assalamualaikum sidang pembaca smua! (walaupun aku tau berapa kerat je manusia yg bace blog aku ni=p)
hari ni 6/1/2012, 1.55pm. menandakan tggl 3 hari je untuk aku relax di rumah sebelum pulang ke uia.T.T
sepanjang cuti 3 bulan ni, antara dugaan terbesar ialah menjaga graf keimanan aku. huhu. kejap naik, kejap turun. lagi2 tanpa sokongan kwn2, tanpa biah solehah seperti di uia. di rumah pula banyak hiburan. tv, mysoju, kshownow, fb. huhu. so, apa tips untuk mengekalkan atau meningkatkan graf keimanan kita sewaktu cuti panjang?? (tips dari insan kerdil seperti aku)
1) banyakkan membaca buku/ blog tazkirah. antara buku yg aku boleh syorkan, buku HILAL ASYRAF. sangat2 menyentuh jiwa, seriously. gaya tulisan yang sempoi tapi meresap ke dalam jiwa. antara buku lain, buku ZAHARUDDIN ABD RAHMAN. ringkas dan padat! blog yang aku boleh syorkan DR CINTA (bukan pasal cinta je), MARI MENJADI HAMBA, ALFATEH, SEBARKAN BAHAGIA, dan banyak lagi! tapi hati2 dalam meng"google"! jgn terbuka web2 yang merepek2 dan ajaran syiah pula!
2) perbanyakkan amalam sunat. (yg ni aku agak sukar nak istiqomah).
3) jaga aurat kita (terutama bagi kaum hawa). kalau boleh pastikan pakai baju labuh (melepasi punggung). bila kita tutup aurat, inshaAllah kita akan terpelihara dari buat maksiat. sebab apa? sebab bila kita bertudung, berpakaian labuh, agak janggal la sekiranya berbuat maksiat. (mcm tak sesuai). contohnya, bila korang pakai baju kurung, agak janggal la kalau korang nak masuk tempat karaoke kan?
4) banyakkan tolong ibu bapa. (walaupun kadang2 aku agak malas=p). tolong memasak, kemas rumah, lipat kain (huhu), basuh kereta (bagi lelaki), dan sebagainya. supaya masa kita lebih terisi dan mengelakkan dari merapu-rapu. inshaAllah. niatkan semata-mata kerana Allah ^__^
5) banyakkan hadir ke kuliah ilmu. cari kuliah ilmu. supaya roh kita sentiasa mendapat makanannya. ingat, bukan perut je perlu makanan, ROH dan HATI kita juga perlukan makanan sebenarnya.
6) sentiasa ingat mati. mati itu pasti. bila2 masa kita boleh mati. jadi bila kita ingat mati, nak buat maksiat pun takut. sebab takut mati semasa berbuat maksiat (nauzubillah min zalik)
wallahu alam~
No comments:
Post a Comment