluarga atau sahabat rapat si A tentang perangainya dan keburukannya. Ketika ini mengumpat adalah dibolehkan.
# Ingin memilih pemerintah atau pemimpin. Contoh, kita boleh nyatakan keburukan seseorang calon pilihan raya persatuan di universiti, supaya rakan-rakan kita tidak mengundi calon tersebut, seterusnya boleh mengelakkan kezaliman daripada berlaku.
*ehsan google
# Ingin membuat laporan kepada pihak berkuasa tentang maksiat yang berlaku. Contoh, rakan sebilik kita merokok dalam bilik. Maka kita bolehlah membuat laporan kepada fellow atau pengetua atau warden atau apa-apa yang sewaktu dengannya.
Tapi berhati-hati dalam berbicara, pastikan kesahihan 'laporan' itu dan pastikan juga tiada unsur tokok tambah. Dan yang paling penting, niatkan kerana Allah^^.
Dalam hidup ni, sudah menjadi lumrah, ada suka dan ada juga duka. Terkadang kita ditimpa kesenangan, dan terkadang juga kita ditimpa kesusahan. Terkadang kita gembira, dan terkadang juga kita kesedihan. Ya, itu lumrah hidup. Itu sunatullah. Tiada manusia yang selama-lamanya atau sentiasa bergembira. Pasti ada suatu saat atau ketika dia ditimpa kesedihan. Segembira atau seceria mana pun sesorang itu, mana mungkin dia akan terus ceria dan tersenyum tatkala menghadapi pemergian orang tersayang?
*ehsan google
Ya, itu lumrah. Manusia diciptakan berperasaan.
Dan apabila kita dirundung malang atau kesedihan, setiap daripada kita ada caranya sendiri untuk melepaskan kesedihan.
Ada yang memilih untuk tidur untuk menenangkan fikiran.
Ada yang conteng-conteng kertas, meluahkan perasaan terhadap kertas.
Ada yang akan main game.
Ada yang akan menonton movie atau melepak-lepak di pusat membeli belah.
Ada yang akan makan dengan banyak.
*ehsan google
Bagi yang berkemampuan dan ber'duit pula', mungkin akan pergi melancong.
Dan....ada juga yang meluahkan dan menceritakan masalah dan perasaannya kepada orang yang dipercayai..
Pernah tak.....kita menceritakan masalah kita kepada rakan kita..dan kemudiannya rakan kita itu ceritakan pula kepada orang lain, sedangkan kita sudah mengingatkannya bahawa itu adalah rahsia.
Pernah tak?
Apa perasaan kita tatkala itu?
Mestilah marah kan? Rasa kecewa. Rasa Teraniaya. Dan seribu macam lagi perasaan yang berbaur-baur.
Kita lupa
Sedangkan kita lupa bahawa kita ada Allah.
*ehsan google
Rakan kita boleh mendengar, tetapi Allah itu maha mendengar.
Bahkan Allah tidak akan membocorkan rahsia kita.
Allah akan menyimpan rahsia kita.
Bukan itu sahaja, Allah akan menyelesaikan masalah kita, insyaAllah.
Kerana apa? Sebab Allah itu maha berkuasa.
Jadi, apa alasan kita untuk tidak mengadu kepada Allah?
Kita fikir kita perlu
"Aku dah berdoa selama 20 tahun kepada Allah untuk jadi kaya. 20 tahun tahu tak? Lama tu. Tapi macam ni aje aku. Dari dulu sampai sekarang berumah teres aje. Orang lain dah berumah banglo tahu tak? Em, penat tau berdoa ni" luah seorang guru.
Ya, kita sering berdoa kepada Allah, memohon nikmat yang kita fikir kita perlu.
Sedangkan Allah itu maha mengetahui, apa yang kita sebenar-benarnya PERLU. Sebab Dia yang mencipta kita. Jadi Dia tahu tahap kemampuan kita. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia maha mengetahui.
Mungkin....
Dengan banyaknya harta, dengan tingginya pangkat kita,membuatkan kita alpa, riak, takbur? Mungin juga....terlalu sibuk, sehingga tidak ada masa lapang untuk menghadiri kuliah maghrib.
*ehsan google
Mungkin....
Allah mahu mengurniakan kepada kita nikmat yang kita pohon, tetapi mungkin lambat sedikit.
Dengan lambatnya nikmat diperoleh, mungkin boleh mendekatkan diri kita kepada Allah, lantaran sering menunaikan solat hajat?
