Friday, August 10, 2012

Persediaan sebelum belajar dan bekerja di Medical Field

Assalamualaikum w.b.t

Para pembaca semua yang mungkin hanya bisa dibilang dengan jari sahaja, kaifa haalukum?

hehe, alhamdulillah, ana bikhair (walaupun takde orang tanya pun...huuu)..


Alhamdulillah, kita sudah pun melangkah ke malam yang ke-22 Ramadhan...cepat je kan masa berlalu...hmm......

Waktu kecik2 dulu excited betul nak raya, hehe, dan hampir setiap hari bulan Ramadhan jugak lah saya tanya mama,

"Berapa hari lagi nak raya?"

Jenuh jugak la setiap hari mama nak menjawab. Tapi mama dengan penuh kelembutan dan kasih sayang menjawab soalanku. heheh^^ Terfikir sama ada diri ini boleh memcontohi mama tak apabila menjadi seorang ibu kelak? hehehe. Jauhnyaa pandangan:P


_________________

Petang itu bertempat di Masjid UIA, seorang naqibah berbulatan gembira bersama adik-adik halaqahnya...

Naqibah: Em, sekarang ni...boleh tak setiap orang beritahu akak, kenapa kalian pilih jurusan kalian? Okey, mula dengan A, kenapa kamu pilih jurusan nursing?

A: Emm....untuk memenuhi fardhu kifayah...sebab kalau ada patient perempuan, boleh lah nurse perempuan tolong  jaga....

Naqibah: Em, okey...B pula, kenapa pilih jurusan medic?

B: Sebab nak tolong orang dan dapat saham akhirat.

Naqibah: C pula, kenapa pilih jurusan pergigian?

C: Pertamanya sebab pengurusan masa...Sebab dentist kebiasaannya mempunyai lebih banyak masa lapang berbanding doktor biasa, jadi banyak masa boleh diluangkan bersama keluarga...Dan biasanya juga doktor ini lebih dekat dengan masyarakat, jadi bidang ini boleh dijadikan sebagai platform untuk saya berdakwah dengan masyarakat.

Saya merenung wajah si C. Terdapat  sinar keikhlasan di matanya. Wah, saya pun mahu berdakwah melalui bidang pekerjaan saya jugak la *excited sehingga rasa nak menari-nari*..hehe (^.~)

Naqibah: Okey, betul tu. D pula, kenapa pilih jurusan nursing? Em, awak nak tukar farmasi kan?

D: Kenapa nursing? Sebab...memang dapat kos tu...

D nampak teragak-agak menjawab.huhu, saya faham apa perasaannya apabila mendapat apabila mendapat apa yang tidak kita sukai..lebih-lebih lagi jurusan! Sangat-sangat-sangat berkait rapat dengan masa depan kita!! Huhu...awak...saya doakan awak dapat tukar farmasi ye....ganbatte~

Naqibah: Okey, E pula, kenapa pilih medic?

E: Em, sebab saya mahu mengenal Allah dan dekatkan diri dengan Allah melalui apa yang dipelajari dalam jurusan medic. Dan saya sangat berminat untuk belajar dan bekerja.

Naqibah: Habis tu, kalau kos lain seperti biosains, takde belajar biologi jugak ke?

E: err...ya, memang tak dapat dinafikan...tapi saya sememangnya minat untuk bekerja sebagai doktor.

Naqibah: Akak tanya kalian bukannya apa, tapi akak nak kalian benar-benar jelas KENAPA kalian memilih jurusan masing-masing..Sebab medical field ni bukannya mudah, sangat-sangat banyak cabarannya..Jadi carilah satu sebab yang paling kukuh dan paling kuat KENAPA kalian pilih jurusan masing-masing.

