cuti tggl 1 minggu, heisyh..
ok la, kali ni ana nak cerita tentang sem 1
(warning: jangan baca kalau takut BOSAN!)
sem 1...sem pertama aku di uia.kali pertama aku belajar luar kawasan LEMBAH KERAMAT! yela, mana taknya, dati tadika sampai la habis SPM, aku belajar di LEMBAH KERAMAT..
ok la, sebelum ana melalut dengan lebih jauh, kita balik ke topik kita tadi .nanti karang tak habis silibus pula..(aha, aku dah mula merepek..)
sem 1 ni memang berlalu dengan cepat la, macam angin aje..(betul tak peribahasa aku ni??kena refer kat guru bm sekolah la,eheh)..ana ingat lagi....
- hari pendaftaran
-banyak betul barang yang ana bawa. bak kata ayah, macam nak pindah rumah je, -.-memang dup dap dup dap bila sampai pagar uia tu. rasa macam arggh..takutnya..macam mana dengan bilik aku nanti? roomate aku macam mana? friendly tak? entah-entah penyangak ke, haha. aku pun dengan baju kurung pink, tudung pink pergi la ke amf untuk sesi pendaftaran. memang banyak masalah la semasa pendaftaran tu. ini tak cukup, itu tak cukup. kesian kakak yang uruskan pendaftaran aku tu. haha
- tentang roomates
-mula-mula roomates ana ada 3 orang..khaliDA......naDA........hamizah (dah takde 'DA' kat hujung nama, hik3)..hari pertama, biasalah, tak kenal sangat lagi, masing-masing buat hal sendiri..
-tapi setelah aku punggah barangdan masuk bilik, ayat pertama yang mereka hadiahkan kepadaku,
"nanti nak pinjam iron n iron board ye.."
dan disebabkan iron tu iron hadiah cabutan bertuah, memang agak canggih la, terlalu canggih sehingga terbakar tudung nada. nada, sorry!
-mula-mula memang buat hal sendiri, tapi lama-lama tu rapat pula. khalida pergi pada hari ketiga dan dah tak balik-balik, dia masuk KMB.
-Hamizah pula semasa kami dah mula rapat dengan dia, dia tinggalkan daku dan nada di dalam bilik..nasib baik KAMI tak kena tangkap basah (ayat nada, haha)..
-mula-mula tu ana pelik sangat tengok mereka kongsi barang, makanan, dan macam-macam lagi. ana TAK BIASA. ana pun makan sendiri, tak mau pinjam barang orang. tapi lama-kelamaan ana sedar. dalam hidup ni kita perlu berkongsi. sharing is caring, kan?
-nada, si gadis kelate. mula-mula tu senyap je, asyik-asyik belek buku mastika dia tu. aku tanya, dia jawab, huhu. tapi lama-kelamaan, nada mula menunjukkan belangnya (haha, nada ada belang ke??)..dia banyak cakap rupanya..dan loyar buruk..tapi nada jugalah yang banyak ingatkan aku tentang Islam. yelah, budak sekolah agama kan? pendek kata, nada ni baik. (ermm, nada, belanja aku topup plis? haha)
- hari pertama lecture
-memang bersemangat la. aku pakai baju kurung maroon dan tudung peach. naik la ke physics lab. tunggu punya tunggu, rupa-rupanya kelas dibatalkan! adehh..
- tentang classmates
-classmates aku semuanya perempuan, kecuali kelas math yang ada 5 orang budak lelaki. itupun macam tak wujud. semua macam biskut.
-aku berkenalan la dengan zura, carrot, sima, fizah, dan ramai lagi. tapi azwin dengan gediknya meninggalkan kami terkapai-kapai. sebab? dia dapat offer medic mesir. missing you awien!
-disebabkan classmates aku semuanya perempuan. so kami pun agak kecoh dan bising. nak jerit-jerit dan lompat-lompat pun takpe. (aha, hiperbola betul! mana ada macam tu!)..erm, tapi aku sayang kamu semua..ahakkss
-aku ni dapat macam-macam gelaran..makcik (sebab aku berlakon jadi makcik semasa speakers corner)..cik cheti (sebab urusan duit selalunya serah pada aku. entah la. aku ni memang muka treasurer kot)
- tentang cafe
-di uia ni, ada 7 cafe (setakat ni aku tahu ada 7, tapi tak tahu la kalau da kafe lain)..cafe zc (kesayangan, ahakkss)..u-cafe (ada kak ong!)...kafe A (ermm, no komen-)..kafe E (asalnya kafe bro+sis..tapi bro dah conquer tempat tu..tak aci betul, dah la makanan kat situ murah!)..kafe ukc (kalau dah terdesak baru pergi kafe ni)..kafe abc (kwasan larangan for sisters!)..kafe aisyah (kawasan larangan for sisters juga..kalau berani, masuk la, tapi ibarat masuk mulut buaya la tu)
- tentang lecturer
-lecturer semuanya comel-comel, sporting....(aha, bagi markah bonus untuk final plis?)
- tentang pasar malam
-adehh....rambang mata....semua makanan nak dibeli.....duit takde...huhu.....tapi memag best la!
- tentang pak guard.
-ermm, takmau komen, nanti kena saman lak!
- tentang acad medcy
-yang ni... aku tak tau la macam mana aku boleh terjebak dalam acad medcy ni...sebenarnya aku tak nak pergi pun meeting pertama tu, aku pergi pun sebab kawan-kawan aku PERGI. dan aku dilantik jadi bendahari. jadi ceti. setiap minggu meeting. tapi seronok juga. terisi hidup aku kat uia tu. takdelah belajar aje.-.-
-acad medcy tu apakah?? acad medcy tu ialah lujnah academic medcy..medcy ialah gabungan pelajar medic, dentistry, pharmacy, nursing, alhs..a.k.a heatlh and medical sciences students...acad ni jual compilation, buat quiz, dan macam-macam laa
ermm, tu jelah kot...penat dah membebel ni...
wassalam
No comments:
Post a Comment