Tuesday, November 18, 2014

SURGERY POSTING! ^_^

Assalamualaikum w.b.t pembaca sekalian!

Sedari tidak, setahun lebih sudahpun berlalu semenjak kali terakhir saya mengupdate blog ni..huhuhu..Banyak sangat yang ingin dikongsikan sebenarnya..huhu..

Busy ke? hm...Tak delah busy sangat pun....Cuma....hm....Waktu lapang tu saya lebih memilih untuk tidur (?)...kih3...

Alhamdulillah, pagi tadi berakhir sudah end-block exam bagi posting surgery saya, sekali gus berakhir sudah posting surgery saya untuk tahun 3...

Tahun 3?? ya...saya kini sudahpun berada di tahun 3...cepat sungguh masa berlalu kan...posting pertama saya ialah surgery..

Surgery ni tentang apa ya? potong-potong badan orang ke? jahit-jahit badan orang ke? hehe...secara dasarnya, surgery posting ni lebih kepada sistem GIT atau pencernaan...belajar tentang perut, usus....hm..tu je ke? mestilah tak....surgery ni meliputi juga semua penyakit yang berkaitan dengan pembedahan...kalau orang tu ada breast cancer, refer ke surgery for mastectomy..kalau orang tu ada abscess, refer to surgery untuk incision&drainage..basically semua yang berkaitan dengan pembedahan la...dah nama pun surgery kan...cuma portion besar yang perlu dicover sewaktu surgery posting ialah sistem GIT..

Maaf la sebab cakap bahasa rojak...sebab ada sesetengah perkataan yang lebih mudah disampaikan maksudnya sekiranya bahasa inggeris digunakan..hew3..

Disebabkan banyak permintaan (retis gituu) untuk saya berkongsi mengenai tahun klinikal, moh la saya kongsi di sini eh..

tapi sebelum tu, memandangkan end-block exam baruuu je berlalu tadi, meh saya kongsi serba sedikit mengenai end-block exam clinical.

End-block exam clinical

Pertama sekali, exam clinical sangat2lah berlainan dengan exam praklinikal..kalau dulu nak exam kita baca lecture note, sekarang ni memang kena baca buku...sebab apa? sebab takde lecture note pun..hew3....dan kena banyak bincang dengan kawan..sebab terlalu banyak fakta yang kita kena ingat...huhu...dan untuk physical examination tu, kena banyak berlatih..berlatih dengan patient, dengan kawan-kawan...

kedua, exam klinikal ni seram sejuk nya semacam sikit..huhu...tak tau la kalau saya je yang rasa macam ni, tapi inilah kenyataannya..malam exam susah nak tidur T.T

ketiga, kebergantungan pada Allah..untuk exam clinical ni, memang bergantung kepada rezeki...kita memang takkan tahu kita dapat patient mana, examiner mana, mood patient dan examiner, dan banyak lagi faktor lain..banyak-banyakkan solat hajat, minta kat Allah..pendek kata, jaga hubungan dengan Allah ^_^

keempat, kalau tak tahu nak jawab soalan doktor, jawab dengan rendah hati, "saya tak tahu"..ini bukan sahaja jawab yang mudah, bahkan juga selamat. sebab apa? sebab kalau kita memandai jawab, bila doktor tanya dengan lebih mendalam, dah blur..dan ini akan memakan masa yang banyak..tup tap dah habis masa..huhu.

Macam mana exam tadi???

terus-terang, memang teruk juga lah kena tadi...T.T

untuk exam klinikal, ada dua; long case dan short case.

long case tadi agak teruk jugak lah..memang mental break down..Belum sempat nak cool down selepas long case, terus dipanggil untuk short case. Lalu dengan wajah sembab dan mata bengkak, dan cuba untuk melawan perasaan, saya pun periksa lah pesakit di hadapan doktor (examiner). Alhamdulillah short case tadi agak lancar lah jugak.

Pengajaran yang saya dapat sewaktu exam klinikal tadi:

1) Kena organise sewaktu presentation. Dan ini sudah tentunya memerlukan latihan yang banyak dan berterusan. Jangan jadi macam saya T.T

2) Cuba sedaya-upaya untuk bertenang. Tadi disebabkan agak gelabah, tak dapat bezakan endoscopy dengan OGDS dengan ERCP..Sedangkan sewaktu di luar exam boleh je ingat. Tapi sewaktu exam, disebabkan cuak, blur habis. huhuhuhuhu

3) Kena pandai kawal emosi. Macam tadi. Mata dan wajah tengah sembab lagi, dahh dipanggil untuk short case. Dan ini applies juga sewaktu kita kerja nanti, cuba bayangkan, kalau kita sedang bersedih akan kematian pesakit, takkanlah kita asyik nak melayan perasaan sehingga mengabaikan pesakit lain?? huhuhu

4) Kalau tak tahu, cakap je tak tahu, dengan penuh rendah hati. Jangan memandai-mandai. Dan ini applies juga untuk alam pekerjaan nanti. Pesakit bukan bahan eksperimen untuk kita cuba-cuba. Kalau tak tahu, cakap je tak tahu.

Hm...setakat ni jelah kot untuk post kali ni..doakan saya pass!! huhuhu....

*ex sub group mate yang banyak berjasa dan membantu*


18 November 2014, Selasa, 9.58pm
Ampang, Selangor

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~