________________________

Mutiara kata (1) kak Suhaina -Kelebihan Medical Field

Dan banyak juga faedahnya apabila memilih jurusan dalam medical field ni.  Semasa belajar ilmu Allah ni, kita akan dapat mengenal Allah dengan lebih dekat sehingga timbul rasa cinta kepada-Nya. Sekiranya hati kita benar-benar hidup, kita akan rasa tersentuh dan kadangkala boleh menangis mengenangkan betapa agungnya kuasa Allah.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan." (2:164) 

Pada semester terakhir saya di CFS PJ terdapat sharing moment bersama-sama Bro Firdaus, ex-student medic UIA..Salah satu kata-katanya yang susah untuk saya lupakan:

"Jadi doktor dan adik-beradiknya ni, apa yang kita cakap, mesti patient percaya. Kalau kita uli tepung dan katakan kepada patient bahawa tepung itu ialah ubat pun, patient akan percaya dan makan 'ubat' itu"

Lihat betapa besarnya pengaruh seorang doktor, nurse, ahli farmasi, ahli pemakanan dan seangkatan dengannya . Sebab itulah mereka perlu menggunakan sebaik-baiknya bidang pekerjaan sebagai platform dakwah.

 "Dan hendaklah ada satu golongan di kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat makruf (kebaikan) dan melarang perbuatan mungkar (kejahatan). Mereka itulah orang yang mendapat kejayaan (kemenangan)."(3:104)

__________________________

Mutiara kata (2) kak Suhaina-Cabaran Medical Field

Seperti mana yang kita tahu, kerja di medical field ni sangat-sangat-sangat penat..Tak kiralah doktor ke, nurse ke, attendant ke, ha, semuanya penat..Sebab apa? Sebab manusia ni macam-macam penyakit..Kalau takde penyakit pun, mencari penyakit...Berlumba-lumba motor, lepas tu accident, hantar ke hospital...Kadang-kadang waktu tengah-tengah malam..Ha, memang sangat-sangat dugaan la...Tak cukup tidur itu ialah perkara biasa...Terpaksa makan laju-laju juga perkara biasa, dan kadangkala tak sempat nak makan pun..Tak dapat pulang beraya sebab ada shift juga perkara biasa....huhu...

Apabila bekerja nanti, di hospital atau di klinik, kita akan berhadapan dengan berbagai-bagai jenis manusia. Macam-macam ragam. Memang kita akan benar-benar teruji. Ada yang sangat-sangat degil, dan ada juga yang sangat baik.. Kadangkala patient tu sangat baik, tetapi ahli keluarganya pula kurang baik, cakap kasar, nak marah je...

Tapi kalau kita niat semata-mata kerana Allah, segala kepahitan ini akan terasa manis. Mengapa? Sebab kita tahu perit jerih kita di dunia ini akan dibayar di akhirat kelak..Subhanallah^^

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. [al Baqarah/2:155-157]

__________________________

Mutiara kata (3) Kak Suhaina-Allah sebagai nombor 1!!

Letakkan Allah sebagai nombor 1 dalam setiap aspek kehidupan.

Apabila kita letakkan Allah sebagai nombor satu...
Segala-galanya terasa manis, macam orang sedang dilamun cinta, cewahh....Tapi sebenarnya memang sedang dilamun cinta pun, dilamun cinta dengan Allah^^

Cinta yang membuatkan kita sanggup berkorban apa sahaja..
Berkorban masa? Oh, takpe, sebab semua itu akan dibayar di akhirat kelak.
Berkorban perasaan? Oh, takpe, sebab sekiranya kita tabah, Allah akan bertambah sayang kepada kita..

Cinta yang membuahkan rasa takut. Takut untuk membuat kemungkaran.
Allah itu maha melihat..Jadi sekiranya kita nak curi ubat dari hospital secara haram pun, kita akan berfikir dua tiga kali. Mungkin manusia tak nampak, tapi Allah nampak :D
Segala pekerjaan akan dilakukan sebaik mungkin. Dengan seteliti-teliti yang mungkin!
Ha, kenapa? Sebab Allah adalah penghitung yang sangat teliti! Amalan sebesar zarah pun akan ditimbang-Nya....Takut kan?

Cinta..cinta...cinta...Ohh, mode jiwang tiba-tiba..hehe...Okey, tukar kembali kepada mode serius B-)

Dan apabila kita berada dalam klinikal year, akan ada satu ujian klinikal..Kita akan diberi seorang patient dan akan diberi masa untuk clerk patient tersebut..Kemudian examiner akan bertanya kita bermacam-macam soalan berkaitan dengan pesakit tersebut. Contohnya:

Berapa umur pesakit ni?
Apa penyakit pesakit ini? Sejak bila dia sakit? Apa simptom-simptom?
Sekiranya pesakit tersebut sedang hamil, berapa usia kandungannya? Ada complication tak? Anak ke berapa?

