Thursday, July 26, 2012

Ego yang patut di'let-go'

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, petang ni Allah beri saya nikmat kelapangan waktu dan ilham, dan dengan izin-Nya jugalah dapat jari-jemari saya menari-nari di atas keyboard laptop ni. hehe. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. ^^ Sangat-sangat-sangat rindu nak menulis ni, hehe.

Sebelum tu, saya nak ucapkan...



Tengahari tadi saya baru sahaja selesai menjawab soalan midterm UNGS 2040, Knowledge and Civiilisation, alhamdulillah. Walaupun takdelah dapat jawab semua dengan baik, tapi still, alhamdulillah^^.

Ok, hari ni tajuk saya, ialah, "Ego yang patut di'let-go'"

Sebelum tu, meh kita berkenalan dulu dengan 'nchik Ego ni-siapa dia?'


maksud sebenar Ego, menurut kamus Dewan Edisi 2 dan 4.

sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian.

perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain

perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi.

keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri.

persepsi seseorang tentang harga dirinya, yg seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sbg hamba yg sudah bebas kembali, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sbg manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui bahawa perasaannya ."

sumber: http://pistonpecah.blogspot.com/2011/10/aku-seorang-yang-ego-apa-maksud-ego.html 


Kenapa manusia diciptakan dengan sifat ego?

Ada falsafah yang mengatakan bahawa lelaki mempunyai ego yang lebih tinggi daripada wanita. Sebab itulah lelaki tidak suka diarah-arah. Tak suka diajar-ajar. Yeke? hehe. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam.

Tapi ada benarnya juga. Lelaki merupakan pemimpin, dan sikap ego itu perlu, untuk meningkatkan tahap keyakinan. Bayangkan, seorang bapa yang lembik sahaja dan mengikut sahaja telunjuk anak-anaknya, apa akan jadi kepada institusi kekeluargaan tersebut kan?

Ya, mungkin ego itu perlu, tetapi ego yang terlalu tinggi mungkin juga boleh membawa padah. Seperti gula yang manis, yang tiada masalah sekiranya mengambilnya dengan kuantiti sedikit, tetapi boleh membawa padah sekiranya berlebihan.

Wallahualam. Tolong betulkan sekiranya salah.

Siapalah kita untuk ego...




Boleh tak, anda pergi ke kedai, dan beritahu tauke kedai,

"Saya nak beli masa. Saya nak beli setahun. Tahun lepas yang sudah saya bazirkan, saya mahu membelinya semula."

Boleh tak? Mungkin boleh, sekiranya anda mahu dianggap kurang siuman. Silap-silap haribulan, tauke kedai itu menelefon Hospital Bahagia Tanjung Rambutan pula, untuk menempah katil khas untuk anda.

Ok, back to the point. Lihat? Betapa lemahnya kita. Walau sebanyak mata wang kita, walau berbilion-bilion sekalipun, kita tetap tak boleh beli MASA. Ya, kita hanya hamba. Hamba yang sangat lemah.

Raya yang lepas

Saya teringat pula pada sambutan aidilfitri yang tahun lepas. Sehari sebelum raya, saya pergi ke bazar berhampiran kampung opah. Berbagai-bagai juadah yang saya beli. Biasalah, lapar mata.

Saya makan dengan berselera ketika waktu berbuka puasa itu, meskipun tanpa bekalan elektrik di rumah. Ya, pada malam itu rumah arwah opah blackout, dan kami "candle light breakfast", romantik kan? huhu.

Keesokan harinya, pada waktu tengahari, saya keracunan makanan. Keracunan makanan pada raya pertama. Muntah-muntah dan sebagainya (takmau sebut -.-). Berulang-alik ke tandas. Di mana di rumah opah hanya terdapat sebuah tandas sahaja, dan penghuninya seramai kira-kira 40 orang.

Pada ketika itu,

Baju raya yang saya tempah beberapa bulan sebelum raya sudah tiada maknanya. huhu. Saya hanya berbaju t-shirt dan berseluar track.

Kuih-muih yang lazat, nasi himpit + rendang kegemaran saya...Semuanya sudah tiada maknanya bagi saya. Saya bau makanan pun rasa seperti nak muntah. Saya hanya makan bubur kosong. Bubur nasi + garam. Tanpa ayam, tanpa daging. Kerana saya langsung tak berselera nak makan ayam atau daging atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

Allah baru tarik sekejap nikmat kesihatan, dan segala-galanya sudah tidak benilai bagi saya.

Membuatkan saya muhasabah diri saya kembali.

"Kita mungkin boleh beli baju raya, kuih muih, rendang, lauk yang sedap, tapi kita tak boleh beli selera"
Betapa lemahnya saya. Lantas, apa alasan untuk saya EGO?

Kesimpulannya....Jom jadi tawadhuk!




Jom berazam! Jumpa sesiapa sahaja (yang sama jantina), senyuuuum dulu. Tak kiralah makcik cleaner ke, lecturer ke, doktor ke, pastikan kita SENYUM dahulu. Beri salam lagi baguuus! hehe.

p/s=target saya pada bulan Ramadhan ni-kikis sifat ego sedaya-upaya. Doakan saya!

Wallahualam~

N.A.L.H
26 Julai 2012, Khamis, 6.21pm,
Ampang, Selangor





No comments:

Post a Comment

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~