Assalamualaikum w.b.t ^_^
Alhamdulillah hari ini Allah beri kesempatan kepada saya untuk meng'update' blog setelah sekian lama blog yang bertuan ini bagaikan tidak bertuan. Hmm.
Okey, summary untuk apa yang berlaku pada bulan ini!
Clinical Correlation
Subjek baru untuk block ini, clinical correlation :-) Bagi saya subjek ini sangat menarik kerana subjek ini menghubungkan atau dalam bahasa omputihnya, 'relate' antara teori yang dipelajari dalam kelas dengan praktikal.
Kelas bagi subjek ini diadakan di Jalan Hospital Campus (JHC). Oh ya, untuk pengetahuan semua, UIA Kuantan ada dua kampus, iaitu Indera Mahkota Campus (IMC) dan JHC. Kebanyakan kuliyyah diadakan di IMC, kecuali kuliyyah nursing dan pelajar medik 3nd year dan ke atas.
Pada hari Rabu lepas, alhamdulillah kami berpeluang untuk ber'kuliyyah' di JHC lagi. Kali ini lecturer kami. Dr Naim memberi peluang untuk berjumpa dengan seorang pesakit.
"Now, I want you to examine the patient's abdomen" pinta Dr Naim kepada seorang pelajar yang berada dalam clinical year.
(Oh ya, clinical students merupakan pelajar medik yang sedang berada dalam tahun ketiga dan ke atas. Jadi pelajar tahun pertama macam saya ni belum lagi layak digelar clinical student)
Pelajar tersebut memeriksa pesakit di hadapan kami semua sambil diperhatikan oleh Dr Naim dan kami semua. Setelah waktu yang diberikan tamat, pelajar tersebut diminta membentangkan hasil pemeriksaannya kepada kami, beserta diagnose beliau.
Dipendekkan cerita, setelah itu, Dr Naim memberikan ulasan beliau. Pelbagai istilah medikal keluar dari mulut beliau. Saya di belakang hanya tercengang, dan sekali-sekala bertanya rakan di sebelah,
"Apa maksud istilah bla3...?"
Haish, betapa sedikitnya ilmu di dada ini. Boleh la dikatakan hanya 20% sahaja istilah beliau yang saya fahami. Tiba-tiba terasa seram untuk melangkah ke dunia clinical.
Untuk menjadi seorang doktor, kami perlu:
Cekap dan efisien menyelesaikan masalah.
Meningkatkan 'communication skill'
Banyaaaaaaaaaaaaaaaak membaca! huh
Yang paling penting, senantiasa tajdid niat.
Bagi saya, niat merupakan tunjang terpenting yang perlu dipasakkan ke dalam hati. Lillahi ta'ala.
Andai terasa langkah kian lemah, buku dan nota yang menggunung untuk dibaca, istilah saintifik yang terlalu banyak untuk dihadamkan, sentiasalah tanya diri sendiri (Ingatan buat diri ini),
"Kerana apa aku berada di sini?"
"Kerana apa Allah pilih aku untuk berada di jalan ini?"
Yup, kerana Allah tahu saya kuat untuk menjalankan amanah ini. Allah kan maha Baik, maha Bijaksana, dan maha Hikmah, mestilah Dia tahu apa yang terbaik untuk kita kan?
*Senyum lega*
Result Block 1
Alhamdulillah saya pass!!!! Hehe. Alhamdulillah x3.
Ranking? Hm, rahsia. Tetapi yang pastinya saya bukanlah tergolong dalam tiptop student.
Setelah berhempas pulas sehingga menjadi zombie library, alhamdulillah Allah izinkan saya untuk pass. Meskipun bukanlah berada dalam tiptop ranking, kerana saya sangat berpuas hati kerana setiap langkah ke kuliyyah medik dan setiap langkah saya terasa sangat bermakna.
Saya berpeluang untuk menghadiri usrah, menyertai persatuan, dan dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat baik.
Pendek kata, hidup saya bukan sekadar belajar.
Terkadang diri ini dihinggap rasa cemburu melihat sahabat-sahabat yang belajar 'biasa-biasa' sahaja sedangkan result mereka tiptop. Shuh x3. Segera kutepis perasaan tersebut. Allah kan baik? Mestilah Dia akan hadiahkan terbaik untuk kita kan?
*Senyum bahagia*
Kepentingan Usrah
Semenjak berada di Kuantan ini, barulah kusedar betapa pentingnya usrah. Dulu pun sedar jugak, tapi tetap nakal-nakal ponteng usrah *sengih macam kerang busuk*.
Kini, andai dua minggu tidak berusrah, terasa diri ini gersang. Hidup terasa kosong.
Tak dinafikan, ilmu medik itu ilmu Allah. Tetapi sangat-sangat-sangat-sangat penting untuk pelajar medik mengaitkan ilmu tersebut dengan Allah maha Pencipta.
USRAH.
Mengingatkan diri ini yang kadangkala alpa.
Menampar hati ini yang terkadang terleka dibuai duniawi.
Teringat ayat salah seorang sahabat, Azlina namanya,'
"Di Gombak dulu, setiap hari kita didedahkan dengan Islam memandangkan kita mengambil matapelajaran agama Islam di sana. Hidup terasa sangat tenang. Nak berpuasa sunat pun terasa bersemangat.
Di Kuantan yang sunyi sepi ini, setiap hari kita belajar ilmu Medik. Memanglah terdapat sesetengah lecturer yang mengaitkan ilmu medik dengan kebesaran Allah, tetapi tak semua. Kita PERLU kaitkan sendiri.
Kita perlu cari makanan rohani sendiri. Hadiri usrah. Baca bahan bacaan islami. Hadiri taalim.
Pendek kata, perlu berdikari mencari makanan rohani"
Yosh, Aimi! Ganbatte!!!
Allahumma solli Ala Sayyidi Muhammad~
Wallahu alam.
N.A.L.H
27 Januari 2013, 1.02 am,
Ampang, Selangor