Wednesday, February 29, 2012

hijrah





"ya Allah, jauhkan la diri ini dari penyakit hati; yakni riak, takbur, dsb. aminm"


TUDUNG LABUH

sekiranya sebelum saya bertudung labuh, saya sering mencari artikel tentang kelebihan bertudung labuh, dsb, untuk mencari kekuatan, kini giliran saya pula untuk menulis artikel berkenaan TUDUNG LABUH. moga artikel ini dapat membantu muslimah2 di luar sana yang sedang mencari identiti dan mencari kekuatan untuk bertudung labuh. moga diri ini dijauhkan dari segala penyakit hati (riak, dsb). amin ya rabbal alamin

kenapa saya bertudung labuh?




























**ehsan google






Gratisan Musik





-jiwa ini menjadi sejuk apabila melihat wanita bertudung labuh. subhanallah. manis sekali. nampak selamat je dari fitnah-fitnah dunia. dah lama saya menyimpan hasrat untuk jadi seperti mereka.
-redha Allah yang dicari. disebabkan Allah sukakan hambanya menjaga maruah, memelihara diri, dan malu, maka saya memilih untuk bertudung labuh untuk dapatkan redha Allah.



tudung biasa tak boleh ke?

boleh. siapa kata tak boleh? islam itu kan fleksibel, asalkan tetap dengan syariat dan prinsipnya. cuma pastikan tudung tu menutup dada, tak melekat, tak jarang (kalau pakai tudung bawal, pakailah inner^^), dan tak menarik perhatian=) cuma saya lebih memilih untuk bertudung labuh. lebih selamat. lebih selesa. kalau angin tiup pun tak payah nak tarik2 tudung. dan dapat menjaga diri ini daripada melakukan maksiat.^^



antara 'nanti dan kalau' yang menghalang saya untuk bertudung labuh sebelum ini

-nanti kalau saya bertudung labuh, apa pula reaksi kawan saya? kalau kawan saya pulaukan saya macam mana?
-nanti kalau saya bertudung labuh, tapi tak menjaga adab, macam mana ye? pakai tudung labuh, tapi masih ketawa kuat2. apa pula kata orang ye?
-kalau saya tak istiqamah macam mana? ON OFF pula. ingat suis ke boleh ON n OFF?
-nanti orang panggil ustazah pula.


kalau kamu semua perhatikan senarai 'nanti dan kalau' di atas, saya terlalu memikirkan pandangan manusia.

sedangkan pandangan Allah?

redha Allah. itulah yang dicari.


pernah dengar tak pepatah inggeris, "a million miles journey starts with a single step"?

kalau kita tak mula melangkah, sampai bila-bila pun kita tak akan sampai ke destinasi kita. kan?
saya datang dari sekolah biasa. keluarga yang berlatar-belakang agama yang biasa. malahan semasa di sekolah dulu saya pernah bertudung labuh tapi sekejap cuma. sebab apa? sebab saya tak tahu kenapa saya bertudung labuh ketika itu. sebab itulah apabila guru saya melarang saya bertudung labuh, saya terus bawa dan potong tudung tersebut di kedai jahit. kerana ketika itu saya tak berprinsip. sekiranya saya berprinsip, sudah tentu saya tidak akan mengendahkan kata-kata orang lain. ketika itu juga iman saya tidak kuat.

sekiranya kita hendak menunggu akhlak menjadi sempurna baru kita nak bertudung labuh, sampai bila kita hendak menunggu? terimalah hakikat bahawa tiada manusia yang dilahirkan sempurna. jadi tindakan 'menunggu akhlak menjadi sempurna' itu adalah sia-sia. ibarat menanti kucing bertanduk. oleh itu, bergeraklah ke arah kesempurnaan. kerana apabila ajal menjemput kita nanti, sekurang-kurangnya kita sudah hampir kepada kesempurnaan, walaupun belum sempurna.

sekurang-kurangnya, apabila kita bertudung labuh, kita dapat memelihara diri kita dari melakukan maksiat. rasa malu sangat untuk buat maksiat dengan tudung labuh.

sekurang-kurangnya, apabila berjual-beli, penjual pun segan nak sentuh tangan kita apabila memulangkan bagi duit.



