seorang pemuda berlari anak memasuki masjid, untuk mengikuti jemaah surau yang sedang menunaikan solat tarawikh.
dia menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tawaduk dan berjaya menyempurnakan 20 rakaat solat tarawikh. seusai solat tarawikh, sahabatnya bertanya,
"kau dari mana?"
"dari pejabat, hari ni banyak betul kerja, bos suruh hantar pagi esok. tadi dari pukul 6 aku menghadap laptop, siapkan kerja. pukul 8.30, barulah aku teringat nak pergi solat tarawikh. kelam kabut aku memandu ke sini, tarawikh mana boleh tinggal beb, haha.."terang pemuda itu dengan rasa bangga.
"habis tu, kau solat maghrib dan isyak tak?"
"tak, mana sempat, banyak kerja. tapi at least aku solat tarawikh, khusyuk betul tadi..itupun aku solat tanpa wudhu. kalau aku ambil wudhu, lebih khusyuk rasanya.." terang pemuda itu lagi.
sahabatnya tergamam.
hmmm...beginilah senario yang dpt kita lihat hari ini..umat islam tak dapat nak membezakan antara WAJIB dan SUNAT...yang SUNAT diutamakan, sedangkan yang WAJIB ditinggalkan...nauzubillah...
antara senario lain yang dapat kita lihat-hari ini (ramadhan) kita lihat masjid dipenuhi dengan jemaah, namun yang agak menyedihkan-selepas ramadhan pergi, masjid lengang...ke mana perginya jemaah2 tadi?? anda fikirlah sendiri
No comments:
Post a Comment