Situasi 1
"Oh, sampai hati dia..Aku selalu temankan dia apabila dia memerlukan. Apabila dia tak faham pelajaran, aku tolong ajarkan. Tapi, sampai hati dia tak hargai aku? Em, mentang-mentanglah aku ni membosankan, tak banyak cakap, tak bermulut manis..Dah, putus kawan!"bentak hati Salimah
Situasi 2
"Ya Allah...Mama ingatkan adik aku yang kemas rumah? Sedangkan pagi tadi sehinggalah tengahari, aku lah yang terbongkok-bongkok 'vacuum' dan mop lantai..Aku jugalah berpeluh-peluh membersihkan habuk di meja, kerusi, dan tingkap rumah..Sampai hati mama.."monolog hati Ajit. "Err, mama, sebenarnya Ajit yang kemas rumah bukannya adik"ujar Ajit kepada ibunya sambil tersengih-sengih bangga.
Situasi 3
Aini melangkah pulang ke bilik dengan perasaan yang sangat hiba, hinggakan kolam air mata terasa ingin tumpah pada saat itu juga. Program talk bertajuk 'Kita Hanya Hamba' yang dirancang olehnya bersama persatuan universiti tidak mendapat sambutan, dek kerana ramai pelajar lebih suka untuk membanjiri program forum 'Mencari Cinta'.."Sia-sia je aku bermeeting hampir setiap minggu! Baru ingat nak buat surprise untuk kawan-kawan aku, biar mereka lihat aku selaku Programme Manager(PM) yang sampaikan hadiah kepada speaker...Ishh...Tak boleh jadi ni..Balik ni, nak tulis status kat FB, beritahu mereka yang aku merupakan PM program ni"tekad Aini.
Situasi 4
"Aii, tak payah nak bajet alim sangat la, Ustaz!"ejek rakannya seraya ketawa berdekah-dekah. "Ustaz? Emm...mulai esok, tak mau dahlah pakai macam ni"monolog hati Azim sambil memerhatikan jubah yang dipakainya.
hati yang sakit jangan dibiarkan terus sakit.....
Sahabat yang saya sayangi kerana Allah,
^____________^
Kenapa perlu...
Rasanya kecewa tatkala tidak dihargai manusia...
Berduka dek kerana tidak diiktiraf manusia....
Rasanya hiba tatkala program yang dirancang berbulan-bulan lamanya tidak mendapat sambutan...
Rasanya sedih apabila digelar 'ustaz bajet alim' dek senantiasa memakai jubah dan kopiah...
Dan seribu macam perasaan lagi tatkala tidak nampak 'hebat' di mata manusia...
Sedangkan Allah itu maha Melihat, maha Mengetahui, maha Pemberi Rezeki, maha Agung..
Lantas, apa alasan kita untuk kecewa, hiba, sedih tatkala tidak nampak 'gah' di mata manusia?
Sedangkan Allah itu kan sebaik-baik penilai?
Saya juga..
Pernah mengalami situasi sebegini..
Ya, zaman gelap..
Tapi takkanlah selama-lamanya nak biarkan jadi sebegini?
Jom,
Gunakan lampu penyuluh (ilmu) untuk menerangi hidup kita..
Cuci hati kita yang barangkali diseliputi tompok-tompok hitam...
'Mantain' kebersihan hati kita dengan..
Majlis ilmu, sahabat yang baik, dan..
Merasakan diri ini hamba..
Agar diri tetap dalam 'Zaman Reinassance'
*tamparan hebat buat diri sendiri*
Wallahua'alam~
N.A.L.H
14 Ogos 2012, Selasa, 4.18pm,
Ampang, Selangor
No comments:
Post a Comment