Apa khabar? Saya alhamdulillah sihat. Masih boleh bernafas, boleh melihat, mendengar, dan menghidu. Alhamdulillah, alhamdulillah;)
Semalam, pada tarikh 4 Julai 2012 telah diadakan Annual Grand Meeting (AGM) Medcy, tapi saya tak dapat pergi... :'(
Ya Allah, sangat jeles kepada mereka-mereka yang berpeluang untuk pergi..huhu..Teringin sangat-sangat nak pergi, tapi banyaaak assignment, huhu...tapi takpe, sekurang-kurangnya ada juga mantan-mantan yang datang menjenguk...
Tahniah dan takziah kepada adik-adik yang mewarisi Medcy;) Jaga medcy elok-elok tau, terutama biro ku yang tersayang, biro publication dan tak lupa juga biro academic...
Sebut tentang AGM, okey, nak bersentimental sikit, rasa macam baru semalam je saya bertanding dalam AGM...Entah apa yang saya merapu malam tu sewaktu menyampaikan manifesto...Tapi sebenarnya manifesto ni sangat-sangat pentinggg tau! Bukan sekadar manifesto untuk menang je, tapi sebenarnya manifesto ini bagaikan ikrar tau, ataupun perjanjian. Ha, penting sangat-sangat manifesto ni tau! Sebab tulah jangan memandai-mandai nak menabur janji manis dalam manifesto kalau rasa seperti tak mampu nak melaksanakannya. Tapi yelah, Allah merancang, dan manusia juga merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang ^^
Sangat-sangat rindu kehidupan di CFS dulu.
Sangat rindu Medcy, walaupun kadang-kadang Medcy buat saya menangis, tension, dan ada juga ketikanya saya terpaksa makan laju-laju sebab nak kejar meeting, tapi semua tu asam garam kehidupan. hehe. Dan Medcy sangaaaat2 banyak mengajar saya. Dan semua ni saya takkan dapat dalam kelas tau.
Sangat rindu biro Dakwah Zainab College, walaupun kadang-kadang Head saya waktu tu, Atiqah, suka sangat buat meeting waktu petang, selepas kelas, waktu orang keletihan. Tapi keletihan yang best, Alhamdulillah. Buat kerja kerana Allah memaaaannng sangat manis tau, hehe.
Sangat rindu Hisbah Sumayyah, walaupun kadangkala terpaksa mengambil waktu malam saya untuk meeting. Tapi best, alhamdulillah.

Ya Allah, sangat rindu momen-momen itu, huhu.
Sekarang ni kehidupan di Gombak mulai bertambah sibuk. Setiap subjek UNGS ada assignment tau. Tapi sebenanya banyak je waktu free, cuma saya je yang tak pandai mengatur jadual harian, jadi tak bolehlah nak merungut...
Hari Isnin dan Rabu-Pagi sehingga petang kelas, straight dari pukul 9.30pagi hingga pukul 5petang.
Hari Selasa dan Khamis-kelas petang je ^_____________^
Malam-malam study...ataupun merapu-rapu kadang-kadang..
Okey, saya dah jadi macam watak Fatimah dalam cerpen saya Gersang. haih, tak boleh jadi ni. Alhamdulillah masih ada halaqah mingguan sebagai santapan rohani dan penguat hati.
Ketika saya berasa sangaaat sedih dengan kehidupan saya sekarang ni, tiba-tiba saya teringat,
"Subjek UNGS tu kan subjek agama?"
Jadi menghadiri kelas UNGS tu samalah seperti menghadiri ceramah agama. Okey, cepat-cepat, tukar mindset, niatkan segala-galanya kerana Allah, moga setiap langkah dan nafas saya ke kelas UNGS dihitung sebagai ibadah, aminnn! Dan rupa-rupanya ada talaqqi di UIA Gombak setiap hari Rabu, malam. Itupun santapan rohani tuu.

Okey, dah, berhenti merungut, dan bersyukur.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
senyum sikittt ^________________^
Oh ya, nak share gambar-gambar pemandangan sekitar UIA Gombak. Apa yang saya paaaaling sayang dan suka UIA Gombak ialah dari segi pemandangannya. Superb, takbir!
senyum sikittt ^________________^
Oh ya, nak share gambar-gambar pemandangan sekitar UIA Gombak. Apa yang saya paaaaling sayang dan suka UIA Gombak ialah dari segi pemandangannya. Superb, takbir!
Hehe, wallahualam~
N.A.L.H
6 Julai 2012, Jumaat, 12.13am
Ampang, Selangor
Ampang, Selangor
No comments:
Post a Comment