Adab berdoa
*ehsan google
"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankandoapermohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Ghaafir Ayat 60)
# Tawadhuk
# takut dgn azab Allah;
# bersangka baik kepada Allah.
# istiqomah
# Faham dan tahu apa yang kita minta.
Tak salah
Tak salah sekiranya kita menceritakan masalah kita kepada orang lain, kerana itu juga merupakan salah satu cara untuk menghilangkan tekanan. Dan mungkin juga rakan kita boleh memberi cadangan dan idea yang baik kepada kita untuk menyelesaikan masalah, kan?
Cuma....jangan anggap rakan kita itu yang menyelesaikan masalah kita, tetapi Allah yang menyelesaikan masalah kita. Manakala rakan kita itu hanya merupakan wasilah sahaja. Dan...jangan lupa mengadu dan memohon kepada Allah. Dia maha mendengar dan maha memperkenankan.
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Al-Baqarah Ayat 186)
Kesimpulannya
-Allah itu maha mendengar. Maha kaya. Maha mengetahui. Maha pengampun. Maha penyayang.
-Jangan berputus asa berdoa dan memohon kepada Allah :))
Sebelum tu, sila klik 'play' dulu untuk lagu ni. Sangat best lagu ni. hehe. <3
Sebelum saya memakai braces, saya sering bertanya atau dengan bahasa yang lebih tepat, sering menemuramah pemakai braces,
"sakit tak pakai braces?"
"macam mana nak makan dengan gigi besi?"
"macam mana nak gosok gigi?"
Dan macam-macam soalan lagi. Haha, excited kan? Dan disebabkan waktu tu kat rumah takde internet (sobsobs), jadi terpaksalah mencari maklumat dengan menggunakan kaedah lisan, dan bukannya dengan kaedah alam maya.
Jadi hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian nostalgia dan memori saya bersama cik Braces tersayang *ahakkss*. Kepada yang ingin berhajat untuk memakai braces, jom baca! InsyaAllah saya akan kongsikan tips-tips menjaga kebersihan brace (iya-iya je=p)
Kenapa saya memakai braces?
*sekadar gambar hiasan harap maklum. ehsan google
Ada yang menganggap bahawa braces ini dipakai hanya kerana untuk cantik dan menawan. Takk, tak semestinya ya. Saya memakai braces disebabkan oleh susunan gigi yang berlapis-lapis, sehingga menyukarkan saya untuk bercakap. Nak bercakap pun dengan slang yang agak pelik. Sehinggakan dulu guru bahasa saya pernah suggest saya untuk memakai braces, kerana oral presentation saya yang kurang memuaskan. Waktu tu perasaan saya, ya Allah, hanya Allah yang tahu. huhu.
Rasa sangat-sangat pelik. Kat mulut tu rasa macam ada gerigi-gerigi. hehe.
Minggu pertama memang sangat menyeksakan. Nak gigit pun sakit, apatah lagi nak mengunyah. Jadi, minggu pertama tu setiap hari makan bubur nasi (T.T)...tak pun, ayah belikan mashed potato ^^...sampai lama-lama tu memang muak la makan mashed potato tu.
Ya, apabila sakit gigi, seluruh badan pun jatuh sakit. Gigi berdenyut, kepala pun turut sama berdenyut. Kenapa ya? Hmm, entah la. Dentist, sila jawab ;p Sebab tulah pekerjaan seorang dentist ni sangat mulia. *actually semua pekerjaan pun mulia.asalkan mengikit syariat dan halal. hehe*
Yela, bayangkan, kalau sakit gigi, haih, semuanya jadi serba tak kena. Teringat pula masa minggu pertama tu, nak pergi sekolah pun rasa liat. Tapi memikirkan waktu tu nak siapkan projek, so datang jela sekolah *saya budak baik=p*.
Cara penjagaan atau menjaga kebersihan gigi besi
Untuk lebih kurang sembilan hari yang pertama bersama cik Braces, saya memakai berus gigi khas untuk menggosok gigi, kerana terlalu sakit sekiranya menggunakan berus gigi biasa. *Sebenarnya, pada malam pertama bersama cik Braces, saya tak gosok gigi punn. oppss, kantoi! *
Macam nilah rupa berus gigi khas. Hehe. Boleh didapati di farmasi berhampiran =D
Dulu saya beli kat Guardian Jusco Alpha Angle;p
*ehsan google
Tapi apabila gigi dah mula kuat, saya kembali memakai berus gigi biasa, sebab berus gigi ni terlalu halus, sehingga sangat memakan masa yang lama untuk memberus gigi. huhu.
