Wednesday, June 13, 2012

Niat. Prinsip. Diuji. Teruji.

Assalamualaikum w.b.t,
Para pembaca yang saya sayangi kerana Allah,

Sudah lama saya mengabaikan ikan-ikan emas ini. Haih. Sebelum masuk ke UIA Gombak, sibuk packing barang. Selepas masuk UIA Gombak, sibuk tidur pula. Hehehe.

Ok,pada hari ini tajuk saya, seperti yang tertera ialah, "Niat. Prinsip. Diuji. Teruji"

Saya ingin memberi beberapa situasi sebagai gambaran kepada kalian. Situasi-situasi ini tiada kaitan dengan hidup dan mati ye.:))


Situasi 1

Aniqah sangat-sangat berpegang kepada prinsip 'no couple before nikah' dan sering menulis post di facebook nya tentang harammnya bercouple sebelum kahwin. Tetapi, akhirnya dia sendiri yang ter'jebak' dalam bercouple tanpa ikatan yang sah.

Situasi 2

Syukri, seorang ahli farmasi, sewaktu belajar sering memberi tazkirah berkenaan 'ikhlas bekerja' dan mempunyai azam yang tinggi, iaitu ingin membantu dan membangunkan ummah. Tetapi akhirnya, sewaktu bekerja beliau mencuri ubat-ubatan dari hospital dan menjualnya secara haram.

Situasi 3

Nurul dan Aiman mendirikan baitul muslim dengan satu visi dan misi, iaitu untuk menjadi 'madrasah pertama' yang terbaik kepada bakal cahaya mata mereka. Namun begitu, setelah 10 tahun, bahtera yang mereka layari mula bergelora dilanda ombak dan ranjau, dan akhirnya mereka bercerai. huhu

Situasi 4

Zulaikha yang merupakan 'fresh graduate' dari sebuah universiti islam terkemuka di Mesir mengalami 'culture shock' apabila majikannya menempatkannya di sebuah syarikat cawangan di United States. Akhirnya bukan sahaja tudung labuhnya menghilang, rambut hitamnya juga diwarnakan menjadi perang *nauzubillah*. Baju kurungnya pula diganti dengan baju pendek dan legging *nauzubillah*.

Dan banyak lagi situasi lain....

Bak kata orang, hidup ini ibarat roda.
Kadangkala kita di atas, dan kadangkala di bawah.
Tetapi apabila kita tersedar kita sudah 'ter' ke bawah, cepat-cepatlah naik atas.

Iman.

Iman kita adakalanya menggunung, dan ada kalanya menjunam.
Terkadang kita berasa sangat bersemangat untuk melakukan amal ibadat, dan terkadang juga semangat itu langsung tiada.
Ya, setiap perkara ada jatuh bangunnya.
Bahkan air laut juga ada pasang surutnya.

Sebab itu tidak hairanlah situasi-situasi yang saya ungkapkan di atas boleh berlaku.

Membina bangunan

Saya beri anda satu analogi. Mungkin analogi ini sudah biasa kita dengar, tetapi ingatlah. Manusia itu mudah lupa. Sebab itulah peringatan secara konsisten perlu sentiasa diberi kepada kita. Dan sebab itu jugalah kita sangat memerlukan sahabat yang baik. Yang sentiasa dapat mengingatkan kita kepada-Nya.

Okey, berbalik kepada analogi.

Anda hendak membina rumah. Apa step pertama yang perlu diambil bagi memastikan bangunan itu benar-benar kukuh?  *sila jawab dalam hati*

Ya, benar. Kita perlu menanam piling terlebih dahulu. Piling ditanam jauh ke dalam bumi, sebagai 'cerucuk' atau benteng pertahanan kepada rumah kita.

 


Kemudian barulah kita letak batu-bata, simen, siling, bumbung, dan akhir sekali kita hiasi dengan cat atau wallpaper.

Ha, dah siap dah pun rumah.


*ehsan google


Apa yang kita nampak pada rumah yang dah siap ni?

Cat......bumbung.................tingkap........................lantai....................

em, ada nampak tak 'piling'? Takde kan?

Ya, 'piling' itu memang tersembunyi tetapi ia merupakan tunjang kepada rumah tersebut.

Kita terjemahkan analogi pembinaan rumah ini kepada diri kita. Ya, piling tersebut ialah iman kita, dan juga prinsip kita.

Apabila piling tersebut kukuh, tak kiralah walau ombak ganas datang melanda sekalipun, rumah yang dibina tetap teguh.

Samalah seperti diri kita. Sekiranya iman dan prinsip kita teguh, insyaAllah walau faktor-faktor persekitaran dan faktor rakan sebaya mempengaruhi kita, kita tetap teguh dengan amalan kita.

Kita tetap menutup aurat meski kawan-kawan kita tidak menutup aurat.

Kita bermuamalat dengan kaum berlawanan jantina apabila perlu, tetapi masih mempertahankan prinsip kita dengan sangat-sangat menjaga ikhtilat.

Kita tetap mempertahankan baju besar dan longgar kita meski ramai yang mengatakan kita nampak gemuk dan pendek sekiranya berpakaian sedemikian rupa.

Ya, kita tetap dengan prinsip. Segala-galanya diniatkan hanya kerana Allah. Sebab apa? Sebab Dia maha pencipta. Sebab kita nak masuk syurga.

Diuji dan teruji


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:”kami telah beriman,”sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta..( Al-Ankabut:2-3)

Ujian itu menandakan bahawa Dia sayangkan kita. Bahkan semakin besar dan payah ujian itu, semakin besar sayang-Nya kepada kita. Allahualllah ^^

Tetapi apabila niat dan matlamat kita jelas, prinsip kita pula kukuh, insyaAllah segala ujian itu bakal kita tempuhi dengan baik.

Tetapi.....

Resam orang melayu, setitik nila tumpah, rosak susu sebelanga *tolong betulkan peribahasa ni kalau salah=p*.

Sekelumit keburukan bisa menutup dan memadamkan seribu kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Sedangkan Allah itu maha penyanyang.

Kesimpulannya...

Jangan pulaukan atau mencemuh mereka yang telah 'berubah' ini. Meski dulunya mereka bertudung litup, tetapi kini tudungnya entah ke mana, jangan cemuh mereka! Sebaliknya pandanglah mereka dengan kasih sayang. Bimbing mereka secara perlahan-lahan.

Ujian Allah itu tanda sayang-Nya kepada kita.

Dan apabila kita tersedar daripada dosa itu, bersyukurlah kerana itu tanda iman kita masih ada, hati kita masih hidup ^^.

Matlamat hidup mesti jelas. Niat mesti betul. Prinsip mesti dipasakkan sedalam-dalamnya ke dalam diri kita!

*Dah lapar. Nak pergi makan dengan geng bulatan gembira. hehe*

*saya yang menulis ni pun tidak mustahil bakal diuji oleh Allah suatu hari nanti. Allahuallah*

Wallahualam~

N.A.L.H
13 Jun 2012, Rabu, 3.01pm
UIA Gombak, Selangor.












No comments:

Post a Comment

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~