Dr Jekyll merupakan seorang doktor kehormat.
Manakala Mr Hyde merupakan seorang lelaki yang sangat kasar, ganas, dan pembunuh.
Dr Jekyll dan Mr Hyde merupakan orang yang sama.
___________________
"Sebelum kita akhiri halaqah kita, akak nak pesan...Ingat ye adik-adik, ikhtilat kena jaga..Berhubung untuk perkara yang perlu sahaja ye.."pesanku kepada adik-adik usrahku.
Titt..Titt..(menandakan SMS masuk)
"Munawarrah..dah masuk waktu asar..solat awal waktu ye..ana tak sanggup nti kena bakar di akhirat nanti...kita masuk syurga sama-sama ye sayang...Ukhuwwah fillah~"
Aku tersengih-sengih membaca mesej tersebut. Laju sahaja tanganku menaip-naip bagi membalas mesej tersebut..
"Yalah Pak Din...timo kasih atas peringatan...Nak masuk syurga sama-sama juga. Sayang nta.."
____________________
Aku Munawarrah, gadis biasa. Berkulit sawo matang, berlesung pipit di sebelah kiri. Diberi mandat oleh Allah melalui bekas naqibahku untuk menjadi naqibah kepada 5 orang anak usrahku. Tudung akel bidang 60 sentiasa menjadi peneman setiaku apabila keluar ke mana-mana sahaja.
Aku agak popular di kampus (perasan je) memandangkan diriku yang sangat aktif bepersatuan di UKM, terutamanya dalam bidang dakwah. Ramai sahabat terutama juniorku yang sering meminta nasihat daripadaku. Lidahku hebat bertutur, menasihati, berdakwah. Jari-jemariku sangat aktif menari-nari di papan kunci laptop, bagi berdakwah di mata pena.
Tapi...........
Aku sayangkan 'Pak Din'ku, atau nama penuhnya Muizzudin. Ohhh, jangan salah faham! Kami bukanlah couple! Pak Din merupakan bakal suamiku, insyaAllah. Dia sudah berjanji untuk mengahwiniku selepas 'graduate' nanti. SMS? Call? Semuanya kami lakukan kerana Allah, insyaAllah. Atas nama ukhuwwah fillah, kami sering berbalas-balas tazkirah. Jadi kami berhubung kerana Allah tauu, tolong jangan salah faham!
Aku juga..........
Apabila keluar dari persekitaran halaqah, diriku berubah 360 darjah. Masa-masa banyak dihabiskan dengan menonton filem-filem yang tidak sepatutnya... bergosip tentang lelaki....meng'usha' gambar-gambar lelaki di alam maya....
Aku juga..........
Apabila keluar dari persekitaran halaqah, diriku berubah 360 darjah. Masa-masa banyak dihabiskan dengan menonton filem-filem yang tidak sepatutnya... bergosip tentang lelaki....meng'usha' gambar-gambar lelaki di alam maya....
"Ikhtilat itu hukumnya harus di era modenisasi ini..Tapi ini bukanlah bermakna hukum tersebut boleh disalahguna atau disalahertikan..Ya, berhubungan antara hawa dan adam itu kadangkala perlu sekiranya melibatkan pelajaran, persatuan, dan sebagainya. Bergurau itu pun kadangkala perlu. Takkanlah terlalu serius sehingga keluar dari bilik meeting pun dengan dahi berkerut-kerut? Jaga ikhtilat.. Jaga adab..Jaga suara. Sekiranya terdapat kaum sejantina yang boleh dijadikan rujukan, mengapa kita perlu merujuk kepada yang berlainan jantina? Lebih baik mesej islamik itu dihantar kepada kaum sejantina kan?"
___________________
Terdapat program tamrin pada hujung minggu tersebut. Aku selaku naqibah menguruskan program tersebut. Petang itu sebelum berbuka puasa kami mentadabbur AlQuran. Terdapat sebaris kalimah Allah yang sangat menyentuh qalbuku..Diriku terasa terpukul.
Allah mengutuk perbuatan mereka dan sifat lemah yang ada pada mereka Firman Allah dalam surah as Saf ayat 1, bermaksud: “wahai orang yang beriman ! kenapa kamu kata apa yang kamu tidak lakukan?, besar kemurkaan Allah terhadap kamu, kerana kamu kata apa yang kamu tidak lakukan.”
Tidak tahu mengapa, tiba-tiba diriku disapa suara halus yang menyedarkan diri ini mengenai keadaan diriku.
Malam itu sebelum tidur kumuhasabah diriku.
Siapa aku?
Ya, sememangnya nama aku Munawarrah Binti Abdul Halim. Berlagak sebagai Dr Jekyll ketika berada dalam persatuan dan halaqah. Tetapi apabila keluar dari persekitaran tersebut, aku berubah menjadi Mr Hyde. Aku punya dua dimensi yang berbeza. Dua personaliti yang berbeza.