Dan tatkala itu, bayangkan, sekiranya kita mendapat pesakit yang ber'suara emas', ha...kan masak tu...Berat betul nak keluarkan suara, sebab takut emas dalam mulut tercicir..Silap-silap hari bulan, fail pulak kita! Naudzubillah.

Di sini kita lihat betapa besarnya pergantungan kita kepada Allah. Betapa pentingnya kita menjaga hubungan kita dengan Allah. Allah itu maha hebat. Maha besar^^.

Sesibuk-sibuk mana pun kita...
Solat 5 waktu jangan lupa....
Ibadah nawafil jangan lupa....
Tilawah dan tadabbur jangan lupa...
Tarbiyyah dan halaqah jangan lupa...(tamparan hebat buat diri ini.huhu)...

"Jagalah hubungan dengan Allah, nescaya Dia akan menjaga kamu"

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

^_____^

_____________________________________

Mutiara kata (4) Kak Suhaina-Analogi takungan air

Bayangkan sekiranya kita menadah air hujan menggunakan sebuah bekas di sebuah padang..

Sekiranya bekas tersebut bertutup rapat, masakan kita akan dapat menadah meski setitik air pun, kan?

Sekiranya bekas tersebut terbuka di permukaanya, tetapi tidak mempunyai apa-apa lubang atau saluran air di bawahnya, air yang kita tadah akan melimpah. Dan berkemungkinan juga sekiranya bekas air tersebut dibina dari strukur yang agak rapuh, lama-kelamaan bekas tersebut akan pecah dek kesaratan air yang melampau.

Begitu juga dengan hidup kita. Permukaan bekas itu diterjemahkan sebagai perbuatan 'menerima'.. Saluran air di bahagian bawah bekas itu pula diterjemahkan sebagai perbuatan 'memberi'

Saya pasti para pembaca yang bijak pandai sekalian sudah pun get the point,kan? hehe.

Ya, point Kak Suhaina di sini ialah:

"Kita hidup bukan sahaja perlu menerima, tetapi juga perlu memberi"


”Hendaklah kamu tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras dalam hukuman-Nya.”(5:2)


Contoh. Seorang doktor menerima perkhidmatan dari kedai runcit untuk mendapatkan barang-barang masakan. Manakala pekerja kedai runcit tersebut pula, sekiranya jatuh sakit, akan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Kita hidup saling bergantungan. Saling melengkapi. Bak kata omputih, "Complement each other"..hehe...macam dalam artikel saya yang lalu "kamu-saya-kita-kami-saling-melengkapi"...

_______________________________

Mutiara kata (5) Kak Suhaina-Persediaan sebelum belajar dan bekerja di medical field



1) Dekatkan diri kepada Allah. Kuatkan hubungan kita dengan-Nya. Agar hati kita benar-benar kuat, tabah:))

2) Banyakkan membaca buku tarbiyyah. Contoh: Majalah JOM!, Majalah Solusi, Buku-buku Agama sebagai tazkirah buat diri yang selalu alpa.

3) Pengurusan masa. Belajar urus masa dengan baik (Tamparan hebat buat diri ini. adesshh)

4) Belajar teknik-teknik berdakwah dan teknik berkomunikasi, agar bidang profesion kita dapat dijadikan sebagai platform dakwah dengan sebaik mungkin.

______________________________

Mutiara kata (6) Kak Suhaina-Kerja-kerja Dakwah dan Tarbiyyah jangan tinggal.

Ni, boleh rujuk artikel sahabat saya yang comel, b2 namanya.. "tarbiyyah dan usrah"

_______________________________

Kesimpulannya...

Walau apa pun jurusan yang kita pilih, buatlah yang terbaik dalam jurusan tersebut^^
Sentiasa letakkan Allah sebagai nombor satu dalam setiap aspek kehidupan, takbir!

Saya saayang kalian ^_____________^

Wallahualam~

N.A.L.H
11 Ogos 2012, Sabtu, 1.07pm
Ampang, Selangor










Gratisan Musik

4 comments:

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~