Bila pakai braces ni, setiap kali selepas makan, WAJIB kumur-kumur dan gosok gigi. Kalau tak, kesianlah orang yang berhampiran atau bercakap dengan kita. Berbau tauu! Sebab, apabila memakai braces ni, sisa makanan mudah tersangkut di celah-celah gigi.
Nostalgia bersama cik Braces
# Sewaktu raya kat kampung nenek, saya pegang la seorang baby ni. Sebenarnya takdelah baby sangat, dah setahun lebih rasanya umur dia. Kemudian apabila saya senyum la kat dia, terserlah gigi besi saya ni. Tahu tak dia buat apa? Dia tarik gigi saya, haha. Dia ingat mainan apa? :-/
Nasib baik tak tercabut. Dan insyaAllah takkan tercabut pun, sebab tangan dia yang kecil manalah mampu nak tarik gerigi-gerigi besi yang dah disimen ni. bahahaha ;p ;p
# Ulser di mulut memang tak payah cakaplah. Bagi pemakai braces, ulser mulut adalah perkara biasa ya;D
Yelah, bila dah ada besi dalam mulut ni, senanglah besi tu untuk terkena ke mulut. Uisyh, sakit woh! Tapi, alah bisa tegal biasa. Bila dah terlalu kerap kena ulser, dah tak rasa sakit sangat dah T.T
# Sewaktu di cfs dulu, saya pergi ke blok QLD, ada urusan dengan lecturer di sana. Dalam perjalanan pulang, terserempak dengan seorang budak kecil, anak lecturer rasanya. Budak kecil tu sangat friendly dan dia menghulurkan tangan kepada saya. Saya pun senyum lah kat dia, lalu terserlah la gigi besi keramat saya. ni.
"Kat gigi ada apa tu?" tanya budak itu sambil memegang giginya.
Belum sempat saya nak jawab, dia dah lari lintang-pukang macam nampak hantu =.='. Okey, ini memang menyedihkan. Saya bukan hantulah!
Kesimpulannya
-Bagi yang teringin nak pakai braces, boleh, tapi check dulu niat. Kenapa nak pakai braces? Untuk cantik? Untuk meningkatkan keyakinan? Atau seperti saya, untuk memudahkan bercakap?
Inna ma a'malu binniat ^^.
-Jangan lupa jaga kebersihan gigi. Daaan, bila pakai braces ni, memang tak dapat dinafikan, memang sangat kerap menukar berus gigi. Sebab berus gigi cepat kembang ( _ _ !)
-Bagi sisters, kalau boleh carilah dentist perempuan ya^^. Sebab korang bakal terikat kontrak selama sekurang-kurangnya 3 tahun. Jadi memang akan sangaaat kerap menghadap muka dentist korang =.='
-Kalau dah pakai braces tu, kurangkan senyuman kepada baby. Sebab nanti mereka takut -.-". Lainlah kalau mak ayah mereka pakai braces jugak, emm, itu takpe, korang senyumlah banyak-banyak kat baby tu.
Wallahualam~
N.A.L.H
16 Jun 2012, Sabtu, 1.33am
Ampang, Selangor.
Idea dan mood untuk menulis terasa membuak-buak pula bila dah balik rumah ni, hehe. Kepada yang duduk jauh dan tak balik, silalah jangan jeles ye. Dua bulan je kampus dekat. Nanti bila dah belajar di kampus Kuantan, tak dapat balik selalu dah T.T (sila baca dengan nada sayu ;p)
Okey, berbalik kepada tajuk saya pada hari ini, Penyakit Hati.
Sewaktu belajar Biology 2 dulu, kitorang belajar bahawa hati atau liver ni ada 11 fungsi. Hmm, banyak kan? Itu yang termasuk dalam silibus kitorang. Belum lagi yang tak termasuk dalam silibus. Dan yang dijumpai lagi oleh pakar-pakar dan saintis? Haa...banyak kan? Subhanallah. Takbir!!
Dan antara fungsi hati ialah membersihkan kotoran dalam badan dan menyahtoksik.
Tapi itu baru kotoran zahiriah. Kotoran batiniyyah?
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."
*ehsan google
Penyakit hati
Penyakit hati, penyakit yang sangat halus dan sangat berbahaya.
