Saturday, February 4, 2012

mengurus masa dgn efektif ^^



salam pembaca semua

"Demi masa! sesungguhnya manusia itu kerugian; melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan pada kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"-al asr 1-3

dulu masa kecil2 antara lagu yang popular ialah lagu demi masa. ingat lagi tak? hehe. waktu tu nyanyi jelah, tanpa ambil intipati lagu tu.

ye, masa itu ibarat pedang, kalau kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu. takut tak bila dengar?

adakalanya kita (terutama pelajar) dihimpit dengan pelbagai komitmen. komitmen untuk belajar dan skor dalam pelajaran. komitmen untuk bersama keluarga dan kawan-kawan. dan bagi yang aktif bepersatuan pula, komitmen kepada persatuan tersebut.

serabut tak kepala? pening tak?

jawapannya tak, kalau kita pandai menguruskan masa.

adakah kita perlu belajar 24 jam je, tak payah bersosial? tak.

antara tips2 yang aku sebagai hamba yang lemah boleh kongsikan:

1) buat jadual! haha, tips ni kalau dalam seminar2 motivasi pun kita boleh dapat, kan? tapi sejauh mana kita aplikasikannya? kalau kita benar2 praktikkannya, inshaAllah urusan kita akan lancar.

emmm...macam mana nak buat jadual ye?

waktu pagi dan malam-waktu yang sangat2 bagus untuk belajar.

waktu petang-rehatkan minda dengan bersosial dengan rakan2, buat perkara2 yang tak berapa nak produktif dan tak memerlukan perahan minda sangat(cntoh: potong kuku, shopping, buat proposal dan kerja2 persatuan; bagi yang bepersatuan, bergayut dengan maka ayah)

2) tolonglah jadi seorang yang KEDEKUT MASA!
kedekut untuk benda baik tak mengapa kan? contoh: rakan anda datang ke bilik untuk buat kerja persatuan bersama anda. (jika di uia, buat proposal, etc). sila tetapkan masa tertentu. (waktu yang terbaik ialah waktu petang). sila tetapkan tempoh. dalam 2 jam dah memadai rasanya. berborak sambil bekerja tak salah, tapi jangan meleret-leret! ingat, masa tak boleh diputar kembali!



3) buat list to-do. inshaAllah berkesan.

moga memberi manfaat kepada semua dan penulis sendiri^^

No comments:

Post a Comment

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~