Friday, July 20, 2012

Saya bukanlah niqobi...tapi.................

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, tak sampai sehari lagi kita semua akan bertemu dengan encik Ramadhan...Semoga sempat dan berpeluang untuk berjumpa dengan beliau! Aminnnn....

Para sahabat nabi sentiasa berdoa kepada Allah sebelum dan selepas Ramadhan. Sebelum Ramadhan, mereka berdoa agar dipertemukan dengan Ramadhan. Manakala selepas Ramadhan, mereka berdoa agar  amalan mereka diterima....^^

Kini di UIAM Gombak sudah mula dipasang khemah-khemah untuk bazar Ramadhan...whoaaa.......Kalau setiap hari pergi sana, confirm-confirm kering laa poket duit....hihi......Mana taknya, semua nak dibelinya....heheh......Sabar Aimi, sabar!!

Okey, berbalik kepada tajuk saya hari ini, "Saya bukanlah niqobi, tapi.........."

Saya bukanlah niqobi, tapi...

Saya faham perasaan mereka. Saya tak tahulah mengapa, tapi sudah menjadi trend pada masa kini, untuk muslimah menangkap gambar menutup mulut (ala-ala niqob) dan upload di laman sosial....Maksud saya di sini bukanlah muslimah yang sememangnya pemakai niqob, tapi sengaja menangkap gambar sedemikian, ala-ala arab la kononnya.

Yang lebih menyedihkan, ada juga yang letak make-up tebal-tebal di bahagian mata dan kemudiannya pakai niqob, tangkap gambar, dan upload di laman sosial. Apakah motif sebenar anda? Niqob, hijab tujuannya untuk melindungi dan memelihara maruah wanita. Tapi anda telah mencemarkannya dengan "tabarruj tapi berniqob"...




Dan paaaaaling menyedihkan, ada yang menangkap gambar sedemikian, kemudian tulis pula caption di bawah itu, "Kami ninja"..."Kami terrorist"....dan sebagainya....Tolonglah hormati perasaan pemakai niqob.....

Dan menjadi trend masa kini juga, untuk mengadakan majlis makan malam dengan tema "Arabic Night" dan seumpamanya...Di sini saya bukanlah ingin membahaskan mengenai tema tersebut, kerana bagi saya tema itu tiada salahnya. Cuma yang menyedihkan dan menyakitkan mata saya ialah apabila niqob disamakan dengan arab. Muslimah (yang bukan sememangnya niqobi) memakai niqob yang bermacam-macam rupa untuk ke majlis tersebut..

Ada yang memakai niqob yang kainnya sangat jarang, dengan berjahitkan manik-manik berkilauan. Ada juga yang memakai niqob dengan tudung yang pendek dan tak menutup dada. Dan ada juga yang memakai niqob dengan jubah tipis yang menampakkan susuk badan. Di sini apa fungsi dan tujuan anda memakai niqob tersebut? Bagaimanakah anda meletakkan darjat niqob? Bagi memenuhi tema "Arabic"kah? Ohh, sekadar memenuhi tema Arabic, tapi tidak mematuhi syariat Islam yang sebenar-benarnya.

Kebaikan yang bertopengkan kejahatan.

Sisters in Islam, kita bersaudara. Saya sayaaang kalian. Mana mungkin saya tidak menyayangi dan menghargai kalian, sedangkan kita merupakan saudara seIslam. Dan kalian semua merupakan bakal ibu, di mana tangan anda yang menghayun buaian yang bakal menggoncang dunia suatu hari nanti, insyaAllah.

Saya memahami keinginan dan kehendak anda untuk tampil dalam keadaan menarik. Kerana saya juga merupakan seorang sister. Tapi untuk tampil cantik itu ada garis panduannya. Islam itu indah, Islam itu agama fitrah. Islam tidak pernah menyekat umatnya untuk berhias, tetapi biarlah mengikut syariat.

Saya tidak tahu apa tujuan anda menangkap gambar ala-ala niqobi, dan upload di laman sosial, dan kemudiannya menulis caption di bawah itu, "Im terrorist", "Im ninja". Mungkin bagi anda itu sekadar suka-suka sahaja, tetapi besar kesan negatifnya dari sekeping gambar itu. Dan paling kita takutkan ialah balasan akhirat.

Bagi yang sudah tertangkap dan ter'upload' gambar sedemikian di laman sosial, nasihat saya, delete lah gambar tersebut. Takpe, setiap manusia tak lari dari berbuat kesilapan :)) Ingat tauu, delete ^^.

Buat pemakai niqob....

Sungguh, saya amat mengagumi kalian! kerana masih boleh mempertahankan niqob anda di celah-celah manusia akhir zaman ini. Semoga kalian istiqomah^^.

Cuma....nasihat saya yang dhaif ini.....Rasanya tidak perlu kot kalian berniqob ketika bersama keluarga, bersama ipar duai. Kerana saya gusar ini akan merenggangkan hubungan kekeluargaan.

Tak perlu rasanya kalian memakai niqob di tempat awam yang sememangnya khas untuk wanita. Contoh, di musolla wanita dan tandas wanita. Tak perlu rasanya kalian memakai niqob di situ. Kerana saya gusar sekiranya timbul fitnah, terutamanya di akhir zaman yang penuh dengan fitnah ini. Saya khuatir sekiranya ada yang menganggap bahawa ada kaum adam yang sedang menyamar wanita dan memakai niqob untuk memasuki di tempat-tempat awam khas untuk wanita..

Niqobi, saya sayang kalian...Saya kagumi kalian! Kalian memang osem, takbir! Moga istiqomah. Aminnn ^^

Akhir kalam, salam sayang buat sisters sekalian. Saya sangaaaat sayang kalian. Moga kita dapat masuk syurga sama-sama ^_____^

Dan....selamat menyambut ramdhan. Kumpul pahala banyak-banyak tauuu...

sudi-sudilah membaca post saya hijrah ni jugak...hehe:))

Wallahualam~

N.A.L.H.
20 Julai 2012, Jumaat, 4.55pm
Ampang, Selangor







Gratisan Musik


No comments:

Post a Comment

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~