Ia menyerang tanpa mengira
sama ada budak usrah,
budak surau,
budak sekolah agama,
atau sesiapa sahaja!
Kesan penyakit hati
Boleh menyebabkan ibadah menjadi kurang khusyuk. Bukan itu sahaja, apa yang paling dibimbangi ialah, amalan tidak diterima oleh Allah *nauzubillah*.
*ehsan google
Contoh penyakit hati
# Riak-sila rujuk post saya sebelum ini.
# Sum'ah
# Penyakit hati apabila berinteraksi dengan kaum berlawanan jenis. Haa....inilah yang ingin saya fokuskan pada hari ini.
Rahsia kaum hawa
*ehsan google
Rahsia ini saya dapati hasil pembacaan dan juga hasil dari perkongsian dan luahan rasa dari sahabat-sahabat saya.
Saya ingin membongkarkan rahsia kaum hawa supaya kaum adam khasnya dapatlah mengambil tindakan yang sewajarnya dan lebih berhati-hati selepas ini. Ha, berhati-hati apa pula ya? :p
Ok, saya bongkarkan...
Ketahuilah....
Kebanyakan, tapi BUKAN SEMUA kaum hawa ini merupakan spesies yang sangat-sangat sensitif dan sangat halus perasaannya. Dan kami juga merupakan spesies yang cepat perasan *maaf cakap*.
Kadangkala....
Mungkin kalian cuma bergurau dengan kami, tetapi boleh jadi kami anggap itu serius.
Mungkin kalian cuma berbaik kepada kami sebagai seorang kawan, tetapi boleh jadi kami menganggap bahawa kalian meminati kami *auuuwww, perasannya!*
Mungin kalian senyum kepada kami sebagai sahabat, tetapi boleh jadi kami menganggap bahawa itu ialah senyuman rindu *ahakkss*.
Mungkin kalian menegur kami hanya sebagai seorang kenalan, tetapi boleh jadi kami menganggap lebih daripada itu.
Saya bagi contoh.
Pada suatu ketika dahulu, saya terlibat sebagai committee dalam suatu program. Program yang mana satu, rasanya tak perlulah saya ungkapkan di sini. Dan dalam program tersebut, seorang committee lelaki menghantar mesej kepada semua committee yang lain, bagi memohon maaf atas keterlanjuran bahasanya sewaktu sedang marah dan kecewa.
Okey, perbuatan memohon maaf itu tidak salah, kerana perbuatan itu menandakan bahawa wujudnya sifat tawadhuk dalam diri. Cuma, ayatnya terlalu berbunga, dan di hujung mesej itu terdapat pula smiley yang berbentuk mawar.
Terdapat beberapa committee perempuan sangat excited membaca mesej tersebut, sehingga membacanya berulang kali. Dan mereka sangat excited melihat smiley yang sangat sweet itu.
Ha....mesej sahaja boleh membungakan perasaan kami. Belum lagi tutur bicara. Dan...belum lagi perlakuan.
Ha.....takut tak?;p
Hmm, sebab tulah Allah perintahkan kita semua supaya menundukkan pandangan. Kerana bak kata orang, dari mata turun ke hati.
Dari pandangan, kita boleh teringat-ingat orang tu, sehingga di bibir asyik menutur bicara namanya. Kadangkala juga sampai membawa ke alam mimpi pula. Dan...sampai tak khusyuk solat! Ha, bahaya tu!
1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
Kesimpulannya...
Setelah membaca post ini, diharap kaum adam bolehlah mengambil tindakan sewajarnya, huhu. Bukanlah tidak boleh bergaul langsung, tetapi biar berpada-pada dan berhati-hati. Sebab...Kalian mahu ke bertanggungjawab sekiranya kami tidak khusyuk dalam solat? *ayat tak boleh blah*
Jom, sentiasa berusaha mengubati penyakit hati dengan 18 penawar yang tertera di atas.
Jom, sentiasa menjaga ikhtilat.
Jom, berprinsip tetapi jangan jumud.
*Sedang cuba memperbaiki diri*
Wallahulam~
N.A.L.H 14 June 2012, Khamis, 1.24am Ampang, Selangor
Assalamualaikum w.b.t,
Para pembaca yang saya sayangi kerana Allah,
Sudah lama saya mengabaikan ikan-ikan emas ini. Haih. Sebelum masuk ke UIA Gombak, sibuk packing barang. Selepas masuk UIA Gombak, sibuk tidur pula. Hehehe.
