Wednesday, August 22, 2012

Cukuplah Allah bagiku

Situasi 1
"Timah, untunglah kau...Suami kerja kerajaan...Nanti esok-esok kalau suami kau meninggal, dapat kau duit pencen...Terjamin hidup...Lainlah aku ni, suami kerja swasta..Tak menentu hidup..."ujar Limah.

Situasi 2

"Ali, tak nak ikut aku pergi Dewan Murni? Ada ceramah agama. Ustaz Helmi dijemput beri ceramah malam ni."

"Err..tak nak lah..Exam ada lagi seminggu lebih je ni..Kalau aku pergi, bila aku nak study? Silap-silap hari bulan fail pulak aku! Ish, tak maulah!"

Situasi 3

"Kau nak kahwin Muhsin? Ish, baru je kerja dah nak kahwin. Tunggulah ekonomi stabil dulu. Kang nak bagi anak bini makan apa? Makan batu?"

Situasi 4

"Aku ingat dah tak mau lah join persatuan-persatuan ni. Terutama Badan Dakwah. Banyak kerja! Asyik meeting je. Habis pelajaran aku macam mana?"

Para pembaca yang saya sayangi kerana Allah,

Hati yang sentiasa diseliputi rasa bimbang, tak berkeyakinan, dan resah. Senantiasa berfikir dan berfikir, "jika bukan macam ni, apa akan jadi?", "jika begini pula, apa yang akan jadi?"

Sedangkan di mana kita letakkan Allah dalam hidup kita?

 
"Iaitu orang-orang yang mentaati perintah Allah dan RasulNya; supaya keluar untuk berperang".  "Setelah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud)". "Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka".  "Dan yang bertakwa tersedia pahala yang besar".
"Orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) kepada mereka ada yang mengatakan, sesungguhnya manusia telah menghimpun pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka. Maka ucapan itu menambahkan keimanan mereka". Yakni orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasulnya, apabila mereka diancam dan ditakut-takutkan dengan bilangan musuh yang ramai yang akan menyerang mereka, akan tetapi mereka tidak gentar bahkan makin bertambah keimanan mereka.

"Dan mereka menjawab cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung". (3:172-173)

 
"Wahai Nabi Muhammad! Cukuplah Allah menjadi pelindung bagimu dan orang-orang mukmin yang mengikutimu."(8:64)

"....Maka katakanlah (Muhammad), cukuplah Allah bagiku; tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy (singgahsana) yang agung" (9:129)

"....Maka Allah adalah Penjaga yang terbaik dan Dia Maha Penyayang di antara para penyayang"(12:64)

"Dan janganlah sesekali engkau berkata terhadap sesuatu, "Aku pasti akan melakukan itu esok pagi,"
"Kecuali (dengan mengatakan),"Insya-Allah"......"(18:23-24)
 
 
 
Kuiz Biologi

Saya teringat pula sewaktu saya berada di CFS UIA PJ dulu. Malam itu saya menyiapkan kerja persatuan universiti sehingga larut malam, sedangkan keesokan harinya saya mempunyai kuiz Biologi. Apabila pulang ke bilik, saya sudah keletihan dan tiada mood untuk ber'biologi'.
 
Keesokan harinya, selepas subuh saya berasa sangat segar-bugar, lalu saya mengulangkaji pelajaran pada pagi itu sebelum pergi menjawab kuiz yang diadakan pada pagi itu juga. Subhanallah. Allah Maha Kaya. Allah Maha Besar. Topik yang saya baca pada pagi itu masuk dalam kuiz Biologi dan saya memperoleh markah yang agak tinggi (^.~)
 
Di sini saya bukanlah mahu riak,ujuk, takbur, atau seangkatan dengannya kerana saya tahu saya tak layak pun untuk berperasaan sebegitu. Semuanya datang dari Allah. Allah yang beri. Sweet kan Allah?
"Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu"
 
Sharing Moment oleh seorang doktor.
(telah diubahsuai sedikit dari segi fakta nombor sebab saya sendiri pun dah tak ingat. hee)
 
Sewaktu saya berada di tahun (tak ingat tahun berapa. hee) dulu, saya berazam untuk mengurangkan segala aktiviti kokurikulum, dan ingin fokus pada pelajaran.

Pada suatu hari saya menghadapi ujian klinikal. Saya diberi seorang patient yang sedang hamil untuk di'clerk'kan, dan kemudiannya saya bakal diuji oleh examiner.
 
Tiba-tiba datang pula suami patient tersebut yang berborak dengannya dengan masa yang agak lama, sehingga memakan tempoh masa yang diberi kepada saya untuk 'clerk' patient tersebut.
 
Setelah mereka selesai berborak,
 
"Makcik, dah berapa bulan ye mengandung?"

"Emm, enam."
 
"Anak ke berapa ye?"
 
"ke-3"
 
"Ada gugur tak sebelum ni?"

"Tak"
 
Tidak lama kemudian datanglah examiner saya. Saya pun membentangkan apa yang telah saya 'clerk'kan. Tiba-tiba examiner saya agak marah dan bertanya,

"Betul ke 6 bulan dan tak pernah gugur?"

"Ye"
 
"Cuba tanya dia sekarang. Berapa bulan usia kandungan dan pernah gugur tak?"
 
Setelah saya bertanya makcik tersebut, ternyata dia sedang mengandung 7 bulan dan pernah keguguran. Dan itulah merupakan faktor kegagalan saya pada tahun itu. Selepas examiner saya pergi, saya terus bertanya dan memarahi patient tersebut. Alasan patient itu, "Makcik lupalah.."
 
 
Kesimpulannya...
 
-Sentiasa letakkan Allah sebagai nombor satu dalam hidup.
 
-Segala-galanya datang dari Allah. Allah yang beri. Jadi kalau kita bersengkang mata untuk mengulangkaji pelajaran sehingga menjadi panda pun, tetapi sekiranya kita tidak menjaga hak Allah, dan Allah tak izinkan kita berjaya, kejayaan itu takkan datang pun. Kun fayakun.
 
-Tapi janganlah tak usaha langsung dan berserah kepada Allah sahaja. Tidak mahu bekerja, tetapi saban hari berdoa kepada Allah agar dikurniakan rumah banglo, kan dah tak betul tu? Prinsip tawakal ialah berusaha terlebih dahulu.
 
Wallahualam~

N.A.L.H
23 Ogos 2012, Khamis, 12.55am
Ampang, Selangor.

 

No comments:

Post a Comment

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~