Assalamualaikum wbt...
Pada 17 Oktober yang lalu, saya menerima sebuah pelawaan untuk menjadi fasilitator study circle 2. Satu mandat yang saya kira agak berat. Study circle atau nama lainnya usrah, merupakan subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar UIA dan dipimpin oleh fasilitator.
Sebelum ini bukanlah tidak pernah menggalas tanggungjawab sebagai fasi, tetapi kali ini mandat ini dirasakan agak berat. Mungkin kerana UIA mewajibkan subjek ini dan UIA mempunyai harapan yang agak besar bagi subjek ini.
Kursus Fasilitator
Pagi tadi hinggalah petang saya menghadiri kursus persediaan fasilitator. Banyak input yang saya perolehi hasil kursus ini. Perbaharui niat, role kita sebagai khalifah di muka bumi ini, kepentingan usrah, dan ciri-ciri dai'e. Secara tidak langsung menampar halus diri saya terkadang alpa ini.
Hari ini juga baru saya tahu betapa UIA sudah mengeluarkan perbelanjaan yang sangat banyak untuk program ini. Bayangkan, sepanjang kursus tadi kami ditaja makanan pagi-tengahari-petang. Bukan itu sahaja, kami fasilitator diberi wang honorium sebanyak rm350 seorang.Chief fasi pula diberi rm850 seorang. Terkejut tadi waktu kak Syaja meminta nombor akaun bank kami semua. Tidak cukup dengan itu, setiap fasi diberi pula tumbdrive percuma! ^_^
Sungguh besar harapan UIA terhadap program ini. Program ini bukan sekadar untuk memenuhi syarat agar UIA digelar Universiti Islam, bahkan lebih daripada itu. Program ini adalah sebagai platform untuk pelajar UIA mendapat ilmu Islam secara menyeluruh, agar keluar bergraduasi sebagai graduan Islami. Huhu.
Mandat yang berat?
Tatkala terasa diri ini bagaikan sedang memikul batu yang sangat berat, teringat kata-kata sahabat saya,
"Ilmu itu untuk dikongsi. Tak semestinya kita PERLU ada banyak ilmu baru kita boleh berdakwah"
"Dakwah tu kerja nabi dan sahabat. Apabila kita berdakwah, kita sedang menyambung tugas para nabi dan sahabat."
Menerima mandat ini menandakan diri ini sudah menambah 'circle of friends'. Oleh itu diri ini perlu sentiasa cuba untuk menjadi contoh. Teringat kata-kata sahabat saya,
"To deliver the message, you need to be the message!"
Akhlak perlu sentiasa dijaga. Niat perlu sentiasa ditajdid agar dakwah yang disampaikan punyai nur, bukan sekadar cakap kosong semata. Ilmu perlu sentiasa ditingkatkan.
Paaaling penting, hubungan dengan Allah kena jaga betul-betul. Untuk menyentuh hati manusia, hubungan dengan Allah perlu sentiasa dijaga, KERANA hati itu Allah yang pegang. Sehebat dan sepetah mana pun lidah berbicara, sekiranya Allah tidak buka hati mad'u, kata-kata yang keluar dari kita bagaikan angin lalu. Banyakkan amalan sunat. Kalau kita nak suruh mad'u kita baca mathurat, kita PERLU baca mathurat dulu. huhu.
Yosh, Aimi boleh! Habluminallah, habluminannas.
Sekian ini sahaja untuk hari ini, wallahu'alam.
Aimi Liyana,
21 September 2013, Sabtu,
8.21 p.m.
UIA Kuantan
Saturday, September 21, 2013
Wednesday, September 18, 2013
Mandat itu
17 September 2013
Tarikh di mana saya menerima SMS yang mengandungi sebuah mandat (amanah).
Mandat yang sangat berat.
Dengan menerima mandat tersebut semakin melebarlah jalur lingkungan silaturrahim. Semakin diri ini perlu menjadi qudwah (contoh). Akhlak perlu sentiasa dijaga. Ilmu yang ada di dada perlu dikukuhkan, dan perlu juga mengisi lompong-lompong dengan ilmu baru. Masa perlu dikorbankan. Niat perlu sentiasa ditajdid.
Nyata, mandat itu memerlukan seribu pengorbanan.
Layakkah aku?
Subscribe to:
Posts (Atom)
kenali musafir ini~
Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~
~IKRAM, alhamdulillah~