Ok,pada hari ini tajuk saya, seperti yang tertera ialah, "Niat. Prinsip. Diuji. Teruji"
Saya ingin memberi beberapa situasi sebagai gambaran kepada kalian. Situasi-situasi ini tiada kaitan dengan hidup dan mati ye.:))
Situasi 1
Aniqah sangat-sangat berpegang kepada prinsip 'no couple before nikah' dan sering menulis post di facebook nya tentang harammnya bercouple sebelum kahwin. Tetapi, akhirnya dia sendiri yang ter'jebak' dalam bercouple tanpa ikatan yang sah.
Situasi 2
Syukri, seorang ahli farmasi, sewaktu belajar sering memberi tazkirah berkenaan 'ikhlas bekerja' dan mempunyai azam yang tinggi, iaitu ingin membantu dan membangunkan ummah. Tetapi akhirnya, sewaktu bekerja beliau mencuri ubat-ubatan dari hospital dan menjualnya secara haram.
Situasi 3
Nurul dan Aiman mendirikan baitul muslim dengan satu visi dan misi, iaitu untuk menjadi 'madrasah pertama' yang terbaik kepada bakal cahaya mata mereka. Namun begitu, setelah 10 tahun, bahtera yang mereka layari mula bergelora dilanda ombak dan ranjau, dan akhirnya mereka bercerai. huhu
Situasi 4
Zulaikha yang merupakan 'fresh graduate' dari sebuah universiti islam terkemuka di Mesir mengalami 'culture shock' apabila majikannya menempatkannya di sebuah syarikat cawangan di United States. Akhirnya bukan sahaja tudung labuhnya menghilang, rambut hitamnya juga diwarnakan menjadi perang *nauzubillah*. Baju kurungnya pula diganti dengan baju pendek dan legging *nauzubillah*.
Dan banyak lagi situasi lain....
Bak kata orang, hidup ini ibarat roda.
Kadangkala kita di atas, dan kadangkala di bawah.
Tetapi apabila kita tersedar kita sudah 'ter' ke bawah, cepat-cepatlah naik atas.
Iman.
Iman kita adakalanya menggunung, dan ada kalanya menjunam.
Terkadang kita berasa sangat bersemangat untuk melakukan amal ibadat, dan terkadang juga semangat itu langsung tiada.
Ya, setiap perkara ada jatuh bangunnya.
Bahkan air laut juga ada pasang surutnya.
Sebab itu tidak hairanlah situasi-situasi yang saya ungkapkan di atas boleh berlaku.
Membina bangunan
Saya beri anda satu analogi. Mungkin analogi ini sudah biasa kita dengar, tetapi ingatlah. Manusia itu mudah lupa. Sebab itulah peringatan secara konsisten perlu sentiasa diberi kepada kita. Dan sebab itu jugalah kita sangat memerlukan sahabat yang baik. Yang sentiasa dapat mengingatkan kita kepada-Nya.
Okey, berbalik kepada analogi.
Anda hendak membina rumah. Apa step pertama yang perlu diambil bagi memastikan bangunan itu benar-benar kukuh? *sila jawab dalam hati*
Ya, benar. Kita perlu menanam piling terlebih dahulu. Piling ditanam jauh ke dalam bumi, sebagai 'cerucuk' atau benteng pertahanan kepada rumah kita.
Kemudian barulah kita letak batu-bata, simen, siling, bumbung, dan akhir sekali kita hiasi dengan cat atau wallpaper.
Ya, 'piling' itu memang tersembunyi tetapi ia merupakan tunjang kepada rumah tersebut.
Kita terjemahkan analogi pembinaan rumah ini kepada diri kita. Ya, piling tersebut ialah iman kita, dan juga prinsip kita.
Apabila piling tersebut kukuh, tak kiralah walau ombak ganas datang melanda sekalipun, rumah yang dibina tetap teguh.
Samalah seperti diri kita. Sekiranya iman dan prinsip kita teguh, insyaAllah walau faktor-faktor persekitaran dan faktor rakan sebaya mempengaruhi kita, kita tetap teguh dengan amalan kita.
Kita tetap menutup aurat meski kawan-kawan kita tidak menutup aurat.
Kita bermuamalat dengan kaum berlawanan jantina apabila perlu, tetapi masih mempertahankan prinsip kita dengan sangat-sangat menjaga ikhtilat.
