Monday, December 17, 2012

Diari Medik: Our First Block! (Part 1)

Assalamualaikum w.b.t

Di malam yang hening ini, insyaAllah saya nak berkongsi mengenai suka duka kehidupan kami pelajar medik sepanjang blok 1..Teringin nak tau tak? Kalau nak tau, jom baca sampai habis ^_^

Yep, alhamdulillah blok satu kami telahpun berakhir, bermula dari 4 September 2012 hinggalah 12 Disember 2012...Blok yang paling lama, menurut pensyarah-pensyarah kami, kerana pada kebiasannnya tempoh bagi satu blok hanyalah selama kira-kira 3 bulan sahaja.

3 BULAN...3 BULAN untuk belajar seluruh muscle, artery, vein, nerve yang berada di tubuh badan..3 BULAN untuk belajar proses-proses untuk mendapatkan tenaga dalam tubuh badan.....3 BULAN untuk belajar itu.....3 BULAN untuk belajar ini...

Hmm..lalu lahirlah zombie-zombie yang memenuhi library...ada yang berkoyok di seluruh muka dan badan....ada juga yang demam panas hasil penangan peperiksaan.....yang bermata bengkak dan berambut serabai di compartment bilik masing-masing....ada juga yang tidak mandi selama seminggu...yang tidak berus gigi selama seminggu pun ada....ok, ini dah over, sila berbalik kepada realiti ye Aimi Liyana =/

Realiti? Hakikatnya inilah realiti hidup kami pelajar perubatan. Cuma statement tidak mandi dan tidak berus gigi adalah mitos semata-mata. hehe. Tapi tak mustahil boleh berlaku begitu kan?

Sebagai pelajar medik memang tak dinafikan hidup kami adalah belajar, belajar, dan belajar...Kami tidak mempunyai banyak assignment, lab report pun tak banyak, tapi kami ada banyak silibus yang perlu diulangkaji huu...Sewaktu lab anatomy dan histology, kami hanya perlu tengok specimen dan slide. Tak perlu buat report pun. Senang kan? Memang senang, tapi nak hafal? hmm..

Subjek Blok Pertama

Btw subjek yang kami ambil untuk blok pertama:

1) Anatomy
2) Biochemistry
3) Physiology
4) Histology
5) Haematology
6) Embryology
7) Islamic Input

Dalam semua subjek ni, saya paling suka subjek Biochemistry! heheh. Kenapa? Sebab banyak berkaitan dengan penyakit-penyakit kot (Ada kaitan ke? hee)..Tapi kami pelajar perubatan dilatih untuk tidak memilih-milih mata pelajaran. Antara latihan yang diberi:

1) Sewaktu exam tak ada optional question macam zaman foundation dan sekolah dulu. Semua soalan wajib dijawab.
2) Senua matapelajaran disumbat masuk ke dalam satu kertas peperiksaan. Jadi kita tidak dapat fokus hanya kepada sebuah matapelajaran, sebaliknya kita perlu FOKUS kepada setiap matapelajaran.

Natijahnya, untuk melatih kami kerana apabila bekerja di bidang perubatan kelak, kami tidak boleh memilih patient, kami perlu merawat setiap patient tanpa mengira warna kulit, kes, dan darjat.

Minggu pertama dan kedua Blok 1

Dua minggu ini menyaksikan perubahan yang agak besar dan drastik dalam hidupku. Terpaksa duduk berjauhan merupakan antara cabaran terbesar bagiku. Masakan tidak, semenjak di bangku tadika hinggalah di CFS, saya hanya menimba ilmu di sekitar Selangor sahaja. Jadi saya agak homesick pada mulanya (wuwuwu~).

Dua minggu pertama ini juga menyaksikan pelajar batch kami yang begitu bersemangat dan berkobar-kobar. Excited nak tahu ambil subjek apa. Buku apa yang perlu digunakan. Teknik belajar dalam bidang perubatan.

Terdapat ramai senior yang menjual buku second hand. Memang ramai.Tetapi banyak juga konflik yang timbul. Program jualan buku yang sepatutnya bermula selepas isyak, tetapi ramai yang sudah memenuhi ruang legar jualan buku sebelum Maghrib lagi. Lalu tercetusnya konflik perebutan buku. Konflik tawar-menawar harga. Konflik senior yang meletakkan harga yang agak tinggi.

Saya pinjam kata-kata ketua batch kami, Anwar Ahmad, katanya,

"Bagi pelajar yang berkemampuan untuk membeli buku 1st hand, tolong beli buku 1st hand dan berikan peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli buku 2nd hand. Kerana buku 2nd hand amat terhad"

Mr Cadaver

"Emi ambil kos apa di UIA?"

"Perubatan"

"Ooooo...ada tengok mayat tak?"

"Ada, selalu. hoho"

"Tak takut ke? Busuk tak?"

"Apa yang nak ditakutkan. Suatu hari nanti pun kita bakal menjadi mayat juga. Cuma bezanya mayat Encik-Encik Cadaver diawet dan dijadikan instrumen pengajaran. Banyak berjasa tauu. Bau? Em, yang busuk bukannya bau mayat, tetapi bau bahan awet mayat"

Seringkali dialog ini berlaku antara saya dan sanak saudara, sahabat-sahabat, dan jiran-jiran. Bidang perubatan sememangnya sinonim dengan mayat. Sewaktu saya masih kecil dahulu, saya berasa ragu-ragu untuk mengambil bidang perubatan kerana sering dimomokkan dengan

"Budak medik ni kena bedah mayat...Pastu kadang-kadang mayat tu bergerak...Ada yang bangun apabila disentuh....bla3..."

Kami pelajar medik memang selalu jumpa mayat. Sebab mayat tu guru kami. Bahkan guru terbaik buat kami ^_^. Thanks Mr Cadaver =)

~InsyaAllah bakal bersambung dalam part 2. Moga Allah permudahkan~

p/s=Saya pun merupakan salah seorang zombie library juga. hoho. Tetapi hanya pada musim peperiksaan=p

Wallahualam~

N.A.L.H
12.39am, 18 Disember 2012, Selasa,
Ampang, Selangor

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~