TAK PANAS KE?

tak panas ke? bertudung labuh, pakai stokin, dan juga stongan. malaysia ni kan beriklim khatulistiwa?
tak. tak panas. pada mulanya memang la agak panas, tapi lama-kelamaan rasa sejuk pula. rasa selamat je. kalau nak garu ketiak dalam kelas pun takpe=p
BIAR PANAS DI DUNIA, JANGAN PANAS DI AKHIRAT ^^


MACAM MANA NAK MULA YE?
-kurangkan pemakaian tudung bawal. kalau pakai pun, pin terus ke bawah je. tak payah silang-silang. dan jangan lupa pakai inner. ^^
-gantikan tudung bawal dengan tudung yang lebih tebal seperti AKEL, tudung bercorak, dan sebagainya.
-mulakan pakai tudung labuh. selang-selikan dengan tudung AKEL. tapi bila dah mula bertudung labuh, rasa malas nak bertudung AKEL. malas nak berpin-pin. hehe
-istiqamah pakai tudung labuh.

**kepada yang malas nak jahit tudung, boleh beli je ready-made kat http://tudungnur.com/


MUSLIMAH, DIRIMU AMAT BERHARGA
kalau kita pergi ke pasar malam, jam-jam tangan rm10 diletakkan di atas meja tanpa berbalut plastik atau diletakkan dalam peti kaca. semua orang boleh sentuh. pegang.
kalau kita ke kedai emas pula, barangan emas diletakkan dalam peti kaca yang berkualiti tinggi, tebal.
kenapa? sebab barangan emas itu BERHARGA, berbanding jam rm10 yang murah dan boleh dipegang oleh sesiapa saja.
begitu juga dengan diri kita. aurat kita. sebab aurat kita BERHARGA lah kita tak boleh tayang free-free. orang tertentu je boleh tengok aurat kita. hak ekslusif bakal suami kita pun terpelihara. indah kan Islam?

akhir kata, apa-apa pun yang kita buat, sentiasa ingat, REDHA ALLAH lah yang kita cari.
bukan redha manusia.

"sesungguhnya diterima amal perbuatan bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapatkan apa yang diniatkannya. sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, dia akan sampai kepada Allah dan rasul-Nya. sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapat apa yang diniatkannya"-HR Al-Bukhari no 1, 54, 2589, 3898, 5070, 6689, 6953)

wallahu alam








Saturday, February 4, 2012

mengurus masa dgn efektif ^^



salam pembaca semua

"Demi masa! sesungguhnya manusia itu kerugian; melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan pada kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"-al asr 1-3

dulu masa kecil2 antara lagu yang popular ialah lagu demi masa. ingat lagi tak? hehe. waktu tu nyanyi jelah, tanpa ambil intipati lagu tu.

ye, masa itu ibarat pedang, kalau kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu. takut tak bila dengar?

adakalanya kita (terutama pelajar) dihimpit dengan pelbagai komitmen. komitmen untuk belajar dan skor dalam pelajaran. komitmen untuk bersama keluarga dan kawan-kawan. dan bagi yang aktif bepersatuan pula, komitmen kepada persatuan tersebut.

serabut tak kepala? pening tak?

jawapannya tak, kalau kita pandai menguruskan masa.

adakah kita perlu belajar 24 jam je, tak payah bersosial? tak.

antara tips2 yang aku sebagai hamba yang lemah boleh kongsikan:

1) buat jadual! haha, tips ni kalau dalam seminar2 motivasi pun kita boleh dapat, kan? tapi sejauh mana kita aplikasikannya? kalau kita benar2 praktikkannya, inshaAllah urusan kita akan lancar.

emmm...macam mana nak buat jadual ye?

waktu pagi dan malam-waktu yang sangat2 bagus untuk belajar.

waktu petang-rehatkan minda dengan bersosial dengan rakan2, buat perkara2 yang tak berapa nak produktif dan tak memerlukan perahan minda sangat(cntoh: potong kuku, shopping, buat proposal dan kerja2 persatuan; bagi yang bepersatuan, bergayut dengan maka ayah)

2) tolonglah jadi seorang yang KEDEKUT MASA!
kedekut untuk benda baik tak mengapa kan? contoh: rakan anda datang ke bilik untuk buat kerja persatuan bersama anda. (jika di uia, buat proposal, etc). sila tetapkan masa tertentu. (waktu yang terbaik ialah waktu petang). sila tetapkan tempoh. dalam 2 jam dah memadai rasanya. berborak sambil bekerja tak salah, tapi jangan meleret-leret! ingat, masa tak boleh diputar kembali!



3) buat list to-do. inshaAllah berkesan.

moga memberi manfaat kepada semua dan penulis sendiri^^

kenali musafir ini~

Nur Aimi Liyana Bt Hambali~
9September 1992~Ampang, Selangor
UIA (Medic)
Tadika Permata > SK Lembah Keramat > SMK Lembah Keramat > CFS IIUM PJ > UIA Kuantan *insyaAllah*
~IKRAM, alhamdulillah~