Kita tetap mempertahankan baju besar dan longgar kita meski ramai yang mengatakan kita nampak gemuk dan pendek sekiranya berpakaian sedemikian rupa.
Ya, kita tetap dengan prinsip. Segala-galanya diniatkan hanya kerana Allah. Sebab apa? Sebab Dia maha pencipta. Sebab kita nak masuk syurga.
Diuji dan teruji
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:”kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta..( Al-Ankabut:2-3)
Ujian itu menandakan bahawa Dia sayangkan kita. Bahkan semakin besar dan payah ujian itu, semakin besar sayang-Nya kepada kita. Allahualllah ^^
Tetapi apabila niat dan matlamat kita jelas, prinsip kita pula kukuh, insyaAllah segala ujian itu bakal kita tempuhi dengan baik.
Tetapi.....
Resam orang melayu, setitik nila tumpah, rosak susu sebelanga *tolong betulkan peribahasa ni kalau salah=p*.
Sekelumit keburukan bisa menutup dan memadamkan seribu kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Sedangkan Allah itu maha penyanyang.
Kesimpulannya...
Jangan pulaukan atau mencemuh mereka yang telah 'berubah' ini. Meski dulunya mereka bertudung litup, tetapi kini tudungnya entah ke mana, jangan cemuh mereka! Sebaliknya pandanglah mereka dengan kasih sayang. Bimbing mereka secara perlahan-lahan.
Ujian Allah itu tanda sayang-Nya kepada kita.
Dan apabila kita tersedar daripada dosa itu, bersyukurlah kerana itu tanda iman kita masih ada, hati kita masih hidup ^^.
Matlamat hidup mesti jelas. Niat mesti betul. Prinsip mesti dipasakkan sedalam-dalamnya ke dalam diri kita!
*Dah lapar. Nak pergi makan dengan geng bulatan gembira. hehe*
*saya yang menulis ni pun tidak mustahil bakal diuji oleh Allah suatu hari nanti. Allahuallah*
Wallahualam~
N.A.L.H 13 Jun 2012, Rabu, 3.01pm UIA Gombak, Selangor.
Seperti biasa, saya melaksanakan rutin harian saya sebagai seorang stalker yang tak berdaftar di facebook. Sebenarnya tak adalah stalker sangat, sekadar check notification dan membaca post-post yang menarik.
Tiba-tiba saya tertarik dengan satu post yang telah dipost oleh seorang rakan di FB...
"Perempuan tidak akan membazir kredit untuk orang lain kecuali untuk orang yang dia sayang. Ulang semula . Kecuali orang yang dia sayang . faham ?! — at Atas Katil."
Yang menjadi persoalan di sini ialah kenapa PERLUnya ditulis frasa 'atas katil' tu?
-.-'
Akal
Manusia itu diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang sangaaat istimewa. Kerana apa?
Ya, kerana manusia mempunyai akal.
Dan akal itu perlulah digunakan dan dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana ini bakal dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.
Fikir dahulu sebelum post!
Antara fungsi akal yang dikurniakan oleh Allah ialah untuk berfikir. Membezakan baik dan buruk. Membezakan yang busuk dan yang wangi. Juga membezakan dosa dan pahala.
Saya pasti para pembaca kalian, dan termasuklah saya mengimpikan untuk memasuki syurga kan? Siapa mahu ke neraka?
Jadi tak kiralah apa perkara yang kita lakukan sekalipun, hatta memenuhi keperluan seharian seperti makan dan dan minum pun, FIKIR DAHULU SEBELUM BUAT.
fikir KENAPA KITA MELAKUKAN PERKARA ITU?
fikir ADAKAH PERKARA YANG KITA LAKUKAN ITU BAKAL MEMBAWA KITA KE SYURGA ATAU NERAKA?
fikir, fikir, dan fikir........
*ehsan google
Daripada Abu Hurairah radiallahu anhu sesungguhnya rasulullah sallallahu alaihi wassalam telah bersabda : Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka katakanlah yang baik ataupun diam sahaja ( Riwayat Bukhari Muslim)
Dan berkata pula Imam As-Syafiey tentang hadith ini : “Jika seseorang itu ingin berkata-kata,maka hendaklah dia berfikir dahulu sebelum berkata-kata,jika dia merasakan akan membawa kebaikkan maka bercakaplah,jika dia ragu-ragu boleh mendatangkan kebaikkan atau tidak maka janganlah bercakap sehinggalah dia yakin boleh membawa kebaikkan (pada kata-katanya)”