Alhamdulillah, baru selesai menjawab soalan midterm UNGS 2030 tadi....salah satu daripada 3 subjek UNGS...Soalan dia? Ermm, agak speechless jugak la....Tadi sewaktu termenung-menung tak tahu nak jawab apa, seorang demi seorang bangun, untuk submit kertas exam...Perasaan saya waktu tu? Sejujurnya,
=.='
Bagaimana dorang boleh jawab cepat sangat? huhu. Buat orang panik je bila tengok ramai yang dah submit kertas exam..huhu.....Tetapi saya bukanlah species yang hantar kertas exam awal, sebab takut-takut nanti selepas keluar awal sangat semasa exam, tiba-tiba teringat pulak fakta yang tak ditulis dalam exam tadi...Ha, kan niaya tu? Baik duduk je kat dalam exam tu, walaupun dah siap jawab. Walaupun panas juga la punggung duduk kat kerusi tu, ala tapi jangan risau, takkan terbakar punyalah (?).
Tazkirah kelas UNGS
Okey, tadi dalam kelas UNGS ada salah seorang brother (Alif namanya, kalau tak silap) ni share la sebuah cerita;
"Dulu sewaktu cuti panjang selepas sem 1 tahun kedua, saya kerja di sebuah kafe ni. Kerja bersama seorang sister yang baru berumur 17 tahun, dan SUDAH BERKAHWIN, malahan sudah mempunyai anak. Suaminya berumur 23 tahun. Pada mulanya, saya meninggalkan first impression yang agak buruk kepadanya. Memandangkan suaminya ketagih air *saya tak ingat nama air tu, tapi katanya air tu adalah campuran coca-cola dan air ketum*, dan suaminya bukanlah merupakan suami dan bapa yang baik.
Pada suatu hari, saya merungut kepadanya tentang kehidupan seharian saya. Kemudian, sister itu menasihati saya supaya bersyukur, dan kemudiannya menceritakan kisah hidupnya. Kisahnya begini. Ibu bapa sister itu bercerai dan bapanya merupakan seorang bapa yang agak jahat*sesuai ke perkataan ni?*. Kemudian, ibunya berkahwin pula dengan seorang lagi lelaki. Dan agak malang kerana lelaki itu juga merupakan seorang yang agak jahat dan buruk perangainya. Bayangkann...dahlah bapanya begitu, kemudian dia berkahwin pula dengan suami yang agak teruk. Jadi saya menyeru dan menasihati kalian semua supaya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat. Dan jangan memandai-mandai menilai orang lain"
Datang lambat
Saya teringat pula kisah (?) yang berlaku kepada saya 2 minggu lalu. Saya hadir ke kelas agak lewat hari itu, pukul 10 pagi, sedangkan kelas bermula jam 9.30pagi. Sewaktu saya membuka pintu kelas, ramai yang memandang saya *terasa famous jap -.-' haha, ok, perasan je*. Ramai yang memandang dengan agak sinis, dan ada juga yang melihat sekilas pada jam tangan mereka, seolah-olah nak beritahu, "haih, dah pukul berapa ni, baru datang ke?"
Ahha, tak tahulah, sekiranya itu perasaan saya saje ke. hmm, tapi sejujurnya, agak sedih jugak la waktu tu.
Sedangkan saya datang lambat kerana saya mengalami sakit perut dan cirit-birit. Malahan saya dah dapat surat MC dari doktor tauu. Tapi memandangkan saya berasa agak sihat pagi tu, jadi saya hadir juga ke kelas.
Saya bukan nak riak, kata saya ni budak baik ke apa, tapi saya nak highlight satuuu je,
"Kita hanya hamba Allah. Tak layak pun nak menilai, melabel, atau apa-apa yang sewaktu dengannya"
Deduction and Induction.
Hari tu kitorang belajar tentang induction dan deduction. Ada soalan dan latihan problem solving, haha, tiba-tiba teringat Math;p
Ni lecturer panggil dorang untuk jadi wakil untuk memudahkan menyelesaikan problem solving. Hilang mengantuk bila jawab soalan problem solving,=D
2 more papers mid term to go! huhu
Wallahualam~
N.A.L.H
12 Julai 2012, 1.02 am, Khamis
UIA Gombak, Selangor
No comments:
Post a Comment