Arghhh...bencinya...Ingin ku bunuh Mr Hyde, agar yang tinggal dalam diriku Dr Jekyll cuma.
Terasa ingin menangis mengenangkan diri yang tidak istiqomah. Tidak bercakap serupa bikin..
Tiba-tiba..-mesej masuk-
"Munawarrah..dah tidur ke? Jangan lupa baca doa sebelum tidur..Semoga dapat merebut lailatulqadr, sayang...Malam ni, seperti biasa , siapa bangun dulu, dia kejut qiam ye"
Aku tersenyum seketika, tetapi kemudiannya terasa ingin menangis. Sudah gilakah aku? Kejap senyum, kejap menangis? Zahirnya aku normal, tetapi batinku tidak normal.
Lantas aku men'delete' mesej tersebut. "Pak Din, maaf..................."hatiku menangis.
Aku nekad. Ingin istiqamah dalam bidang dakwah dan beramal selaras dengan apa yang kudakwahkan.
Ukhuwwah Fillah? Mengapa harus kuungkapkan kata-kata sayang kepada lelaki ajnabi? Sedangkan terdapat ramai akhawat muslimat yang layak menerima ungkapan tersebut.
Hatiku memberontak. Ya, sisi Mr Hyde harus dihapuskan, meninggalkan Dr Jekyll sahaja dalam diri.
"Berkelakuan baik bukanlah hanya mengikut persekitaran..Sekiranya ramai yang bertudung litup, kita turut bertudung...Tetapi apabila dicampak dalam persekitaran yang agak sosial dan tidak menutup aurat, kita serta-merta berubah..Tudung entah ke mana, rambut pula diperangkan, nauzubillah. Kerana Allah itu ada di mana-mana sahaja. Allah itu Maha Melihat. Maha Mengetahui. Lantas, amal kebaikan kita perlulah istiqamah tanpa mengira tempat, masa, dan keadaan..."
________________________
Aku nekad.
Hubunganku dengan 'Pak Din'ku diputuskan. Meskipun sangat-sangat pahit, tetapi aku yakin, mujahidah itu pahit kerana syurga itu manis.
Aku cuba untuk istiqamah.
Bukanlah bermakna aku langsung tidak berhibur. Langsung tidak menonton filem. Tetapi filem-filemku ditapis. Hanya filem yang memberi manfaat kutonton, seperti Al-Fatih =)
Kegiatan meng'usha' gambar-gambar lelaki di alam maya kucuba hapuskan.
Moga aku terus istiqamah.amin.
________________________
"Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar"~takbir aldilfitri bergema.
Raya Aidilfitri kusambut dengan penuh erti. Bukanlah bermakna kumelantak makanan tak ingat dunia, dan bukanlah juga bermakna aku beraya sakan ke sana-sini.
Tetapi aidilfitri yang penuh makna, selaras dengan maknanya dalam bahasa melayu-'Hari kembali kepada fitrah'.
Diriku terasa nyaman setelah memutuskan hubungan dengan 'Pak Din'. Takut jadi andalusia? Ha...Aku yakin dengan janji Allah,
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." Annur:24
______________________
Tiga tahun kemudian....Pada hari Raya ketiga. Cuba teka apa yang berlaku? Aku menerima pinangan dari salah seorang Ikhwan usrahku, Zabidi namanya. Sememangnya dari dulu aku sangat mengagumi peribadi beliau, kepetahan beliau dalam berdakwah. Setelah menunaikan solat istikharah dan meminta nasihat daripada mereka yang berpengalaman, kuterima pinangannya dengan penuh kesyukuran. Moga hasil pernikahan kami lahirnya mujahid dan mujahidah solehah.
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, dan Dia turunkan petir dan hujan. Kita tertanya-tanya di manakah matahari. Rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi"
______________________
Kesimpulannya..
-Teringat pesanan salah seorang sahabat: Berubahlah semata-mata kerana Allah. Dan amalan baik itu jangan bermusim, kerana Allah itu menghitung amalan kita tanpa mengira musim..
-Watch your talk.hehe.
-Mujahidah itu pahit kerana syurga itu manis~
-Sayonara Jahiliyah!
-Jom rebut lailatulqadr:)
-Selamat Hari Raya Aidilfitri ^_____^
Wallahualam
N.A.L.H
16 Ogos 2012, Khamis, 12.40am
Ampang, Selangor.
assalamualaikum akak.:))
ReplyDeletenk mnx izin nk copy cerpen ni boleh takk?
slm ukhwah.:)
wassalam...copy la...tp sertakan link blog ni jugak ea:))
ReplyDeleteokk..thanks:))
Deletenk share kat fb boleh? :)
ReplyDeletebole2...mekaesh:-)
ReplyDelete