Monday, July 9, 2012

Peluk Kuat-Kuat, Jangan Biar Dia Lari!

Assalamualaikum w.b.t...

Jumaat petang lepas, saya pergi ke Carrefour Wangsa Maju...Sedang saya membelek-belek baju di sebuah kedai pakaian, seorang makcik dalam lingkungan usia 40-an menegur saya,

Makcik: Tudung ni kamu beli ke jahit sendiri? Cantikk.... (Sambil memegang tudung yang sedang saya pakai)

Saya: Beli je.... Kat kedai kat Gombak....(Sambil tersenyum)

Makcik: Cantikk........Hmm (mengeluh), bilalah makcik dapat pakai tudung macam ni ye.......

Saya tersenyum lalu memandang wajahnya. Dalam anak matanya terdapat sinar keikhlasan. Sejauh mana keikhlasan itu, biarlah Allah yang menilai. Dia sedang memakai tudung bawal yang ditarik ke belakang, seperi trend remaja-remaja masa kini.

Saya: Ala, takpe, berubah sikit-sikit la....(tak putus-putus tersenyum sambil mendoakannya mendapat hidayah)

Jom, sama-sama doakannya :-) Doakan agar dia menutup aurat dengan sempurnaaa lepas ni! Kalau tak pakai tudung labuh pun takpe, asalkan tutup aurat=)

Sebenarnya simple je pun tudung yang saya pakai, takde lilit san-sini, takde rambu-rambu....tapi alhamdulillah sangat selesa. Rasa sangat selamat. Sangat besssttt, serius! Tudung tulah yang sering saya pakai ke kelas, ke pasaraya, dan ke kenduri. Tudung kesayangan saya. <3 <3


*Tudung ini boleh didapati di kedai tudung nur (facebook)

Seterusnya nak share komen dari sahabat saya, Rabiatul Fatimah Zahraa, atau B2,

Assalamualaikum tuan rumah, hihi~ ^_^


Rindu sgt kenangan2 spjg CFS! =')
Sebak baca sbb takdir hidup kita berbeza. b2 mungkin lebih bernasib baik sbb disekolahkan di sekolah agama. Aimi yg rasa perubahan suasana pasti rasa lebih lagi. Dan insya-Allah pasti pegang lebih lagi. Sbb kita umpama dpt sesuatu yg berharga dlm hidup dan xnk lepaskan. Kan? Doakan b2 juga istiqomah ye syg...=')


Nak kongsi pengalaman waktu mula2 msuk. Kan UIA ada bagi tudung bawal tu kan. Mulanya b2 ingat mmg kena pakai tudung bawal tu je. Rasa nak nangis sbb dah siapkan tudung labuh putih dua bwk ke UIA. b2 pakai skali tudung bawal putih UIA tu. Ya Allah, rasa mcm xpakai apa2. Sungguh rs mcm lain sgt. Takut dan sedih. Lps tu, tanya akak2 committee rupanya blh pakai labuh punya. Hehe. Dan lps tu baru b2 dpt rasa, dan belajar menghargai, apa yg aku ada ni kna pegang betul2. =) 


Ahaa, cara bercerita mcm kanak2 je. Rindu gak waktu x matang dulu, hehehehe. Byk benda belajar. ecece, rasa mcm makin matang je skrg ^_^ selagi kita hidup, selagi itu kita belajar. Kan Aimi?

Hidayah ni, memanglah Allah yang beri, tapi kita PERLU cari....Macam kekenyangan perut la....Kekenyangan itu Allah yang beri, tapi...boleh tak kalau kita duduk berdoa je supaya Allah kurniakan kekenyangan kepada kita, tanpa perlu makan? Boleh tak? Tak boleh kan?

Samalah seperti hidayah. Kita PERLU cari. Bagaimana?

Banyakkan membaca bahan bacaan islami.
Banyakkan berdoa.
Bersahabatlah dan bergaulllah dengan orang-orang yang baik.
Join usrah! =)

Dan....apabila hidayah itu datang, kita PERLU hargai, dan PERLU peluk kuat-kuat supaya dia tak lari! Takut-takut, nanti pemiliknya tarik balik hidayah tu...Dan....Pemilik hidayah itu Allah...Jadi kita PERLU bersyukur kerana dikurniakan hidayah oleh-Nya...

Ingat tau, peluk kuat-kuat hidayah tu..hehe =)

p/s=update waktu senja, sebab nanti malam banyak kerja. huhu. Alhamdulillah berkesempatan update petang ni (^.~).

p/s=saya bukan pengedar tudung=p

Wallahualam~

N.A.L.H
9 Julai 2012, Isnin, 7.18pm
UIA Gombak, Selangor















Gratisan Musik















1 comment:

  1. Peluk hidayah ye dik? Moga istiqamah dijalan dakwah yang sememangnya panjang....moga Allah merahnatimu

    ReplyDelete

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~