Semoga iman kita sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmat Allah, aminn!
Tajuk post saya kali ini, ialah "Rasa yang ditimbang" atau lebih tepat lagi, "Bertimbang rasalah" i.e "Be considerate".
Dalam hidup ni, kita bukannya hidup sorang-sorang, sebaliknya kita hidup dalam satu komuniti. Satu umat. Ada ke yang manusia yang hidup sorang-sorang?
Mungkin ada. Manusia yang tinggal dalam hutan atau di tempat yang terpencil. Tanam sayur sendiri, ternak ikan dan ayam sendiri. Tenun kain sendiri. Ha, semuanya sendiri la! Tak payah pergi kedai. Tak payah jumpa orang.
Tapi agak-agak sampai bila dia boleh bertahan? Sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun? Seabad? err...Sealaf?
Tapi agaknya kalau semua orang seperti beliau, apa akan jadi kepada bumi ini? Semua manusia takmau kahwin (?). Ya, manusia akan pupus. Dan lebih spesifik lagi, umat Islam akan pupus (nauzubillah)
Manusia itu saling bergantung. Saling memerlukan.
Dan kalau kita hidup sendirian pun, kita kena ingat bahawa ada makhluk-makhluk lain yang hidup bersama kita. Jinn. Syaitan yang sentiasa menghasut. Malaikat yang sentiasa mencatit amalan kita. Ha, lihat, kita takkan sendirian!
Dan apabila kita hidup dalam suatu komuniti, wujudlah satu term, "Bertimbangrasa"
Bertimbangrasalah.....
Tatkala membeli-belah di pasaraya dan ingin membuat bayaran di kaunter, bertimbangrasalah. Janganlah disebabkan harga dalam resit yang berbeza 20sen berbanding harga dalam katalog promosi, kita terlalu berkira. Sehingga si cashier pun memanggil manager. Manager pula memeriksa kembali harga barang tersebut. Akhirnya proses itu memakan masa berpuluh-puluh minit. Dan di belakang kita terdapat satu barisan yang sangat-sangat-sangat panjang. Bertimbangrasalah.
*gambar hiasan. ehsan google.
Tatkala menggunakan tandas, tak kiralah tandas awam, tandas di asrama, hatta tandas di rumah sekalipun, bertimbangrasalah. Jangan menggunakan tandas dengan terlalu lama hinggakan membuat orang lain tertunggu-tunggu di luar. Kalau suka sangat guna tandas lama-lama, buat tandas sendiri. Tandas personal. Takde orang boleh kacau. Ha, gunalah lama-lama. Dan sekiranya anda mempunyai emergency atau sembelit, yang menyebabkan anda terpaksa menggunakan tandas tersebut dengan sangat lama, berterusteranglah.
"Ada orang kat luar ke?"
kalau ada yang jawab, "ye..."
"Maaf saya guna lama, saya sembelit!"
Ha, senang. Takdelah orang tunggu terlalu lama, kan? Mungkin dia boleh mencari tandas lain, atau sebagainya.
Akhir kalam, bertimbangrasalah.bertimbangrasalah. bertimbangrasalah.
Wallahualam~
N.A.L.H
16 Julai 2012, Isnin, 11.20pm
UIA Gombak, Selangor
No comments:
Post a Comment